Sunday 23 February 2014

Words of the day - 8


Hey ho!

That's why we should breaking in not breaking out. Because the greatest inspiration always be ourselves. No matter if the mountains of chances given to you, there's still be that mountain. But if you only got a piece of dirt.. you can change it into a leap of faith to make a undefined world by your own. And the mountain can be a part of it. Isn't it great?

Go challenge yourself!! Show the world what you're capable of! You can do it!!!

Tata~

Thursday 20 February 2014

Tips Penggunaan Teksi terutamanya di Melaka

Asslammualaikum.

Saya kongsi tips sebab saya orang yang suka guna teksi berbanding bas. Sebab kan saya jenis tak sabar kalau nak tunggu bas, tup-tup bas datang ramai pulak yang beratur. Selain itu, kalau dalam bas penuh mesti tak dapat nak duduk. Sedih kot~ Yang paling tak best sebab bas berhenti bukan betul-betul tempat kita nak berhenti. Tapi boleh lah, lagi jauh lebih murah kot. Heh heh heh..

Jadi ada tips wajib ikut sebab anda perlu tahu hak dan keselamatan anda ye. :)

TIPS 1 Meter
Sebelum naik mesti tanya pakai meter ke tak? Kalau tak jangan layan. Hahaha.. tapi kalau kat Melaka tak main meter. Johor saya tau memang WAJIB kena pakai meter.

Seeloknya kalau kat Melaka kena tanya berapa tambang sebelum naik. Sebab kena tipu susah saya nak pergi tolong. :P Selalunya teksi dari Melaka Sentral ke MMU Melaka hanya RM 20. Lebih tu maksud nya tak jujur.

KL pun wajib pakai meter. Tapi entah kenapa sekarang ni banyak TEKSI PENIPU kat KL nak cari duit haram lebih pulak. Kesian orang luar yang tak tau apa-apa. Tu pasal tak buat selidik pasal kenderaan awam kat sini. Ambik pengajaran ya.

TIPS 2 Teksi biasa
Teksi biasa bewarna yang merah-kuning tu. Teksi luar biasa a.k.a mahal bewarna biru (teksi eskekutif). Jadi kalau orang kata teksi biru mahal sebab teksi ni memang layan kaw-kaw baik punya. Sampai memang boleh hantar depan pintu rumah lagi kalau anda nak. Senang cerita bayar mahal dengan servis yang sangat baik lah kan.

Tapi tidak kurang dengan teksi biasa. Pemandu teksi biasa baik je, siap selalu tawarkan nak angkat barang ke tempat letak barang lagi. Cuma kadang-kadang tu mereka tak nak hantar depan pintu rumah je lah sebab alasannya tak boleh masuk sebab ada sekuriti. T^T

Jadi jangan silap pilih teksi!

TIPS 3 Tempat Teksi
Sebaik-baiknya menunggu teksi di tempat perhentian bas jikalau tak ada tempat tunggu teksi. Kalau ada tu tunggu kat situ je lah. Ini lagi selamat dan cepat dapat servis.

Kalau kita perlu teksi masa tu tapi tak ada tempat tunggu bas, pergi lah ke jalan yang boleh pemandu teksi nampak dan senang singgah. Jangan kat lampu isyarat pun nak panggil teksi oiii~ Teksi susah nak singgah kadang-kadang buat tak nampak je. Senang  bila tempat yang ada jalan berkembar atau jalan yang memang ada khas untuk pejalan kaki.

Satu lagi, sila pergi ke kaunter teksi jika ingin menggunakan perkhidmatan mereka di Melaka Sentral. Sebab kebanyakkan tak semua lah teksi yang tak melalui kaunter teksi ni ambil untung lebih a.k.a tipu orang. Pernah satu kes ni, saya kononnya nak jimat masa turun bas dari KL terus je guna teksi yang dekat ketibaan bas tu. Tup-tup mahal lagi dia caj. Jawapan dia, "oh.. kalau pergi dekat situ kena bayar lagi. Fikir turun kat sini je". Malas nak layan kan sebab diri ni perempuan dia tu lelaki. Tak nak apa-apa berlaku punya pasal ler.

TIPS 4 Buka tingkap
Ingat tak kes yang tiba-tiba pemandu teksi pakai penutup hidung dan orang dalam tu pengsan? Ni kes kena bagi ubat tidur melalui pendingin hawa tu. Konon nak guna pendingin hawa tu lah tutup tingkap semua. Tup tup kena khianat gitu. Dulu banyak orang fobia naik teksi pasal hal ni kan.

