Wednesday 30 March 2022

RM600 Ribu Zakat Perniagaan McDonald’s Diterima Lembaga Zakat Selangor, Mangsa Banjir Terima Sumbangan

Majlis penyerahan zakat perniagaan oleh McDonald’s Malaysia dan pengagihan sumbangan kepada mangsa banjir telah berlangsung di McDonald’s Banting baru-baru ini. Sejumlah RM600 ribu telah dibayar kepada Lembaga Zakat Selangor (LZS).

McDonald’s Malaysia menyerahkan zakat perniagaan tahun 2021 berjumlah RM600 ribu kepada Lembaga Zakat Selangor (LZS), jumlah yang tertinggi sejak McDonald’s mula membayar zakat kepada LZS. Sehingga tahun 2021, McDonald’s Malaysia telah membayar zakat perniagaan sebanyak RM9.85 juta untuk negeri-negeri di seluruh Malaysia.

Jumlah bayaran ini juga telah merekodkan dua pencapaian yang mengagumkan kerana ini merupakan jumlah zakat perniagaan tertinggi bagi negeri Selangor dan jumlah tertinggi secara keseluruhan bagi McDonald’s Malaysia sendiri sejak mula membayar zakat perniagaan enam tahun lalu. 

Pembayaran zakat perniagaan ini bermula apabila syarikat utama McDonald’s yang bertapak di Amerika Syarikat telah diambil alih oleh Lionhorn Pte.Ltd. iaitu sebuah anak syarikat Kumpulan Reza dari Arab Saudi pada 1hb Disember 2016. Ini menjadikan McDonald’s sebagai syarikat khidmat segera yang terkenal ini dimiliki oleh majoriti pemegang saham dan pelabur islam.


Selain daripada bayaran zakat, McDonald’s Malaysia juga turut menyerahkan sumbangan wakalah agihan zakat bernilai RM500 dalam bentuk wang tunai dan baucar. Penerima terdiri daripada 50 buah keluarga terpilih sekitar Banting yang terjejas banjir pada penghujung tahun lepas.


McDonald’s Malaysia juga telah menyerahkan sumbangan wakalah agihan zakat bernilai RM500 dalam bentuk wang tunai dan baucar kepada setiap keluarga yang terjejas banjir pada penghujung tahun lepas.


Majlis pembayaran zakat perniagaan dan penyerahan sumbangan ini telah dihadiri oleh YBhg. Dato’ Seri Utama Diraja Mufti Selangor, Sahibus Samahah Dato’ Dr. Haji Anhar Bin Haji Opir, yang menyaksikan sumbangan zakat perniagaan McDonald’s Malaysia oleh Encik Azhar Darbi, Naib Presiden Sumber Manusia dan Pengerusi Jawatankuasa Halal Dalaman, McDonald’s Malaysia, kepada  En. Mohd Sabirin bin Mohd Sarbini, Ketua Divisyen Operasi Agihan Asnaf, Lembaga Zakat Selangor.


Dalam ucapan pembukaan, Encik Azhar Darbi, Naib Presiden Sumber Manusia dan Pengerusi Jawatankuasa Halal Dalaman, McDonald’s Malaysia turut berkata ,“Menyumbang kembali kepada masyarakat yang memerlukan adalah nilai teras McDonald’s Malaysia, sama ada melalui program tanggungjawab sosial korporat mahupun melalui sumbangan zakat. Oleh itu, sumbangan kami pada hari ini amat bermakna di mana kami mampu menyumbang zakat sebanyak RM600 ribu bagi membantu komuniti yang amat memerlukannya, khususnya golongan yang terjejas akibat banjir di daerah Banting, Selangor,”


Encik Azhar Darbi, Naib Presiden Sumber Manusia dan Pengerusi Jawatankuasa Halal Dalaman, McDonald’s Malaysia ketika ucapan pembukaan

Beliau turut berkata lebih tujuh ribu aktiviti komuniti dibawah seliaan Rumah Kebajikan Ronald McDonald (RMHC) dijalankan di seluruh negara untuk membantu lebih banyak lagi orang yang memerlukan. Bukan setakat itu sahaja, McDonald’s komited dalam membantu anak-anak asnaf di bawah program pembiayaan pelajar kolej komuniti hingga SKM Tahap 3 terutama bidang pemakanan dan telah memanfaatkan 46 anak asnaf setakat ini. 


