Tuesday 10 August 2021

Saya buka kedai di Shopee - Zandra Personal Shop

Hai semua,

Pada bulan julai lepas, saya telah membuat keputusan untuk menjual sebahagian daripada barangan yang saya perolehi secara percuma atas tiket sebagai seorang blogger di media sosial. Kebanyakkan barang ini saya dapat dalam bilangan lebih di mana barangan yang dipersetujui untuk ulasan daripada klien sudah pun saya pakai dan dibuat review.

Jadi tiada wujudnya istilah 'review untuk buat duit je, tak jujur sebab tak pakai pun'. Sebagai seorang blogger, saya cuba sebaik mungkin membuat artikel agar bermanfaat kepada pembaca. Tidak berkat kalau saya cuma memikirkan keuntungan semata-mata.

Selain daripada barangan yang masih baru dan tidak dipakai, saya juga turut menjual barangan preloved lain yang bakal dimuat naik secara berkala seperti baju-baju, beg dan topi. Oleh itu saya menjemput anda untuk singgah ke Zandra Personal Shop di Shopee.

Ini ialah pautan kepada kedai saya -->  Zandra Personal Shop (Shopee)

Zandra Personal Shop


Antara barang yang dijual

Bagi Zandra Personal Shop di Shopee, saya hanya membuat penghantaran belian barang pada hari ahad saja kerana hanya pada hari tersebut sahaja. Harap semua bersabar dalam keadaan yang tidak mengizinkan.

Mungkin ada yang tertanya kenapa tak buat 'give away' ataupun bagi kepada orang lain? Jawapan saya seperti berikut:

1. Saya tidak berapa aktif di media sosial semenjak COVID-19 melanda atas sebab peribadi. Jadi tiada masa untuk membuat 'giveaway'.

2. 'Giveaway' agak sulit dibuat untuk saya kerana terpaksa memilih hanya beberapa pemenang daripada ramai-ramai orang. Setelah itu, agak rumit untuk menghubungi pemenang yang kurang bekerjasama.
 
3. Saya memang akan bagi kepada orang terdekat dahulu baru lah saya akan memutuskan pilihan yang lain. Barangan yang saya terima juga adalah dalam kuaniti yang banyak.

Oleh sebab alasan di atas, saya memutuskan untuk menjual barangan yang ada dalam harga lebih rendah daripada pasaran. Biarlah orang yang betul-betul memerlukan membuat pembelian. Tidak lah ada pembaziran dilakukan.

Tak elok jual pemberian orang kepada kita. Balasan saya seperti berikut:

1. Barangan yang dijual adalah dalam kategori barang hadiah yang lebih, tidak direview, sudah direview dan semestinya akan jadi pembaziran jika disimpan tanpa digunakan. Ada juga daripada cabutan bertuah dan 'door gift'.

2. Barangan yang dijual bukan dihadiahkan oleh orang persendirian tapi daripada klien.

3. Agak kontroversi sedikit jawapan saya tapi apabila kita bagi barang kepada seseorang, barang itu sudah menjadi milik orang tersebut. Atas hak orang tersebut hendak melakukan apa saja yang diniatkan. Tidak elok mengungkit. 

Walaupun demikian, tidak lah wajar untuk merosakkan barang atau menjual atas niat yang tidak elok. Contohnya klien bagi barang untuk review tapi barang dijual tanpa direview. Itu adalah biadap. Saya sendiri pun niatkan jual lebihan barang kepada orang yang lebih memerlukan. 

Kenapa jual di Shopee? Jawapan saya seperti berikut:

1. Memudahkan dari segi muatnaik barang di mana pembeli boleh lihat semua barang yang dijual secara tersusun. Proses pembungkusan dan pencetakkan pesanan juga lebih profesional.

2. Memudahkan saya daripada membalas mesej daripada pembeli. Pembeli yang berminat boleh terus membuat pembelian di Shopee dengan cara yang teratur. 

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Demikian saja perkongsian saya. Saya akan memuatnaik barangan secara berkala, jadi jemput 'follow' untuk melihat barangan terkini. Akhir sekali, saya menjemput anda buat sekalian kali untuk singgah ke Zandra Personal Shop di Shopee. 

