Sunday 31 July 2022

Pelancaran NOIR Super Whitening Skin Peptides, Produk Makanan Tambahan Berinovasi

KUALA LUMPUR, 28hb Julai – NOIR Helath & Beauty Sdn. Bhd. (NOIR) secara rasminya telah melancarkan produk kecantikkan inovasi terbaharu sempena ulang tahun ke-5 mereka iaitu NOIR Super Whitening Skin Peptides. Majlis yang telah dirasmikan oleh pengasas NOIR iaitu Madamu itu turut dihadiri oleh ratusan usahawan NOIR dari seluruh negara.

Majlis pelancaran NOIR Super Whitening Skin Peptides
dan sambutan ulang tahun NOIR ke-5.

 
Antara usahawan yang turut hadir pada malam bersejarah
yang diadakan di Boathouse, Flamingo Hotel, Ampang.

Sebagai salah satu perniagaan dalam bidang kecantikkan yang meningkat naik, NOIR telah mengambil langkah kehadapan dengan penggunaan inovasi teknologi bagi memenuhi kehendak kecantikkan dan kesejahteraan para wanita di luar sana. Oleh itu, NOIR memberi dimensi baharu dengan memperkenalkan pelbagai produk bermutu tinggi, premium dan halal yang sesuai dengan semua lapisan masyarakat tanpa mengira usia.

Madamu turut berkata, “Proses penuaan berlaku dengan pantas seiring dengan peningkatan usia individu, Super Whitening Skin Peptides diinsipirasikan bagi memenuhi keperluan para wanita di luar sana untuk melambatkan proses tersebut dan membuat para wanita di luar sana jadi lebih cerah, terawat dan kulit terlindung dari dalam”.
 
Madamu ketika soal jawab bersama
media mengenai pelancaran terbaharu.

Seiring dengan permintaan dan teknologi berkembang, NOIR Super Whitening Skin Peptides dibuat khusus untuk memberikan kepuasan berganda pada wanita di luar sana untuk memiliki kulit lebih cerah serta tubuh badan yang lebih anjal. Produk ini merupakan produk kencantikkan dan kesihatan di bawah kategori makanan tambahan. Produk yang perlu dibancuh ini dihasilkan dengan gabungan tiga bahan utama yang terdiri daripada Kolagen Peptide, Ekstrak Yis Torula dan Ekstrak Pueraria Lobata.


NOIR Super Whitening Skin Peptides, kombinasi inovasi
terkini dengan 10x lebih efektif. Sumber vitamin C & antioksidan
dengan 60x ganda lebih tinggi!

Selain ketiga-tiga bahan utama, terdapat juga bahan-bahan premium lain yang terkandung dalam Super Whitening Skin Peptides. Di bawah merupakan penjelasan ringkas bahan-bahan premium terbabit:

Kolagen Peptide, Ekstrak Pueraria Lobata & Astaxanthin: Berasaskan ikan dan tumbuhan
yang membantu merangsang penghasilan kolagen untuk memperlahankan proses penuaan
sekali gus mencegah pembentukan garisan halus pada wajah. Ia turut membantu
meringankan simptom menopaus dari dalam tubuh secara lebih sihat dan semula jadi.

Ekstrak Yis Torula, Asid Ascorbic (Vitamin C) & Camu-Camu: Memberikan kesan
pencerahan 10 kali lebih efektif. Ia sangat membantu untuk memudarkan parut, pigmentasi
dan mengatasi masalah kulit tidak sekata. Kandungan sumber vitamin C dan antioksidannya juga 60 kali ganda lebih tinggi. Ia berkesan merangsang dan meningkatkan pengeluaran kolagen bagi membantu mengurangkan garis halus dan kedutan.

Satu botol mempunyai berat 150gm untuk kegunaan 15 hari.
Harga RM89 untuk satu botol.

Inovasi terkini daripada NOIR ini turut meningkatkan kadar kelembapan kulit sehingga 40%. Malah kulit juga akan lebih anjal dan cerah seawal 9 hari penggunaan yang konsisten mengikut saranan yang diberikan.
Jualan combo Pre-Order. Beli dua botol saiz 150gm untuk
RM 150.

Produk ini sudah boleh didapati secara pre-order melalui ejen NOIR seluruh negara. Penjualan pre-order dengan harga RM150.00 bagi dua botol akan berakhir pada 31hb Julai ini. Setiap botol mempunyai berat 150gm untuk kegunaan 15 hari atau bersamaan 10gm bancuhan setiap hari. Penjualan secara rasmi akan diumumkan di laman web rasmi NOIR tidak lama lagi.

Maklumat lanjut boleh rujuk di instagram rasmi NOIR di sini --> Instagram.com/noirhealthbeauty/

Tuesday 5 July 2022

[REVIEW] Meat Cartel, Restoran BBQ Amerika Halal, Sedap dan Berpatutan.

