Friday 30 September 2022

Memiliki Anggota Serupa Ariel Noah, Kumpulan Kasyara Lancar Album di Malaysia.

Kuala Lumpur, 28hb September - KASYARA rasmi melancarkan album pertama mereka di Malaysia dengan kendalian FABIS INC pada majlis tertutup di sebuah studio muzik baru-baru ini. Kumpulan duo dari Indonesia ini melancarkan album yang bertajuk Diantara dan Lainnya dengan 11 buah lagu termasuk sebuah lagu ‘cover’.

Kasyara dan Fabis Inc dalam pelancaran album ‘Diantara dan Lainnya’ di Drum Asia Studio baru-baru ini.

Sedikit pengenalan mengenai Kasyara, kumpulan ini dianggotai oleh dua orang yang terdiri daripada Kensen selaku vokalis  dan Faizal selaku pemain ‘keyboard’ yang juga seorang produser muzik.

Faizal bukan lah seorang pendatang baru, dia pernah bekerjasama dengan pemain industri muzik Indonesia yang besar seperti Tompi, Glenn Fredly dan Radja Band. Menariknya dia pernah bersama dengan kumpulan Noah menggantikan David sebagai pemain ‘keyboard’.

Kensen pula merupakan seorang penyanyi indie yang selalu membuat pertunjukkan di kelab-kelab dan ruang muzik secara kecil-kecilan. Namun tuah vokal semirip Aril daripada Noah, menjadi tular memukau warga maya.

Kensen dan Faizal dalam persembahan mereka.

Pertemuan mereka yang secara tidak langsung telah memberi inspirasi kepada kedua-dua mereka untuk menubuhkan kumpulan duo iaitu Kasyara pada ogos 2021.

Kumpulan yang sedang meningkat naik di Indonesia ini turut ditawarkan untuk menyanyikan lagu ‘cover’ Gerimis Mengundang lagu asal kumpulan Slam tahun 90an dari Malaysia. Tuah berpihak kepada mereka apabila lagu Gerimis Mengundang kembali terkenal di Indonesia. Bahkan kumpulan Kasyara menjadi sinonim dengan lagu ini.

Faizal turut memberi beberapa kata mengenai Gerimis Mengundang versi mereka yang diberi sentuhan terbaharu bagi penyesuaian pendengar tahun 2022, “Ketika pertama kali menyanyikan Gerimis Mengundang versi ini, terasa segala memori ketika kecil semasa lagu ini hangat diputarkan kembali menjengah.”

“Malah ia satu ‘kenangan’ yang amat diperlukan dalam menyampaikan lagu yang sarat dengan lirik menyentuh emosi ini. Jadi saya amat berharap tidak terpalit dengan situasi dibandingkan dengan penyanyi asal seperti yang terjadi kepada penyanyi lain.

Besar juga harapan saya agar peminat Malaysia dan Indonesia dapat menikmati susun atur Gerimis Mengundang nyanyian Kasyara,” tambahnya lagi. 

Kini anda boleh mendengarkan lagu-lagu daripada album pertama dari kumpulan Kasyara berbentuk digital di semua platform penstriman digital seperti Spotify, Joox, iTunes, YouTube music dan lain-lain lagi.

Album Kasyara.

11 lagu di dalam album ‘Diantara dan Lainnya’ ialah:

• Gerimis Mengundang (Lagu ‘cover’

• Hanya Sementara 

• Terbang 

• Dunia Pura-Pura 

• Cinta Tak Bicara 

• Ruang Hati 

• Berbagi Langit 

• Jangan Katakan Cinta 

• Hampir Tak Bernafas 

• Aku Dan Kau 

• Peace The World (Lagu inggeris berkenaan pandemik)

Menariknya lagu-lagu asli mereka semua dihasilkan sendiri dengan sentuhan Faizal selaku produser dengan menonjolkan lagi vokal Kensen itu sendiri.

Untuk menonton kumpulan Kasyara menyanyikan lagu Gerimis Mengundang, anda boleh menonton video muzik tersebut di YouTube FABIA INCORPORATION yang telah dimuat naik pada 1hb Julai lepas. Video dan lagu ‘cover’ ini telah mendapat komen positif daripada warga Malaysia dan Indonesia sendiri.

Jom strim album Kasyara - ‘Diantara dan Lainnya’ sekarang!