Jadi, kalau rasa tak selamat, minta secara baik untuk menggunakan tingkap berbanding pendingin hawa. Kalau pemandu teksi degil dan enggan, bagi je apa-apa alasan. Alasan boleh berbentuk begini, "Saya tak tahan sejuk walau pasang pendingin hawa rendah", "Saya alergik dengan pendingin hawa", atau kaw-kaw "Ada bau tak sedap hidu, tu ler nak buka tingkap tu". Heh heh heh.. Tapi jangan nak buka besar-besar pulak, senang orang nak meragut kat lampu isyarat!

TIPS 5 Tengok Nama Jalan
Bagi anda yang dah tau jalan tu tak apa lah. Paling-paling pun anda akan tau jalan tu. Bagi yang sangat-sangat asing dengan jalan, sila tengok nama jalan setiap masa. Ini untuk menjamin keselamatan anda. Sebab jika berlaku apa-apa and boleh lari meminta pertolongan. Ataupun anda boleh sambil lari sambil membuat panggilan meminta bantuan.

Masa tu jugak lah anda senang nak memberitahu kedudukan anda kepada orang yang anda buat panggilan itu. Lagi mereka tau kedudukan anda, lagi cepat mereka boleh menghulurkan bantuan. :)
Kalau kat Melaka, memang lain pemandu lain jalan. Sebab jalan kat Melaka memang berliku-liku jadi jangan panik sebab ada je yang bawa kat jalan yang kecik. Tapi kalau dah lain tu hati-hati je lah.

TIPS 6 Telefon sentiasa BERSEDIA
Maksud BERSEDIA ialah:
1. Mempunyai kredit
2. Tidak mati tempoh
3. Bateri yang cukup untuk buat panggilan
4. Sentiasa di tangan
5. Ada "speed dial"

"Speed dial" iaitu sistem panggilan pantas di mana anda menyimpan nombor kecemasan (Pihak berkuasa dan Waris terdekat) di nombor-nombor kekunci. Sebagai contoh nombor 1 diletakkan nombor 999 untuk bantuan kecemasan.

5 persediaan telefon ini amat-amat penting tidak kira berada di teksi sebab penggunaannya menyeluruh! Jadi kini anda lebih banyak sebab untuk memiliki kredit yang banyak. Hahaha..

TIPS 7 Maklumat diri
Maklumat diri harus jangan didedahkan! Hal ini disebabkan oleh pemandu teksi sedikit sebanyak akan bercerita dengan anda terutamanya jika anda berseorangan!

Mereka selalunya akan tanya pasal nama, umur, keluarga, sedikit latar belakang dan keluarga. Kalau anda jujur je, senang orang nak buat khianat. Kalau boleh tipu sikit je lah ala-ala tipu sunat. Tak bagitau langsung tak boleh jugak sebab nanti dia terasa yang kita ni takut-takut. Orang baik tak pe, kalau orang jahat lagi bertambah jahat lah fikiran dia nak kenakan kita.

Sebagai contoh nama penuh Siti Norzainiza Binti Zaini, tukar je lah sikit nama tu Nurzaina Binti Zain. Hee~ Kalau tanya pasal kerja mana belajar mana, bagitau je secara umum macam MMU. Jangan nak bagitau lebih-lebih macam Fakulti Kejuteraan Tingkat 1000, bilik 1000/1A ke. Tu melampau~~

TIPS 8 Maklumat pemandu
Yang ni bukan bermaksud perlu tanya dia macam-macam. Cukup untuk melihat maklumat dia yang tersedia kat depan 'dashboard' tu. Kat situ memang bagitau maklumat pemandu. Masa ini anda harus catat di telefon anda untuk maklumat tambahan. DAN JANGAN LUPA plat kenderaan teksi dan warna teksi tersebut!

Kalau ada apa-apa boleh hantar pesanan ringkas melalui telefon untuk memberitahu kita naik dengan siapa. Ni langah berjaga-jaga  sahaja.

TIPS 9 Selidik khidmat teksi 
Maksud saya disini adalah setiap negeri mempunyai sistem teksi yang berbeza. Macam KL ada yang guna kupon dan ada jugak yang guna meter. Meter kat bandar KL murah~~~ o(^o^)o Kat Johor pulak memang guna meter dan murah cuma permulaan bayaran 3KM pertama ialah RM 3. Lain-lain 1KM 20 sen kot kalau tak silap, dah lupa. Macam kat Melaka saya rasa tak konsisten dan tak bermeter. Sebab ada yang caj RM 20 terus lepas tu tambah-tambah sikit tak pernah nak kurangnya. Ada pulak kalau dekat je jarak mereka minta RM 2 je.

Disebabkan sistem teksi berada dibawah kawalan kerajaan negeri, memang agak susah lah nak guna teksi sebab memang akan rasa tertipu kalau kita biasa dengan sistem satu ni tup tup guna sistem lain. Kita sebagai rakyat Malaysia pun boleh rasa tertipu apalagi kalau orang luar. Ke dikutuknya Malaysia~Oleh itu lagi baik anda siasat khidmat teksi agar tidak tertipu dan TERKEJUT!

