Tuesday, 3 November 2026

MGMC to Unlock New Strategic Opportunities for the Malaysian MICE

Industry

More than 3,000 trade professionals are expected, giving Malaysian suppliers

direct access to decision-makers across Asia, the Middle East, Latin America

and Africa.


KUALA LUMPUR, 03 November 2026– Malaysian hotels, DMCs, airlines

and event suppliers are invited to meet international buyers face-to-face at the Meet Global MICE Congress (MGMC), taking place on 16–17 December 2026 at the World Trade Center in Moscow.


Organised by the Moscow City Tourism Committee, MGMC is expected to

bring together more than 3,000 business travel and MICE professionals from

over 40 countries. About 70 per cent of attendees are C-level executives,

according to the organisers.



For Malaysian suppliers, the draw is the exhibition floor. More than 150 suppliers will take part in scheduled B2B meetings with qualified buyers. A Hosted Buyers programme will bring over 200 decision-makers who manage major corporate event budgets, from China, India, Southeast Asia, the GCC, Latin America, Africa and the CIS.


"We attach immense value to the participation of our colleagues and industry

experts from Malaysia, which is rapidly emerging as one of the leading MICE

destinations," said Anastasia Popova, Head of Business Tourism Development Department, Moscow City Tourism Committee.


"The Congress offers an exceptional opportunity for Malaysian experts to showcase their potential on the global stage and expand their professional connections."


Practical tools, not just panels


This year's theme is "The Anatomy of Success in MICE: From Ideas and Tools

to Tangible Results". 


Sessions follow the full lifecycle of a business event, from concept to execution and post-event review. They focus on tools and methods delegates can apply immediately, with case studies on financial sustainability, digital technologies, entering new markets and crisis management.


Why Moscow?



Moscow offers high-capacity convention centres alongside more than 150 venues integrated into its business events ecosystem, including museums, historic estates, theatres and city landmarks. This allows organisers to build cultural experiences into a business programme. Foreign delegates can also apply for an e-visa, which simplifies travel logistics.


Registration: Industry professionals can register via the official MGMC

website:

https://business.russpass.ru/en/projects-events/meet-global-mice-congress/mgm

c-2026


About the Meet Global MICE Congress



Meet Global MICE Congress (MGMC) is Russia's largest MICE industry event, organised by the Moscow City Tourism Committee. Bringing together industry

professionals from BRICS countries, the Global South and beyond, MGMC combines an international exhibition connecting leading MICE suppliers with qualified buyers and a practice-oriented business programme focused on key industry challenges and opportunities. The 2026 edition will take place on 16–17 December at the World Trade Center Moscow.


Suggested subject line for editors: Moscow courts Malaysian MICE suppliers:

200 hosted buyers, 3,000 delegates, 16–17 Dec


Saturday, 12 September 2026

Mid-Autumn 2026 di AEON MALL: Raikan Cita Rasa, Tradisi dan Momen Bersama

Bulan purnama, cahaya tanglung dan kuih bulan — tiga perkara yang sering dikaitkan dengan sambutan Mid-Autumn Festival.Sempena Mid-Autumn 2026, semangat tersebut dibawakan ke seluruh negara menerusi kempen “Cherish Reunions” oleh AEON MALL Malaysia.
Tahun ini, sambutan tampil dengan pendekatan yang menggabungkan tradisi Mid-Autumn bersama elemen yang dekat dengan masyarakat Malaysia — daripada makanan dan budaya sehinggalah aktiviti keluarga, hiburan serta ganjaran istimewa.
A Taste of Malaysia, A Celebration for Everyone
Malaysia dikenali dengan kepelbagaian budaya dan makanan. Setiap komuniti mempunyai cita rasa serta tradisi tersendiri, dan kepelbagaian inilah yang memberikan warna kepada pengalaman perayaan di negara kita.
Menerusi konsep “A Taste of Malaysia, A Celebration for Everyone”, AEON MALL memberikan sentuhan tempatan kepada sambutan Mid-Autumn tahun ini.
Elemen Malaysia diterapkan terutamanya melalui pilihan makanan dan pengalaman yang boleh dinikmati oleh pelbagai lapisan masyarakat.
Lebih 160 Jenama Kuih Bulan
Antara yang paling menarik perhatian tentunya ialah lebih 160 jenama kuih bulan. Pilihan yang tersedia merangkumi pelbagai kategori — daripada perisa tradisional yang sudah dikenali ramai kepada pilihan kontemporari serta kreasi yang mengambil inspirasi daripada cita rasa tempatan.
Antara jenama yang mengambil bahagian termasuk JDX, Duria, The Full Basket, Oriental Kopi, Yu Ai, Oversea, Tai Thong, Huats Up dan Foh San, selain pelbagai jenama lain.

