Wednesday 27 March 2024

EXPERIENCE THE JOYS OF RAYA TOGETHERNESS WITH GUARDIAN

Kuala Lumpur, 21 March 2024: This Hari Raya, immerse yourself in the warmth of family togetherness with the support of guardian.


"Hari Raya is a time for families to strengthen bonds and cherish relationships with loved ones, both near and far, regardless of age, gender, or circumstances. guardian has always stood by you during these celebrations, ensuring you have everything you need to lead a healthy and beautiful life," said Priscilla Wu, Managing Director of guardian Malaysia.

Speaking at the launch of guardian's 'Raya Untuk Semua' campaign at TRX Kuala Lumpur, Priscilla added:

"As the title of our Raya campaign suggests, guardian celebrates Raya inclusively, as a brand for everyone - from the young to the old, through different generations. Our curated products and services are designed to ensure everyone can enjoy the festivities feeling and looking their best."

"guardian is a brand that fosters family togetherness, playing an integral role in our customers' lives with a wide range of products offered at great value," Priscilla emphasized.

In conjunction with guardian's 'Raya Untuk Semua' campaign, a Raya music video has been launched on YouTube. This year's video, a sequel to last year's, reiterates the importance of strong family ties and values during significant occasions like Hari Raya. Reprising their roles in the video, the main cast comprises of Sham Visa and Amy Mastura as the father and mother; and their 4 lovely daughters played by Dr Amanda Elli, Puteri Shazwani Megat Ahmad Shahriman, Yasmin Khalid and Afeefa Ooi. The catchy song with joget vibes will also be aired on Era FM from the 1st to 12th April.

The video showcases how guardian contributes to the family's journey towards a healthy and beautiful life, spanning across generations from grandparents to grandchildren.


As Ramadan encourages self-reflection, self-improvement, and empathy towards the less fortunate, members of the media, influencers, and guests at the launch were invited to pick up Raya presents at the guardian store at TRX for 100 children from Pertubuhan Kebajikan Dan Perlindungan Nur Qaseh Malaysia, comprising 50 girls and 50 boys, with a total contribution amounting to RM10,000.



Additionally, ‘Pulut Kuning Zarina’ was distributed as gifts to launch guests. Zarina Zainuddin, a mother and entrepreneur, was recognized as one of guardian's outstanding International Women's Day personalities. Despite personal challenges, Zarina balances her entrepreneurial pursuits with the responsibilities of motherhood to her autistic sons with grace.

To celebrate guardian's 'Raya Untuk Semua' campaign, a substantial range of offers has been curated with savings of up to 50% including 60% discount on all Hair Color and all Beauty Mask & Lip Balm for purchase of a 2nd item.

guardian raya promo 2024 TRX

Moreover, attractive Gift With Purchases are available at guardian stores during this Raya promotion period, which starts from 21 March 2024, such as:

· Free Puffy Beauty Pouch with purchase of RM180 and above in a single receipt for any beauty products including Skin Care, Derma Skin Care, Cosmetics, Beauty Accessories and Fragrances.

· Free Quby Stainless Steel Lunch Box with Thermal bag with purchase of RM120 and above in a single receipt for Hair Care, Bath Care, Oral Care, Deodorant, Shaving, Feminine Care and Baby Toiletries

· Free Foldable Trolley with purchase of RM188 and above in a single receipt for all Health Care products, GMS & Food and Confectionary

· Free guardian Raya Packets (8pcs) with purchase of RM68 and above in a single receipt while stocks last

· Free RM5 coupon with every purchase over RM68 in a single receipt

Priscilla concluded:

"We are thrilled to celebrate Raya with you and your family, with everyone, in fact. Remember, guardian is for everyone. Regardless of who you are, your needs, age, or gender, guardian is a brand that caters to all your health and beauty needs, bringing families together. We will always be here for you."


Facebook: @guardianmy

Instagram: @guardianmy

YouTube: @guardian MY

Telegram: @guardianMY

#guardianMYApp

#guardianMy


Tuesday 12 March 2024

GUARDIAN ‘MENGINSPIRASI KETERANGKUMAN’ BERSAMA ANDA DAN ORANG TERSAYANG DI HARI WANITA SEDUNIA 2024

Tema Hari Wanita Sedunia (IWD) tahun ini, ‘Inspirasikan Keterangkuman’ amat dekat dihati guardian apabila kami meraikan pelbagai sumbangan dan kejayaan wanita di seluruh negara.


Priscilla Wu, Pengarah Pengurusan guardian Malaysia, menekankan, “Di guardian, kepelbagaian dan pemerkasaan adalah teras nilai kami. Kami percaya dalam membina persekitaran yang inklusif di mana wanita diberi kuasa untuk memimpin dan menyumbang kepada kejayaan kami di setiap peringkat.”


Tambah beliau, “Tahun ini, sambutan kami diperluaskan bagi meraikan bukan sahaja wanita, malah golongan lelaki yang banyak menyokong dan membantu mereka. Di guardian, kami ingin meraikannya bersama anda dan orang tersayang termasuk lelaki dalam hidup anda yang telah membantu anda mencapai kejayaan yang anda kecapi atau membantu anda mengatasi cabaran yang anda hadapi.

“Sama ada anda membeli-belah untuk diri sendiri atau wanita istimewa dalam hidup anda - ibu, kakak, penjaga, atau saudara mara - guardian ada tawaran istimewa untuk semua.”

Sebagai sebahagian daripada komitmen kami untuk menginspirasikan keterangkuman, guardian Malaysia menampilkan enam kisah pendek istimewa di TikTok, menampilkan individu luar biasa yang telah berjaya mengharungi pelbagai cabaran dan penderitaan:

Rocyie Wong - Pejuang Psoriasis: Meningkatkan kesedaran tentang penyakit psoriasis dan memberi inspirasi kepada orang ramai.

Dr. Aiesha Asmadi - Doktor Perubatan, Atlet Profesional dan Pejuang Kecergasan: Pemandiri kanser dua kali yang berdedikasi untuk menyuntik semangat kepada orang lain.

Anissa Jailani - Guru Bahasa Isyarat: Memecah stereotaip dan menggalakkan keterangkuman melalui pendidikan


Ashyy Edwards - Pempengaruh Kecantikan Plus Size: Mempromosikan positiviti badan dan sayangi diri.

Zarina Zainuddin - Ibu dan Usahawan: Mengimbangi tanggungjawab sebagai ibu kepada anak lelaki autisme dan keusahawanan dengan penuh keanggunan.

Jared Lee - Pembuat Filem YouTube: Pemandiri kanser dengan isteri sebagai penyokong kuatnya.


Jangan lupa menyaksikan kisah-kisah aspirasi dan kejayaan yang menginspirasikan ini!

Di samping itu, guardian Malaysia menawarkan pelbagai promosi istimewa pada bulan Mac ini, termasuk diskaun seluruh stor untuk produk kesihatan dan kecantikan. Sama ada anda membeli-belah untuk diri sendiri atau meraikan wanita hebat di sisi anda, guardian menawarkan sesuatu untuk semua orang.

Berkunjunglah ke stor guardian berdekatan anda sekarang untuk menikmati tawaran menakjubkan ini. Sertai kami dalam meraikan anda dan orang tersayang dan pencapaian mereka yang mengagumkan di Hari Wanita Sedunia ini!


