Friday 26 January 2018

Lip and Co. review part II - lipstik tint dan gel eyerbrow senang pakai

Salam semua~

Hari tu saya berpeluang lagi sekali untuk menerima barangan khas daripada Lip and Co.! Kali ini saya berpeluang menerima BROW FILLER LONG-WEAR GEL BROW PENCIL ( LIMITED EDITION ) dan WATER TINT ULTRA LONG-WEAR LIP TINT

Daripada nama pun dah tau ekstra istimewa sebab edisi terhad dan "water" based formula~ Tapi seperti biasa lah, produk ni tak payah was-was sebab memang halal, tak ada binatang terseksa dan sebagainya.

Jom kita mula review!

Produk yang diberikan.

Memang tak pernah mengecewakan, selain tak kedekut Lip and Co jenis proper bagi barang. 

Dapat hadiah lawa lagi~~

BROW FILLER LONG-WEAR GEL BROW PENCIL ( LIMITED EDITION ) dan WATER TINT ULTRA LONG-WEAR LIP TINT!!!!!

Empat benda <3

BROW FILLER LONG-WEAR GEL BROW PENCIL
 ( LIMITED EDITION )

Di datangkan dalam dua warna iaitu LIGHT BROWN & RICH BROWN. Tapi kena bagi perhatian dekat bungkusan. Sebab tiada code. Jadi jangan salah pilih~ tapi boleh beza mana satu light dengan rich.

Yang dark sikit tu rich brown. Yang light tu light brown. Jangan risau ya sebab warna dia tak brown yang sampai bila pakai nampak pelik. lel.

Ini lah dia~

Review sendiri:

- Dia bagitau tahan 8 jam boleh tahan. Tapi saya pakai lebih daripada 8 jam. Saya pakai 14 jam! Pakai dari pagi sampai ke malam. Tak ada pudar atau cair dan sebagainya. Cenggitu je~
- Dia bagitau water resistant. Memang water resistant habis. Hahaha Gosok guna air tak hilang~ 
- Dia bagitau smudge proof. Yang ni betul, sebab saya dok garu2 pun tak hilang. 
- Sangat-sangat the very pigmented. Sapu sikit gitu dah ada warna! JIMAT jugak! (Sangat sesuai untuk mekap photoshoot jugak!)

Jadi apa yang dia bagitau tu betul. Boleh percaya. Tapiiii

- Pakej ni sekali pulas eye brows gel, tak boleh dipulas balik. Kena berhati-hati pulas sikit-sikit.
- Rasa menyusahkan tak? Hahaha kena lah kawal tangan anda ye. Sebab alasan Lip and Co. ialah untuk melindungi formula mereka. 
- Perasan tak, kalau yang boleh pulas keluar kedalam, formula tu kering. Hujung-hujung tu warna akan jadi pudar? Yang tu lah yang dielakkan.
-Namun, anda tak perlu risau, eye brows gel dia pusing boleh kawal, tak akan terlajak sebab ada spring kat dalam jadi boleh pulas bagi keluar sikit-sikit. Jangan risau okeh!


 RICH BROWN
Dia pigmented. Sapu sikit, ringan-ringan. Lepas tu ratakan dengan spoolie dia.
Dah jadi~~ Oh! Lagi satu, senang nak pakai! Hujung dia tak terlalu tebal jadi senang
nak bentuk kening~

Tengok dekat-dekat! Warna ni, boleh pakai hari-hari atau special occasion. Warna yang sangat sesuai untuk menggantikan warna hitam untuk kelihatan kurang garang. Sebab hitam kadang-kadang garang gilos dan bagi nampak kening tebal. 

LIGHT BROWN
Light brown ni..... MACAM KOREA habis! Hahaha. Sama gak senang bentuk. Punya lurus
kening bila saya bentukkan sekejap je. (Ni jujur, bukan auta lel)

Light brown ni, mula macam tak yakin pakai. Tapi warna diat tak terlalu light sampai muka nampak tak bermaya. TAPI dia bagi muka lagi lembut dan muda! Saya pakai dengan warna pink tu masih matchy2 lagi~


WATER TINT ULTRA LONG-WEAR LIP TINT

Didatangkan dalam 4 warna. Yang saya akan review ialah Cupid's Kiss #01 dan Aphrodite #02. Mengancam tak nama warna dia? Seksiiiiii~ Cara nak guna dia, sapu satu lapisan untuk tint bewarna lembut atau dua lapisan untuk warna yang lebih pekat dan menarik.