Turut diketengahkan ialah pilihan kuih bulan halal, termasuk perisa yang diinspirasikan oleh cita rasa tempatan seperti sambal dan durian.

Dengan pilihan yang begitu pelbagai, pelanggan boleh memilih mengikut citarasa masing-masing — sama ada mahu mendapatkan mooncake klasik untuk keluarga, mencuba sesuatu yang baharu atau memilih kotak untuk diberikan sebagai hadiah dan buah tangan.
Menikmati Malaysia Melalui Makanan
Dalam konteks sambutan Mid-Autumn kali ini, pilihan mooncake yang membawa elemen tempatan memberikan satu lagi cara untuk menerokai identiti Malaysia.
Daripada satu perisa, pengunjung mungkin mengenali bahan tempatan, citarasa yang biasa ditemui di Malaysia atau cerita di sebalik makanan yang dekat dengan masyarakat kita.
Bagi pelanggan tempatan pula, perisa tertentu mungkin membangkitkan kenangan dan rasa nostalgia.
Justeru, makanan dalam kempen ini bukan sekadar pelengkap kepada sambutan, tetapi menjadi salah satu cara untuk menghubungkan tradisi perayaan dengan pengalaman Malaysia.
AEON MALL Mid-Autumn Bertemu Visit Malaysia 2026
Elemen pelancongan turut diberikan perhatian melalui kerjasama AEON MALL dengan Tourism Malaysia, selari dengan Visit Malaysia 2026.
Kerjasama ini membawa Mid-Autumn ke dalam konteks yang lebih luas — sebagai salah satu pengalaman budaya yang boleh diterokai oleh pelancong ketika berada di Malaysia.
Mesej yang diketengahkan cukup jelas, “Experience Malaysia not only through its sights, but through its flavours, traditions and celebrations.”
Bagi pelancong, ini bermakna pengalaman mengenali Malaysia tidak terhad kepada destinasi yang dilawati. Makanan, sambutan dan suasana komuniti juga boleh menjadi sebahagian daripada perjalanan mereka.

Sambutan di 27 AEON MALL Seluruh Malaysia
Bagi memudahkan orang ramai menikmati kempen ini, sambutan Mid-Autumn 2026 berlangsung di 27 AEON MALL di seluruh Malaysia. Kehadiran di pelbagai lokasi membolehkan pelanggan memilih AEON MALL yang paling dekat dengan mereka untuk mendapatkan kuih bulan, membeli hadiah atau menyertai aktiviti sepanjang kempen.

Ini juga menjadikan sambutan lebih mudah diakses tanpa perlu merancang perjalanan khas.
Bagi keluarga, kunjungan ke pusat beli-belah boleh digabungkan dengan aktiviti harian — daripada membeli-belah dan menjamu selera hinggalah meluangkan masa bersama anak-anak.
Aktiviti Mid-Autumn untuk Pelbagai Generasi
Selain membeli kuih bulan, pengunjung juga boleh menikmati pelbagai aktiviti yang disediakan sepanjang kempen. Antaranya aktiviti tanglung, persembahan kebudayaan, kaligrafi Cina, aktiviti membuat tanglung dan DJ Meet & Greet dan lain-lain.
Aktiviti membuat tanglung memberikan kanak-kanak peluang untuk mencuba sendiri salah satu elemen yang sinonim dengan Mid-Autumn.
Persembahan kebudayaan pula membawa suasana tradisional ke ruang pusat beli-belah, manakala DJ Meet & Greet memberikan sentuhan hiburan yang lebih moden.

Dengan pilihan aktiviti yang berbeza, setiap ahli keluarga boleh mencari sesuatu yang sesuai untuk dinikmati.
Ganjaran Eksklusif Sempena Mid-Autumn
Bagi pelanggan yang membuat pembelian sempena musim perayaan, AEON MALL turut menawarkan beberapa ganjaran.

1) UOB Cardmember Privilege
  • Pemegang Kad UOB boleh mendapatkan RM20 AEON Gift Voucher apabila membuat pembelian kuih bulan bernilai RM150 dan ke atas menggunakan Kad UOB.
  • Pembelian perlu dibuat melalui dua resit gabungan pada hari yang sama, tertakluk kepada terma dan syarat yang ditetapkan.

