Hari saya nak kongsi review mengenai sabun yang kira ‘legend’ dan terkenal sejak zaman dulu iaitu sabun Parrot Natural atau orang dulu-dulu suka sebut Popinjay. Ada 5 jenis sabun buku Parrot Botanicals iaitu Thai Botanical & Herbs, Thai White Jasmine, White Sakura, Thanaka & Sweet Pink Roses dan 3 krim mandian Parrot Botanicals iaitu Unique botanical, White Thanaka & White Sakura yang saya akan kongsikan kali ni.
Harum dengan wangian segar. Terima bungkusan pun dah boleh hidu! |
Mula-mula dapat bungkusan pun dah harum sangat-sangat
walaupun tak buka bungkusan lagi. Sampai-sampai je saya letak dalam bilik ofis
lepas tu biarkan dulu sebab tak ada masa nak buka kan. Lepas tu malam tu balik
dari kerja, buka je bilik ofis..punya semerbak harum ya satu bilik!
Berhari-hari bilik bau harum walaupun tak buka lagi
bungkusan. Haha. Nasib baik bau ni saya suka, sebab saya jenis tak suka harum
sangat yang bagi pening kepala. Ni saya ‘approve’ sebab bau harum jenis nyaman
dan segar bukan bau ‘artificial’.
Pengenalan
Jenama ni dah lama bertapak di Thailand sejak lebih 70 tahun
sampai kira level lagenda amat. Orang kat sana panggil sabun Parrot je. Kat Malaysia panggil Popinjay. Mesti generasi mak atau nenek kita kenal sabun ni lagi, sabun 'legend' jugak ni kat Malaysia!
Menariknya lagi jenama ni menjadi kebanggaan warga Thailand
apabila Kementerian Industri mereka menganugerahkan ‘Premium product of Thailand Award in Beauty
and Personal Care Category’. Bukan calang-calang ya sabun Parrot Botanicals ni.
Sabun Parrot Botanicals ni memang berfokuskan kepada wangian unik botanical Thai
dan minyak herba tradisi sebagai kunci utama dalam pembuatan sabun mereka. Bahkan
sabun Parrot nombor satu dalam kesegaran botanical Thai autentik! Untuk formula
krim mandian pula, wangian lebih tahan lama di kulit sehingga lapan jam.
Sabun Buku
Bagi sabun buku jenama Parrot Botanicals terdapat sembilan
jenis kesemuanya namun hanya lima je yang masuk dalam pasaran Malaysia. Sabun
buku yang masuk ke pasaran adalah Thai Botanical & Herbs, Thai White
Jasmine, White Sakura, Thanaka & Sweet Pink Roses.
Sabun buku Parrot Botanicals. |
Sabun buku ini didatangkan dengan tiga jenis saiz iaitu 55g,
70g dan 105g. Harga pula sekitar RM3.35-RM6.50 untuk sebuku sabun Parrot Botanicals.
Sabun saiz 55g ni comel je sesuai untuk bawa pergi mana-mana. |
Thai Botanical & Herbs
Bau dia macam ada bau daun wangi dengan sedikit sentuhan bau
minyak cengkih. Bau cengkih tu tak melampau memang sikit je baunya bila padan
dengan bau daun lebih kepada segar. Sejenis bau yang saya suka sebab langsung
tak menyakitkan hidung pun!
· No.1 ‘Best Selling’ · Mengandungi keunikkan haruman botanical thai unik dengan minyak cengkih dan minyak serai wangi (citronella oil). |
Thai White Jasmine
Bau dia ada sedikit masam macam ada bau-bau sitrus lemon
sikit walaupun tak ada lemon. Ni lembut je bau secara keseluruhannya. Rasanya
bau bunga Thai Jasmine kot masam-masam segar manis gitu.
• Dengan sentuhan bau bunga Thai Jasmine • Mengandungi ekstrak asam jawa. |
White Sakura
Bau ni manis lembut je dengan bau bunga sakura. Macam ada
bau susu sikit tapi bau hujung-hujung je lah. Ni bau macam minyak wangian tapi
jenis tak terlampau sangat.
• Kesegaran lembut dengan white Sakura • Diselitkan dengan kesan cerah dan warna merah jambu pada kulit yang natural |
Thanaka
Thanaka ni sebenarnya serbuk daripada kulit luaran kayu.
Selalunya bahan ini digunakan secara tradisi untuk melembutkan kulit wajah,
menghalang sinaran UV dan mengurangkan kedutan. Bahan ni juga digunakan untuk
menghalau nyamuk. Jadinya thanaka ni memang digunakan dari kanak-kanak sampai
ke orang tua terutamanya di kampung-kampung.
Bau sabun buku ni pula macam bau bunga dengan sedikit
sentuhan bau kayu manis. Ye lah kayu manis pun diperbuat daripada kulit kayu
juga. Agak wangi juga seperti minyak wangi yang selalu dijual di pasaran tapi
versi lebih segar dan lembut.
• Mengandungi kesegaran “White Thanaka” • Untuk kulit lebih cerah dan tahan wangian |
Sweet Pink Roses
Bau bunga mawar yang manis tu ketara pada sabun buku ni
namun masih lembut tidak menyakitkan hidung atau kepala. Selalunya apa-apa
sabun badan, sabun pencuci atau minyak wangi yang mengandungi bunga mawar
memang akan menyakitkan kepala sampai pening. Tapi bagi sabun buku ni, baunya
lembut tak terlalu kuat.