Facebook: @Guardianmy
Instagram: @Guardianmy
YouTube: @Guardian MY
Telegram: @GuardianMY

#GuardianMYApp
#guardianMy

Malaysia International Machinery Fair (MIMF) yang ke 35 Tawar 5 Tema Baharu Teknologi Tinggi

Kuala Lumpur, 11 Mac 2024 - Pra pelancaran Malaysia International Machinery Fair (MIMF) yang ke-35 telah berlangsung di bangunan Malaysia International Trade and Exhibition Centre (MITEC) dengan kehadiran beberapa persatuan perniagaan di Malaysia. MIMF yang ke-35 akan berlangsung secara rasminya di MITEC selama dua hari bermula 11hb hingga 12hb Julai 2024.



5 Teknologi Tinggi Baharu

MIMF yang ke-35 ini membawa sesuatu yang baharu berbanding tahun-tahun sebelumnya dengan memperkenalkan 5 Teknologi Tinggi Baharu yang bakal memberi transformasi terhadap perniagaan pengunjung yang berminat. 5 teknologi itu ialah:

1) New Energy - Teknologi Baharu
2) New Technique - Teknik Baharu
3) New Economy Market - Pasaran Ekonomi Baharu
4) New Material - Material Baharu
5) New Product - Produk Baharu

5 Kategori Khusus

Menariknya MIMF ini memudahkan pengunjung datang dengan menyediakan 5 kategori khusus dari Malaysia sendiri  mengikut keperluan perniagaan iaitu:

1) Smart Tech 

Teknologi pintar yang turut memperkenalkan teknologi kecerdasan buatan (AI) dalam mesin operasi seperti mesin pembuatan, mesin pembungkusan, mesin penimbang dan sebagainya.

2) My - Bakery

Segala kelengkapan mesin bakeri turut dipamerkan disini. Ini termasuklah kelengkapan mesin penyimpanan, bancuhan, penyahidrat, mesin kisar dan lain-lain.

3) LED-LIGHT Malaysia

Kategori ini menampilkan pameran LED pelbagai terdiri daripada papan muka LED, fasad LED, peralatan fotografi dan banyak lain. 

4) My - Pack Pro

Pameran berdasarkan pembungkusan pelbagai sebagai contoh mesin pembungkus, pembuatan label, pemotongan dan lain-lain.

5) My - Plas

Pameran berasaskan plastik, acuan dan alat pembentukkan acuan dan bungkusan. 

Pempamer Malaysia dan Antarabangsa

MIMF yang berskala besar ini tidak lengkap dengan kehadiran pengunjung dan pempamer dalam negara dan antarabangsa. Sebanyak 78% pempamer profesional dari luar negara seperti China, Hong Kong, Taiwan, Thailand dan banyak lagi negara akan menyertai MIMF kali ini. Selebih 28%  pula terdiri dari pempamer dalam negara kita yang dibawa oleh persatuan perniagaan yang ada di Malaysia.

Kenapa ahli perniagaan perlu datang ke pameran MIMF ini?

1) Jangkaan sebanyak 7000+ pengunjung perniagaan professional yang akan menghadiri MIMF ke 35
2) Penyertaan daripada 100 Dewan Perniagaan Malaysia - China
3) Mendapat sokongan kerajaan Malaysia
4) Memperluaskan hubungan jaringan perniagaan
5) Informasi meluas, baharu dan tepat disampaikan untuk pengunjung

MIMF dianjurkan dan disokong oleh Dewan Perniagaan Malaysia yang berprestij.

MIMF dianjurkan oleh Malaysia China International Trade Link Association (MACITA) dengan sokongan oleh Malaysia External Trade Development Corporation (MATRADE), Federation of Malaysia Business Associations, Dewan Perniagaan Usahawan Malaysia (DPUM), Malaysia Promas International Business Society (PROMAS) dan banyak lagi.

Presiden PROMAS, Dari’ Chong Chong Tik yang juga mengetuai penganjuran MIMF yang ke-35.

Orang ramai terutamanya ahli perniagaan adalah sangat digalakkan untuk menghadiri MIMF ini untuk mendapatkan mesin atau peralatan perniagaan yang berbaloi untuk meningkatkan produktiviti perniagaan. 

Malaysia International Machinery Fair (MIMF) yang ke-35 akan berlangsung seperti di bawah:

Lokasi: Hall 1, 2, 3, 4, 5 and 6, MITEC
Masa dan Tarikh: 11 (11am-6pm)  & 12 (9am-4pm) Julai 2024

Saturday 2 March 2024

KOLEKSI EDISI TERHAD TERAKHIR SPYxFAMILY KINI DI GUARDIAN

Kuala Lumpur, 28 Februari 2024: Para pelanggan guardian kini berpeluang untuk mendapatkan set koleksi SPYxFAMILY terakhir, set The Forgers, untuk melengkapkan kesemua set koleksi eksklusif istimewa SPYxFAMILY guardian mereka.

spy-x-family-guardian-limited-edition-series
Forger Series, koleksi edisi terhad terakhir untuk siri SPY x FAMILY Guardian.

Set pek kotak The Forgers boleh dibeli mulai 28 Februari 2024 dan ia mengandungi satu buku nota lingkaran, 10 keping pelekat kad lipatan, dan satu poster Lentikular 3D berbingkai hitam. Dijual pada harga RM129, pelanggan boleh mendapatkan set The Forgers dengan membeli barangan bernilai RM20 daripada jenama yang mengambil bahagian seperti Aiken, Bio Essence, Lóreal Dermo-Expertise, Eucerin, Garnier, Lóreal, Maybelline, Nivea Skin, dan Sunsilk, atau RM50 untuk pembelian mana-mana jenama lain dalam satu resit.

spy-x-family-guardian-limited-edition-series-forger-series

Barangan koleksi eksklusif guardian ini adalah berdasarkan siri manga terlaris di Jepun dan siri televisyen adaptasi anime, SPYxFAMILY, yang ditulis dan dilukis oleh Tatsuya Endo. Ia mengisahkan tentang misi penyamaran seorang pengintip yang berkahwin dan mengambil anak angkat sebagai sebahagian daripada usaha penyamarannya, tanpa menyedari bahawa anak angkatnya itu memiliki kuasa telepati dan wanita yang dikahwininya pula ialah pembunuh upahan yang handal. Ketiga-tiga mereka perlu berusaha untuk kekal bersamaSPYxFAMILY telah dipilih sebagai Komik Web Paling Popular Nombor 1 pada 2019 dan ia telah mencecah 480 juta tontonan pada Ogos 2022. Menjelang Disember 2023, SPYxFAMILY mencapai lebih 34 juta edaran, menjadikannya salah satu siri manga terlaris di pasaran.

Jennifer Wong, Pengurus Kanan, Hal Ehwal Korporat dan Acara, guardian Malaysia, menyatakan keterujaan beliau berkata, “Kami sangat teruja untuk menawarkan EMPAT set barangan koleksi daripada siri manga dan anime SPYxFAMILY.”

spy-x-family-guardian-limited-edition-series-forger-series

Jangan lepaskan peluang keemasan untuk mengumpul barangan koleksi edisi terhad hebat daripada salah satu siri manga dan anime paling popular pernah dihasilkan di Jepun ini. Segeralah berkunjung ke stor Guardian berdekatan anda untuk mendapatkan set koleksi anda sebelum terlambat!


