Thursday 21 December 2023

Pembukaan Semula Pasaraya dan Medan Selera Delicatessen AEON Mid Valley - Lebih Luas, Lebih Selesa dan Lebih Cantik!

21 Disember 2023, Kuala Lumpur - AEON Mid Valley telah membuka semula pasaraya dan ruangan medan seleranya pada hari ini setelah membuat pengubahsuaian selama berminggu lamanya. Pembukaan ini juga telah memberi lebih keselesaan buat pengunjung yang ingin membeli-belah di pasaraya dan membeli makanan di ruang medan selera Delicatessen. Saya sendiri dah jejak kaki pada hari pertama perasmian pembukaan hari ini.

Jom saya ceritakan apa yang saya alami sendiri!

Pasaraya AEON Mid Valley dan pengenalan barangan rumah jenama sendiri Hóme Cóordy

Sebenarnya AEON ada pelan untuk mengubahsuai semua tingkat mereka di Mid Valley. Pengubahsuaian dimulakan dari tingkat bawah dahulu iaitu bahagian pasaraya dan ruang makan. Pasaraya dibuat lebih teratur, bersih, pengenalan bahagian baharu dan penambahan kaunter 'self check out'.

*Pasaraya dengan estetik menarik serta bahagian yang disusun atur lebih bagus

AEON ni dari dulu lagi nampak teratur je, tapi mereka tetap nak ubah suai bagi lebih elok. Apa yang paling ketara ialah susunan bahagian barang basah dengan penampilan lebih teratur, bersih dan ada segmen organik dan sebagainya. Dulu kat bahagian ikan kat AEON Mid Valley ni, lantai kadang-kadang basah lepas tu ikan macam satu kat sana satu kat sini. Sekarang ni boleh nampak teratur siap menarik pula mereka susun ikan bergaya kat bucu tu, Haha.

Kreatif pula AEON ni nak susun ikan macam ni ya! Comel!

Lepas tu ada bahagian Topvalu sendiri yang lebih teratur. Saya sendiri pun suka juga beli jenama makanan Topvalu yang jual bahan dari Jepun sebab lebih mampu milik. Jadi senang nak cari lepas ni. Bahagian lain tak perasan lah apa yang berubah sebab dari dulu nampak elok je.

*Pengenalan jenama sendiri Hóme Cóordy di AEON Mid Valley

Kita sering dengar Topvalu, kini ada satu lagi di bawah jenama ini iaitu Hóme Cóordy yang berfokuskan kepada barangan rumah seperti tuala, bakul, bekas peyimpanan makanan, penggantung baju, bantal dan sebagainya.

Dah boleh beli barang rumah konsep muji dekat AEON sendiri.

Rekaan dan konsep barangan Hóme Cóordy ini lebih kepada konsep muji yang terkenal di Jepun iaitu tema dengan paduan warna putih dan warna natural dengan suntikan konsep industri. Dengan adanya jenama Hóme Cóordy ini, bolehlah kita miliki barangan rumah konsep muji yang dengan harga lebih mampu milik.

*Kaunter 'self check out' yang lebih banyak

Memandangkan AEON Mid Valley ni banyak pengunjung, kaunter pembayaran yang dibuka sering penuh. Oleh itu dengan pengenalan kaunter 'self check out' yang lebih banyak memudahkan pengunjung membayar barangan mereka sendiri. Sesuai juga bagi yang ingin membeli sedikit barang dan tidak suka berinteraksi dengan orang lain.

Kaunter 'self check out' AEON Mid Valley banyak dan kawasan pun luas.

Seronoknya kat ruangan kaunter 'self check out' di AEON Mid Valley ini ialah kawasannya luas tak perlu bersesak-sesak dengan pengunjung lain meskipun terdapat 10 kaunter di sini. Antara lain, sistem yang digunakan juga senang, mudah dan laju 

*Promosi barangan di AEON Mid Valley

Sempena pembukaan semula pasaraya AEON Mid Valley ni, AEON ada buat promosi khas yang ada kat cawangan ni sahaja. Promosi ini berlangsung selama 12 hari dari 21hb Disember sehingga 1hb Januari 2024.

Boleh rujuk kat gambar yang saya sertakan di bawah ya!

promosi-pembukaan-semula-aeon-mid-valley-delicatessen-la-boheme-food-court

promosi-pembukaan-semula-aeon-mid-valley-delicatessen-la-boheme-food-court

promosi-pembukaan-semula-aeon-mid-valley-delicatessen-la-boheme-food-court

promosi-pembukaan-semula-aeon-mid-valley-delicatessen-la-boheme-food-court

Bukan selalu AEON buat promosi barangan macam ni lagi-lagi dengan ekonomi yang membuatkan air mata sering menitis ni. Eloklah rembat promosi ni selagi masih berjalan ya.

Pembukaan semula Medan Selera atau Food Court AEON Delicatessen

Akhirnyaaaa, yang ditunggu-tunggu oleh saya sudah buka iaitu Medan Selera di AEON Mid Valley. Dulu medan selera ni tak luas sangat, jalan antara AEON dan AEON BiG sempit je. Tiap lalu je rasa macam jalan kat pentas peragaan, kiri kanan ada penonton. Begituuu sekali yaaaa. Sekarang bila dah buat ubah suai, terus lapang terbuka jalan siap banyak lagi tempat duduk. Tempat duduk lawa pulak tu terang benderang. Cantik dan selesa lagi.

Cantik kan ruangan baru? Lebih cerah berbanding dulu juga.

Sebelum ni ada beberapa je pilihan gerai makanan tak termasuk  AEON punya. Sekarang ada dalam 10 gerai makanan ditambah. 