Antara lain, boleh digunakan untuk menjadi lip liner. Lagi mestrukturkan bibir lebih menonjol gittew~ aummm~

Fakta menarik: Produk ini mengandungi Vitamin B5 bagi memberikan bibir lebih hydrate tak kering  dan Aloe Vera Extract untuk melembutkan melembapkan bibir. Barulah mungil~
Ini lah bintang water tint lipstik kita. Water based ya! jadi tak rasa melekit, senang apply
dan lebih sesuai untuk mana-mana jenis bibir. Kering ke mungil ke~ semua boleh~
Review sendiri:

- Dia bagitau tahan 8 jam. Sama gak, pakai lebih 14 jam. Haha tapi hujung-hujung ke 12 jam tu dah mula pudar dah.
- Dia bagitau light weight, okay ni betul. Pakai tak ada cermin tak boleh rasa. Dah sapu ke dah ada warna. Bila pakai rasa tak pakai apa-apa. Bila apply memang ada rasa basah-basah, once kering. Tak rasa!
- Dia bagitau transfer proof. Ya! Tapi bila sapu biar dia kering dulu. Jangan terus gatai nak cium siapa-siapa dulu. Haha. Dia kejap je kering tak perlu nak kejungkan bibir berminit-minit. 
- Dia bagitau water based, memang water based. Tak rasa melekit apa~

Boleh pakai hari-hari! Tapiiii...

- Kena pakai hati-hati, sebab water based ni terlalu senang sapu sampai anda akan terlajak bila first time pakai. Hahaha ni serius lawak. Sebab warna dia sangat the very pigmented too untuk tint water based lipstick tau!
- WAJIB tunggu dia kering dulu~
- Warna dia semi-matte ke matte. Nak matte biar bagi dua lapis bagi kering okeh!

Aphrodite #02
Saya pakai SATU lapis je. Sebab saya jenis suka natural-natural gitu. Ni nampak lembut-lembut. Manis u'olls~

Bagi dekat sikit. Saya sapu kat tengah ratakan pakai hujung tip dia je. Hujung tip dia kecik (tak kecik sangat). Mudah nak sampai ke hujung bibir dan mudah nak sapu rata ke seluruh bibir. Warna ni manis!

Cupid's Kiss #01
Yang ni kita pun sapu SATU lapis. Warna ni terlajak seksi terang naw naw~Sesuai gak untuk
yang nak seksi atau bold mekap~

Saya sejenis pakai tint tak satu bibir. Sebab suka double kan dengan lipstik. Tahukan anda? Bahawa lip tint sesuai untuk jadi base lipstik anda agar tahan lebih lama dan tak perlu apply berkali-kali? chewahhhh~ 

Akhir kata sebagai review general~

Saya suka! Haha cuma berharap eye brows gel tu bukan limited edition. Nanti habis susah nak cari. Saya suka pakai sebab tahan lama. Rasa kalau tak remove boleh sampai esok hari. Time malam tu pun warna tak pudar. Definitely will always use bila I kena mekap sendiri untuk shooting mana-mana! 

Eye brows gel tu VERY RECOMMENDED. Just hati-hati bila beli banyak kena compare both colour. Mudah tersalah warna sebab tak ada code kat packaging dia.

Water tint gel, kalau siapa suka, I also recommend this. Kalau yang tak biasa pakai macam saya, boleh try sebagai base sebab tahan lama gilos. And very recommended untuk light make up ya. Thick make up not really match. Will suggest it untuk daily wear~ Oh, jimat too sebab pakai sikit jew~

Adakah anda tahu saya menggunakan produk Lip and Co. lain kat wajah? Kecuali water tint dan eye brows gel tu lah.
Produk lain di sini http://thirteenpersona.blogspot.my/2017/12/lip-and-co-review-lipstik-murah-orginal.html
Harap jumpa anda lagi bersama Lip and Co. Oh, sebelum mengundurkan diri, saya ada projek khas bersama Lip and Co ahad ni. Tunggu ya! 

Nak beli atau usha Lip and Co.? Sila lah ke:

Website: www.lipandco.com

FB/Instagram/Twitter: @lipancobeauty
INSTAGRAM           : www.instagram.com/lipan dcobeauty
FACEBOOK            : www.facebook.com/lipandc obeauty 

OFFICE                   : +6 010 232 4066
MOBILE/WHTAPP  : +6 
016 715 0253

Tata~


Wednesday 3 January 2018

Nasi Dalai Shah Alam

Salam semua~

Semalam 2 hb Januari 2018 saya berkesempatan untuk menghadiri jempuran daripada Balqis (Qistierra blogspot) dan Halim Brothers ke Restoren Sajian d-Hidang! Pihak Sajian d-Hidang memperkenalkan set makanan pertama mereka selama 15 tahun!