Apa yang bermain difikiran anda apabila BBQ Amerika disebut? Semestinya ‘smoked brisket’ dan kepelbagaian daging yang di panggang dengan perapan istimewa kan. Jadi mana nak dapatkan makanan seperti ini yang tentu sekali halal, sedap di makan dan harga pula berpatutan? Semuanya boleh didapati di Meat Cartel.

Saiz setiap makanan di Meat Cartel cukup mengenyangkan!

Baru-baru ni saya berkesempatan menjamu selera di Meat Cartel yang terletak di Subang Bestari bersama rakan-rakan saya. Suasana kedai juga luas dan bersih. Bila duduk pula membaca menu, terus rambang mata kerana menu yang dipaparkan menunjukkan pelbagai menu serta gambar. Baru lah tahu apa yang dipilih nanti.

Kali ini saya sempat menjamu tujuh jenis makanan dan dua jenis minuman susu kocak. Jom saya review satu persatu jamuan tersebut:

Makanan:

1. Classic Caesar Salad RM10.00

Dalam ni ada romain lettuce, crouton dan keju parmesan yang diparut antara bahan utama. Tak basah, portion banyak, croutons rasa keju dan keju parmesan banyak. Ni wajib pesan sebab salad ni sedap sangat. Ada masin lebih sikit sebab keju tapi saya suka sebab masin dia bukan masin garam.

2. BBQ Chicken RM19.90

Ayam sangat-sangat 'juicy' tak kering. Perapan pun cukup, tak masin tak tawar. Makan dengan dua hidangan sampingan pun sudah cukup sebab banyak. Kacang panggang dan coleslow pun sedap. Kacang panggang tak terlalu lembik, tak cair dan cukup rasa. Coleslow sedap tak berair.

3. Nasi Masak Lomak Smoked Brisket RM32.90

SEDAP! Kuah tak terlalu pekat atau cair. Masak lomak memang terasa macam kat kampung. Daging smoked brisket pun banyak juga. Ini sangat berbaloi untuk dicuba! Sambal kicap pun mengena dengan masak lomak ni. Bila makan dengan nasi, pergh memang citarasa kampung jelas nikmat!

4. Masak Lomak Smoked Brisket Pasta RM22.00

Sama seperti di atas. Sedap pasta masak lomak smoked brisket. Rasa masak lomak yang penuh dengan daging dan pasta yang dimasak elok. Kuah ni lagi pekat dari set nasi tapi masih boleh telan sedap.

5. Country Mushroom Soup RM11.90

Sup cendawan paling sedap yang saya pernah rasa! Sup cendawan di sini dibuat sendiri menggunakan cendawan asli. Sangat berkrim tapi tak manis atau memuakkan. Cendawan yang digunakan pun banyak. Tak ada rasa tepung ya haha. Oh, roti bawang putih pun sedap! Rangup di luar lembut di dalam!

6. Smoked Brisket Sandwich 100gm RM29.90

Jujur ye, ini paling saya rasa kurang sebab saya tak berapa sangat makan burger. Walaupun demikian saya masih rasa hidangan ni dalam kategori sedap. Kentang tentu-tentu dah sedap tak rasa tiruan. Daging yang diracik sedap je lembut ada rasa salai dan bawang yang digoreng. Rasa manis bawang ni terserlah di sini. Bun pula boleh tahan serasi dengan inti.

7. Apple Crumble Ala Mode RM13.90

Pai Apple Crumble bersama sesenduk aiskrim vanilla. Rasa pai ni tak manis sangat. Bagus! Rasa epal tu sebati dengan serbuk kayu manis. Serbuk kayu manis terasa betul-betul ya disini. Aiskrim vanila pun rasa boleh layan.


8.. Smoke BBQ Platters – The Heisenberg RM250

The Heisenberg ni  terdiri daripada 200gm Smoked Brisket, 200gm Pulled Lamb (Kambing yang diracik), separuh ayam, 450gm tulang tusuk lembu, 3 batang sosej ayam dan 4 hidangan sampingan.

Semuanya lembut je. Sosej pun sedap. Ayam 'juicy'. Kambing yang diracik ialah paling sedap dalam banyak-banyak ni. Daging sedap cicah dengan sos barbeque!

Hidangan sampingan pun sedap je sama macam ulasan atas-atas sedap aje. Kentang putar sini lebih lembut, kuah untuk kentang putar ialah sos salai, sedap ya! Roti saya kurang gemar sebab keras sikit. Cecah dengan kacang panggang baru ada rasa.

200gm Smoked Brisket, 200gm Pulled Lamb (Kambing yang diracik), 
separuh ayam, 450gm tulang tusuk lembu dan3 batang sosej ayam

4 hidangan sampingan: kentang putar, kacang panggang,
coleslaw dan roti.

Minuman:

1. Susu Kocak (Milkshake) Biscoff Biscuit RM12.00

Tak manis, tak muak, jelas terasa biscoff. Tekak saya boleh minum tanpa rasa pekat sangat. Ni kalau minum habis agak mengenyangkan. Lagi layan ni berbanding Oreo. Haha.