Ini senarai gerai yang ada tidak termasuk AEON (La Boheme, Sushi, Coco Cafe dan sebagainya):

1) Pinggan Panas
2) Kakak (Jual bento korea)
3) Delightful Dessert
4) The Roast Bebek (Kedai nasi itik)
5) Bawang Merah Putih (Makanan Indonesia)
6) Ken-chan Curry (Nasi kari Jepun)
7) Ta-daa Box (Jual minuman yang ada kejutan, hampir nak buka!)
8) Penang Chendul
9) Pak Abu Yong Tau Foo
10) Selera Wok & Grill
11) Vegelicious Jr. (Kedai vegetarian kegemaran)
12) Portuguese Grill Fish BBQ

Antara beberapa gerai makanan yang ada di Medan Selera Delicatessen.

Beberapa gerai di atas turut melakukan promosi pembukaan masing-masing, jadi waktu ni la kena pergi belanja diri sendiri atau orang yang tercinta, boleh jimat banyak tau. Selain gerai makanan kat medan selera Deliactessen, jangan dilupakan jenama La Boheme dan ruangan makanan lain sebab ada juga promosi khas yang diberikan kepada pengunjung sempena pembukaan.

Benda yang buatkan saya suka beli makanan kat sini ialah Delicatessen AEON Mid Valley ada kaunter 'self check out'. Ini sangat membahagiakan sebab tak perlu beratur kat kaunter bayaran. Cumanya, makanan dan minuman yang ada kod bar je lah boleh imbas kat sistem. Haha.

Setakat makanan siap bungkus, makanan yang boleh ditimbang dan minuman dalam botol boleh pergi ke kaunter 'self check out' tapi minuman bancuh kat Coco Cafe kena buat pesanan manual dan bayar kat kaunter mereka sendiri. Sama juga dengan makanan cucuk-cucuk oden, cucuk-cucuk lain nak tak nak kena pergi ke kaunter untuk bayar, kalau ada ruang kira sendiri baguskan. Haha. Walauapapun, lebih baik ada kaunter ni berbanding tak ada, tetap jimat masa!

Jangan juga dilupakan makanan daripada AEON sendiri.

Secara keseluruhan lah, saya sendiri suka ke medan selera AEON Mid Valley ni sebab tak perlu nak fikir susah-susah kalau nak cari makanan sebab banyak benda lagi-lagi bila jalan dengan ramai orang yang bermacam-macam nafsu makan ada. Pening nak itu pening nak ini, ha pergi je lah medan selera AEON. Makan lah apa suka tak perlu nak ada sesi gaduh rujuk sampai poket koyak, senang kannn!

Jom lihat promosi apa yang ada untuk bahagian makanan pula yang turut berlangung selama 12 hari bermula 21hb Disember 2023 hingga 1hb Januari 2024!

promosi-pembukaan-semula-aeon-mid-valley-delicatessen-la-boheme-food-court

promosi-pembukaan-semula-aeon-mid-valley-delicatessen-la-boheme-food-court

IWATE Fair di AEON Mid Valley

Sempena pembukaan semula AEON Mid Valley, AEON mengambil kesempatan ini untuk mengadakan IWATE Fair yang telah pun berlangsung di hadapan pasaraya AEON Mid Valley. IWATE Fair ini menjual serta memperkenalkan barangan hasil daripada Wilayah Iwate dari Jepun. Iwate yang terletak berdekatan dengan laut ini terkenal dengan makanan laut seperti ikan tuna, ikan-ikan kecil, kerang, telur ikan dan sebagainya. Produk makanan laut dari Itawe sejukbeku juga dijual di sini. Import terus dari Jepun tau!

Pemandangan hadapan IWATE Fair.

Walaupun berdekatan dengan laut, Iwate juga terkenal dengan daging lembu Wagyu A5! Oleh itu di IWATE Fair ini anda boleh mendapatkan daging wagyu A5 pelbagai potongan dengan harga yang lebih rendah daripada pasaran. Lebih mengujakan, AEON turut berbesar hati dengan menjual Wagyu A5 panggang di IWATE Fair buat pengunjung dengan harga yang berpatutan. RM20 untuk secucuk dan RM38 untuk dua cucuk. Daging dipanggang boleh terus makan kat situ atau boleh bawa balik, tapi makan panas-panas tak kongsi tu la paling nikmat sebenarnya, hahaha.

Bagi saya, rasa Wagyu Cucuk kat sini lebih garing dan diperasa secukupnya. Masa panggang tu, mereka bubuh 'Flavoured Pepper' Ajinomoto. Itu aje tak de lain. Jadi daging tu lebih sedap di makan tanpa terasa muak memandangkan Wagyu ni pun memang jenis berlemak gitu. Menyesal tak beli dua tiga empat waktu kena belanja tadi. Sekarang terbayang dah. Hmmm.

Di Instagram saya ada muat naik satu reel makan daging wagyu ni. Boleh klik link di sini kalau nak tengok. Tolong bagi like sikittttt.

Bau panggang ni memikat!

Lebih menarik lagi, terdapat produk dari wilayah ini juga turut dijual di Iwate Fair seperti buah epal, mochi, ramen pelbagai jenis, snek dan beberapa jenis produk lagi. Semuanya didatangkan terus dari Iwate sendiri. Oh, ada produk yang tak halal ye seperti ramen tapi diasingkan. Namun jangan risau, kebanyakkannya halal termasuk Wagyu tu. Tak pasti boleh tanya promoter ya.

Antara produk dari Wilayah Iwate.

Akan berlangsung juga di IWATE Fair ini ialah ada Persembahan Menakjubkan Pemotongan Tuna Bluefin dan Daging Wagyu pada 23hb Disember masing-masing pada pukul 1.30pm dan 1.50pm. IWATE Fair ini berlangsung sehingga 26hb Disember sahaja tau. Jadi boleh dapatkan produk premium dengan harga istimewa dan merasai Wagyu A5 cucuk cepat-cepat ya.

Jom lihat video TikTok di bawah untuk melihat serba sedikit hari pertama pembukaan AEON Mid Valley Supermarket dan Medan Selera Delicatessen.