Dengan sokongan yang terus menerus daripada penduduk Malaysia, McDonald’s Malaysia masih mampu berdiri teguh meski turut berhadapan dengan situasi COVID-19. Ini membuatkan McDonald’s Malaysia ingin terus-menerus menyumbang kepada komuniti setempat.


Setakat tahun 2021, McDonald’s Malaysia telah membayar zakat perniagaan sebanyak RM9.85 juta untuk negeri-negeri di seluruh Malaysia. McDonald’s Malaysia juga merupakan antara pembayar zakat perniagaan tertinggi bagi negeri Selangor. Tambahan pula, sumbangan zakat perniagaan bagi negeri-negeri lain pula akan menyusul tidak lama lagi.


Selain membayar zakat, McDonald's Malaysia juga bekerjasama rapat dengan Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia (JAKIM) untuk terus mendukung komitmen Halalnya kepada para pengguna dalam semua aspek perniagaan. McDonald’s Malaysia juga terlibat secara aktif dalam pelbagai program Halal termasuk Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS), HALFEST dan World Halal Conference.


Oleh kerana McDonald’s Malaysia menunjukkan suri teladan perniagaan yang baik, Encik Muhd Fikri Naim bin Harun, Ketua Divisyen Kutipan, Lembaga Zakat Selangor turut berkongsi beberapa kata, “LZS amat mengharapkan sumbangan berterusan daripada syarikat korporat di luar sana seperti McDonald’s Malaysia demi menyantuni kelangsungan asnaf di Selangor. Lebih-lebih lagi jumlah keluarga asnaf fakir dan miskin dijangka meningkat kesan daripada situasi ekonomi sekarang. Ini bermakna keperluan agihan zakat juga akan turut meningkat seiring dengan pertambahan asnaf di Selangor.” 


Encik Muhd Fikri Naim bin Harun, Ketua Divisyen Kutipan,
Lembaga Zakat Selangor ketika berucap di majlis.


Dengan itu diharapkan agar penduduk Malaysia akan dapat terus menerus menyokong McDonald’s Malaysia serta percaya bahawa makanan dan minuman yang disediakan di seluruh McDonald’s di dalam Malaysia ini terjamin halal toyyiban.

Sunday 20 March 2022

WIRDORA KINI DI IOI CITY MALL, PUTRAJAYA

Berita baik bagi warga Putrajaya dan berdekatan kerana Wirdora kini membuka cawagan ketiga dan terbesar sekali dengan keluasan 370 kaki persegi  di IOI City Mall, Putrajaya. Apa yang membanggakan lagi, Wirdora mampu membuka ketiga-tiga cawangan di KLCC, KL East Mall dan IOI City Mall dalam masa setahun sahaja. Ini pencapaian hebat sejak penubuhan mereka pada tahun 2017 selain daripada memiliki Ibu Pejabat di Ampang Jaya, Selangor.

Wirdora yang sememangnya terkenal dengan aksesori wanita berhijab esklusif juga menjual produk hijab mereka sendiri beserta beberapa aksesori harian untuk wanita dan lelaki seperti butang baju melayu dan rantai pelitup muka.  Oleh itu, pembukaan cawangan terbaharu yang besar ini lebih memudahkan mereka untuk menampilkan lebih banyak rangkaian produk-produk secara fizikal untuk kemudahan para pelanggan mereka.

Menurut pengasas jenama Wirdora ini iaitu Wirdalina Tauhet, cawangan di sini antara menjadi sasaran kerana lokasi yang sangat strategik dan penuh dengan tumpuan pelanggan. Terletak di Unit 74, Level 1 di IOI City Mall, cawangan ini sangat mudah dijumpai kerana terletak di kawasan eskalator Centre Court.