2. Susu Kocak (Milkshake) Oreo Biscuit RM12.00

Sama macam susu kocak biscoff iaitu tak manis, tak muak, jelas terasa oreo. Tekak saya boleh minum tanpa rasa pekat sangat.


Extra - Sos:

Sos disini ada dua iaitu sos cili dan sos barbeque. Sos sini tak manis sangat macam sos diluar.

Dibawah pula merupakan promosi makan tengahari:

Promosi Makan Tengahari ini adalah pada setiap hari pada pukul 12pm-3pm sahaja. Harga juga adalah cukup berbaloi untuk dinikmati.

Bagi saya, Meat Cartel adalah tempat menikmati makanan BBQ Amerika yang paling tak lokek dalam menyediakan makanan. Semuanya cukup tak kedekut beri bahan perasa. Makananan tak masin dan tak ada manis-manis. Minuman dan pencuci mulut pun tak terlalu manis masih boleh diminum tanpa loya. Kiranya Meat Cartel ni ikut tekak saya. 

Harga yang diberi juga sangat berpatutan dan mampu milik bagi kebanyakkan orang. Boleh lah merasa makan daging yang disalai lembut berjam-jam lamanya tanpa mengeluarkan ratusan ringgit. Paling penting, Meat Cartel ini sememangnya halal.

Meat Cartel BBQ Subang Bestari ni ada tempat duduk luar dan dalam. Luas, selesa, kemas dan sejuk. Tempat letak kenderaan juga senang. Nak makan seorang, berdua, kumpulan kecil dan besar pun masih cukup selesa. Lokasi kedai juga mudah dicari menggunakan waze atau google maps. MRT terdekat pula ialah MRT Kwasa Sentral. Makan di sini sangat tenang!


Pengenalan ringkas, Meat Cartel BBQ ini bermula pada tahun 2017 apabila Shafiq dan Nazirul ingin membawa ‘Authetic Texas Style Smoked Barbeque’ ke Malaysia. Kemudian kedua-dua mereka bergabung bersama dengan empat rakan lain yang mempunyai minat yang sama untuk mengembangkan lagi Meat Cartel BBQ. Empat rakan tersebut ialah Andy, AJ, Bob dan Fattah Amin yang juga seorang pelakon tanah air. Kini cawangan Meat CartelBBQ mencecah sebanyak 14 cawangan termasuk lah dapur pusat di Subang Bestari. Mereka sehingga kini masih mengekalkan cara salai yang menggunakan kayu tempatan dan penyalai industi yang dibuat khas.

Meat Cartel Subang Bestari

Bagi yang ingin menikmati hidangan Meat Cartel boleh lah pergi ke salah satu cawangan daripada 14 cawangan yang ada. Sebelas cawangan tersebut terletak di Selangor dan Kuala Lumpur iaitu Bangi, Klang, Putrajaya, Subang Bestari, SS15 – Subang Jaya, TTDI, Wangsa Maju, Jalan Ipoh -  Kuala Lumpur, Seksyen 13 Shah Alam dan SACC Mall – Shah Alam. Manakala selebihnya di Johor Bahru, Senawang – Negeri Sembilan dan Duyong – Melaka.

Di bawah merupakan operasi Meat Cartel Subang Bestari:

Hari Operasi: Isnin – Ahad
Masa Operasi: Isnin-Khamis 12pm-10pm & Jumaat – Ahad 12pm-11pm
Pesanan, tempahan dan menu: https://beacons.ai/meatcartelsubangbestari/

Saya hanya berkongsi maklumat operasi Meat Cartel di Subang Bestari sahaja, untuk cawangan lain boleh rujuk di pautan Meat Cartel BBQ HQ ataupun pautan cawangan lain untuk kemaskini terkini. Ini adalah kerana setiap cawangan mempunyai masa operasi berbeza.

Peringatan, anda boleh datang secara terus tapi adalah sangat digalakkan membuat tempahan dahulu sebelum datang ke Meat Cartel. Sila hubungi cawangan yang anda ingin pergi untuk bertanyakan masa yang tersedia.

Untuk maklumat lanjut boleh rujuk pautan di bawah:

Laman web rasmi: https://meatcartelbbq.com/ (*Sebahagian maklumat belum dikemaskini, sila rujuk Instagram Meat Cartel HQ dan setiap cawangan untuk mendapatkan maklumat lebih terkini seperti lokasi, masa operasi dan lain-lain).
Instagram rasmi: https://www.instagram.com/meatcartelbbq
Facebook rasmi: https://www.facebook.com/meatcartelhq/
Twitter rasmi: https://twitter.com/meatcartelbbqhq

Pautan Instagram setiap cawangan:

1) Meat Cartel Dato Onn, JB: https://www.instagram.com/meatcartel.jb_datoonn/
2) Meat Cartel Sek 13, Shah Alam & Senawang, Negeri Sembilan: https://www.instagram.com/meatcartel_shahalam_seremban/
3) Meat Cartel Putrajaya: https://www.instagram.com/meatcartel.putrajaya
4) Meat Cartel SS15, Subang Jaya: https://www.instagram.com/meatcartel.subangjaya
5) Meat Cartel Bangi: https://www.instagram.com/meatcartel.bangi
6) Meat Cartel Duyong, Melaka: https://www.instagram.com/meatcartel.melaka_duyong
7) Meat Cartel Subang Bestari: https://www.instagram.com/meatcartel.subangbestari
8) Meat Cartel Eco Ardence, Setia Alam: https://www.instagram.com/meatcartelecoardence/
9) Meat Cartel Wanga Maju: https://www.instagram.com/meatcartel.wangsamaju/
10) Meat Cartel Meru, Ipoh, Perak: https://www.instagram.com/meatcartel.ipoh_meru/
11) Meat Cartel Klang: https://www.instagram.com/meatcartel.klang
12) Meat Cartel TTDI: https://www.instagram.com/meatcartel.ttdi
13) Meat Cartel SACC Mall, Shah Alam: https://www.instagram.com/meatcartel_saccmallshahalam

Bergambar bersama rakan-rakan dan Encik
Elwin Pratikno, Pengurus Besar Kanan Meat Cartel

Selamat menjamu selera dan nikmati hari anda!

Sunday 3 July 2022

AEON Memperkenalkan Fesyen Busana Pengantin, Baju Aktif Sukan dan Pakaian Bercuti di AEON FASHION PREVIEW 2022

KUALA LUMPUR, 30 Jun – AEON telah melancarkan AEON Fashion Preview (AFP) 2022 untuk sesi Julai-Oktober pada 28 hingga 30hb Jun yang telah berlangsung di AEON Maluri. Acara tri-tahunan ini diadakan untuk memperagakan serta berdiskusi mengenai fesyen terbaharu daripada pelbagai jenama bersama AEON. Pelancaran ini dirasmikan oleh Timbalan Pengarah AEON, Naoya Okada dan Ketua Pegawai Barangan dan Pemasaran Kumpulan AEON, Low Ngai Yuen.

Pertunjukkan AFP 2022, Timbalan Pengarah Urusan AEON, Naoya Okada dan Ketua Pegawai Barangan dan Pemasaran
Kumpulan AEON, Low Ngai Yuen bersama model peragaan.

                Sesi kali ini, AEON memperkenalkan tiga tarikan utama yang selari dalam menyambut fasa endemic iaitu atletik, pakaian pergi bercuti dan busana pengantin. Siri ini juga menampilkan pelancaran jenama atletik baharu daripada Jepun iaitu innercasual atau iC yang mempunyai ciri teknologi super. Pelancaran ini dilakukan di gim komuniti TRIBES Boxing Studio. Kemudian disambung pula pertunjukkan fesyen pakaian bercuti di MRT dan ditamatkan di AEON Maluri dengan pertunjukkan fesyen busana pengantin.

Tiga tarikan fesyen utama AFP 2022 sesi Julai-Oktober ini adalah seperti berikut:

1. innercasual (iC)

Jenama daripada Jepun yang sangat diraikan AEON kini boleh didapati di Malaysia. Pakaian yang diperkenalkan sebagai pakaian yang sangat selesa, iC diperbuat dariapda kain mesra alam dengan teknologi tambahan untuk meningkatkan fungsi sebagai pakaian atletik. 

AEON bersama Tribe Boxing dalam kerjasama innercasual, iC

Juga diperbuat daripada 100% kapas organic yang bebas daripada kegunaan penyembur serangga dan baja kimia, iC menjanjikan pakian yang ringan, beraliran bebas, tahan lama dan lasak untuk kegunaan berpanjangan serta berulang kali. Ciri ini adalah untuk menyokong pergerakan dan kelasakkan. Tambahan, pakaian ini juga dilengkapi teknologi dan sains yang membuatkan kain menyerap peluh lebih cepat dan kain cepat kering dengan anti bau, anti bakteria dan perlindungan UV.

iC juga menyokong pengguna dalam 4 cara iaitu estetik untuk semua umur dan jenis badan, kefungsian, kelestarian dan mampu milik.

Dalam iC ni juga terdapat 3 gaya berbeza:

Baju innercasual yang selesa, sejuk dan ringan dipakai.

1. Keriangan dan kefungsian pakaian Aktif - ActiveWear
2. Teknologi untuk mempertingkatkan gaya hidup – PeaceFit
3. Kelestarian dalam rangkaian fesyen dengan kolaborasi dengan pereka fesyen serta aktivis british iaitu Katherine Hamnett. Juga seorang perintis feysen beretika. Dalam rangkaian ini terdapat banyak mesej “SAVING THE PLANET” terutama di baju T yang juga merupakan mesej Katherine Hamnett dalam perjuangannya melindungi bumi dan alam sekitar.