Friday 23 September 2022

"Aspek Kepimpinan, Kunci Mengembangkan Bisnes" - Azizan Osman

SHAH ALAM - Aspek kepimpinan merupakan antara kunci penting bagi seseorang usahawan mampu membina bisnes berjaya. 

Menurut Ketua Pegawai Perniagaan RichWorks International Sdn. Bhd. (RichWorks), Radz Mohd., tanpa kepimpinan yang mantap, sukar untuk sesebuah bisnes melonjakkan ke tahap lebih tinggi. 

Mentor Usahawan merangkap Pengerusi RichWorks International Sdn. Bhd., Datuk Wira Dr. Azizan Osman dilantik sebagai Pengarah Bukan Bebas Managepay System Berhad (MPay) seperti dimaklumkan di Bursa Malaysia semalam.

"Mentor usahawan, Datuk Wira Dr. Azizan Osman sangat menekankan aspek kepimpinan bagi bangsa usahawan yang dibimbing. 

"Beliau bukan saja bercakap, malah menunjukkan teladan kepimpinan baik kepada warga RichWorks dan anak didiknya," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini. 

Azizan Osman ketika Majlis Kelab Usahawan.

Dalam pada itu, Radz mewakili seluruh warga syarikat mengucapkan setinggi tahniah buat Dr. Azizan merangkap Pengerusi RichWorks atas pelantikan sebagai Pengarah Bukan Bebas dalam Managepay Systems Berhad (MPay) berkuat kuasa semalam. 

“Kami sangat berbangga atas perlantikan Dr. Azizan yang menjadi pengiktirafan atas sumbangan dan peranan signifikan beliau dalam melahirkan bangsa usahawan berjaya di negara. 

“Dr. Azizan bersama RichWorks mula melatih dan membimbing usahawan sejak 15 tahun lalu hingga menyaksikan banyak jenama dan syarikat terutama Bumiputera berkembang malah capai jualan jutaan ringgit,” jelasnya. 

Mentor Usahawan, Dr. Azizan Osman menyaksikan Datuk Seri Siti Nurhaliza menjadi Titanium Premier - Partner (TPP) pertama RichWorks pada Jun lalu.

Radz berkata, Dr. Azizan bukan saja membimbing malah merupakan seorang pelabur bahkan ‘pelajar’ yang sentiasa meningkatkan pengetahuan dengan ilmu dan strategi keusahawanan terkini untuk manfaat anak didik bimbingannya. 

“Perkara ini dibuktikan bila mana beliau baharu saja menyelesaikan ijazah kedoktoran (PhD) tempatan pertamanya bersama institut pengajian tinggi tempatan, Asia e University (AeU) pada 19 Ogos lalu. 

“Bahkan sebelum itu, beliau mengambil dan mendapat kelulusan dalam Chartered Institute of Management Accountants (CIMA),” jelasnya. 

Mengulas lanjut lagi, Radz memberitahu, Dr. Azizan juga tak pernah jemu belajar dan mendapatkan ilmu baharu bagi menyediakan bangsa usahawan. 

“Passion beliau dari dulu hingga kini untuk melihat transformasi dan metamorfosis usahawan dan bisnes mereka berkembang ke tahap lebih tinggi. 

“Bukan itu saja, beliau juga sedang menyediakan beberapa syarikat yang dibimbingnya untuk disenaraikan di Bursa Malaysia dalam tempoh 3 tahun ini,” jelasnya. 

Thursday 15 September 2022

Tebus NFT Percuma Daripada AEON Dengan Karya 10 Pemenang ‘Crowdsource’ #ClassicMalaysianMoments

KUALA LUMPUR, 13 September – Sempena bulan kebangsaan dan hari Malaysia, AEON Malaysia telah menganjurkan platform ‘crowdsourcing’ bagi mengalu-alukan rakyat Malaysia untuk memuatnaik karya digital seperti gambar, video dan gif yang berkaitan dengan pengalaman atau memori klasik Malaysia yang menjadikan rakyat Malaysia unik.