Pemotongan riben sempena majlis
pembukaan oleh Wirdalina, Khairool Anwar
dan keluarga. Diserikan dengan kehadiran
Hawa Rizwana.

Peragaan produk Wirdora

Dengan pembukaan cawangan Wirdora yang berkonsepkan elegan dan moden selari dengan imej produk mereka, imej produk penuh elemen esklusif dan premium dapat ditampilkan lebih baik. Bahkan pembukaan butik fizikal ini mengikuti landasan perancangan pengasas dan suaminya, Khairool Anwar Laksama untuk membuka lebih banyak cawangan di seluruh negara.

Sesi berucap pengasas Wirdora

Wirdalina juga berkata, “Kebanyakkan pelanggan kami suka melihat produk secara fizikal. Ini kerana produk kami juga seperti akesori wanita yang lain di mana mereka suka membelek dan mencuba sendiri produk tersebut. Kami percaya kepuasan pelanggan adalah keutamaan kami. Alhamdulillah, maka tertubuhlah Wirdora di sini.”

Memiliki suasana butik yang kemas dan selesa, cawangan Wirdora di IOI City Mall ini menawarkan lebih daripada 300 pilihan produk menarik bermula pada harga serendah RM 10 hinggalah ke RM 500. Rangkaian produk di sini termasuklah kerongsang, peniti skaf, tudung bawal, tudung selendang, pelitup muka, rantai pelitup muka, stokin tangan, anak tudung, butang baju melayu, tas kerongsang dan bermacam-macam lagi.



Apa yang menariknya lagi mengenai produk ini, produk Wirdora hanya menggunakan produk berkualiti tinggi seperti Kristal asli dan besi kukuh. Kristal asli ini pula bekilau dengan penuh bergelipan, tahan lama dan hanya diperolehi daripada sumber yang sah sahaja demi memelihara alam. Manakala kualiti besi yang digunakan adalah berkualiti tinggi iaitu keluli tahan karat bersalut palladium agar besi kalis karat, licin, kuat, lasak, tidak lendur dan tajam agar kain tidak rosak.

Dengan produk berkualiti tinggi serta rekaan sangat cantik namun masih dalam lingkungan harga mampu milik, sesiapa juga boleh tampil dengan penuh elegan, esklusif, premium mahupun mewah dengan produk Wirdora ini tidak kira berhijab atau tidak. Oleh hal itu, para pelanggan mereka tidak hanya berada di Malaysia bahkan telah tersebar ke luar negara seperti Singapura, Indonesia dan Brunei.

Raya dan puasa yang menjelang tiba ini, pembukaan cawangan Wirdora terbaharu ini juga mungkin memberi tanda kepada pelanggan dan bakal pelanggan untuk mempersiapkan busana raya dan puasa tahun ini dengan padanan akesori esklusif ini.

Untuk maklumat lanjut, boleh layari laman web Wirdora di www.wirdora.com atau jika anda berminat untuk menjadi stokis, ejen atau dropship boleh lah menghubungi mereka di talian 018-2724897.

 

Friday 18 March 2022

McDonald’s Pandu-Lalu Tampin Kini Rasmi, Wujudkan Banyak Peluang Pekerjaan

Pada 8 Mac lalu, McDonald’s telah merasmikan restoran pandu-lalu di Tampin, Negeri Sembilan dengan kehadiran YAB Dato' Seri Haji Aminuddin bin Harun selaku Menteri Besar. Selaras dengan inisiatif Kerajaan dalam mentransformasikan Negeri Sembilan ke negeri membangun, McDonald’s menyasarkan untuk menyumbang kepada inisiatif Kerajaan negeri ini dengan pembangunan sosio ekonomi negeri dan menawarkan peluang pekerjaan untuk komuniti setempat khususnya di Tampin melalui pembukaan Restoran McDonald’s di Tampin ini.