@zandra.zane

AEON Mid Valley Supermarket dan Delicatessen Food Court dah renovate dah.😍😍 Bacaan lanjut di thirteenpersona.blogspot.com okie!❤️

♬ Daydreamin speed up - 🪽


Makin menarik dan meriah lah AEON Mid Valley ni. Jom lah ramai-ramai ke AEON Mid Valley ni dan dapatkan harga promosi dan penjimatan ketika hari perayaan mendatang dan tahun baru 2024!


Tuesday 19 December 2023

Guardian Ganda Sasaran 40 Juta Sumbangan Mandian Untuk Kanak-Kanak Kurang Bernasib Baik Bagi 2024

Petaling Jaya, 15 Disember 2023 - Guardian hari ini mengumumkan kejayaannya mencapai sasaran untuk menyediakan 20 juta mandian kepada kanak-kanak kurang bernasib baik pada tahun 2023 di bawah kempen Tanggungjawab Sosial Korporat serantaunya iaitu “Bersama, Menjaga Kebersihan dan Kesihatan Kanak-Kanak”.


Mengaitkan pencapaian bersejarah ini dengan sokongan kuat yang diberikan oleh pelanggannya terhadap kempen itu, Anna Ng, Pengarah Pemasaran, Guardian Malaysia berkata, “Kami sangat bersyukur dan berterima kasih kepada para pelanggan yang telah membantu kami meraih pencapaian 100% dalam menyediakan 20 juta mandian untuk kanak-kanak kurang bernasib baik di rantau ini, khususnya Malaysia, Indonesia, Singapura, Vietnam dan Kemboja untuk 2023. Lebih 40,000 mandian telah disumbangkan kepada kanak-kanak di Malaysia pada 2023.

guardian-sasar-40-juta-sumbangan-bersama-guardiancares-yayasan-sunbeams-home-petaling-jaya
Sumbangan Mandian di Yayasan Sunbeams Home Petaling Jaya

“Hasil daripada pencapaian ini, sasaran kami untuk 2024 bakal digandakan menjadi 40 juta mandian - dua kali ganda berbanding tahun lalu.”

Program “Bersama, Menjaga Kebersihan dan Kesihatan Kanak-Kanak” Guardian mengiktiraf bahawa semua orang berhak untuk menjadi bersih dan sihat dan ia adalah hak asasi setiap manusia.

“Menjaga kebersihan dan kesihatan adalah hak asasi segenap masyarakat dan ia tidak boleh dianggap sebagai kemewahan, terutama untuk kanak-kanak. Kanak-kanak daripada keluarga berpendapatan rendah sangat terdedah kepada pelbagai risiko. Di samping itu, kami juga percaya bahawa apabila kanak-kanak berasa bersih dan wangi, ia akan menambahkan keyakinan diri serta meningkatkan kesejahteraan mental mereka.” tambah Ng.

Selain menyediakan produk penjagaan mandian, Guardian juga akan menganjurkan Bengkel Kebersihan Interaktif di sekolah-sekolah di mana pelajar akan diajar tentang amalan kebersihan yang baik.

Di bawah kempen ini, 15 sen daripada setiap liter produk penjagaan mandian Guardian yang dijual di Malaysia akan disumbangkan untuk membeli produk mandian untuk kanak-kanak kurang berkemampuan ini. Selain itu, patung beruang Guardiancares akan dijual pada harga
RM29.90 sahaja. Untuk 2024, Tuala Berhud Beruang Guardiancares istimewa juga akan dijual pada harga RM29.90 di semua stor Guardian di seluruh Malaysia, juga boleh dibeli menerusi stor dalam talian dan aplikasi mudah alih Guardian. Semua hasil jualan Patung dan Tuala Berhud Beruang Guardiancares akan disalurkan ke dana #guardiancares untuk menyokong keperluan penjagaan mandian kanak-kanak kurang bernasib baik di Malaysia.

guardiancares-bear-towel-hud-price-donation
Tuala berhud Guardiancares Bear dan Guardiancares Bear yang bernilai rm29.90 setiap satu.

Sempena pengumuman ini, Guardian turut menyumbangkan produk mandian kepada kanak-kanak Yayasan Sunbeams Home di Petaling Jaya. Mereka adalah penerima sumbangan pilihan pemenang peraduan Face of Healthy Beauty Guardian 2023, Kay Yap Yen Yin. Salah satu daripada hadiah yang dimenangi oleh pemenang ialah sumbangan produk Penjagaan Mandian Guardian bernilai RM5,000 kepada pertubuhan kebajikan pilihan mereka.

kay-yap-yen-yin-guardian-winner-yayasan-sunbeams
Kay Yap memilih Yayasan Sunbeams Home sebagai pilihan sumbangannya.

Kay berkata, “Saya berharap sumbangan ini dapat meringankan kesukaran kanak-kanak yang kurang bernasib baik dan saya berharap lebih ramai kanak-kanak mendapat akses kepada keperluan penjagaan diri yang berkualiti dan mendapat maklumat tentang kesihatan dan kebersihan yang boleh mengurangkan masalah kesihatan yang boleh dicegah secara berkesan. Secara peribadi, saya mengalami ruam kulit (di dahi dan jari kaki) semasa di bangku sekolah kerana mengabaikan rutin kebersihan kulit yang betul. Saya hanya mengamalkan tabiat kebersihan diri yang betul selepas mendapati kulit muka saya bermasalah.”

Fasa kedua #Guardiancares “Bersama, Menjaga Kebersihan dan Kesihatan Kanak-Kanak” akan bermula pada 27 Disember 2023.

“Kami sangat berharap agar pelanggan kami akan terus menyokong kempen yang terpuji dan bertepatan dengan keadaan ekonomi semasa yang mencabar ini, dan kami berharap usaha kami akan terus memainkan peranan utama dalam menjaga kebersihan dan kesihatan kanak-kanak kurang bernasib baik di Malaysia dan di seluruh rantau ini,” kata Anna mengakhiri.