Facebook: @guardianmy
Instagram: @guardianmy
YouTube: @guardian MY
Telegram: @guardianMY

#GuardianMYApp
#guardianMy
#guardianspyxfamily









Friday 1 March 2024

Dewan Perniagaan Usahawan Malaysia (DPUM) Mengadakan Majlis Anugerah dan Penghargaan Usahawan dan Agensi Kerajaan

Ampang, 26 Januari 2024 - Dewan Perniagaan Usahawan Malaysia (DPUM) dengan bangganya mengumumkan penganjuran majlis "Malam 1000 Kenangan Jasamu Dikenang" yang berlangsung pada di Grand Barakah Hotel, Ampang Point.

dpum-dewan-usahawan-perniagaan-malaysia-malam-anugerah
Anugerah Jasamu Dikenang  DPUM di Grand Hotel Barakah


DPUM atau nama asal sebelum penjenamaan semula, Dewan Perniagaan Usahawan Kecil Malaysia (DPUKM) telah mengadakan majlis ini untuk memberi penghormatan kepada 40 usahawan yang telah menyumbangkan jasa dan kejayaan mereka dalam dunia perniagaan. Tidak dilupakan juga penghargaan buat agensi kerajaan yang bersama-sama DPUM dalam membantu usahawan untuk melangkah lebih jauh dalam dunia perdagangan. Dengan tema "Jasamu Dikenang", majlis ini bertujuan mengiktiraf pencapaian cemerlang para usahawan yang telah memberikan sumbangan besar terhadap perkembangan ekonomi negara.

Sebagai sebahagian daripada penghargaan, seketariat DPUM juga turut diberikan pengiktirafan atas bantuan dan sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada DPUM. Penghargaan ini mencerminkan penghargaan dan sokongan DPUM terhadap usaha-usaha mereka yang menjadikan DPUM di tahap yang tinggi seperti sekarang.

Maj
lis ini turut dihadiri oleh Presiden DPUM, Dato' Seri Abu Hasan Mohd Nor, Dr. Raja Putra Shah dari RHEA Corporation Sdn Bhd, Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan KRU, Dato Norman Abdul Halim, Pengarah Urusan Sharifah Food Industries Sdn Bhd, Hjh Rohani Borhan dan Pengarah Urusan Excell Way Worldwide Sdn Bhd. Desmond Hiew. Selain itu, 12 Agensi dan Kementerian yang sering bekerjasama dan membantu usahawan DPUM turut datang untuk memberi sokongan seperti FAMA, PERNAS, MATRADE, PERKESO, MOTAC, Kementerian Perlancongan, MARA, TEKUN, ANGKASA, MITI dan SIRIM.

Antara penerima anugerah usahawan pada majlis ini ialah Excell Way Worldwide Sdn. Bhd. bagi Anugerah Usahawan Kilang GMP Terbaik dan SHRF Food Industries Sdn. Bhd., bagi Anugerah Food Industri Korporat Terbaik.

dpum-dewan-usahawan-perniagaan-malaysia-malam-penerima-anugerah
Penerima Anugerah Usahawan pada majlis makan malam baru-baru ini.

Majlis makan malam yang diacarakan oleh pelakon Abon turut meriah dengan persembahan nyanyian daripada Haqiem Rusli, Keena Mentot, Malek Redzuan dan Herman Tino. Tidak lupa juga, terdapat persembahan istimewa daripada Raja Teh Tarik Asia, Syed Khaidhir Syed Abdullah yang menampilkan kemahiran menarik teh tariknya.
Turut mengisi ruangan majlis, beberapa gerai pameran daripada beberapa usahawan bawah DPUM menampilkan produk dan perkhidmatan seperti produk harumanis, makanan sedia dimakan dan teh tarik. Pameran ini merupakan peluang yang unik bagi usahawan untuk memperluaskan rangkaian perniagaan mereka dan menjalinkan kerjasama dengan pihak lain dalam komuniti perniagaan.

Sedikit Pengenalan mengenai DPUM: Mendukung Usahawan Malaysia Sejak 2013

Dewan Perniagaan Usahawan Malaysia (DPUM) dibentuk pada tahun 2013 dengan matlamat utama untuk menjadi sokongan utama kepada komuniti usahawan di Malaysia. DPUM memahami bahawa kejayaan perniagaan tidak hanya bergantung kepada keberanian untuk berjinak-jinak dalam pasaran, tetapi juga kepada pengetahuan dan bimbingan yang efektif.

presiden-dewan-perniagaan-usahawan-malaysia-abu-hasan
Presiden DPUM, Dato' Seri Abu Hasan Mohd Nor

“Sejak DPUKM bermula 15 tahun lalu kami banyak melahirkan usahawan-usahawan berjaya walau pun tanpa sebarang bantuan atau geran daripada Kerajaan,” 

"Dahulu kami dikenali sebagai Dewan Usahawan Perniagaan Kecil Malaysia, sekarang kami telah melaksanakan penjenamaan semula dengan menukar nama persatuan sebagai Dewan Usahawan Perniagaan Malaysia (DPUM) untuk memandangkan Dewan juga semakin besar hingga mencapai ke luar negara," ujar Presiden DPUM, Dato' Seri Abu Hasan Mohd Nor pada majlis ketika sesi temu ramah.

Ibu pejabat DPUM yang berada di Kuala Lumpur ini juga mempunyai beberapa cawangan di seluruh Malaysia dan juga luar negara.

“Setekat ini kami mempunyai 15,000 ahli-ahli yang aktif terdiri bukan sahaja dari kalangan usahawan Melayu tempatan tetapi usahawan-usahawan dari Indonesia, China dan Thailand,” tambah beliau lagi.

dpum-indonesia-malaysia
Tangkap layar berita dari Indonesia. Sumber: TV One News

Dewan Perniagaan Usahawan Malaysia yang sedang berada dalam proses penjenamaan semula daripada nama asal Dewan Perniagaan Usahawan Kecil Malaysia bakal menyaksikan pelbagai perubahan termasuk laman web rasmi, penstrukturan semula, pengenalan kepada digital dan sebagainya.

Kelebihan penyertaan menjadi ahli DPUM

DPUM mengalu-alukan semua usahawan sama ada usahawan yang baru memasuki dunia usahawan, peniaga tepi jalan dan pelbagai tahap untuk menyertai mereka untuk meluaskan lagi langkah mereka. Yuran keahlian yang rendah dari RM150 bagi keahlian biasa dan RM500 setahun untuk korporat.

DPUM berkomitmen menyediakan platform dan rangkaian (networking) yang menyokong usahawan tempatan. Sejak penubuhannya, DPUM tidak hanya memberikan perkhidmatan pembangunan perniagaan tradisional, tetapi juga turut memberikan tunjuk ajar dalam bidang-bidang penting seperti teknologi, pemasaran, dan pengeluaran.

Antara jenis bantuan atau latihan yang ada di DPUM ialah studio untuk menjalankan pemasaran usahawan, membawa usahawan ke luar negara untuk menyertai EXPO perniagaan, membantu usahawan mencari pembekal yang berkualiti untuk perniagaan mereka, membantu usahawan menembusi pasaran luar negara, melancarkan proses pinjaman dengan bimbingan DPUM dan sebagainya.

dpum-dewan-perniagaan-usahawan-malaysia-ke-antarabangsa
Antara delegasi yang membawa nama negara ke pentas usahawan antarabangsa. Sumber: Facebook Dewan Usahawan Perniagaan Kecil Malaysia (Sebelum penjenamaan semula).

Lebih menarik lagi, DPUM mempunyai studio tiga tingkat yang menyediakan perkhidmatan pembuatan jingle dan video untuk ahli DPUM yang memerlukan. Ahli juga berpeluang untuk menyiarkan perniagaan mereka melalui saluran mytvusahawan yang diterbitkan secara atas talian.