YBhg. Dato’ Azmir Jaafar, Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan McDonald’s Malaysia bersama YAB Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Harun, Menteri Besar Negeri Sembilan merasmikan Restoran Pandu Lalu McDonald’s di Tampin pada 8 Mac 2022.
TERLETAK DI TEMPAT STRATEGIK

Restoran di Tampin ini merupakan restoran McDonald’s ke-15 yang dibuka di Negeri Sembilan, dengan lokasi yang sangat strategik berdekatan dengan sempadan negeri Melaka-Negeri Sembilan membolehkan aksesibiliti yang mudah bagi pelanggan dari pelbagai kawasan. Bahkan jarak restoran ini dan Stesen Keretapi Tampin/Pulau Sebang hanya kira-kira 2.5km sahaja. Kawasan sekelilingnya pula penuh dengan tarikan pelancong dan kawasan komuniti setempat.

Oleh hal tersebut, McDonald’s Malaysia menjangkakan restoran ini mampu menyediakan hidangan saat-saat keriangan kepada pelanggan dari kawasan sekitar. Sejak dibuka pada penghujung tahun 2020, restoran ini telah berjaya mencapai jualan yang memberangsangkan dan membanggakan bagi sebuah restoran yang masih muda. 

REKA BENTUK MENARIK

Bangunan asal Restoran McDonald’s Tampin ini merupakan Rumah Rehat Tampin dan telah diambil alih oleh McDonald’s Malaysia bagi membuka restoran McDonald’s.  Restoran ini juga restoran pertama yang mempunyai rekabentuk yang unik berinspirasikan bumbung panjang yang sinonim dengan rumah tradisi Negeri Sembilan.



Sumber: Rilekslah.com

PEMBANGUNAN BILIK TERAPI SENSORI RONALD MCDONALD

Selain dari reka bentuk yang unik, Restoran McDonald’s Tampin ini juga ditampilkan dengan Bilik Terapi Sensori Ronald McDonald – Yayasan Jaafar Ahmad.  Bilik terapi sensori ini disediakan khas untuk kanak-kanak istimewa khususnya dari keluarga golongan B40 bagi meningkatkan kemahiran kognitif dan keyakinan diri mereka. 



Restoran Pandu Lalu McDonald’s di Tampin merupakan satu-satunya cawangan McDonald’s yang dilengkapi dengan Bilik Terapi Sensori Ronald McDonald, tajaan bersama Ronald McDonald House Charities dan Yayasan Jaafar Ahmad.

Sehingga kini, Persatuan Kebajikan Ronald McDonald – Ronald McDonald House Charities (RMHC) telah membangunkan sebanyak 35 buah bilik terapi sensori di seluruh Malaysia. Bilik Terapi Sensori Ronald McDonald (RMSR) adalah merupakan rangkaian bilik terapi sensori terbesar di Malaysia dengan kos tajaan lebih daripada RM4 juta. Sumbangan ini telah memanfaatkan lebih dari 7,000 orang kanak-kanak istimewa di seluruh Malaysia.



Bilik Terapi Sensori Ronald McDonald dilengkapi dengan peralatan untuk meningkatkan kemahiran kognitif dan keyakinan kanak-kanak yang berkeperluan khas dan masalah pembelajaran.

PENYERAHAN BAYARAN ZAKAT BERNILAI RM 180 RIBU

McDonald’s Malaysia sebagai sebuah organisasi yang sentiasa prihatin terhadap nasib golongan asnaf dan yang memerlukan dan sentiasa berusaha menyumbang kepada masyarakat setempat. Oleh itu pada majlis yang sama, McDonald’s Malaysia juga telah menyerahkan bayaran zakat korporat bernilai RM180 ribu kepada Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) bagi diedarkan kepada golongan asnaf dan golongan yang memerlukan di seluruh Negeri Sembilan.  MAINS telah diwakili oleh Dato’ Dr Abd Aziz Bin Sheikh Ab. Kadir, Pengerusi Majlis Agama Islam Negeri Sembilan.



 YBhg. Dato’ Azmir Jaafar, Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan McDonald’s Malaysia menyerahkan zakat korporat McDonald’s Malaysia kepada YBhg. Dato’ Dr. Abd Aziz Bin Sheikh Ab. Kadir, Pengerusi Majlis Agama Islam Negeri Sembilan.