Thursday 23 November 2023

AFP Edisi November 2023 - Gaya Jalanan Anime, Masa Depan, Denim dan Baju Perayaan Rentas Generasi Sebagai Fokus Koleksi

KUALA LUMPUR, 23 November – AEON FASHION PREVIEW (AFP) yang dinanti-nantikan kini kembali mempamerkan fesyen sebagai trend segar dan bertenaga yang diperlukan oleh golongan muda untuk menyatakan diri mereka. AFP Edisi Nov23 ini menandakan kerjasama dengan komuniti pelajar yang kuat dan berpendirian dari Universiti Tunku Abdul Rahman Pengurusan & Teknologi (TARUMT). Radar belia AEON merangka semula tiga tema sebagai permulaan pembicaraan: pakaian jalanan anime, pakaian denim dan pakaian perayaan.

Aeon Fashion Preview Edisi November 2023 AFP
AFP Edisi Nov23

1. AEON SELECT Membawa Anime ke The Street

Pakaian jalanan anime dengan pantas muncul sebagai trend yang dominan, fesyen yang menawan peminat dengan gabungan unik estetika bandar dan motif moden. Di AEON,
keseluruhan kalendar 2024 dipetakan dengan teliti untuk mengeluarkan berbilang kapsul kejutan anime daripada siri Naruto, Spy X Family, Jujutsu Kaisen dan Demon Slayer.

Sama ada minimalisme anggun daripada anime cyberpunk atau palet berwarna-warni yang berani daripada manga klasik, koleksi AEON SELECT akan menyasarkan kepelbagaian gaya dan suasana.

Pelajar yang menggayakan baju Anime Siri Naruto dengan olahan kreatif mereka

Dalam meraikan inovasi pereka generasi seterusnya - jambatan unik antara anime dan fesyen untuk ekspresi diri yang bergaya, pelajar fesyen TARUMT dari Fakulti  Industri Komunikasi dan Kreatif (FCCI) mengambil bahagian dalam penggayaan semula koleksi Naruto, mengubahnya menjadi cosplay couture, pakaian jalanan grafik yang berinspirasikan anime aksesori. Pelajar tersebut ialah:

1. Low Yan Yi
2. Desiree Chang Chai Ling
3. Soom Ken Yin
4. Kavinita a/p Ragunathan
5. Noprena Maria
6. See Yu Yun
7. Chern Yong Xin
8. Nur Aila Aleena Tong
9.Lam Shee Yun
10. Intan Nurlyzana

Diawasi dan dibimbing oleh pensyarah mereka:

11. Siti Nur Syuhada
12. Aizurawaty

2. SCAR Menyahkod Dinamik Denim

Pakaian denim, yang pernah sinonim dengan pakaian kerja lasak, telah mengalami 
perjalanan transformatif selama bertahun-tahun, berkembang menjadi fesyen yang serba boleh dan abadi yang melangkaui generasi dengan lancar. Ketahanan dan keselesaan kain,
pada asalnya direka untuk ketahanan menghadapi kerja intensif buruh, telah menemui ungkapan yang baharu dalam fesyen kontemporari. Inovasi seperti denim regangan telah ditambah menjadi dimensi baharu untuk keselesaan dan kesesuaian, membolehkan julat pergerakan dinamik tanpa menjejaskan estetika denim klasik. 
Variasi dalam fabrik denim dalam SCAR ini dicipita untuk memenuhi pilihan yang pelbagai, memastikannya denim kekal sebagai pakaian yang penting untuk setiap generasi.

AFP Nov 23 Denim on Denim
Pakaian Denim rentas generasi

3. Pakaian Perayaan Adalah Pakaian Majlis Yang Paling Relevan

Melangkah ke dunia di mana pakaian perayaan menjadi ekspresi kegembiraan rentas generasi dan keperibadian, menjadikan setiap majlis sebagai perayaan abadi. Merevolusikan
gaya perayaan tradisional yang melampaui batasan usia, merangkumi daya tarikan generasi yang bergema dengan kedua-dua golongan muda dan yang berjiwa muda. Pada AEON, banyak jenama musim ini menampilkan koleksi yang mencerminkan semangat inklusif, menawarkan pelbagai gaya yang memenuhi cita rasa dan pilihan yang pelbagai. sama ada ia
kemeriahan cetakan bersemangat, keanggunan abadi labuci berkilauan, atau keselesaan siluet tidak konvensional, ARCADIA, innerCasual, ti:zed, SCAR, Guys’ Vision and Kids Republic dan juga M untuk ibu; mengatasi jurang generasi, menjemput individu dari semua peringkat umur untuk bersuka ria dalam kemeriahan perayaan.

AFP Nov 23 TARC UMT Chinese New Year Collection
Baju perayaan Tahun Baru Cina untuk tahun 2024

Low Ngai Yuen, Ketua Pegawai Barangan dan Pemasaran AEON Malaysia berkata semasa dia melancarkan AFP Edisi Nov23, "Edisi AFP ini menegaskan bahawa fesyen tidak lagi terhad kepada piawaian yang sempit. AEON telah lama menerima kepelbagaian dari segi bentuk badan, saiz, etnik, jantina, dan kebolehan. Kami mengutamakan saiz inklusif,
pakaian yang bersesuaian dengan diri, dan pilihan yang berpatutan lagi bergaya. Fesyen kini menjadi platform untuk ungkapan tersendiri terdiri dari semua lapisan masyarakat. 

Bekerjasama dengan StevenSunny dengan gerakan #ownwhatyouwear ialah gerakan AEON yang dimulakan 2 tahun lalu dengan trendsetter luar biasa dan kurator gaya ikonik. Kami komited dengan ungkapan itu fesyen kita dan mestilah mencerminkan permaidani manusia yang kaya. kami percaya bahawa setiap orang berhak untuk berasa yakin dan menyatakan identiti mereka melalui pakaian, dan AEON berusaha untuk menjadikan fesyen bukan sahaja cermin masyarakat tetapi pemangkin kepada perubahan positif. Keterangkuman dan kebolehcapaian bukanlah trend; mereka adalah unjuran yang lebih penuh belas kasihan mewakili industri fesyen"

Musim ini, SCAR menampilkan StevenSunny seorang pakar fesyen dan gaya yang menjulang fesyen sebagai alat untuk ekspresi diri. Dengan penekanan pada potongan semangat dan warna yang berani diperbuat daripada 100% kapas – panggilannya adalah untuk yakin untuk mencipta dan #memilikiapa yang anda pakai.