Bak kata Presiden DPUM, “Kami sentiasa melaksanakan program bimbingan kepada golongan usahawan bagi membantu mereka berjaya sekali gus menghasilkan produk berkualiti dari aspek pembungkusan dan rangkaian perniagaan agar dapat menembusi pasaran global."

Dengan pendekatan ini, DPUM berharap dapat melonjakkan kejayaan usahawan di Malaysia melalui bantuan dan pembimbingan yang berkualiti.

....................................................................................................................................................

Bagi yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai DPUM atau hendak menjadi ahli boleh rujuk di bawah:

Alamat: No. 2, Wisma RKT Tingkat 3, Jalan Raja Abdullah, Off Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur
Facebook: Dewan Pernigaan Usahawan Kecil Malaysia (Belum bertukar nama)
Email: info@dpukm.com

Kredit gambar: Kak Fas Online

Tuesday 6 February 2024

33 usahawan capai jualan RM1 juta ke atas pada Januari 2024

SHAH ALAM - Seramai 33 usahawan dibimbing secara dekat bersama Mentor, Datuk Wira Dr. Azizan Osman dan RichWorks International Sdn. Bhd. (RichWorks) berjaya mencapai jualan lebih RM1 juta pada bulan lalu.

Mentor Usahawan, Datuk Wira Dr. Azizan Osman ketika berkongsi kejayaan 33 usahawan dibimbingnya bersama RichWorks secara dekat yang mencapai jualan lebih RM1 juta pada Januari lalu.

Kongsi Dr. Azizan, pencapaian tersebut membuktikan bahawa bangsa usahawan masih boleh berkembang meskipun dalam keadaan yang mencabar pada tahun ini.

"Saya dan RichWorks International tak bina usahawan capai jualan RM1 juta dalam 3 minit tapi kami bina 58 usahawan capai RM10 juta dan lebih 300 capai RM1 juta pada tahun lalu.

"Tahniah Khairulaming kerana menjadi inspirasi kepada lebih ramai orang dengan saya boleh katakan 99 peratus persediaan menjadikan tiga minit itu kejayaan," katanya dalam satu sesi khas di Facebook Azizan Osman Official semalam.

Tambah beliau, kejayaan itu tak berlaku sekelip mata tapi terdapat fasa-fasa dan proses persediaan dilakukan termasuk pembelajaran dan kegagalan yang dialami sebelum itu.

"Jika anda lebih bersedia untuk main 'permainan' ini, anda akan ada peluang lebih tinggi untuk menang.

"Apa saya nak katakan di sini adalah kefahaman sangat penting untuk seseorang usahawan bersedia untuk mencapai sasaran mereka," jelasnya.

Dr. Azizan berkata, meskipun ketika pasaran 'lemah' tapi orang tetap membeli cuma persoalannya mereka membeli dengan siapa.

Sementara itu, beliau mengulas mengenai hantaran netizen mengenai produk Jajan Jijan yang dikatakan gagal, sebenarnya ia satu kejayaan dibuat sebagai kajian kes dalam satu kelas lebih kurang 10 tahun dulu.

Salah satu akaun yang muat naik hantaran mengenai produk Jajan Jijan yang dihasilkan bagi kelas keusahawanan yang dijalankan lebih 10 tahun dulu.

"Saya tunjukkan kepada peserta macam mana saya membina jenama dari kosong, bagaimana nak keluarkan produk hingga boleh dijual.

"Bila kami lancarkan dalam kelas itu, lebih kurang 11,000 peket dijual dalam masa 30 minit," ujarnya.

Dalam pada itu, RichWorks juga akan mengadakan bimbingan perniagaan bersama Dr. Azizan buat usahawan terpilih yang ditaja 100 peratus pada 21 Februari ini.

Mentor Usahawan, Datuk Wira Dr. Azizan Osman ketika membimbing bisnes usahawan-usahawan terpilih yang ditaja 100 peratus pada bulan lalu.


Mohon sekarang di richworks.com/businesscoaching/med.

Tuesday 16 January 2024

Tahun Baru Cina 2024 Bersama Guardian Dengan 'Glowing Beauty, Healthy Journey'

Petaling Jaya, 11 Januari 2024: Guardian akan menyambut kedatangan Tahun Naga Tahun Baru Cina dengan pelbagai tawaran dan promosi produk terkini dan terhangat pada nilai luar biasa untuk semua pelanggannya.

Guardian CNY 2024 Promotion and Campaign
Kempen Tahun Baru Cina Guardian 2024 - Glowing Beauty, Healthy Journey.

Anna Ng, Pengarah Pemasaran Guardian Malaysia, berkata; “Tahun Baru Cina adalah salah satu perayaan tahunan terbesar dimana semua orang akan bersungguh-sungguh untuk tampil hebat dengan penampilan serta pakaian baharu terbaik mereka kerana ia adalah masanya untuk permulaan yang baharu.

“Tema ‘Glowing Beauty, Healthy Journey’ kami menguatkan lagi harapan Tahun Baru Cina (CNY) kami untuk para pelanggan dalam menyambut tahun baharu ini dengan tumpuan khusus terhadap penjagaan kesejahteraan dan kesihatan serta pengamalan gaya hidup yang harmoni dan seimbang.

“Untuk itu, kami telah menyediakan rangkaian tawaran dan hadiah istimewa yang menarik untuk pelanggan kami untuk dijadikan hadiah buat orang tersayang, yang jauh mahupun yang dekat dan untuk diri mereka sendiri. Tawaran nilai istimewa ini terpakai untuk kebanyakan produk kesihatan, kecantikan dan penjagaan diri terkini kami, yang ditawarkan di stor fizikal dan dalam talian, untuk membantu anda dan orang tersayang tampil dengan penampilan terbaik di Tahun Baru Cina ini.

“Untuk merancakkan lagi perayaan tahun ini, kami juga telah memperkenalkan sebuah video muzik Tahun Baru Cina (CNY) yang ceria dan menghiburkan, menampilkan Jestinna Kuan, penyanyi dan Pencipta Kandungan Digital popular serta beberapa watak lain termasuk pemenang Face of Healthy Beauty Guardian.” jelas Anna.

Guardian CNY 2024 Music Video with Jestina Kuan and winner of the face of healthy beauty 2023
Jestina Kuan (ditengah) bersama pemenang The Face of Healthy Beauty Guardian tahun 2023.

Lagu multibahasa yang rancak dalam bahasa Cina dan persembahan video yang menarik itu sangat menghiburkan namun bertujuan untuk mengingatkan orang ramai tentang kepentingan memelihara hubungan baik dengan semua orang, menzahirkan rasa terima kasih kepada keluarga dan sahabat handai dan menghidupkan tradisi budaya dan adat yang menjadikan sambutan Tahun Baru Cina begitu istimewa. Ini dipersembahkan menerusi watak Jestinna yang dikenali sebagai ‘Xiao Long Nu’.

Watak Xiao Long Nu yang moden dikunjungi oleh Xiao Long Nu Zaman Lampau yang mengingatkannya tentang tradisi Tahun Baru Cina purba manakala Naga Guardian pula ialah penjaga kesihatan serta pelindung keluarga turun temurun. Xiao Long Nu moden turut menunjukkan beberapa petua menjaga kesihatan dan kecantikan menggunakan produk moden Guardian kepada Xiao Long Nu Zaman Lampau.