 PELAN MASA HADAPAN MCDONALD’S MALAYSIA DI NEGERI SEMBILAN

McDonald’s Malaysia telah merancang untuk membuka beberapa lagi cawangan baharu di Rembau, Senawang dan Rasah. Hal ini turut boleh membawa perubahan lagi positif dan memberi impak kepada sosio ekonomi negeri bagi Negeri Sembilan selain daripada restoran yang sedia ada.

Ternyata pembukaan restoran McDonald’s di Negeri Sembilan kini bukan sahaja membangkitkan keterujaan penduduk setempat untuk pilihan tempat makanan mengenyangkan tapi turut memberi kesyukuran kepada komuniti setempat atas peluang pekerjaan yang disediakan. 


Jemput singgah ke Restoran Pandu-Lalu McDonald’s Tampin!

Thursday 10 March 2022

PS Food & Beverage hasilkan BioWonders ikhtiar melawan pandemik COVID-19

KUALA LUMPUR:  Selepas tujuh tahun membina jenama dan pengaruh, Syarikat PS  Food &  Beverage Sdn Bhd kini melangkah setapak lagi dengan menyertai industri Biopharmarcy atau Nutraceutical menerusi penghasilan produk siri endemik, BioWonders.

Dr Redza Rahman selaku pakar Nutraceutical dan Fatin Diana ketika pelancaran Produk BioWonders

Selepas Origina, Fatin Diana Mohd Zain melancarkan produk minuman siri endemik BioWonders

Produk dihadirkan dengan dua jenis pilihan, Mighty Immunity dan Inflamma-Care itu turut menyaksikan syarikat berkenaan bekerjasama dengan pakar dan saintis dalam bidang Nutrigenomics, Dr Redza Rahman.

Ketua Pegawai Eksekutif syarikat itu yang juga pengasas kepada produk minuman Origina, Fatin Diana Mohd Zain berkata, perancangan dua produk itu seiring situasi semasa dunia dan negara 'bertempur' dengan wabak pandemik COVID-19 dengan pelbagai varian.

"Perancangan menghasilkan dua produk ini sejak setahun lalu.  Kami tergerak menghasilkan produk ini lebih -lebih lagi dengan penularan wabak itu dan menjadi ikhtiar untuk membantu mereka yang pernah terkena. Untuk permulaan kita keluarkan 100,000 unit di pasaran. Kami mahu menjadi asbab kebaikan kepada orang lain.

"Hampir 3.5 Juta rakyat Malaysia sudah berada di pasca COVID-19 dan ini bermakna purata satu dalam setiap 11 orang di kalangan kita pernah terkena wabak itu,"  katanya.

Hingga kini ramai  di kalangan  ahli keluarga, sanak-saudara, kenalan bahkan pekerja syarikat mereka sendiri merupakan bekas pesakit COVID-19. 

"Mereka ada yang masih mengalami simptom  seperti kelesuan, kesukaran bernafas apabila melakukan aktiviti, sukar tidur malam, batuk dan kebimbangan melebihi tempoh empat ke 12 minggu. 

"Ia semua disebabkan antibodi atau ketahanan badan yang lemah serta  inflamasi yang tinggi dalam badan akibat jangkitan wabak itu. Ancaman komplikasi jangka panjang akibat COVID-19 yang dikenali sebagai 'Long COVID' juga membimbangkan apabila semakin ramai jumlah pesakit wabak itu yang sudah sembuh, terpaksa dirujuk kembali ke hospital dan unit rawatan rapi (ICU).

"Lalu diharap kehadiran produk baharu ini dilihat sebagai ikhtiar atau alternatif untuk kita terus mendapatkan perlindungan.

Produk ini juga menjadi penanda aras untuk kami tidak statik dan terus berada di zon selesa," katanya.

Kata Fatin Diana lagi, syarikat milik keluarganya itu juga menjadi perintis di Malaysia kepada produk minuman di dalam pouches atau pek kantung.