StevenSunny dengan rekaan beliau

“Dalam dunia di mana kepatuhan mengikut orang ramai sering muncul, fesyen berdiri sebagai kuasa yang membebaskan, memperkasakan individu untuk menerima keaslian mereka. Mari kita raikan itu!” diteruskan Low Ngai Yuen ketika memperkenalkan StevenSunny.

Antara koleksi eksklusif AEON juga ada menampilkan pilihan susun atur jenama terkemuka seperti:

● innerCasual (iC):
Kualiti tinggi dan kemampanan menjadi tumpuan utama, memenuhi pelbagai saiz dan umur
kumpulan. Pilih daripada tiga gaya tersendiri - ActiveWear, PeaceFit dengan inovatif
teknologi, dan rangkaian fesyen yang mampan.

● SCAR:
Perkasakan gaya peribadi anda dengan tawaran unik SCAR, termasuk tie-dye, potongan lapisan berkibar, dan perincian yang diperibadikan.

● Puteri:
Alami gaya tanpa tenaga dengan rangkaian Puteri yang sederhana, termasuk pakaian renang Muslimah dipadankan dengan pakaian luar chiffon yang bergaya.

● PlusCollection:
Raikan keindahan setiap saiz dengan nilai teras jenama ini.

● Arcadia:
Gaya abadi dihidupkan dengan Arcadia, menawarkan atasan linen, seluar dan rona tanah dengan perincian sulaman yang indah.

● M:
Dapatkan keselesaan semasa bersalin dengan reka bentuk fabrik ringan M yang bebas kedutan, termasuk baju mesra penyusuan, pakaian dan skirt.

● ti:zed:
Pakaian berjahit yang mesti ada untuk lelaki dan wanita, termasuk hoodie yang bergaya,
pullover, dan baju-baju bercetak kapas.

● Penglihatan Lelaki:
Temui pakaian kasual lelaki yang direka untuk kebolehpakaian tahan lama, penjagaan mudah dan kuasa istiqamah yang melengkapkan mana-mana gaya peribadi.

Lihat video di Tiktok bawah ini untuk melihat AFP Edisi Nov23 yang telah berlangsung di TARUMT dengan kehadiran para tetamu jemputan, media, pelajar dan ibu bapa.

@zandra.zane AFP Nov23 finally makes to the show.🙌🏻 Do read more at my blog at www.thirteenpersona.blogspot.com okay! ❤️ #afp2023 #aeonfashionpreviee #aeonfashionpreview2023 #aeonfashionpreview2024 #afp2024 #chinesenewyear2024 #fashionshow ♬ original sound - zandra.zane
Untuk maklumat lanjut mengenai AFP boleh lah layari di microsite ini https://aeonretail.com.my/fashion/afp/

Friday 17 November 2023

Raikan Swacinta (Celebrate Self Love), Inisiatif Kesedaran Tentang Menghargai Diri Anjuran I Embody Me

Kuala Lumpur, 16 November 2023 – Inisiatif I Embody Me kembali lagi pada 15-17 November dengan acara Raikan Swacinta (Celebrate Self Love) dengan slogan ‘Bersatu ke Arah Tubuh Positif’. Inisiatif ini adalah bertujuan membentuk masyarakat agar lebih positif tentang penerimaan rupa paras, bentuk tubuh, saiz badan dan warna kulit. Inisiatif ini diperkasakan oleh Creative Seven Legacy. Bersama rakan strategik semestinya World Trade Centre Kuala Lumpur (WTCKL) yang menyokong I Embody Me dari awal lagi. 

Raikan Swacinta #SayangiDiri

Acara I EMBODY ME diadakan pada setiap bulan bermula Januari sehingga November tahun ini. Ini juga bermaksud Raikan Swacinta merupakan acara terakhir yang dianjurkan pada tahun ini, Acara I EMBODY ME secara am bertujuan untuk memberi kesedaran dan sekaligus mendidik masyarakat tentang keburukan cemuhan fizikal atau ‘body shaming’. Mangsa cemuhan fizikal pula akan mengalami tekanan perasaan yang membawa kepada penyakit mental, sehingga ada segelintir mangsa yang terdorong untuk membunuh diri. Sesi bual bicara I EMBODY ME adalah salah satu cara kami menenangkan perasaan mereka yang terkesan daripada cemuhan fizikal ini. 

Statistik menunjukkan 29% daripada jumlah populasi negara mengalami masalah gangguan mental. Sakit mental juga menjadi penyakit kedua terbesar di Malaysia selepas sakit jantung. Nisbah satu per tiga rakyat Malaysia mengalaminya. Lebih membimbangkan remaja berusia 16 hingga 19 tahun dari kalangan keluarga berpendapatan rendah yang banyak mengalami masalah ini. Dipercayai kejadian cemuhan fizikal semakin berleluasa dikalangan masyarakat. 

Acara RAIKAN SWACINTA yang berlangsung di Dewan Johor dan Kedah, World Trade Centre Kuala Lumpur (WTCKL) ini turut dihadiri oleh Yang Berhomat Tuan Mohd Najwan Bin Halimi, Pengerusi Jawatatankuasa Tetap Pembangunan Belia & Kemajuan Sukan, Pemberdayaan Usahawan & Ekonomi Kreatif, Pengurusan Bencana Merangkap, Pengerusi PEMADAM Negeri Selangor. PEMADAM Negeri Selangor amat komited dalam menyokong usaha dalam memperkasakan minda sihat serta menjauhi diri daripada penyalahgunaan DARVIH (Dadah, Arak, Rokok,Inhalan dan HIV/Aids). 