“Video ini menggalakkan orang ramai untuk menyemarakkan semangat tahun Naga dengan kesejahteraan dan kesihatan yang berkekalan, dengan Guardian di sisi anda,” tambah Anna.

Untuk membantu pelanggan mendapatkan aura glamor berseri Tahun Baru, Guardian telah memperkenalkan ciri GlamAR pada Aplikasinya agar pelanggan dapat menerima nasihat pakar penjagaan kulit tentang produk yang paling sesuai untuk kulit mereka.

Ciri GlamAR akan menjalankan analisis kulit, menawarkan tip-tip penjagaan kulit seterusnya mencadangkan langkah penjagaan kulit dan produk yang sesuai untuk kulit anda. Pelanggan kemudiannya boleh membuat pembelian menerusi Aplikasi dimana produk akan dihantar ke rumah atau mereka boleh berkunjung sendiri ke stor fizikal untuk membelinya.

Pelanggan Guardian akan menikmati tawaran istimewa daripada Pantene, Garnier dan Bio Essence disamping tawaran yang lain. Ini termasuk diskaun sehingga 50% untuk produk Kosmetik dan Penjagaan Kulit, potongan 60% untuk barangan kedua dengan SEMUA topeng muka kecantikan, balsem bibir dan semua warna rambut. Terdapat juga diskaun 30% untuk semua produk pelangsingan badan, vitamin dan pemangkin kecantikan, serta Baucar Tunai Guardian RM20 dengan pembelian produk Penjagaan Kesihatan bernilai RM188.

Dalam suasana perayaan yang penuh kegembiraan dan harmoni ini, pelanggan boleh membeli-belah di semua stor fizikal dan dalam talian Guardian untuk Pek Hadiah CNY yang memuatkan rangkaian produk kesihatan dan kesejahteraan mulai 27 Disember hingga 12 Februari 2024 untuk dihadiahkan kepada yang tersayang yang tinggal berjauhan. Ini termasuk Pek Hadiah CNY daripada Brands, Kinohimitsu, Ensure Gold dan Ecolite.

Guardian CNY 2024 New Year Pack Sales
Pek Hadiah CNY daripada Guardian

“Jadikan Tahun Baru Lunar ini menakjubkan dengan mengunjungi stor Guardian terdekat anda atau dalam talian untuk mendapatkan hadiah CNY kesihatan dan kesejahteraan untuk diri anda dan yang tersayang.” tambah Anna.

Tonton video Tahun Baru Cina daripada Guardian yang menampilkan Jestina Kuan di bawah:


Facebook: @Guardianmy
Instagram: @Guardianmy
YouTube: @Guardian MY
Telegram: @GuardianMY

#GuardianMYApp
#guardianMy

Guardian dan NIVEA Sumbang RM50,000 Untuk Pusat Kebajikan Pendidikan Kanak-Kanak

Petaling Jaya, 15 Januari 2024: Jenama Penjagaan Kulit Nombor Satu*, NIVEA dengan kerjasama Guardian Malaysia telah berjaya menyiapkan program pengubahsuaian di dua pusat pendidikan komuniti yang dikendalikan oleh organisasi bukan kerajaan, Persatuan Kebajikan Suriana.

Guardian dan Nivea sumbang rm50,000
Guardian dan NIVEA bersama-sama dalam menjayakan Tanggungjawab Sosial Korporat.

Projek pengubahsuaian Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR), yang dinamakan “Share The Care, You Buy, We Donate” ini adalah hasil daripada kempen yang dijalankan oleh NIVEA dan Guardian yang mengumpul RM50,000 untuk menampung kos membaik pulih dua pusat pendidikan.

Sepanjang tempoh kempen dari 2 Oktober hingga 31 Oktober 2023, setiap belian produk NIVEA bernilai RM50 dan ke atas dalam satu resit, RM2 disumbangkan kepada projek CSR ini.

Kedua-dua pusat pendidikan yang dikendalikan oleh Persatuan Kebajikan Suriana itu bertujuan untuk memperkasakan kanak-kanak miskin bandar menerusi pendidikan yang holistik disamping memperkuatkan sinergi antara penjaga dan ibu bapa melalui penglibatan yang berterusan. Menyediakan sebuah ruang yang selamat untuk kanak-kanak dan ibu bapa merupakan sebahagian daripada matlamat “Transformasi Komuniti Menerusi Pendidikan” persatuan itu.

Anna Hull, Pengarah Komersil, Guardian Malaysia berkata; “Kami sangat gembira untuk berkolaborasi dengan NIVEA Malaysia khususnya dalam projek CSR pengubahsuaian ini bagi membantu 91 kanak-kanak Desa Mentari di Petaling Jaya dan Desa Ria di Kuala Lumpur. Pusat Pendidikan Suriana memerlukan pembaikan dan pengubahsuaian agar persekitaran pembelajaran yang selesa dan kondusif dapat disediakan untuk kanak-kanak ini belajar dan menimba ilmu. Kami berharap dengan pusat yang telah dibaikpulih ini, Suriana dapat mengambil lebih ramai kanak-kanak kerana senarai menunggu pun agak panjang.”

*Euromonitor International Limited; NIVEA mengikut nama jenama induk dalam kategori Penjagaan Badan, Penjagaan Wajah dan Penjagaan Tangan; dari segi nilai runcit, 2022.

Ng Hock Guan, Pengurus Negara, Beiersdorf Malaysia dan Singapura, berkata:  “NIVEA berbangga menjadi sebahagian daripada projek yang penting dan bermakna ini, yang mana ia juga selaras dengan matlamat CSR kami untuk “Care Beyond Skin”. Kami berharap projek ini akan terus memberi impak baik kepada kanak-kanak miskin bandar, dan saya ingin mengucapkan tahniah kepada Persatuan Kebajikan Suriana atas usaha-usaha kebajikan yang telah mereka lakukan selama ini. Ucapan terima kasih juga kepada Guardian Malaysia, yang bermurah hati untuk bekerjasama dengan kami dalam projek ini dan kepada semua pengguna setia NIVEA yang telah menyumbang untuk projek yang penting ini,” kata beliau.

Pengubahsuaian yang dilakukan di pusat pendidikan Desa Ria termasuk:

New classroom renovation at Desa Ria
Bilik kelas baharu yang sudah diubah suai di Desa Ria.
  1. Pemasangan Sistem TV Litar Tertutup (CCTV)
  2. Jubin lantai baru di dalam dewan
  3. Sistem paip air baharu
  4. Kipas dinding dan kipas siling baharu
  5. Cat baharu
Manakala di pusat pendidikan Desa Mentari, pengubahsuaian termasuk:

New store room for Desa Mentari Children
Pantri dan stor baharu di Desa Mentari.
  1. Sebuah pantri dan bilik stor baharu
  2. Penggantian pili, sinki dan paip di dalam tandas
  3. Pemasangan rak dan papan putih serta rak kasut beserta kunci di kawasan pintu masuk



Facebook: @Guardianmy
Instagram: @Guardianmy
YouTube: @Guardian MY
Telegram: @GuardianMY
#GuardianMYApp
#guardianMy

Sunday 7 January 2024

Guardian Melancarkan Set Koleksi Edisi Terhad SPYxFAMILY

Kuala Lumpur, 6 Januari 2024: Guardian dengan bangganya melancarkan Siri terhad Koleksi barangan salah satu siri manga terlaris di Jepun dan siri televisyen adaptasi anime iaitu SPYxFAMILY. Dalam siri edisi terhad ini, terdapat empat koleksi boleh didapati peminat di semua stor Guardian dan di atas talian melalui Guardian Online Store.

guardian-spxfamily-limited-edition-set-collection-2024
Set Koleksi Edisi Terhad Guardian SPYxFAMILY

Sedikit pengenalan, SPY×FAMILY merupakan sebuah siri manga Jepun yang ditulis dan dilukis oleh Tatsuya Endo. Manga ini mengisahkan tentang misi penyamaran seorang pengintip yang bernama Loid berkahwin dengan Yor dan mengambil anak angkat bernama Anya untuk meneruskan sebahagian daripada penyamarannya. Tanpa Loid sedari, Anya memiliki kuasa telepati dan Yor pula ialah seorang pembunuh upahan yang handal. Ketiga-tiga mereka perlu berusaha untuk kekal bersama untuk kepentingan mereka tersendiri.