• Haruman romantic dan manis bunga mawar • Memperbaiki kulit dengan bunga mawar dan lidah buaya |
Krim Mandian
Seperti sabun buku Parrot Botanicals, rangkaian krim mandian
mereka mempunyai sebanyak tujuh jenis dan hanya tiga jenis je yang masuk
pasaran di Malaysia. Krim mandian tersebut adalah Unique botanical, White Thanaka & White Sakura.
Kesemua krim mandian ini datang dengan botol 500ml dengan harga sekitar RM17.90
sebotol.
Krim mandian Parrot Botanicals. |
Unique botanical
Nak bau macam kat taman botanical? Ha krim mandian Unique
botanical macam setaman baunya. Bau daun ada, bau bunga pun ada. Lepas tu ada
bau-bau manis sama ada bau cengkih atau bau kayu manis, antara dua tu tapi tak
melampau lah baunya. Memang wangi ya bau Unique botanical, semerbak tapi masih
ada kesegaran pada baunya.
•Bau indah Parrot’s Signature daripada gabungan botanical Thai membuatkan kulit lebih terasa segar dan wangi berpanjangan. • Wangian tahan sehingga 8 jam. |
White Thanaka
Bagi saya krim mandian Thanaka dan sabun buku Thanaka
berbeza. Bau krim mandian Thanka lebih kepada bauan bunga dengan sedikit bau
manis kayu tapi tak ketara sangat. Baunya juga ada sedikit sentuhan sitrus tapi
pun sama juga tak ketara sangat. Pun sama juga seperti fokus utama produk
Parrot Botanicals, bau kesegaran tu tetap ada!
• Segarkan kulit dengan “White Thanaka” untuk kulit licin dan wangi berpanjangan. • Wangian tahan sehingga 8 jam. |
White Sakura
Bau White Sakura jenis krim mandian berbeza dengan yang
sabun buku. Bau pada krim mandian ni lebih manis, lebih bau bunga sakura dengan
sedikit sentuhan bau sitrus. Seperti bau minuman sakura pun ada! Manis jeeee
tapi tetap bau menyegarkan!
• Wangian Sakura putih menyegarkan diselit dengan bahan khasiat yang memberikan kulit lebih cerah dengan rona merah jambu natural. • Wangian tahan sehingga 8 jam. |
Review
Selalunya kalau salah pakai sabun, mesti kulit jadi
mengelupas. Kalau tak teruk pun, lepas mandi rasa kulit kering je. Lepas tu
bila hidu bau masa beli macam okay tak kuat, tapi bila mandi dah kena air
tiba-tiba wangi semerbak sampai sakit kepala. Sebab tu saya suka beli sabun
sesuai dengan diri sendiri tak perlu terikut-ikut sangat beli sabun mahal-mahal
tapi tak sesuai. Haha.
Sabun Parrot Botanicals ni dari dulu dah orang pakai terutama kat kampung. Orang dulu panggil sabun popinjay atau sabun burung nuri lah gitu. Cumanya dulu hanya ada sabun buku, sekarang dah ada krim mandian termasuk pelbagai variasi.
Sabun ni jenis bukan pekat melikat, senang je sapu bila badan dah basah. Sabun ni bila saya pakai dia lembut je licin nak sapu ke badan. Lepas tu sabun buku dan krim mandian jenis tak terlampau berbuih, sabun yang tak banyak buih ni lah bagus sebenarnya sebab tiada atau kurang bahan penambah buih yang buatkan kulit kering atau merengsa.
Sebab tu bila lepas bilas, kulit rasa lembut lembap je. Tak lah rasa kering macam kulit kena tarik. Haha faham kan rasa bila kita pakai sabun yang terlalu kuat buatkan kulit jadi tegang terlebih. Ha, sabun ni tak. Bau pun melekat kat pun sedap je.
Gambar kiri (atas & bawah): Krim mandian. Gambar kanan (atas & bawah): Sabun buku. |
Jadinya siapa ada kulit sensitif dan tak suka haruman yang kuat macam saya boleh lah cuba Parrot Botanicals. Harga tak semahal mana, bau pun boleh tahan dan pakai pun ada bagi kesan bagus pada kulit. Paling penting sabun ni lembut amat bila digunakan pada kulit.
Anda boleh membuat pembelian di hypermarket, supermarket, kedai runcit, kedai serbaneka dan mini market seluruh Malaysia berdekatan dengan anda. Atau pun anda juga boleh buat pembelian secara atas talian di Shopee melalui pautan di
bawah:
Sabun buku: https://shope.ee/89vrK1tUjK
Krim mandian: https://shope.ee/99oOVw9j7Y
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai produk boleh rujuk
melalui pautan di bawah:
Instagram: https://www.instagram.com/parrot.natural/
Facebook: https://www.facebook.com/ParrotNaturalMY
#ParrotNatural #ParrotNaturalMalaysia #ShowerCream #Soap
#Imported #Thailand #VITAMDEDIA
No comments:
Post a Comment