2. Pakaian pergi bercuti

Apabila perlancongan domestik memuncak dan pelbagai larangan percutian mula ditarik balik, AEON mengambil kesempatan ini untuk memperkenalkan pelbagai jenama yang bersesuaian untuk dibawa sebagai pakaian ketika anda melancong. Rangkaian ini datang dengan pakaian resortwear hinggalah stress-comfys sampai ke getawaty-clothes. Senang cerita, penuh dengan rekaan musim yang terkini dalam pelbagai saiz di AEON stores sekarang.

Rangkaian ini terdiri daripada:

• Scar
Scar menampilkan tie-dye, potongan lapisan-berkbiar dan beberapa perincian butiran untuk musim mendatang.

• Puteri
Rangkaian yang sopan menepati ciri santai dan terkini. Juga didatangkan dengan pakaian renang muslimah.


• PlusCollection
Dipenuhi dengan saiz yang lebih besar dan dibuat khas untuk memberi keselesaaan serta gaya yang menarik untuk bercuti. Gaya  cetakan bunga di atas kain linen ialah fesyen musim ini. PlusCollection juga ada denim untuk pilihan gaya lain.

• Arcadia
Berfokus kepada gaya penuh kelas, Aracadia menawarkan pilihan yang banyak dengan rekaan malar segar. Baju linen dan seluar bewarna natural dengan warna bumi dilengkapi hiasan sulam membuatkan koleksi ini boleh diguna pelbagai gaya.


• M
Rangkaian khusus untuk sang ibu yang bercuti penuh keselesaan. Rangkaian yang anti kedut, ringan dan mesra penyusuan adalah fokus utama. Rangkaian ini terdiri daripada baju menyusu, seluar, kain yang juga bersesuaian untuk yang mengandung dan menyusukan anak.

• ti:zed
Jenama ini memperkenalkan pakaian yang boleh diguna secara harian dan santai namun masih bergaya seperti baju panas hoodie dan pullovers bagi lelaki, baju kain kapas dengan cetakan pelbagai untuk pelbagai majlis dan terutama sekali untuk pergi bercuti dipelbagai tempat.

• Guys’ Vision
Cetakan yang berani semestinya untuk bercuti. Cetakan atas cetakan ini membuatkan pengguna yang menggayakan Guys’ ini menonjol dan kelihatan bergaya.


Antara kepelbagaian koleksi rangkaian pakaian bercuti adalah seperi di bawah:

Peragaan di dalam MRT dari Stesen Surian ke Stesen Maluri.

PlusSize, Guys Vision & Scar

3. Busana Pengantin

Setelah hampir dua tahun pandemik, ramai majlis perkahwinan terpaksa ditunda bahkan dibatalkan. Kini setelah berakhirnya fasa yang mencabar, ramai yang sudah mula menyambut majlis yang berbahagia ini. 


Oleh itu untuk pertama kalinya AEON memperkenalkan koleksi pengantin dan pengiring yang mesra bajet dan saiz. Kolaborasi koleksi ini dilakukan bersama pereka yang terkenal iaitu Zachrin Jaafar dan Kay Ibrahim serta Ivory Romance yang juga merupakan butik pengantin terkemuka. Rekaan mereka akan mula didapati bermula September nanti.

Ketiga-tiga tema bagi AFP 2022 ini sudah boleh didapati dan bakal berada di kedai fizikal serta kedai atas talian AEON. Untuk membeli rekaan ini boleh layari AEON Lifestyle .

Selingan - AEON Fashion Preview merupakan cara tri-tahunan iaitu acara yang diadakan tiga tahun sekali. Acara yang berlangsung selama beberapa hari ini bukan sahaja berfokus kepada pertunjukkan fesyen terkini semata-mata namun AFP diadakan untuk menjadikan fesyen lebih berteknologi dan lestari.

AFP juga mempunyai sesi diskusi serta perkongsian sehala dan dua hal antara AEON, pereka dan pembekal. Sama ada dari segi teknologi, pemasaran, rekaan dan penjualan. Antara lain AFP juga adalah medan kolaborasi bersama pereka dan jenama lokal, ini membolehkan AEON mempunyai pilihan jelas untuk pelanggan memilih rekaan anak tempatan.

Kesimpulannya, AFP merupakan hab fesyen yang ingin berkembang dari pelbagai segi dengan mengambil kira pelbagai sudut. AEON merupakan perintis dalam Malaysia yang melakukan program sedemikian.

Friday 1 July 2022

Perdana Menteri Malaysia dan Setiausaha Agung Liga Muslim Sedunia merasmikan "Persidangan Ulama Asia Tenggara" di Kuala Lumpur

Persidangan itu memuji Perdana Menteri Malaysia atas persetujuan untuk menubuhkan Majlis Ulama Asia Tenggara di Kuala Lumpur di bawah payung Liga Muslim Sedunia. Acara ni berlangsung di The Sunway Resort Ballroom, Bandar Sunway, Kuala Lumpur, Malaysia. 30th June 2022.