Sebagai sebuah siri web animasi, SPYxFAMILY telah dipilih sebagai Komik Web Paling Popular Nombor 1 pada 2019 dan telah mencecah 480 juta tontonan pada Ogos 2022. Menjelang Disember 2023, SPYxFAMILY telah mencapai lebih 34 juta edaran, menjadikannya salah satu siri manga terlaris di pasaran.

Dengan kesempatan ini, Guardian tidak melepaskan peluang untuk bekerjasama dengan SPYxFAMILY dalam mengeluarkan empat set koleksi edisi terhad buat penggemar siri manga ini yang tidak boleh didapati di mana-mana selain daripada Guardian.

Set Barangan Koleksi adalah seperti berikut:

1. Loid Collection

guardian-spxfamily-limited-edition-set-collection-2024-loid-forger

- Sempena watak bapa dalam siri anime ini iaitu Loid Forger. 
- Bernilai RM199
- Boleh didapati bermula 27 Disember 2023 sehingga 10 Januari 2024
- Didatangkan dalam Kotak Rekaan Loid khas yang mengandungi satu sarung komputer riba 14 inci, satu pemegang telefon akrilik Loid dan pelekat kalis air lentikular Loid.

2. Yor Collection

guardian-spxfamily-limited-edition-set-collection-2024-Yor-Briar-Forger

- Sempena watak ibu dalam siri anime tersebut. 
- Bernilai RM199
- Boleh didapati mulai 11 Januari 2024 sehingga 24 Januari 2024
- Didatangkan dalam Kotak Rekaan Yor khas yang mengandungi satu uncang Yor Beauty, satu rantai kunci akrilik Yor beserta cermin dan pelekat kalis air lentikular Yor.

3. Anya Collection  

guardian-spxfamily-limited-edition-set-collection-2024-Anya-Forger

- Sempena watak anak perempuan dalam siri anime itu. 
- Bernilai RM230 
- Boleh didapati 25 Januari 2024 hingga 7 Februari 2024 
- Didatangkan dengan Kotak Rekaan Anya khas mengandungi satu fail Anya bersaiz A4, satu kotak puzzle 500 keping Anya, satu pek kad permainan memori Anya dan pelekat kalis air lentikular Anya.

4. Forger Series Collection

- Bakal dikeluarkan pada 28hb Februari 2024

Keempat-empat koleksi yang dikeluarkan secara berperingkat ini boleh dimiliki dengan harga RM99 sahaja dengan PwP (Purchase with Purchase) dengan pembelian minimum RM20 dengan jenama terpilih atau RM50 dengan jenama yang lain dalam satu resit.

Jenama terlibat dalam PwP ini ialah Aiken, Bio Essence, Lóreal Dermo-Expertise, Eucerin, Garnier, Lóreal, Maybelline, Nivea Skin dan Sunsilk

Anna Ng, Pengarah Pemasaran, Guardian Malaysia berkata,“Ini adalah peluang keemasan untuk mengumpul beberapa koleksi edisi terhad yang hebat daripada salah satu siri manga dan anime paling popular pernah dihasilkan di Jepun, yang mungkin boleh menjadi barangan kegilaan pengumpul di masa hadapan. Lebih menarik, ia juga memuatkan barangan praktikal yang menepati gaya hidup aktif pelanggan kami. Jadi segeralah berkunjung ke stor Guardian berdekatan anda untuk mendapatkan set koleksi istimewa ini sebelum terlambat."

Sementara itu juga, telah berlangsung pelancaran koleksi ini di MyTown Cheras yang mempamerkan ketiga-tiga koleksi terawal Guardian SPYxFAMILY, promosi Guardian lain, pertandingan pakaian Cosplayer terbaik dan ruangan bergambar bersama mock up SPYxFAMILY yang menarik. Boleh lihat video di bawah:



Jom dapatkan keempat-empat koleksi terhad Guardian SPYxFAMILY yang menarik ini di stor Guardian berdekatan anda atau stor Guardian atas talian sekarang!

#GuardianMYApp
#guardianMy
#guardianspyxfamily

Wednesday 3 January 2024

Review Filem Pendekar Awang - Darah Indera Gajah

2hb Januari 2024, Putrajaya - Tayangan Perdana dan Pra Tonton media filem Pendekar Awang - Darah Indera Gajah telah berlangsung di GSC East Wing, IOI City Mall. Saya turut bertuah menjadi salah seorang penonton terawal. Maka boleh lah saya membuat review sebelum tayangan rasmi mendatang.

review-filem-pendekar-awang-darah-indera-gajah
Poster rasmi

Bagi filem ni, cerita dia memang fokus kepada Awang iaitu adik Mat Kilau yang dilakonkan oleh Fattah Amin. Cerita ni mengambil tempat selepas penentangan terakhir dalam filem Mat Kilau. Masa ni Mat Kilau dah pergi tempat lain, tinggal lah beberapa orang termasuk si Awang yang masih kat Kampung. Masa ni si Awang ada isteri iaitu si Sayang yang dilakonkan oleh Fazura.

Sinopsis dia kurang lebih je dengan Mat Kilau. Lawan British di Pahang. Cuma bezanya filem ni ada sedikit jalan cerita pembesar Pahang, Tok Gajah nak minta tolong pembesar negeri lain. British nak halang lah plan pembesar ni. Si Awang ni pula macam trauma kawan dia banyak mati tu yang bawa diri, itu lah permulaan cerita dia. Filem Pendekar Awang ni ialah 'spin-off' bagi Mat Kilau dan lebih fiksyen berbanding sejarah. Penerbit pun kata filem ni nak meraikan pendekar yang tak disanjung gitu.

Jadi, awal-awal nak tengok filem ni jangan set kan filem sejarah. Anggap je filem fiksyen yang berinspirasi sejarah okie.

Ini REVIEW Filem Pendekar Awang - Darah Indera Gajah:

Jalan cerita

Filem yang berdurasi 110 minit ini jalan ceritanya macam Mat Kilau. Bagi saya tiada masalah sebab berinspirasikan sejarah lawan British yang orang memang dah tahu. Cumanya agak mendatar sedikit berbanding filem sebelumnya. Lebih 'straight forward' tak ada kona-kona. Boleh diagak lah kejadiannya macam mana. Begitulah ceritanya.

Awal-awal tu meremang sebab rasa ada tribute sikit terhadap apa yang terjadi di Palestin. Kita boleh bayangkan dulu kita berperang dengan penjajah sampai semua orang terbunuh tak kisah budak-budak. Sekali menjajah, memang tak boleh bagi muka dekat depa. Lepas tu ada cerita pasal iluminati sikit awal-awal. Macam tiberrr sangat. Nasib sekejap je kalau tak rasa macam tak perlu ada pun tak apa.