Pengerusi PEMADAM Negeri Selangor, YB Tuan
Mohd Najwan yang juga EXCO Selangor.

“Pihak PEMADAM juga mensasarkan program-Pembangunan modal insan khususnya belia di Selangor agar inspirasi YAB. Dato’ Seri Amirudin Shari, Penaung PEMADAM Negeri Selangor iaitu ‘Selangor Sejahtera Tanpa Dadah’ dapat dicapai,” ujar YB Tuan Mohd Najwan. 

Kami berharap agar banyak pihak dapat bekerjasama bersama pihak PEMADAM Negeri Selangor dalam Pendidikan pencegahan DARVIH ini. Justeru itu, menjadi rakan strategic dan menyokong sesi bual bicara I EMBODY ME adalah salah satu cara kami menenangkan perasaan mereka yang terkesan daripada cemuhan fizikal dan memberi motivasi untuk mereka lebih SWACINTA atau sayangi diri atau self-love. Semestinya tetamu undangan kami terdiri daripada pakar-pakar yang mahir memberi motivasi dan berkongsi tip merawat jiwa. 

“Individu yang menggunakan barang terlarang juga berasal dari mereka yang mengalami tekanan perasaan. Bersama-samalah kita perangi permasalah dari akar umbi untuk menghasilkan masyarakat lebih berkualiti,” ujar YB Tuan Mohd Najwan mengakhiri ucapan.

Salah satu ceramah Raikan Swacinta yang disampaikan
oleh PEMADAM mengenai Penyalahgunaan Dadah.

Jemputan kali ini juga tidak lekang dengan kehadiran para tetamu khas dan selebriti tanah air yang terdiri daripada pelakon Angeline Tan, Zizan Nin, Iman zulkarnain, Syazani Zikry dan Shah Radhi, pereka fesyen Dato Sri Anas Abdullah, Encik Encik Mohd Fauzy Abdul Wahab, Chief Operation Officer, World Trade Centre Kuala Lumpur, ZIN Azroz (Zumba), Dave Tan (Personal Coach), Syed Safwan Syed Rahmatullah, pemilik Flora Terrace, Joshua Benedict, Mr World Malaysia, Aida Ramli, Ketua Strategik (Risiko), Syarikat Pautan Kerajaan, Malaysia dan Persatuan Seni & Budaya Redholah yang akan membawakan pementasan lakonan Sketsa Dang Anum. 

Turut serta adalah penulis-penulis buku Antologi Cerpen & Skrip yang terdiri daripada Marini Mat Zain, Faizal Yunus, Arif Samad, Syahmi Ridzuan, Noreena Fhareed Lee, Raja Dania, Dhia Amjad Ramadhan dan Qistina Amirah. Buku ini didedikasikan sempena acara Raikan Swacinta kerana kisah-kisah di dalam buku ini bertemakan penyakit mental. 

Penulis-penulis Antologi Cerpen dan Skrip yang bertemakan Penyakit Mental.

Perkongsian I.EMBODY.ME melalui anjuran acara setiap bulan ini diharap mampu mengubah minda masyarakat yang tanpa sedar atau secara tidak langsung telah mengguris hati orang terdekat meraka. Ejekan Fizikal atau Body Shaming ini perlu diambil serius oleh semua untuk melahirkan masyarakat lebih berkualiti.

Untuk maklumat lanjut mengenai progam Raikan Swacinta atau program-program di I Embody Me boleh layari www.ministryofmarketing.asia/i-embody-me atau lawati sosial media rasmi mereka di Facebook.com/iembody.me dan Instagram.com/iembody.me .

Monday 13 November 2023

Calm Down Singer - Rema Returns with "RAVAGE", new 5 tracks Extended Play and New Africa Shows!

Benin City's Rema returns after an undefeated year with his new 5-track EP, 'RAVAGE' produced by London, Blaise Beatz, and P Prime. Rema has ascended to global superstar status, releasing banger after banger and delivering 5 STARS performances night after night.

RAVAGE by Rema

'RAVAGE' marks the start of a new chapter, bringing his Rave & Roses era to an end as he enters this new phase. 'RAVAGE' sees Rema connect with his inner flame and rage, releasing a sigh of relief and an outburst of energy. The new music is not fueled by negativity but by his drive, passion and destiny. Opening the EP, 'Trouble Maker' was born from facing constant and consistent criticism throughout his career. Any title placed on him by fans or critics comes under scrutiny, so he will sit comfortably, without any labels, dubbing himself "the trouble maker". Having now made hisiconoclastic mark on the scene, amongst all the noise and chaos, Rema arrives at 'DND', a statement to the world allowing him to sit in his silence and protect his energy. Where distinct shifts have occurred in his sound over the past five years, 'Smooth Criminal' celebrates how Rema has continued to reinvent himself, stay on top of his game and remain a trending topic since day one.

Since that day, he's remained laser-focused on his goals, which have come at the expense of having no time for himself and his loved ones, which unravels on 'Don't Leave'. ‘Red Potion’ closes the EP with an enchanting spell between two potential lovers playing the game with one another, but knowing when you play with fire, you may get burnt.

Rema RAVAGE 5 tracks Extended Play
RAVAGE EP Artwork

Rema’s artwork has become a crucial part of his artistry and always creates and allows room for discussion, perspective and speculation. In his Rave & Roses artwork, we see Rema travelling into a new portal, and he has now arrived in his RAVAGE era, energised and ready to go. On the cover of the new project, the horse represents his drive and passion, whilst the skeleton holding the sword reflects the inner fighter in him who has never given up on his goal. At the top of the artwork is a brain with a glowing pineal gland, demonstrating his awakening and activation of his third eye and also present is the spinal cord, a sign of resurrection. A touch of green floral can be seen around the edge to reflect growth, but no artwork would be complete without the Teddy Bear, which has become synonymous with Rema, a nod to his childhood and where this all began.