2) AEON MALL × Souper Tang Limited Edition Gift Set
  • Pelanggan juga berpeluang mendapatkan AEON MALL × Souper Tang Limited Edition Gift Set dengan jumlah perbelanjaan yang ditetapkan.
  • Bagi Ahli AEON atau pemegang Kad UOB, penebusan boleh dibuat dengan perbelanjaan sebanyak RM400.
  • Bagi pelanggan yang bukan Ahli AEON dan bukan pemegang Kad UOB, jumlah perbelanjaan yang diperlukan ialah RM600.
  • Pembelian bagi kedua-dua kategori perlu dibuat melalui tiga resit gabungan pada hari yang sama. Penebusan adalah tertakluk kepada terma dan syarat serta ketersediaan stok.
3) Mid-Autumn Spend & Win
  • 50 pemenang bertuah bakal membawa pulang produk Mid-Autumn edisi terhad daripada Tea Garden.
Dengan adanya ganjaran ini, pembelian sempena perayaan menjadi lebih menarik, terutama bagi pelanggan yang sememangnya sedang membuat persiapan untuk keluarga dan rakan-rakan.
Raikan Kebersamaan di AEON MALL Mid-Autumn

Di tengah-tengah kesibukan harian, masa bersama keluarga dan sahabat kadangkala menjadi sesuatu yang mudah ditangguhkan. Mid-Autumn memberi satu alasan untuk berhenti seketika. Untuk duduk semeja. Untuk bertukar cerita. Atau sekadar keluar bersama tanpa perlu ada sebab yang terlalu besar.

Jom raikan kebudayaan Mid-Autumn bersama rakan dan keluarga bersama di semua 27 AEON MALL Malaysia seiring dengan tema tahun ini "
Cherish the moments. Cherish the reunions."

Wednesday, 19 August 2026

The Chicken Rice Shop Sambut 26 Tahun dengan Wajah Baharu yang Lebih Segar dan Ceria

Kuala Lumpur - 26 tahun bukan sekadar angka. Ia adalah perjalanan penuh kenangan, rasa dan momen yang dikongsi bersama rakyat Malaysia. Sempena ulang tahun ke-26, The Chicken Rice Shop (TCRS) kini membuka lembaran baharu dengan penampilan yang lebih segar, konsep restoran yang diperbaharui, pilihan menu baharu serta kemunculan semula maskot kesayangan, Little Chick.

Menu baharu sempena ulang tahun ke 26

Selepas lebih dua dekad menjadi antara jenama restoran tempatan yang dekat di hati rakyat Malaysia, TCRS tampil dengan penyegaran jenama di seluruh negara — membawa pengalaman yang lebih moden dan bertenaga, tanpa mengetepikan identiti serta nilai kekeluargaan yang menjadi sebahagian daripada perjalanan TCRS selama ini.

26 Tahun Bersama, Kini Hadir dengan Wajah Baharu

Bagi generasi yang membesar dengan hidangan nasi ayam, TCRS sememangnya mempunyai tempat tersendiri. Daripada makan bersama keluarga hinggalah menikmati hidangan santai bersama rakan-rakan, pengalaman di TCRS sering hadir bersama kenangan yang tersendiri.

Kini, sempena ulang tahun ke-26, TCRS memperkenalkan identiti visual yang diperbaharui menerusi penggunaan warna, grafik dan elemen reka bentuk yang lebih kontemporari.

Penyegaran ini bukan sekadar perubahan pada rupa luaran. Ia direka untuk mendekatkan TCRS dengan generasi pelanggan baharu sambil mengekalkan warisan dan pengalaman yang sudah sinonim dengan jenama ini.

Ringkasnya, ia adalah wajah moden kepada pengalaman TCRS yang sudah begitu dikenali dan disayangi rakyat Malaysia.

Lebih Banyak Pilihan untuk Diterokai

Sudah tentu, pengalaman baharu tidak lengkap tanpa sesuatu yang baharu untuk dicuba. TCRS turut memperkenalkan beberapa menu baharu yang menawarkan gabungan cita rasa familiar dengan sentuhan yang lebih menarik.

Antara yang boleh dinantikan ialah:

Crispy Roast Chicken (Boneless) – ayam panggang rangup tanpa tulang yang mudah dinikmati.


Spicy Savoury Long Beans – kacang panjang dengan rasa pedas dan berperisa.


Wantan Noodles – pilihan mi yang sesuai untuk pencinta hidangan mi.

Kunafa Strawberry Pai Tee – gabungan unik yang memberikan sentuhan manis dan moden.

BBQ Chicken Mayo Pai Tee – pai tee dengan inti ayam BBQ dan mayo.


Cakoi with Pandan Gula Melaka – cakoi dengan padanan pandan dan gula Melaka yang menggoda.


Honey Lemon (Hot & Cold) – minuman menyegarkan yang boleh dinikmati panas atau sejuk.

Penang Rojak Pai Tee – gabungan elemen rojak dengan pai tee.