Woahhhhh! Apa kah set pertama itu?

Tadadada~ NASI DALAI!

Apa dia NASI DALAI ni? Nasi Dalai ialah Nasi Daging Salai Masak Lemak. Tapi disini didatangkan dengan set - Nasi + Daging Salai Masak Lemak + Kerabu Sayur - Ikan Masin Berlada + Sambal Belacan + Teh O Ais!

Hanya RM 9.90 setiap set! DAN mudah serta cepat disiapkan buat pelanggan yang berkunjung.

SATU SET MURAHHHHH! Seimbang. Sedap. Seksiiiiiii!

Nasi Dalai~

CARI RESTORAN?

Buka Waze/Map taip sahaja Restoran Sajian D-Hidang, akan keluar Restoran Sajian d-Hidang Sdn Bhd. Satu tu je, senang nak cari!

Anda hanya perlu mencari papan tanda ini. Memang terletak kat
depan-depan bangunan UMNO seksyen 11. (Di larang berpolitik
ya~ Heh heh)

BINTANG HARI ITU - NASI DALAI


Ini lah Nasi Dalai aka Masak Daging Salai Lemak. Nasi Dalai ni akan datang dalam bentuk didatangkan sekali dengan minuman sejuk~  

Rasa: Cukup lemak, cukup rasa. Tak terlalu pedas, tak terlalu kurang pedas. Yang penting rasa dia bukan manis sampai tekak akan susah nak makan. Jujur nya, kuah dia sedap wehhhhhh! Boleh rasa lemak pekat dengan daun kunyit itu! Ohsemmmm. Daging dia pun banyak~ I codek dari Qis sebab saya punya dah habis. Masakan semua nya betul-betul cun!

Portion: Kalau diikutkan memang standard nasi itu. Tapi masak lemak, sayur. ikan masin dan belacan tu PASTI buatkan anda tambah nasi satu lagi Hehe.. Tambah nasi satu lagi pun, lauk pauk dia masih mencukupi. Sebab lauk pauk dia banyak. Hari tu nak tambah satu lagi nasi, tapiiiii saya kena diet meskipun I kaki codek Qis punya kerabu sayur, sedapppp!

Harga: SANGAT SANGAT BERBALOIIIIIII! Bayar je RM 9.90 dapat satu set makanan yang sangat mengenyangkan, seimbang (wajib~) dan banyak! Harga semua masuk tak ada kos tersembunyi. TAPI boleh lagi dapatkan yang lebih murah pada 8-10 januari ni! Datang je ke situ pada 8-10 januari ketika waktu bekerja akan dapat 30% Diskaunnnnnnn~ 

Hidangan: Saya bagi A++. Pinggan dia besar~ tu sebab makanan dalam nya pun banyak hehe. Kemas sangat-sangat. Mudah dimakan tak akan comot bagai. DAN CEPAT DISEDIAKAN. "anda tak ada masa nak menunggu makanan anda? Meh cuba ke sini!"

Lihatlah duniaaaaa~ waktu tengok ni dah tak sabar dahhhh~ Lauk pauk sememangnya banyak ya, disediakan sangat
laju gedebasss sesuai untuk orang nak makan ketika waktu rehat makan tengahari tu~

Ini ialah bintang! S.E.D.A.P! Siapa nak bersama saya cuba ni roger2 saya ye! Kat Shah Alam je~ Boleh rasa
daun kunyit tu~ pergh! Santan dia pun pekat merecik hawauuuu. Kalau siapa suka makan pedas (sila lah meminta
cili padi ye spt saya. HEHE). Sebab masakan sini semua neutral untuk bagi semua makan~ <3 

Dari kiri: Ikan masin berlada, kerabu sayur dan sambal belacan. Tahu tak?
Ikan masin berlada itu manis2 bawang. Cili dan ikan masin dia pun rangupppp~ Gatal nak gigit lagi!
Kerabu dia perghhh, nampak macam kompleks, makan jadi confuse, tapi bila rasa, syurgaaaa. Sayur kerabu serius I kaki makan sayur atau ulam ni nak lagi weh!
Sambal belacan = siapa nak tolak sambal belacan?
KELEBIHAN: Dibuat khas kaw kaw buat anda. Dan dicipta khas untuk menepati citarasa pilihan yang banyak orang nak. Lauk pauk yang selalu dipesan oleh tekak melayu (lemak2, sambal gittew u'olls). Antara lain, lauk pauk yang sememangnya MIX and MATCH. Buat lah nasi gaul, masih sedap weh.. Ngawwwww

BLOGGER YANG TURUT DATANG MENJAMU SELERA

Ini perempuan yang tak sabar nak makan.
Gara-gara Qis nak ambik banyak gambar,
mata dah tak fokus weh nak makan. HAHA

Ini lah Qis. Blogger yang saya selalu sakat. HEHEHE. Tapi dia ni
marah-marah baik gak. Rajin ajak makan pegi event blog. Kalau tak jumpa dia ni
mungkin blog saya ni berdebu kot. Bloq Qis qisstiera.blogspot.my

Bapak Qis, Mak Qis, Qis feat Me for the Nasi Dalai. Oh yeahhhhh!