This year alone, Rema has visited close to twenty-five European countries and countless States across The US to perform, and he will be topping off the year by performing at The O2, London, on14th November 2023, his biggest show to date. The release of 'Rave & Roses Ultra' came before the summer, which includes fan favourite, 'Charm', a song and video that sparked an iconic dance, and then came "The Ornament Of Ravery", a handmade chain to celebrate the whirlwind journey Rema has been on. Rema has become a record-breaking machine. 

Rema RAVAGE 5 tracks EP
Rema

In the past year, he has becomethe first African artist to hit a billion streams on a song on Spotify. He won the first VMA in the best Afrobeats category, and he is now the longest-charting African artist in Billboard Top 100, as well receiving an entry in the Guinness Book Of World Records for being the first artist to hit No.1 in the MENA charts. 'Calm Down' has become the soundtrack of 2023, climbing to No.4 in the UK's Official Charts, No.5 on the Billboard Hot 100 and has gone Gold once, Diamond six times and Platinum nine times across the globe. Rema pays homage to those who broke down the doors before him at every twist and turn and continues his one-track mission of taking the sound of Africa
to the world. Rema will close the year by returning home for the first time since the Rema EP dropped for his homecoming show at the Benin City Stadium (24th Dec) and having his firstheadline shows in Lagos (26th Dec) and Abuja (17th Dec). 

You can listen to Rema - Don't Leave EP here:


For more information on Rema, shows and RAVAGE, please visit: Instagram | Twitter | Spotify | Website

Tuesday 7 November 2023

Stor Premium Guardian di Mid Valley lebih Luas, Canggih dan Interaktif

Kuala Lumpur, 1 November 2023 - Guardian Malaysia hari ini melancarkan stor utamanya yang serba baharu, tercanggih dan yang terbesar di Asia Tenggara, di Pusat Membeli-Belah Mid Valley, Kuala Lumpur.

guardian mid valley premium store

Peneraju rantaian runcit farmasi, kesihatan dan kecantikan terkemuka di negara itu telah mengukuhkan tawaran perniagaannya menerusi stor konsep unik seluas 7000 kaki persegi ini, memanfaatkan trend kesihatan dan kecantikan global
terkini, serta trend pengguna yang sentiasa berubah.

Priscilla Wu

Menjelaskan stor konsep baharu itu sebagai ‘revolutionary’ dan ‘evolutionary’, Priscilla Wu, Pengarah Urusan, Health and Beauty, Malaysia dan Brunei, berkata, “Pelanggan Guardian akan menikmati pengalaman membeli-belah yang serba baharu di stor premium utama baharu kami. Ia melambangkan pertumbuhan kukuh dan kejayaan berterusan jenama Guardian di Malaysia dan merupakan bukti komitmen
tanpa henti Guardian dalam menawarkan produk kesihatan dan kecantikan terbaik di pasaran pada nilai terbaik kepada pelanggan kami.

“Pelaburan kami dalam stor konsep baharu ini mewujudkan pengalaman membeli-belah yang unggul dan terbaik dalam kelasnya dengan kategori produk baharu yang telah berkembang seiring dengan permintaan dan trend baharu pengguna. Ia akan
memberikan pengalaman membeli-belah yang lebih tersendiri, informatif dan interaktif kepada pelanggan. Kami juga akan memperkenalkan lebih 30 jenama penjagaan kulit dan kosmetik baharu ke stor kami, dengan 20 rangkaian penjagaan kulit dan lebih 10
jenama kosmetik baharu, yang mana kebanyakannya adalah eksklusif untuk Guardian.”

Jenama baharu itu termasuk jenama mandian Tanamera Natural, serta jenama penjagaan rambut eksklusif dari Jepun (Ahalo, Fun Azum, Theratis, Kose Bioless dan Kose Je L’aime) dan Korea (Mise En Scene dan Ryo).
Guardian Mid Valley Premium Store Facade
Susun atur stor dan penggunaan paparan LED dan Hologram sebagai navigasi

Susun atur stor utama Guardian yang unik akan menampilkan segmen produk baharu seperti ruangan Clean & Natural Beauty menampilkan produk penjagaan kulit, penjagaan rambut, dan kosmetik yang diformulasi menggunakan bahan selamat, bebas toksik dan mesra alam. Ruangan Tweens menampilkan produk kecantikan yang ceria, berwarna-warni serta selamat digunakan untuk pembeli muda berumur 8 hingga 12 tahun, manakala bahagian Salon-At-Home yang pertama seumpamanya dikuasai oleh L’Oreal menawarkan pelanggan pengalaman memanjakan diri yang mewah disamping menikmati rangkaian produk penjagaan rambut komprehensif yang disesuaikan mengikut keperluan unik mereka.

Turut dimuatkan adalah ruang Wellness di bahagian Penjagaan Kesihatan yang menumpukan kepada produk keperluan kesihatan dan kecerdasan pelanggan, seperti serbuk protein dan makanan kesihatan.

Stor ini bakal menjadi stor utama dalam sektor andalan Guardian pertama yang dilengkapi fasad berskrin
animasi LED, skrin paparan LED digital dinamik dan interaktif di seluruh stor dan dua tiang interaktif khas yang memaparkan maklumat produk interaktif menerusi hologram dan berfungsi sebagai tanda navigasi. 

Tiang hologram

Guardian Mid Valley LED Facade
Fasad papan muka hadapan stor Guardian berbentuk LED interaktif pertama seumpanya

Stor utama berkeluasan 7000 kaki persegi baharu itu juga akan mempamerkan konsep baharu daripada jenama penjagaan mulut, Oral B dan Sensodyne.
Sensodyne akan mempunyai paparan khas di Guardian Mid Valley dan pelanggan akan dapat melihat sendiri bagaimana ubat gigi #1 di Malaysia* dihidupkan menerusi paparan interaktif, memberikan kesedaran tentang sensitiviti gigi. Dengan 71% rakyat
Malaysia mengalami gigi sensitif, mereka kini boleh mengetahui lebih lanjut tentang bagaimana gigi sensitif boleh diatasi dengan varian Sensodyne.