Persidangan Ulama Asia Tenggara

Perdana Menteri Malaysia: Saya berbangga kerana Malaysia dipilih menjadi tuan rumah persidangan ini oleh Liga Muslim Sedunia, yang sudah pasti pengiktirafan negara kita, dan menonjolkan Islam sebagai agama keharmonian, keselamatan dan kemakmuran.

Sheikh Dr. Muhammad bin Abdul Kareem Al-Issa, Setiausaha Agung Liga Muslim Sedunia

Al-Issa: Kami mendapati persamaan antara agama yang menjamin pencapaian keharmonian dan perpaduan nasional untuk semua, dan persaudaraan manusia.

Al-Issa: Liga Muslim Dunia sentiasa berbesar hati untuk menyelia mana-mana persidangan yang menghimpunkan ulama umat Islam.

Senator Dato' Haji Idris bin Haji Ahmad, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Menteri Hal Ehwal Agama)

Menteri Hal Ehwal Agama Malaysia: Islam menyeru kepada toleransi dan hidup berdampingan dengan orang bukan Islam dan memelihara hak mereka

Presiden Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu: Marilah kita menggunakan platform ini untuk mengukuhkan perpaduan dalam masyarakat kita dan  menghapuskan kuasa yang menjejaskan perpaduan ini

Ibu kota Malaysia, Kuala Lumpur, menyaksikan gerak kerja "Persidangan Ulama Asia Tenggara", yang telah dirasmikan oleh  Perdana Menteri Malaysia, Dato' Seri Ismail Sabri bin Yaakob, dan  Sheikh Dr. Muhammad bin Abdul Kareem Al-Issa, Setiausaha Agung Liga Muslim Sedunia, dengan penyertaan Senator Dato' Haji Idris bin Haji Ahmad, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Menteri Hal Ehwal Agama), dan 44 orang pemimpin  dan tokoh agama dari 17 negara. Persidangan itu memuji persetujuan Perdana Menteri Malaysia untuk menubuhkan Majlis Ulama Asia Tenggara di Kuala Lumpur di bawah naungan Liga Muslim Sedunia. Persidangan itu juga mengesyorkan agar perpaduan Ummah berlandaskan prinsip toleransi dan bekerja atas dasar interaksi antara manusia seperti yang dianjurkan oleh Islam, dan para peserta menekankan untuk menentang dan menolak ekstremisme, menanamkan prinsip kasih sayang dan belas kasihan dalam hati individu tanpa melihat kepada agama.

Para peserta mengesyorkan bahawa prinsip toleransi dan menghormati hak orang lain menjadi keutamaan dalam bekerjasama dengannya bagi mencapai keamanan dan kesejahteraan global dan menekankan bahawa rancangan keamanan dan keselamatan masa depan harus dibangunkan oleh pemimpin negara berdasarkan tujuan Syariah umum untuk membina negara-negara yang penuh dengan kemakmuran, keamanan, kemajuan dan perpaduan, seperti yang difirmankan oleh Al-Quran: “(Negerimu) adalah negeri yang baik dan (Tuhanmu) adalah Tuhan Yang Maha Pengampun.” Persidangan itu mengesyorkan agar persefahaman bersama, yang diketahui sebagai fiqh kehidupan, menjadi asas kepada agenda setiap negara untuk membina masa depan baharu berteraskan perpaduan dan keharmonian yang utuh di kalangan seluruh anggotanya.

Para konferens menyarankan pengukuhan perpaduan negara dengan berpegang kepada akidah Ahlus-Sunnah wal-Jama’ah untuk mengesahkan bahawa ajaran Islam sampai kepada manusia dengan cara dan pendekatan yang betul.

Persidangan dibuka dengan ucapan oleh Perdana Menteri Malaysia, Dato' Seri Ismail Sabri Bin Yaakob, di mana beliau mengucapkan terima kasih kepada Jabatan Hal Ehwal Islam Malaysia dan Liga Muslim Dunia kerana menganjurkan persidangan ini di bawah slogan "Perpaduan", berkata: "Saya berbangga bahawa Malaysia telah dipilih untuk menjadi tuan rumah persidangan ini oleh Liga Dunia Muslim." Ia sememangnya satu pengiktirafan terhadap negara kita, dan menonjolkan Islam sebagai agama keharmonian, keselamatan dan kemakmuran dalam masyarakat berbilang kaum dan agama. Perwakilan luar negara khususnya ulama Islam menghadiri persidangan ini. Saya mengalu-alukan kedatangan anda semua."

Perdana Menteri Malaysia, Dato' Seri Ismail Sabri bin Yaakob

Perdana Menteri menyatakan bahawa persidangan ini diadakan ketika umat Islam masih menghadapi pelbagai cabaran, termasuk perbezaan sesama mereka, provokasi segelintir pihak, kebencian terhadap Islam atau pandangan yang memudaratkan Islam, dan pada hemat saya jalan penyelesaian perlu dicari dan ini memerlukan komitmen dan kerjasama semua pihak untuk memelihara kesucian agama Islam dan perpaduan negara Islam.