Anda boleh klik pautan ini untuk ke kedai --> Zandra Personal Shop (Shopee)

Terima kasih.

Sunday 8 August 2021

Kempen Derma RM 1 Kulim Berhad - #kulim88 di Media Sosial

Kulim (Malaysia) Berhad dengan kerjasama MyFundAction telah mengadakan kempen di Media Sosial yang bertajuk #kulim88 untuk membantu masyarakat yang terjejas oleh pandemik COVID-19.

Sebagai pengenalan, Kulim (Malaysia) Berhad merupakan antara syarikat peneraju utama penaman sawit di Malaysia. Selain daripada tanaman sawit, Kulim (Malaysia) Berhad juga terlibat dalam penanaman nanas, kelapa dan tanaman komoditi lain. Walaupun agak sinonim dengan penanaman berskala besar, syarikat ini juga menjalankan perniagaan perladangan lembu untuk sektor halal.

Bagi MyFund Action pula, entiti ini merupakan entiti yang sudah terkenal di antarabangsa sebagai satu entiti Badan Kebajikan yang beroperasi secara global di beberapa tempat. MyFundAction yang berpusat di Malaysia turut beroperasi di negara dan kontinen seperti New Zealand, Mesir, Jepun, Indonesia dan Afrika.

Berbalik semula kepada Kempen #kulim88, anda dijemput menyertai kempen ini dengan memuatnaik hantaran gambar atau video dalam media sosial anda untuk membantu masyarakat yang terjejas oleh pandemik COVID19.

Cara untuk membantu mereka yang terjejas adalah sangat mudah iaitu dengan membuat hantaran seperti yang disebut. Setiap hantaran, Kulim (Malaysia) Berhad akan menyumbangkan RM1 ke MyFundAction dengan sasaran sehingga RM88,888 pada penghujung bulan. Kempen ini telah pun bermula pada 6hb Ogos yang lepas dan akan berakhir pada 22hb Ogos 2021.

**Kemaskini - Kempen dilanjutkan sehingga 29hb Ogos 2021.
Cara menyertai kempen #kulim88 dengan 3 langkah mudah: 1. Ikuti FB & IG Kulim (M) Berhad.

Facebook Kulim Malaysia Berhad

Instagram Kulim Berhad
2. Muatnaik hantaran dengan tanda pagar #kulim88 serta tag Kulim (Malaysia) Berhad. Tiada had bilangan hantaran.
3. Pastikan akaun media sosial anda adalah umum.

Mudah kan!

Selain daripada membuat hantaran gambar dan video untuk tujuan derma, hantaran yang mendapat komen dan likes terbanyak berpeluang menjadi salah seorang daripada 10 pemenang mingguan untuk memenangi wang tunai sebanyak RM 88. 10 PEMENANG SETIAP SESI!!!

Lebih mengujakan, terdapatnya hadiah utama berupa wang tunai RM 888 bagi pemenang utama untuk hantaran yang terpilih!! Pemenang utama ini akan diumumkan pada 25hb Ogos 2021 kelak.

Oleh itu, jom sertai kempen #kulim88 dengan segera serta jemput rakan-rakan dan keluarga anda untuk inisiatif ini. Mari lah sambil menderma, sambil berpeluang memenangi hadiah yang menarik.

*Peringatan:

1. Anda boleh memuatnaik hantaran gambar atau video di Facebook atau Instagram tanpa had.
2. Sebarang hantaran boleh dimuatnaik. Tiada peraturan khusus untuk jenis hantaran mengikut kreativiti anda asalkan mempunyai mesej positif.
3. Pastikan hantaran anda boleh dilihat oleh penganjur.
4. Pemenang dipilih mengikut jumlah like sama ada facebook atau instagram. Tips, muatnaik di platform yang anda pasti anda boleh dapatkan like dan komen yang banyak.
5. Anda boleh menggunakan bahasa melayu ataupun bahasa inggeris.
6. Sila teliti semula syarat penyertaan sebelum membuat hantaran.

Kemaskini ---> 10 Pemang Mingguan sesi 1 sudah diumumkan di sini!!!

Maklumat lanjut: www.kulim.com.my