*Berdasarkan Indeks Perkhidmatan Runcit untuk segmen Sensitif dalam kategori Ubat Gigi
bagi tempoh 12 bulan berakhir April 2023, untuk Total Malaysia Market. (Hak Cipta © 2023,
NIQ.)

Oral B pula akan membawa masuk pusat pengalaman ‘Powered Oral Care’ interaktif pertamanya dimana pelanggan boleh memanfaatkan program sensori untuk menyentuh, merasai dan membandingkan produk di kios digital yang turut menyediakan pendidikan tabiat kesihatan mulut untuk golongan dewasa dan kanak-kanak.

Untuk memberikan lebih ganjaran kepada pelanggan, untuk tempoh terhad sempena pelancaran stor utama baharu ini, Guardian telah menyediakan pelbagai promosi dan tawaran menarik untuk pelanggan setia kami. Jadi datanglah beramai-ramai ke stor utama Guardian di Mid Valley dan alami pengalaman membeli-belah serba baharu di Guardian.

Tonton video di bawah untuk menyaksikan stor premium segmen andalan Guardin Mid Valley.


Friday 3 November 2023

Nur Iman Perlu Bantuan Segera, Derma Melalui Yayasan Ikhlas

KUALA LUMPUR: Kempen Bantu Pesakit Sihat (BPS) diusahakan Yayasan Ikhlas sejak lebih dua tahun lalu kini diteruskan lagi termasuk bantuan diberikan kepada adik Nur Iman Mohamad Sabri yang menetap di Terengganu.

Bantu Pesakit Sihat Nur Iman Yayasan Ikhlas


Nur Iman mengalami keadaan hampir sama seperti kes kanser mulut adik Ainul Mardhiah yang selamat menjalani pembedahan membuang ketumbuhan mulut di hospital London dengan bantuan Dr Nur Amalina Che Bakri selepas mendapat perhatian meluas rakyat Malaysia.

Bagaimanapun kes Nur Iman lebih serius membabitkan ketumbuhan besar pada mulutnya menutup seluruh hidung dan mulut dipanggil Benigh Epignathus Teratoma hingga menyukarnya makan serta bernafas.

Keadaan Nur Iman sewaktu baru
dilahirkan 


Keadaan Nur Iman sekarang

Untuk rekod, sejak dilahirkan hingga ke hari ini, Nur Iman (setahun 10 bulan) sudah menjalani empat kali pembedahan membuang ketumbuhan selain pembentukan struktur rahang serta lidah.

Namun, rawatan khusus masih perlu dilakukan untuk Nur Iman dengan keperluan anggaran kos sebanyak RM400,000 bagi menjalani empat lagi siri pembedahan selain bantuan lain sehingga umur Nur Iman genap 12 tahun.

Bantu Pesakit Sihat Nur Iman Yayasan Ikhlas
Prof Shaifulizan Abdul Rahman Dalam Temuramah

Menurut doktor yang merawatnya, Prof Shaifulizan Abdul Rahman dari Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian, Kelantan, pelbagai pembedahan perlu dilakukan ke atas Nur Iman.

“Ketumbuhan berkenaan berjaya dibuang pada pembedahan kali pertama. Namun, dia terpaksa terlantar di Unit Rawatan Rapi (ICU) selama tujuh bulan. Tanpa diduga bentuk kepalanya bertukar menjadi leper dan berkudis akibat terlalu lama terbaring serta tiada pergerakan.

“Justeru, dijangka ada lagi empat pembedahan yang perlu dibuat untuk membetulkan lelangit, gusi, bibir, membuang cecair di kepala. Tak ketinggalan pembedahan membina gusi.

“Selain itu, kos dan dana diperlukan juga merangkumi bantuan bulanan untuk keperluan menjaga rapinya. Termasuklah belian susu khas, ubat, keperluan harian, peralatan khas, rawatan hospital dan wang tunai sekitar RM4,000 sebulan,” kata Prof Shaifulizan

Prof Shaifulizan menambah ibu bapa Nur Iman juga bergelut meneruskan kehidupan.

“Ibunya tidak bekerja. Bapanya pula hanya mengambil upah kerja kampung selain membantu menjaga Nur Iman. Mereka mempunyai dua anak yang bersekolah di asrama dan abang berusia lima tahun,” kata Prof Shaifulizan .

Sementara itu, Yayasan Ikhlas menerusi Pengerusinya, Prof Dr Zainur Rashid Zainuddin berkata pihaknya terus komited untuk meringankan beban dan menyampaikan bantuan selama setahun kepada Nur Iman sebagai permulaan.

“Besar harapan kami dalam memastikan Nur Iman dapat kembali sihat dan sekurang-kurangnya bantuan ini dapat meringankan beban ibu bapanya.

“Ini kerana sumbangan itu tidak hanya digunakan untuk memenuhi keperluan asas bagi yang memerlukan. Ia juga untuk digunakan sebagai kos pengurusan dan inisiatif lain yang memberikan impak positif yang lebih luas.

“Bagi yang mahu turut menyumbang boleh ke pautan
www.bantuiman.com. Boleh juga lihat https://vt.tiktok.com/ZSNkgckEY/ untuk lebih lanjut,” kata Prof Dr Zainur.

Yayasan Ikhlas ditubuhkan pada 5 Mac 2009 dan merupakan sebuah badan tidak berasaskan keuntungan (non-profit) yang berdaftar di bawah Jabatan Perdana Menteri. 

Yayasan Ikhlas ketika menyerahkan sumbangan kutipan hasil daripada orang ramai kepada keluarga Nur Iman

Yayasan Ikhlas sudah menjalankan projek kebajikan di peringkat setempat dan antarabangsa serta mobilisasi sukarelawan. Yayasan ini juga mempunyai kelulusan Pengecualian Cukai dari Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). Sebarang sumbangan yang dibuat layak untuk menerima resit pengecualian cukai.