Perdana Menteri menekankan perlunya semua cendekiawan Islam berbincang, menyepakati, menyatukan dan menggerakkan idea mereka untuk mencapai penyelesaian kepada cabaran yang dihadapi oleh umat Islam di seluruh dunia.

Kesimpulannya, beliau menambah : (“Kita menjalin dan memperkukuh perpaduan dengan ikatan kasih sayang dan toleransi sebagai satu ummah, berdasarkan semangat dan kekuatan yang menyatukan kita hari ini, dan besar harapan saya agar semua cendekiawan Islam dapat mencari persamaan untuk memainkan peranan yang berkesan ke arah perpaduan dan mewujudkan kebaikan negara.")

Selepas itu, Sheikh Dr. Muhammad bin Abdul Kareem Al-Issa, Setiausaha Agung Liga Muslim Sedunia, menyampaikan ucapan di mana beliau berkata: (“Kami gembira pada hari ini untuk mengadakan mesyuarat luar biasa yang menghimpunkan ulama sedunia, di negara-negara yang mempunyai kepentingan dalam peta dunia Islam kita dan dunia amnya, iaitu negara-negara Asia Tenggara.”)

Beliau turut menegaskan kepelbagaian manusia dan perbezaan mereka, khususnya dalam agama mereka, ialah ketentuan dan hikmah dari Maha Pencipta, seperti dalam firman-Nya: 

 “…dan kalau Allah menghendaki nescaya Dia menjadikan kamu satu umat (yang bersatu dalam agama yang satu), tetapi Dia hendak menguji kamu (dalam menjalankan) apa yang telah disampaikan kepada kamu.” (Surah Al-Maidah: ayat 48)

Asalkan perbezaan agama dan etnik adalah perkara sejagat yang tidak boleh dibatalkan atau diabaikan. Sekurang-kurangnya semua manusia perlu lakukan untuk memastikan kewujudan bersama yang "selamat dan adil" adalah penyelesaian tanpa mengalihkan perbezaan kepada kebencian dan permusuhan terhadap satu sama lain dengan mencari jalan untuk mendapatkan kehidupan yang lebih baik.

Antara peserta yang hadir dari negeri minoriti Islam

Dr Al-Issa menjelaskan bahawa kita dapati persamaan antara agama yang menjamin pencapaian keharmonian dan perpaduan negara untuk semua, dan persaudaraan sesama manusia, dan agama (sebenarnya) bukanlah seruan kepada perpecahan (tidak kepada bangsa mahupun manusia), tetapi agama Islam “khususnya” menyambut kedamaian, dan mengucapkan kata-kata damai dalam ibadah seseorang Muslim dan urusannya, dan menjanjikan kepada hamba-hamba-Nya Syurga, yang merupakan tempat tinggal kedamaian, dan Allah menamakan dirinya damai, dan berfirman tentang musuh, penyerang, pejuang, “Dan jika mereka cenderung kepada kedamaian, maka cenderunglah kepadanya.” Inilah hakikat agama Islam, dan bukan seperti yang dipalsukan oleh pelampau dan pengganas.

Beliau menjelaskan bahawa hukum Islam hanya boleh diambil daripada ulama Rabbani yang mewarisi ilmu yang bermanfaat daripada Nabi mereka, Nabi Muhammad saw, menegaskan bahawa kebenaran Islam tidak diambil daripada orang yang jahil, walaupun dia mengiktirafkan dirinya sendiri atau orang lain (sebagai ilmuwan agama), mahupun daripada pelampau yang mengikuti jalan ekstremisme, melanggar petunjuk Islam. dari segi kemudahan dan kebaikan kepada hamba, atau yang memilih untuk membawa ideologi yang mempunyai matlamat yang bercanggah dengan Islam, seperti orang yang mengurangkan agama yang syumul yang agung kepada matlamat politik yang sempit, sebagaimana Islam tidak diambil dari maksud yang memalsukan fakta, mahupun orang yang tergesa-gesa menerima agama daripada sumber yang salah dalam persepsi mereka atau mereka sengaja mengelirukan.

Dr Al-Issa menjelaskan antara kesilapan persepsi ialah generalisasi terhadap kesilapan dan risiko sebahagian daripada mereka yang menganut agama Islam sehingga digeneralisasikan sebagai mewakili agama, seperti yang terkandung dalam Dokumen Makkah Al-Mukarramah, yang telah ditandatangani 1200 mufti dan ulama (di bawah naungan Penjaga Dua Masjid Suci Raja Salman bin Abdulaziz Al Saud) semoga Allah melindunginya.

Beliau menegaskan bahawa perhimpunan para ulama Islam pada satu peringkat adalah keperluan mendesak untuk menangani isu-isu besar, dan oleh kerana ulama Asia Tenggara membentuk persatuan penting yang bertumpu pada beberapa isu umum; Oleh itu, susunan ini datang untuk persidangan bersejarah ini di ibu kota keamanan, keharmonian dan kesederhanaan, Kuala Lumpur. Ini adalah tambahan kepada kedekatan geografi antara semua, yang memberi kesan kepada beberapa isu undang-undang, di mana fatwa dan ketetapan undang-undang berbeza mengikut masa, tempat dan keadaan.