"Sehingga kini kami sudah ada 11 rangkaian produk. Ia termasuklah jenama Origina dan BioWonders. Malah dalam tempoh kurang setahun, hampir 4 juta 'pouches' dihasilkan untuk jualan.

"Tahun ini, kami mensasarkan lebih RM50 juta sasaran jualan dalam tempoh setahun. Sebelum ini 40 peratus daripada keuntungan datang daripada hasil jualan rangkaian produk Origina.

"Malah kami sebelum ini juga menghasilkan Origina Vitamin C 1000mg berasaskan jus asli. Minuman itu berjaya membantu lebih 2 juta orang di Malaysia dalam tempoh kurang setahun untuk meningkatkan imunisasi badan. Minuman itu juga diedarkan di lebih 20,000 outlets seluruh Malaysia menjadi jenama minuman yang dipercayai jutaan pengguna di Malaysia dan juga beberapa negara di Asia Tenggara," katanya.

Buat permulaan dan harga pengenalan produk minuman BioWonders dijual secara sachet dengan harga istimewa.

Rangkaian produk BioWonders:



"Ada 15 sachet x 15gram  dalam setiap kotak atau perisa. Ia dijual dengan harga RM80. Harga asal RM100. Kami juga jual dalam edisi pek kombo dua jenis minuman iaitu 'Mighty Immunity' dan 'Inflamma-Care' itu pada harga RM160 (harga asal RM200).



'Mighty Immunity' lebih fokus kepada membantu untuk meningkatkan kekebalan tubuh kita. 'Inflamma-Care' untuk memulihkan atau mengurangkan keradangan akibat jangkitan wabak tersebut. Setiap produk ini mengandungi gabungan tujuh bahan bioaktif yang asli jika mengikut harga di pasaran vitamin ini boleh mencecah RM 1,000 lebih. 

"Namun, BioWonders ingin memastikan ramai orang boleh mendapat manfaat dan mampu untuk mengubah tahap kesihatan mereka," katanya.

Jenama yang beribu pejabat dan memiliki kilang utamanya di Klang, Selangor itu juga terus membantu berkongsi rezeki melalui pembangunan sistem agen.

"Daripada situ kami rekrut 'dropship' dan stokis untuk sama sama menjana pendapatan dan sebarkan manfaat. Tekan pautan https://biowonders.com.my  untuk lebih lanjut," katanya.

Di sebalik jenama yang pernah menyaksikan aktor pujaan ramai Malaya, Remy Ishak menjadi duta produk minuman Origina sebelum ini, Farah Dianalah yang menjadi nadi penggerak.

Kata graduan Sarjana Muda bidang perniagaan pengkhususan dalam pengurusan serta pemasaran dari Universiti Monash di Melbourne, Australia ini sejak kecil lagi dia sudah mula terdedah dengan terma niaga. 

"Ketika jenama Origina belum terkenal sekitar tahun 2016 lagi, saya sudah bergelar promoter  di karnival Jom Heboh, pasar raya dan sekolah.  Masa itu saya berusia 22 tahun. Saya sudah terbiasa turun padang mempromosikannya.

"Malah ketika itu, tanpa pasukan kerja yang kuat, saya beri idea kepada ayah supaya jenama itu tembus ke sekolah di Shah Alam. Masa itu dalam 1000 buah sekolah berjaya ditembusi.

"Saya pernah menjadi eksekutif jualan ketika produk Origina menyertai pameran makanan dan minuman di Dubai, Amsterdam, Rusia dan Vietnam. Masa belajar di Australia pun saya ada berikan input kepada ayah dari kejauhan," kata anak sulung dua beradik itu.

Fatin Diana turut terdedah di salah satu World’s Largest Food Exhibition, Gulfood Dubai pada 2016

Fatin Diana (berbaju biru) ketika menyertai Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) sebelum era pandemik COVID-19

Fatin Diana ketika menyertai Muscle Builder Exhibition 2018 di Moscow, Russia sekali gus mempromosikan minuman pek kantung

Katanya perniagaan jenama minuman itu kini dikemudi sepenuhnya sambil dibantu ibu tersayang.