Cerita ni pun saya rasa ada beberapa babak eh tiber. Ha gitu lah. Saya ni bukan orang filem pun, tapi sebagai penonton biasa, begitu lah apa yang saya rasa waktu menonton Pendekar Awang. Walaupun macam tiber, ada je babak yang saya suka macam buatkan saya meremang wow gitu. Babak yang wahhh kepahlawanan saya diseru. Menarik jugak. 

Sinematografi

Filem Mat Kilau lagi cantik la. Tone warna yang ada di Pendekar Awang kurang sikit tapi ada jugak yang lawa, tak konsisten lah senang cerita. Untuk props, latar belakang semua pun agak kurang. Dulu kita boleh nampak kampung seluas-luasnya, kali ni kampung di rakam jarak dekat sikit. Rumah pun rakam dekat-dekat. Ah susahlah nak bagitau, tu la yang saya rasa. 

Waktu dalam hutan pun, saya pun boleh tengok hutan tu berbeza-beza. Sebab hutan ni tak ada lah landai sebelah bukit sebelah-menyebelah, begitu juga dengan pokok. Pokok sini buluh tiba-tiba pokok sebelah pokok hutan. Sekejap tebal sekejap nipis je hutannya. Ha tiber gitu. 

Baju pun....hmmmm. Baju watak wanita yang lepas dikritik pakai inner tudung sebab orang melayu dulu tak ada inner. Sekarang macam bergetah gitu tudungnya dan baju tak nampak kemelayuan bagi srikandi. Latar belakang wanita lain ada lah nampak sikit-sikit walaupun mata saya nampak je perempuan pakai tudung bawal. Kalau boleh pemilihan baju untuk lain kali lebih diperbaiki sebab ada je wanita melayu zaman dulu berkubung. 

Bagi ni saya tak nak lah sentuh lebih-lebih sebab saya pun tabik juga terhadap Studio kembara sebab mereka nak menjaga aurat pelakon dan nak menghasilkan lakonan yang lebih islamik. Bagi orang Islam, hargailah ada penerbit yang nak jaga benda-benda macam ni. Jangan terlalu kritis bahagian ini. Kita tak mampu jaga, itu hal kita, tapi jangan lah sesekali kita nak pertikaikan keputusan orang lain nak jaga agama mereka. Okay ye!

Tapi nak bagitau juga, ada pakaian tak serupa orang Melayu juga bagi yang lelaki. Lepas tu senjata Melayu tu ada yang tak nampak kemelayuan. Ambil daripada mana-mana asal nampak lah kot. Ha yang ni, ikutkan walaupun cerita ni fiksyen, haruslah penerbit usaha lebih dalam mengkaji senjata dan budaya orang Melayu agar ditampilkan lebih baik. Sebab filem ni banyak memanah, guna lah panah dan busur Melayu jangan lah guna Arab punya. Ini nak husnuzon tu susah sikit. Hehe.

Baru lah seiring dalam menghargai pahlawan yang tak didendang bersama warisan melayu yang hampir pupus. Fiksyen berasaskan sejarah harus meneliti bahagian sejarah agar bangsa Melayu tidak kekeliruan identiti.

Cerita ni jugak yang saya perasan, sambungan antara babak pun macam terputus tiba-tiba. Ada yang babak berlawan dah syok tengok tiba-tiba habis. Hahaha. Ada yang belum sempat meremang, tertukar dah babak lain. Begitulah. 

Bahasa

Filem lepas menampilkan bahasa lama tapi bukan klasik. Lepas tu banyak yang macam ceramah meleret panjang-panjang. Kali ni penerbit ambil semua ulasan dan menjadikan bahasa yang digunakan dalam Pendekar Awang ni lebih santai. Penerbit ambil keputusan untuk ambil jalan tengah.

Pro: Tak terlalu meleret walaupun ada beberapa masih berpuitis yang masih boleh diterima. Saya dah boleh dengar beberapa dialek negeri masing-masing, yang lepas tak sangat. Lebih santai dan dapat diterima. Baru rasa tengok filem dekat di hati.

Contra: Tak konsisten. Ada yang masih bahasa lama, ada yang bahasa moden, ada yang bahasa bercampur. Bila saya dengar, terpotong rasa kepahlawanan saya disitu. Haha. 

Bahasa moden tu je yang patut tak ada. Lain dah okay dah.

Watak

Awang

Awang yang dilakonkan oleh Fattah Amin kali ni nampak pembentukkan karakter berbanding dulu. Sejenis tak matang mudah melatah. Kali ni pun awal-awal cenggitu juga, tapi berkembang menjadi seorang yang boleh memimpin. 

review-filem-pendekar-awang-darah-indera-gajah

Filem Mat Kilau lepas menampilkan si Awang sebagai anak tengah ni memang jenis degil piang sikit. Haha. Bab skil antara yang yang saya paling suka sebab ada bersilat, memanah dan berparang. Saya tau penerbit mesti gembira dengar watak Awang berpanah kena puji, sebab tu la cerita kali ni memanah je kerja si Awang. Seperti sudah terlupa si Awang ni pun ada skil bersilat dan main parang yang hebat.

Geramnya watak si Awang ni, penerbit nak tolak dia sebagai peranan utama seperti Mat Kilau. Bagi saya TIDAK! Awang ialah Awang. Awang ada aura dia sendiri. Seorang yang keras kepala bagai. Hujung-hujung tu dah serupa abang dia bermadah pujangga. Gituh. 

Brahim

Brahim yang dilakonkan oleh Ali Karimi ni memang antara watak yang saya suka teruja nak tengok sebab pelakon ni pelakon baharu dan penggiat seni silat sebenar. Filem lepas saya ada komen, kenapa lah sia-siakan bakat dia yang pandai bersilat dan pandai berlakon, kali ni Brahim punya watak ada banyak babak. Siap ada babak berlawan fokus kat dia je. Yeayy!

review-filem-pendekar-awang-darah-indera-gajah

Walaupun dah banyak pertambahan babak, saya rasa pun masih kurang sebab Brahim ni antara yang teratas juga dalam pahlawan yang ada masa tu sebab dia pun anak Tok Gajah dengan skil set serupa abang-abang dia. Patut bagi  lebih lagi babak si Brahim dan menampilkan silat Melayu sebenar.

P/s: Penerbit hantar pelakon berlatih silat kat Indonesia dengan kareografi silat pun ambil dari sana. Kenapa kah? Saya pun tak tahu. Kita ada silat kita sendiri, kita kena utamakan silat kita terlebih dahulu. Sebab tu saya nak tengok Brahim ni sebab dia betul-betul pesilat kenalah tunjukkan bakat dia kan!

Tok Gajah

Tok Gajah punya babak paling sempoi dalam cerita ni. Suka tengok. Babak dia menjawab orang putih tu fuiyoh, padat mampat dan 'straight to the point'. Cerita ni nampak Tok Gajah sebagai pemimpin. Si Awang merajuk pun dia sempoi. Dia rapat dengan Brahim pun sempoi je tak pilih kasih. 

review-filem-pendekar-awang-darah-indera-gajah

Ini baru Tok Gajah!

Kapten Syers

Kapten Syers dah kurus kat dalam cerita ni. Haha tiba-tiba dia nampak segak. Tak de nak kata apa, cenggitu je lah perangai penjajahnya. Babak yang ada dia, memang dia je lah bintang utama babak tu. Kalau dia tak ada, tak seronok filem universe Mat Kilau ni.

