Wednesday 1 September 2021

KULIM Sasar Menjadi Peneraju Agribisnes Menjelang 2025


Kulim (Malaysia) Berhad atau ringkasnya Kulim baru-baru ini telah meraikan ulang tahun ke-88. Oleh itu taklimat media secara virtual sempena ulang tahun ini telah berlangsung pada 1hb September 2021 yang turut dihadiri oleh Pengarah Urusan Kulim, Encik Mohd Faris Adli Shukery. Rangka utama sidang taklimat ini berfokuskan kepada pelancaran pelan transformasi lima tahun untuk menjadi peneraju agribisnes.

Pengarah Urusan Kulim, Encik Mohd Faris Adli Shukery

Sebahagian daripada rancangan pelancaran ini, Kulim mensasarkan beberapa langkah seperti memperkukuhkan perniagaan teras, mewujudkan pertumbuhan baru, meningkatkan kecemerlangan operasi di seluruh Kumpulannya dan membuat persediaan untuk Tawaran Awam Awal (IPO) pada tahun 2024.

Mohd Faris Adli Shukery memulakan taklimat dengan kenyataan bahawa antara tugas pertamanya di Kulim sejak menyandang jawatan tersebut pada Oktober tahun lalu adalah untuk menyelaraskan haluan strategik syarikat.

Ujarnya lagi, "Tujuan saya adalah untuk memperkukuhkan kedudukan Kulim sebagai peneraju agribisnes dan mewujudkan legasi yang mampan juga organisasi yang menguntungkan yang dibina berdasarkan kepercayaan dan asas yang tepat untuk generasi akan datang," 

Mohd Faris turut menyatakan pengemasan struktur perniagaan merangkumi pelupusan perniagaan dan aset bukan teras, syarikat yang dorman atau tidak aktif, dan penambahbaikan kepada struktur organisasi, yang dijangka selesai pada hujung tahun.

Di samping itu, rancangan lain ialah seperti mengembangkan perniagaan Huluan, menanam tanaman bernilai tinggi dan meneroka kawasan pertumbuhan baharu - khususnya pertanian pintar atau bersepadu dan pengurusan ternakan, Kulim juga akan meneroka hiliran yang akan menyumbang kepada margin keseluruhan rantai nilai.

Tanaman Sawit

Penternakan

Tanaman bernilai tinggi

Pemprosesan bahan mentah

"Walaupun menghadapi cabaran pandemik COVID-19, Kulim berjaya mencatat peningkatan hasil sebanyak 17% dari RM1.21 bilion pada 2019 menjadi RM1.41 bilion pada 2020," kata Mohd Faris, sambil menambah bahawa peningkatan ini adalah hasil tenaga kerja Kulim yang kental, dibantu oleh program digitalisasi di bawah rancangan transformasi.

Kami menerapkan sistem baharu untuk meningkatkan sistem pengurusan, operasi, tadbir urus dan perakaunan, serta meningkatkan lagi penjenteraan dan automasi dengan melabur lebih banyak untuk jentera," katanya lagi.

Beliau berkata kunci kejayaan transformasi adalah dengan menghargai usaha pekerja-pekerjanya, dibantu oleh digitalisasi dan mekanisasi untuk meningkatkan produktiviti. Dalam pada itu, Kulim tetap komited terhadap prinsip Alam Sekitar, Sosial & Tadbir Urus (ESG) dan menyedari kepentingan ESG di seluruh organisasinya.

Antara sedutan taklimat

Dalam taklimat ini juga, Encik Mohd Faris turut meluahkan prinsip Kulim, “Kami tetap komited terhadap pensijilan RSPO dan MSPO, melabur dalam inisiatif Tenaga Diperbaharui dan bekerjasama dengan kumpulan biodiversiti untuk meningkatkan kesedaran tentang isu-isu alam sekitar. Kulim juga melaksanakan inisiatif pembangunan masyarakat melalui institusi dan program untuk masyarakat, kanak-kanak dan pendidikan, kebajikan masyarakat, infrastruktur, budaya dan agama. 

Syarikat juga komited terhadap integriti, apabila Kulim telah berjaya mendapat pengiktirafan dengan Sistem Pengurusan Pencegahan Rasuah ISO 37001: 2016 (ABMS) oleh SIRIM pada 4 Jun 2021".

Dengan itu taklimat sidang media berakhir dengan penjelasan yang mampat dengan misi dan visi syarikat. Pengakhiran majlis dimulakan dengan perasmian  logo dan video korporat baru Kulim sebagai tanda usaha penjenamaan semula untuk menggambarkan Kulim yang lebih kukuh dan menonjol selaku salah satu ahli Korporat Malaysia.


Logo Kulim (Malaysia) Berhad yang baharu.

Maklumat tambahan, Kulim telah melancarkan kempen #kulim88 dan #kulimpeduli bagi membantu mereka yang terkesan dengan pandemik Covid-19. Kempen #kulim88 ini telah pun berakhir pada 29 hb Ogos manakala kempen #kulimpeduli bermula bulan ini sehingga akhir Disember. Kedua-dua kempen ini telah dijayakan dengan kolabarasi pelbagai pertubuhan seperti Yayasan Jcorp, MyFundAction dan agensi stratergik lokal Johor yang lain.

Akhir sekali, sempena bulan kebangsaan Malaysia, marilah kita sokong syarikat dari Malaysia.

Laman rasmi Kulim (Malaysia) Berhad : http://www.kulim.com.my/            

[BACA - Kempen #kulim88 Kulim (Malaysia) Berhad ]