Sheikh Al-Issa berkata: (“Kami berbesar hati bahawa persidangan ini akan menjadi permulaan yang baik untuk majlis tetap yang menghimpunkan ulamanya dari semasa ke semasa di bawah payung global umat Islam, iaitu Liga Muslim Sedunia, di mana ibu pejabatnya adalah kiblat umat Islam di Makkah Al Mukarramah, dan Liga sentiasa berbesar hati untuk menyelia mana-mana persidangan yang menghimpunkan ulama-ulama Islam, tidak kurang juga dalam isu-isu besar yang penting”). Dr Issa berbesar hati di atas persetujuan Perdana Menteri, Dato Seri Ismail Sabri bin Yaakob, untuk menubuhkan majlis ini di Kuala Lumpur di bawah naungannya dan pelancaran majlis itu buat pertama kali pada tahun depan, dengan izin Allah.

Dr Issa melahirkan rasa terima kasih kepada semua yang menyumbang kepada persidangan ini dengan menjemputnya dan menyertai aktivitinya dan di samping itu, kerajaan Malaysia yang dipimpin oleh Perdana Menteri, yang telah menunjukkan penghargaan sewajarnya.

Menteri di Jabatan Menteri (Menteri Hal Ehwal Agama), Senator Dato Haji Idris bin Haji Ahmad, menjelaskan bahawa Malaysia adalah negara berbilang kaum dan agama dan dikenali di peringkat antarabangsa sebagai sebuah negara yang harmoni dan selamat, dan kepelbagaian itu dalam adat budaya tidak lahir pada hari ini, sebaliknya diwarisi sejak dahulu kala daripada generasi terdahulu. Kaum dan masyarakat bekerjasama antara satu sama lain dan menikmati kebebasan untuk mengamalkan kepercayaan agama dan budaya dalam persekitaran yang aman dan selamat.

Beliau menambah bahawa Islam menyeru kepada toleransi dan hidup berdampingan dengan orang bukan Islam serta memelihara hak mereka, justeru itu, toleransi dan keharmonian antara kaum dan agama perlu wujud di setiap negara.

Senator Idris mengakhiri ucapannya dengan merakamkan penghargaannya kepada Liga Muslim Sedunia kerana memilih Malaysia sebagai rakan strategik untuk mengadakan persidangan ini, yang julung kali diadakan di Asia Tenggara, bagi menunjukkan solidariti perpaduan Islam.

Perasmian "Persidangan Ulama Asia Tenggara" oleh  Perdana Menteri Malaysia, Dato' Seri Ismail Sabri bin Yaakob, dan  Sheikh Dr. Muhammad bin Abdul Kareem Al-Issa, Setiausaha Agung Liga Muslim Sedunia, dengan penyertaan Senator Dato' Haji Idris bin Haji Ahmad, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Menteri Hal Ehwal Agama)

Lebih 1,000 peserta daripada Arab Saudi dan 16 Negara di Asia Tenggara

Perdana Menteri Malaysia, Dato' Seri Ismail Sabri bin Yaakob, dan  Sheikh Dr. Muhammad bin Abdul Kareem Al-Issa, Setiausaha Agung Liga Muslim Sedunia, dengan penyertaan Senator Dato' Haji Idris bin Haji Ahmad, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Menteri Hal Ehwal Agama)

Sementara itu, Presiden Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Abdullah Shahid, mengucapkan terima kasih kepada Liga Muslim Sedunia dan kerajaan Malaysia kerana menganjurkan persidangan ini, dan usaha berterusan mereka untuk memajukan nilai-nilai Islam yang sebenar. Merendah diri, toleransi, belas kasihan dan kerjasama di kalangan masyarakat kita adalah nilai-nilai Islam yang disasarkan dalam persidangan ini bertujuan untuk mempromosikan dan penerbitannya dalam tempoh yang sukar ini, dunia menyaksikan kejutan yang dahsyat yang tidak pernah kita lihat selama beberapa generasi. 

Shahid menjelaskan bahawa : ("Dunia sedang menghadapi konflik akibat (Covid 19) dan krisis iklim, dan nilai-nilai ini akan menyatukan kita dan membantu masyarakat kita untuk meningkatkan kekuatan mereka, marilah kita menggunakan platform ini untuk mengukuhkan perpaduan dalam masyarakat sesama kita dan menghapuskan kuasa yang menjejaskan perpaduan ini, seperti kuasa ekstremisme. keganasan agama dan keganasan yang tidak mempunyai tempat dalam undang-undang masyarakat kita dan menyedari bahawa visi ini memerlukan usaha kolektif daripada kita semua, termasuk pemimpin agama, intelektual dan masyarakat am.”)

    
Perasmian "Persidangan Ulama Asia Tenggara" di Kuala Lumpur