Malah, bukan sesuatu yang mudah membangunkan jenama yang masih dianggap asing. Tapi percaturan dan restu ibu bapanya membuahkan hasil.

"Jika dulu jenama ini di bawah kawalan ayah hanya berkonsepkan BTB atau Business To Business. Tapi sejak saya ambil alih, ia berubah menjadi Business To Consumer (BTC). Ayah kini lebih fokus dalam urusan pengilangan dan kualiti produk. 

Fatin Diana bersama ibu bapa dan adiknya

Saya pula di posisi hadapan menguatkan jenama produk.

"Asalnya ayah juga menjadi perintis di Malaysia yang memperkenalkan produk minuman di dalam pouches atau pek kantung.  Daripada pembekal kepada pelbagai jenama antarabangsa, akhirnya ayah cetuskan jenama Origina minuman dalam pouches. Jenama itu umpama prototaip.

"Kemudian saya lakukan rombakan dan penjenamaan semula untuk jenama itu. Malah pada 2019, kita buat kali pertama gunakan duta Remy Ishak. Impaknya jenama itu semakin dikenali dengan meluas. Bagaimanapun kontrak Remy sudah tamat," katanya.

Remy Ishak pernah bergelar duta minuman Origina diusahakan Fatin Diana

Fatin Diana bersama keluarganya dan Remy Ishak ketika Origina diiktiraf The Brandlaureate World Halal Bestbrands Awards beberapa tahun lalu.

Katanya, dulu dia selesa 'low profile' seperti ayahnya. Cuma kini seiring peredaran semasa, Fatin Diana optimis untuk lebih membawa dirinya ke depan.

Katanya lagi, dia dulu selesa menggunakan cara biasa tanpa terlalu menonjol ke depan.

"Mungkin cara dibesarkan, membuatkan saya lebih fokus kepada apa yang diingini. Saya nak lihat jenama dan perniagaan dimiliki terbang tinggi.

"Kadang-kadang apabila terlalu sibuk, nak kemas kini entri sama ada gambar atau video di akaun media sosial sendiri pun tak sempat. Yang kenal diri ini bagaimana akan tahu cara saya," katanya.

Kerana terlalu dedikasi terhadap kerja, Fatin Diana juga tidak seperti kebanyakan wanita seusianya yang menikmati kehidupan.

"Saya memang selalu utamakan kerja. Macam sekarang misi nak pastikan rangkaian produk baru meletup di pasaran. Hal kahwin itu ada juga terlintas, tapi tunggulah dulu. Mungkin dalam setahun dua lagi, saya kahwin," katanya.

Tuesday 8 March 2022

Datuk Azizah Megah Bersama PhytoScience Di Luar Negara

PhytoScience yang telah bertapak lama di Malaysia sejak tahun 2013 dengan produk stemcell masih kuat bertapak di Malaysia. Kini, perniagaan ini telah melebarkan sayap ke 41 buah negara luar seperti Mesir, India, Qatar dan terbaharu akan datang Filipina. 

Datuk Azizah bersama suami

Kejayaan ini tidak lain tidak bukan dijadikan realiti oleh wanita berusia 42 tahun ini iaitu Datuk Azizah Razali. Datuk Azizah telah menjalankan bisnes PhytoScience sebagai ejen bebas pada tahun 2014 dan kini beliau mempunyai lebih 700 ribu ejen menyertai beliau. 

Ketika seminar PhytoScience

Beliau berkata bahawa beliau pada awalnya tidak berniat untuk menjalankan bisnes ini namun pada 2013, ibu beliau yang menghidapi kencing manis pulih setelah mengamalkan stemcell daripada PhytoScience. Manakala beliau juga nampak perubahan pada diri sendiri kerana sudah tidak mengalami sakit-sakit ringan seperti demam bahkan kulit wajah semakin licin. 

Rata-rata pengguna lain juga mempunyai kesan yang positif. Ternyata produk ini membantu untuk menguatkan imuniti badan, membaiki sel badan dan membantu menjana pertumbuhan sel baharu. Pada detik itulah beliau menyertai perniagaan ini secara serius.