TIPS 10 Mesti ramah tapi tidak mesra
Apakah maksud ramah tapi tidak mesra? Hairan antarabangsa ke? Heh heh heh

Maksudnya anda kenalah ramah macam senyum sikit dan ucapkan terima kasih. Ataupun guna nada sopan apabila memberikan arahan tunjuk jalan. Namun tak lah sehingga mesra bagai nak rak ala, "Eh eh, salah ni encik, kalau kiri tu masuk rumah jiran, kanan baru rumah saya". Kira nak mesra tu ada lawak lah sikit-sikit. Ni bukan nak ajar supaya tak mesra cuma bila kita mesra kita akan mudah terluahkan semua benda. Nanti tercakap benda bukan-bukan.

Lagipun tu lah saya kata ramah je supaya kita masih menjaga adat ketimuran yang penuh sopan santun dan mengelakkan musuh. Cuma tiada mesra tu untuk menjaga batas pergaulan dan hubungan antara pemandu dan penumpang. :D

Sila berwaspada sentiasa jika anda menggunakan teksi terutama apabila keseorangan ye. :) Jika anda mempunyai tips tambahan sila menjejakkannya di ruangan komen. Nanti boleh saya edit entri ini.

Sebelum menghabiskan entri ni (Hehe yang ni baru edit) ialah guna kan tanggungjawab anda untuk melaporkan kesalahan untuk menaiktaraf sistem pengangkutan awam negara kita. Anda boleh lah ke http://www.spad.gov.my/ untuk mengetahui pengangkutan awam Malaysia. Kat sini jugak kita boleh mengadu pasal teksi-teksi yang kaki tipu.

Satu pautan lagi ialah http://www.spad.gov.my/contact-us/feedbackcomplaint ialah saluran mengadu yang betul. Dalam ni ada 3 cara aduan iaitu TWITTER, EMEL dan SMS. Daripada asyik adu mulut je memang tak kan berubah apa-apa pun. Makin teruk adalah jugak. Jadi bagus adu dengan saluran yang betul.

Bersama-sama kita membantu SPAD dalam menaiktaraf servis pengangkutan awam Malaysia.

Chewah ala duta tak berbayar SPAD.

Tata~

My blog solution :D

Hey guys~

HEEE~ I AM SO HAPPY right now. Finally my blog returned to the original state! Hahaha.. I've been crying and stretching myself to the optimum level just to find what's going on with my blog. Let me share my problems and the solutions okay.

Problems keywords: No background - No image / images - No entry sign everywhere - Previous images uploaded disappear - Blog problems - Blogspot problem - Dash sign appears

Real problems:

Last previous weeks, my blog turned into some no entry blog. (Hee), I mean the backgrounds and all the images I've been uploaded can't be view. The best part is that all the images turned into the 'no entry' or 'dash' sign everywhere!! I freaking hating it.

I google anywhere but sigh.. Nothing shows up until I found this -------> Google Product Forum

Which FINALLY I found the solutions. Lets go through it together okay. ;)

Solutions:

1st you may opt to go through this link https://picasaweb.google.com/home . You need to see back whether the images being uploaded are there. Usually it occurs when you changed your picasa setting or you might deleted it unconciously from Google+.

From the picasa, you may retrieved back your images by looking over the options. [ I didn't go for this option so I don't know exactly how to indicate the solution] No worries, there must be some buttons or a button that gives you the option to retrieve and get back the images. This option may be work finely when you used picasa and via uploading from phone (sync to picasa) for uploading your images.

2nd option will be going to https://plus.google.com/photos/trash . This is working perfectly fine with me. :D Because my images mostly almost 99% being uploaded by me myself.

I just need to select the picture and retrieve it  back. You may see it simple later on when you go to this link. For a reminder---> Lots of photo leads to lots of time to consume for retrieving. Be patient. But not that long~

Friendly reminder that if this problem occur to you more than 60 days, I got no solution for that. I am sorry because both will be given 60 days to retrieve back the images if not it'll be deleted. Permanently? I am not sure. So better be hurry!


I hope somehow this entry help you a lot! And I am sorry for the lack of indicator because you just can simply go through the options and do it by yourself. Seriously it was not that hard. :D Hee~ Have a nice bloggie day!

Tata~



Tuesday 11 February 2014

What happen to my blog?? :'(

What happen to my blog? :'(

Seriously all the images and pictures don't appear and it just shows the block image. And I know that I am busy in preparing myself for exam but I am not neglecting my blog.

How it can be? I am sad. What can I do?? It's hard to google about this problems though. Haih...

Anyway just want to share this bad things with you guys. Hope you won't upset when you see my blog got problems. A lot of problems I must say.

Tata..