Keropok Lekor – kudapan klasik yang sememangnya dekat dengan selera tempatan.

Fruit Cocktail – pilihan ringan dan menyegarkan.

Daripada hidangan utama hingga kudapan dan pencuci mulut, barisan menu baharu ini memberikan lebih banyak sebab untuk pelanggan lama kembali mencuba sesuatu yang berbeza — dan pelanggan baharu pula mengenali sisi TCRS yang lebih kreatif.

TCRS Sambal Chilli Crunch — Rasa Kegemaran, Kini Boleh Dibawa Pulang

Bagi yang merasakan hidangan TCRS belum lengkap tanpa sambal, ada berita baik. 
TCRS kini turut memperkenalkan TCRS Sambal Chilli Crunch, sebuah produk yang membolehkan peminat membawa pulang rasa kegemaran mereka.


Jadi, tidak kira di meja makan, di rumah atau ketika menikmati hidangan bersama keluarga, rasa sambal TCRS kini boleh menemani lebih banyak waktu makan.

Makan di restoran atau bawa pulang — pilihan di tangan anda.

Little Chick Kembali dengan Gaya Baharu!

Salah satu kemunculan paling menarik dalam penyegaran jenama kali ini pastinya Little Chick.


Sempena ulang tahun ke-26, TCRS memperkenalkan semula maskot ini dengan penampilan yang lebih moden, ekspresif dan dekat dengan generasi hari ini. Little Chick bukan sekadar maskot. Ia membawa elemen kehangatan, keseronokan, keramahan dan kegembiraan yang ingin diterapkan dalam pengalaman pelanggan TCRS.

Dengan personaliti yang lebih ceria dan menyerlah, Little Chick diharap dapat mencetuskan senyuman, interaksi serta momen yang lebih bermakna untuk pelanggan daripada pelbagai peringkat usia.

Kehadirannya juga menjadi simbol bagaimana TCRS terus berkembang mengikut peredaran zaman, sambil kekal setia kepada akar kekeluargaan yang menjadi sebahagian daripada identiti jenama sejak dahulu. Daripada Little Chick yang dikenali sebelum ini kepada versi yang lebih segar hari ini — semangatnya tetap sama, cuma gayanya kini lebih moden!

Seragam Baharu, Semangat yang Sama

Bukan pelanggan sahaja yang mendapat nafas baharu. Warga kerja TCRS juga tampil dengan rekaan seragam yang diperbaharui.


Rekaan baharu ini mengekalkan warna ikonik TCRS tetapi hadir dengan penampilan yang lebih bersih, kontemporari dan bertenaga.

Ia mencerminkan evolusi TCRS selepas 26 tahun — lebih moden dari segi penampilan, namun masih mengekalkan rasa familiar yang sudah menjadi sebahagian daripada pengalaman pelanggan. Malah, ketika hidangan disajikan, seragam baharu ini turut menambahkan lagi elemen visual yang segar kepada pengalaman menjamu selera di restoran.

Video ‘Brand Refresh’ The Chicken Rice Shop

Untuk melihat antara yang menarik di TCRS sempena ‘Brand Refresh’ dan menu baharu, boleh tengok video di bawah.


Fresh Look, Same Heart

Apa yang menarik tentang penyegaran TCRS kali ini ialah ia tidak cuba melupakan masa lalu. Sebaliknya, TCRS mengambil perkara yang sudah menjadi sebahagian daripada identitinya — makanan, keluarga, kemesraan dan pengalaman bersama — lalu memberikannya sentuhan yang lebih moden.

Identiti baharu, konsep restoran yang diperbaharui, menu baharu, seragam baharu dan Little Chick yang kembali lebih ceria semuanya menjadi sebahagian daripada satu perjalanan baharu.

Selepas 26 tahun, TCRS membuktikan bahawa berkembang tidak semestinya bermakna meninggalkan apa yang kita sayang. Kadangkala, ia hanya memerlukan sedikit penyegaran untuk membawa kenangan lama ke dalam bab yang baharu.

Daripada satu generasi kepada generasi seterusnya, The Chicken Rice Shop terus membawa cita rasa dan pengalaman yang dekat dengan kehidupan rakyat Malaysia.

Kini, dengan penampilan yang lebih segar dan pelbagai perkara baharu untuk diterokai, TCRS bersedia memasuki fasa seterusnya — lebih moden, lebih ceria dan lebih dekat dengan generasi hari ini.


Jadi, jika anda sudah lama menjadi peminat TCRS, inilah masa untuk kembali dan melihat apa yang telah berubah. Jom nikmati hidangan ikonik dan terbaharu daripada TCRS berdekatan anda.

Selamat ulang tahun ke-26, The Chicken Rice Shop!