Secara amnya, PhytoScience memang telah terkenal  lama daripada teknologi makmal Switzerland ini iaitu stemcell. Kini produk tersebut telah dinaik taraf daripada 5 bahan utama makanan super kepada 6 bahan utama makanan super berfokuskan kepada buah tomato. Maka produk stemcell kini dikenali sebagai Crystal Cell. Namun fungsinya masih sama namun dengan lebih baik daripada formulasi lepas.

Datuk Azizah di lab Switzerland bersama
produk pertama stemcell PhytoScience. 

Crystal Cell yang mempunyai kesan nyata ini juga telah memikat suami beliau Encik Mohamad Awad yang berasal daripada Mesir untuk menyertai beliau bahkan mengembangkan lagi ke Mesir. Jalan cerita yang serupa seperti Datuk Azizah, kawan beliau yang mempunyai penyakit kulit misteri bertahun-tahun mengunjungi hospital dan doktor masih tidak sembuh bahkan tidak diketahui apa punca penyakit tersebut.

Akhirnya disitu lah Encik Mohamad mengesyorkan stemcell kepada kawan beliau sebagai alternatif makanan tambahan. Dalam tempoh 45 hari, perubahan ketara dapat dilihat dan penyakit semakin sembuh. Oleh hal demikian, beliau menjadi minat untuk menceburi bidang ini bersama isteri tercinta. Oleh hal tersebut, beliau sendiri telah mempunyai ramai ahli dan ejen yang menyertai beliau di Mesir.

Bergambar bersama ahli dan ejen PhytoScience
Mesir.

Kini Datuk Azizah dan suami berganding bahu untuk mensasarkan RM 50 juta menerusi PhytoSc ience. Mereka yakin dapat mencapai sasaran tersebut kerana kualiti produk hasil kajian dan pembangunan selama 10 tahun itu mampu bercakap dengan sendirinya. Lihat saja hasil positif yang ditunjukkan daripada penggunaan produk CrsytalCell tersebut.

Testimoni:




Untuk lebih jelas, CrystalCell ini menggunakan bahan utama seperti sel stem buah-buahan. Produk ini dihasilkan daripada ekstrak epal, anggur, tomato, blueberi dan beberapa tumbuhan lain. Maka produk ini sesuai untuk hampir semua peringkat umur bermula usia 3 tahun hingga ke atas dan boleh di kosumasi oleh pengamal diet tumbuh-tumbuhan (vegan).


Produk CrystalCell ini juga bakal dinaiktaraf daripada 6 bahan makanan super kepada 7 dalam beberapa bulan mendatang. Maka produk ini akan dijenamakan semula untuk menyesuaikan tema 7 makanan super ini.

Meskipun CrsytalCell merupakan produk utama PhytoScience, mereka jual menjual beberapa produk lain seperti snowphyllForte, iiQ Plus dan produk penjagaan kulit luaran. Kesemuanya memfokuskan kepada kelebihan masing-masing.

Menariknya lagi, pembeli boleh memilih untuk membeli produk sahaja atau terus mendaftar sebagai ahli dengan pembelian minimum 2 bungkus CrystalCell sahaja. Kelebihannya, anda boleh membeli produk PhytoScience dengan harga ahli kemudian hari. Keahlian akan sentiasa aktif selagi anda membeli produk atau membuat pembaharuan RM 30 setahun (jika tiada pembelian). 

Selain daripada jimat dalam pembelian seterusnya, anda boleh memutuskan untuk berniaga dengan produk PhytoSicence tanpa perlu bersusah payah mencapai kuota sekian sekian yang membebankan. Jual bila anda mampu. Bahkan jualan semuanya menerusi atas talian tanpa perlu simpan produk. Semua akan diuruskan oleh PhytoScience.

Bagi yang berminat untuk mengetahui produk lebih lanjut, membeli produk daripada PhytoScience atau menjadi ahli, anda boleh hubungi talian 017-254 0088 atau anda boleh klik link ini -> https://ecard.iphyo.com/ZAZA .