Sayang

Sayang yang dilakonkan Fazura ni isteri si Awang, anak si Haji Sulong. Dia ni ketua srikandi. Srikandi dalam cerita ni pakar memanah, berkuda serta ada juga skil silat dan berparang yang lain. Jadi skil set dia ni macam si Awang lah. Cerita ni kan, Sayang cakap bahasa moden sangat. Berlakon dah padu, bila berdialog, saya rasa terbantut sedikit. Hehehehe. Tak tau kenapa pengarah nak macam ni.

review-filem-pendekar-awang-darah-indera-gajah

Tapiiii, bagus watak Sayang ni. Dia ketua srikandi. Hengat perempuan melayu tak boleh memimpin, tak bijak? Ha kat sini perempuan melayu ni lah bersama-sama lelaki melayu mempertahankan tanah air. Kadang-kadang tengok aura kepimpinan Sayang tu pun boleh kalahkan si Kodi bagai. Paling suka nampak dia sokong si Tahir dalam permodenan senjata bagai. 

Haji Sulong

Bapak si Sayang yang juga merangkap bapak mertua si Awang. Mula-mula hilang ingatan kejap yang si Awang ni anak Tok Gajah. Macam Haji Sulong ni pula bapa si Awang. Siapa yang tak tengok cerita Mat Kilau atau tak tau Awang ni adik Mat Kilau, mesti akan ingat Haji Sulong ni bapak dia. Mana kan tidak, dia layan si Awang macam anak sendiri merajuk-rajuk gitu, Tok Gajah bapak kandung si Awang pun sempoi je. Lagipun, Haji Sulong ni kurang interaksi bersama si Tahir dan si Sayang. Siap tak yakin dengan kebolehan si Tahir pula tu. Kesian.

Ada beberapa babak si Awang, Tahir dan Haji Sulong, nampak Awang ni rapat lagi dengan bapak mertua dia dan bapak mertua dia pun banyak nak cari si Awang. Tu yang saya boleh lupa tu. Nasib baik ingat balik yang Haji Sulong ni bukan Tok Gajah.

Jalak

Ni si barua Jalak ni benci gila nak tengok dia. Orang melayu mengalahkan penjajah perangainya. Dah lagi jahat dari si Kapten Syers lagi. Dia ni tali barut jugak lah. Siap ada pembantu lagi tiga orang. Dah serupa Kapten Syers versi orang melayu. 


Baju dah lah penjajah, perangai pun penjajah. Watak ni antara watak tambahan yang saya suka ada kat dalam Pendekar Awang ni. Tapi saya tak tau mana asal usul Jalak ni. Saya tahu dia ada je dalam filem ni buat jahat. Haha.

Tahir

Tahir ni antara watak kegemaran terbaharu saya. Dia ni adik si Sayang. Kenapa saya suka dia ni? Sebab dia ni lah tabib cina, pakar buat senjata bom, buat perangkap dan buat segala racun-racun. Pandai juga silat guna senjata bagai. Dalam ni dia muda polos, si Awang nampak dia ni ada potensi tu yang berkepit dengan si Awang tu. Pandailah pelakon ni bawa watak si Tahir, memang natural polos-polos gitu. Walaupun watak fiksyen, Tahir ni boleh maju kedepan. Dia macam simbol pahlawan baharu berfikiran moden gitu.

Nadim

Nadim ni pun sama macam si Tahir saya rasa. Antara simbol pahlawan baharu. Tahir lebih kepada pemikiran dan gaya moden, Nadim pula kepada pelapis pahlawan yang berbudaya melayu begitu. Nadim ni dari awal sampai habis ada perkembangan watak. Cucu penghulu yang mula-mula polos berubah menjadi seorang pendekar muda. Ada potensi jugak watak ni.

Watak Cameo dan Lain-Lain

Dalam Pendekar Awang ni banyak watak cameo macam Mawi dan Faizal Tahir. Masa tengok pun rasa teruja gitu. Selebihnya watak dari filem Mat Kilau yang lain cuma sekejap-sekejap je. 

Lepas tu watak Srikandi pun menarik juga. Tapi jangan komen baju ye. Haha. Ada lagi watak pahlawan dari negeri lain, Jalak dan pembantunya, tentera upahan Sikh dengan cerita tersendiri pun menambah rasa. Watak sampingan tak malap, tapi tak terlalu menonjol. Baru menengok cerita macam ada kehidupan lain juga~

Ulas mengenai watak ni, saya rasa penerbit kena tonjolkan dan kuatkan lagi watak yang sedia yang berkait dengan Mat Kilau sendiri contohnya Brahim daripada perkenalkan watak baharu dengan banyak babak seperti Sayang, Tahir dan Andak. Brahim contohnya lebih dekat dengan universe Mat Kilau itu sendiri. Mungkin sebab pelakon lain lebih terkenal, watak yang jauh sikit pun nampak lebih cuba di 'highlight'. 

Bunyi macam bias kat Brahim tapi sudah tiba masa Brahim punya cerita pula. Lagipun Brahim pula dilakonkan oleh pesilat betul-betul. Boleh tunjukkan persilatan dunia melayu pula. Awang pun sudah, tinggal adik dia paling muda ni lagi. 

Sambung ulasan...

Filem ni rasa macam cepat-cepat nak siap rasanya disebabkan oleh pengguguran pengarah saat akhir. Dalam 30% juga karya pengarah terdahulu digunakan untuk filem ini. Boleh rasa lah bila tonton filem ni tak seteliti dulu. Lepas tayangan pun baru dapat tahu pengarah digugurkan bagai. Memang tak bias pun cuma terasa sendiri, haha. Hatta tengok drama orang putih pun kita dapat rasa musim yang mana yang seronok dan musim mana yang kurang kannn.

Bagi saya sayanglah, sebab watak Awang dan Brahim sebagai adik Mat Kilau ni ada potensi cuma bila ada berlakunya konflik dalam studio sampai menggugat kualiti filem ni tak seronok lah. Nak buat balik dah menelan kos sampai 10 juta bagai. Kena tampal mana yang tak habis juga tu yang menelan belanja sampai 15 juta akhirnya.

Sebelum nak menamatkan review, kena puji sikit penerbit Studio Kembara ni sebab mereka mendengar segala ulasan yang disampaikan. Dah tak ada dah babak berlawan gegar-gegar, tak ada banyak dialog macam ceramah dan sebagainya. Jika ada lagi filem yang bakal diterbitkan untuk universe Mat Kilau, semoga kualiti filem tu makin bertambah mutu. Saya cuma berharap untuk filem mendatang agar kajian terhadap budaya Melayu lebih ditampilkan dengan sebaiknya. Itu sahaja.

Walaupun tak seheboh Mat Kilau, Pendekar Awang ni pun ada tarikan tersendiri. Masih boleh ditonton dengan seronok dengan beberapa penambahbaikkan daripada pihak penerbit. Tonton lah video trailer Pendekar Awang - Darah Indera Gajah untuk ambil mood okay!

Trailer rasmi Pendekar Awang - Darah Indera Gajah

Jom pakat-pakat tonton Pendekar Awang - Darah Indera Gajah di pawagam berdekatan anda bermula 11hb Januari 2024 nanti! 

Peringatan: JANGAN BAWA ANAK KECIL sebab banyak babak ngeri pembunuhan.