10 Pemenang AEON #ClassicMalaysianMoments

‘Crowdsourcing’ ini telah megalu-alukan orang ramai degan memuat naik visual asli (foto/seni digital/seni tradisional) di Facebook, Twitter, dan Instagram dengan hashtag #AEONxMerdeka65 #ClassicMalaysianMoments serta #IniKonfemMalaysia dari 15 Ogos hingga 29 Ogos. Setiap penyertaan juga boleh memaparkan mana-mana jenama Malaysia kegemaran mereka dan bagaimana jenama itu telah mempengaruhi cara hidup rakyat Malaysia sepanjang 65 tahun ini. Antara jenama yang menjadi fokus karya digital memalui sosial media mereka selain AEON ialah Milo, Hup Seng, 100 plus, Maggi, Nescafe, Gardenia, Kellogg’s, Munchy’s, F&N, Naturel dan Cap Kipas Udang.

Penyertaan yang terdiri daripada lebih 500 karya digital ini kemudiannya diundi melalui media sosial masing-masing sehingga disaring menjadi 10 pemenang bertuah. Oleh itu sepuluh (10) pilihan #ClassicMalaysianMoments kini diumumkan pada majlis penyerahan hadiah di AEON Taman Maluri. 10 pemenang tersebut dibahagikan dengan (5) pemenang utama membawa pulang baucar AEON RM1,500 dan lima (5) pemenang saguhati menerima baucar AEON RM500.

5 Pemenang Utama yang memenangi AEON Baucar RM 1500.
Dari kiri: Ariel Lee, Aida dan anak, Ketua Pegawai Dagangan AEON Low Ngai Yuen, Rusydi, Afi Sulaiman dan Lim Goh Chit.

Kesemua karya digital pemenang akan dijadikan sebagai NFT dibawah AEON Malaysia. Kesemua 10 karya ini boleh ditebus oleh pelanggan AEON bermula 19hb September sehingga 16hb Oktober atau terhad sebanyak 4800 unit NFT, jadinya siapa cepat dia yang dapat mengikut terma dan syarat.

Ketua Pegawai Dagangan dan Pemasaran AEON Low Ngai Yuen berkata, "Kami sangat teruja untuk melakukan ini bersama-sama dengan pelanggan kami kerana NFT ini adalah pengalaman mereka yang tidak ternilai dalam menjadikan rakyat Malaysia unik. Kami bertuah dapat bekerja secara berterusan bersama pelanggan kami dan membuka peluang mereka berkongsi dengan kami pandangan dan pemikiran mereka – ianya tidak ternilai. Sebagai balasan, kami berharap dapat berkongsi aset digital ini dengan lebih ramai lagi sebagai tanda terima kasih kepada semua orang."

"Keputusannya sungguh menakjubkan! Kami amat teruja kerana dapat sama-sama berkongsi detik-detik yang dirakam oleh rakyat Malaysia, menunjukkan cara dan rutin harian rakyat Malaysia yang penuh kenangan." tambah Low

Sebagai tambahan,AEON juga bekerjasama dengan Meta Universe (MU), pembekal penyelesaian perusahaan asli untuk semua perkara NFT dan metaverse, yang memberikan hala tuju dan sokongan yang lancar dalam destinasinya ke arah aliran digital semasa melalui peraduan #ClassicMalaysianMoments ini. Terdahulu, AEON dan MU turut bekerjasama dalam menjayakan penghasilan NFT Kuih Raya pada April lepas.

Low Ngai Yuen bersama Khalid Gibran, Ketua Pegawai Eksekutif Meta Universe Sdn Bhd.

Senarai pemenang: x5 Pemenang

x5 Saguhati

● Lim Goh Chit - Roti Gardenia for 75 years
● Aida - MILO piring
● Ariel Lee - Good Game with 100 Plus
● Rusydi - The MILO moment
● Afi Sulaiman - Classic Malaysian Breakfast with Kellogg’s, Gardenia, MILO and Naturel



Aida - Milo Piring


● Kin RZ - MILO Kotak
● Syukur Rani - Merdeka bersama Nescafe
● Arif Hafizuddin- The best pairing; MILO with Munchy’s Oat Krunch
● Fatin - Hup Seng cicah Susu for life
● Hairrey - Childhood memory with MAGGI

 

Ariel Lee - Good Games
with 100plus
Untuk butiran lanjut tentang peraduan dan untuk melihat semua penyerahan yang kreatif dan menarik, sila layari https://www.aeonretail.com.my/merdeka2022.

Manakala untuk butiran lanjut dalam menebus NFT daripada AEON melalui siri #ClassicMalaysianMoments boleh layari https://aeon-redeem.metauniverse.biz/redeem-nft/