Meja belakang tak ingat lain dah syok makan. Dorang lagi laju makan weh. Kitaorg ni lambat sebab acah2 mengabdi
kenangan walhal Qis banyak kali tahan nafsu saya nak makan. Bau dia keluar kotttt cecah hidung! Yang depan
saya tu sebenarnya tempat duduk Balqis, tapi Abe Halim kittew diajak bergambar gittew~

Qis, Saya dan Bella menjadi bidadari Abe Halim. Muehuehue. NAMPAK
tak saiz NASI DALAI ni besar! NAMPAK KANNNN

Ini lah pemilik Restoren Sajian D-Hidang. Eh bukan semua! Tapi dua sebelah kiri! Muda-muda dah berjaya. In Sha
Allah dipermudahkan lagi usaha mereka dan sentiasa suksesssss~ Encik Aliff dan Puan Nasyrah. Kiri sekali ialah Asyroffffff Sintakclair~

ANTARA MAKANAN YANG DIHIDANGKAN SAJIAN D-HIDANG

 Tapi cerita pasal Nasi Dalai pun, tetiba nak pulak makan benda lainnnnn, boleh sangat! Lihatlah kat bawah ni.

Kuih muih, sambal dan ulam~
Mee sup dan kawan-kawan seperti soto~


Masak lemak dan masak merah~

Kerabu dan ikan masin~

DAN beberapa pilihan lain~ Jenguk-jenguk lah ye!




Menyampuk sekejap ye di tengah gambar-gambar makanan ohsem ini! Nasi Dalai hanya ada pada pukul 10.30 am ke atas sahaja~ Tak nak air teh O ais? Tak apa, boleh tukar ke Air sirap ikat 
tepi. Hehehe. (Abaikan ikat tepi itu).

Jangan risau, sebab penyediaan set ni memang dikhaskan untuk dihidangkan laju naw naw~ 

SELAIN itu. Ada dua servis yang disediakan oleh Sajian D-Hidang. Iaitu:

1. Servis katering 
(rekomen sangat sebab masakan dia tradisional asli sedap. Masak memang true to the recipe lah katakan)

2. Servis Penghantaran Nasi Dalai!

SAMBUNG KAT BAWAH...





Servis katering: Hubungi je 03 5511 4015 atau +6018 253 4773

Servis peghantaran pun sama: Hubungi je 03 5511 4015 atau +6018 253 4773. 
Pagi sehingga pukul 4.30pm sahaja. Kawasan Shah Alam mesti minimum 50 set. Dan Luar Shah Alam 200 set. Apa-apa tanya je ya nombor berikut!





Hampir terlupa! Dekat sini, anda boleh mendapatkan KAD SAJIAN untuk menikmati makanan PERCUMA! Kad Sajian ini ialah kad yang anda kena kumpul-kumpul cop dalam RM 10 (rendah je, tak perlu susah-susah!) untuk dapat satu cop. Dapat 9 cop? MAKAN PERCUMAAAAAA.

Semuanya tertakluk kepada terma dan syarat ye! Nak tahu? nak dapatkan nya? Jom la kita sama-sama ke situ~ Kita jumpa ya!






BEEP BOOP BEEP BOOP. KUPON PERCUMAAAAAAAA! 50% DISKAUN. RM 4.95 SATU SET!

Akhirnya sampai pun ke mari. 8-10 januari minggu depan ada PROMOSIIIII. Saya akan datang lagi, tapiiiiii tak syiok kalau datang sorang kan? kan? Hehehehe. Jom lah sesama menikmati diskaun terlajak ni!

Nak takkk? Mesti la nak kan??

Hanya mesej saya di FACEBOOK (jangan risau saya check filter/message request). Mesej saya di https://www.facebook.com/siti.norzainiza untuk menerima hati saya~ muah!

Jumpa anda disana ye! saya confirm datang. Hehehe. Nak makan lagi weh, dah lah dekatttt! Kuah dia tak puas nak makan. Hahaha. Saya kaki masak lemak! Oh yeshhh!

Nasi Dalai? Ada di Sajian d-Hidang!

Tata~