Monday 29 July 2019

Pelancaran 100% Pinjaman Penuh Rumah Skim Smart Selangor First Home Buyer dan Koleksi Hartanah PKNS

Salam semua,

Pada 27 Julai lepas,  saya sempat menghadiri pelancaran rasmi koleksi hartanah Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dan Skim Smart Selangor First Home Buyer telah berlangsung di PKNS Shah Alam.
Di ruang pameran hari ke-2

Majlis pelancaran rasmi
Pelancaran ini merupakan siri ke-2 bagi tahun 2019 dan telah bermula pada 26 Julai sehingga 4 Ogos 2019. Berlangsung selama 10 hari sahaja di ruang tengah PKNS Selangor. Siri ke-2 ini lebih berpaksi kepada sambutan ulang tahun PKNS yang ke 55 tahun. Sebanyak 50 projek komersil dan kediaman yang ditampilkan pada kali ini.
Antara projek di Shah Alam

Oleh itu terdapat pelbagai tawaran berganda yang boleh di rebuti. Tawaran berganda diberikan untuk pengunjung dan bakal pembeli ialah:

1. Rebat RM 5,500 kepada 55 Pembeli terawal
2. Diskaun sehingga 20% kos guaman Perjanjian Jual Beli (SPA)
3. Duti Setem Memorandum Pertukaran (MOT) Percuma
4. Diskaun Istimewa PKNS kepada pembeli yang mempunyai rumah PKNS sebelumnya
5. Program Skim Smart Selangor First Home Buyer dengan bantuan pinjaman Maybank 90% + kerajaan negeri 10% (100% pinjaman kadar rendah)

Menariknya juga, sebanyak 2500 unit kediaman layak untuk mendapat tawaran atas tawaran! Jika anda pembeli terawal, anda boleh dapatkan rebat, diskaun kos guaman dan duit setem percuma. Malah ada pameran khusus untuk projek Rumah Mampu Milik (RMM) PKNS di bawah jenama Rumah Selangorku Idaman PKNS dengan tawaran harga bermula RM 185,000!

Rumah teres dua tingkat juga ada

Selain itu, bakal pembeli tidak perlu khuatir untuk membeli rumah dibawah kemajuan PKNS kerana 90% pembangunan unit kediaman sudah pun dibina. Peluang untuk anda pindah dengan segera itu sangatlah tinggi kerana banyak projek telah pun siap dibina dengan jayanya.

Menarik kan! Jom saya terangkan serba sikit apa yang anda boleh dapat dengan tawaran di atas pula:

1. Rebat RM 5,500 kepada 55 Pembeli terawal

Sempena 55 tahun penubuhan PKNS, angka 55 akan menjadi angka simbolik untuk tawaran kali ini. Rebat akan diberikan kepada 55 pembeli terawal selama 10 hari pelancaran istimewa ini. Mana-mana pembelian rumah dibawah PKNS dan anak syarikat PKNS adalah layak.
2. Diskaun sehingga 20% kos guaman Perjanjian Jual Beli (SPA)

Contohnya anda membeli Apartment Opal Residensi di Shah Alam dengan harga diskaun RM 560K. Maka anggaran kiraan Kos Guaman ialah RM 3000. Maka anda hanya perlu membyar RM 2400 sahaja dan jimat RM 600.
Opal Residensi Shah Alam

Salah satu contoh unit kediaman pangsapuri

Boleh guna wang penjimatan untuk isi rumah pulak kan!

3. Duti Setem Memorandum Pertukaran (MOT) Percuma

Ini merupakan antara yang patut anda rebuti kerana transaksi jual beli hartanah memerlukan proses stamping surat pindamilik di Lembaga Hasil Dalam Negeri. Jika anda membeli sebuah rumah, anda perlu diberi geran sebagai pemilik baru. Proses ini dikenali sebagai Memorandum of Transfer (MOT).

Di mana proses stamping memerlukan anda membayar duti setem di atas Borang 14A. Tak perlu susah-susah fikir pasal pindahan geran dah. 

4. Diskaun Istimewa PKNS kepada pembeli yang mempunyai rumah PKNS sebelumnya

Bagi yang dah ada rumah PKNS sebelum ini anda juga akan dapat tawaran istimewa untuk membeli rumah PKNS di hari pameran tersebut. Bahagian ini anda harus datang sendiri turun ke tapak pameran. 

5. Program Skim Smart Selangor First Home Buyer dengan bantuan pinjaman Maybank 90% + kerajaan negeri 10% (100% pinjaman kadar rendah)

Kolaborasi istimewa antara PKNS dan Maybank ini telah menjayakan program Skim Smart Selangor First Home Buyer. Berbeza dengan program sebelumnya dimana program ini mempunyai sokongan Maybank dengan memberi pinjaman sebanyak 90% dan kerajaan negeri Selangor memberi pinjaman sebanyak 10% atau erti kata lain pinjaman penuh 100%!

Pinjaman ini pula dikenakan dengan kadar faedah rendah sebanyak 4.25% pada lapan tahun pertama dan kemudian akan ditaksir semula.

Untuk Skim khas ini erbuka kepada pembeli Rumah Selangorku yang dibangunkan oleh PKNS dan anak syarikat PKNS sahaja yang terletak di Selangor Cyber Valley (SVC), Antara Gapi, Kota Puteri, Klang dan Kampung Sri Temenggung Gombak. Pemohanan pula hanya boleh dibuat di cawangan Maybank Seksyen 14, Shah Alam sahaja.

Jenis rumah yang ada di Antara Gapi

Terdapatnya Maybank di bahagian pameran di samping PKNS careline
Bagi memudahkan bakal pembeli terdapat kaunter kiosk Maybank disediakan ditapak pameran untuk anda menyemak kelayakkan pinjaman anda serta merta. Boleh sediakan sekali lah slip gaji 3 bulan. 

________________________________________________________________________________

Bagi pembaca diluar sana, adalah sangat digalakkan untuk anda bekunjung sendiri ke tapak pameran yang berlangsung untuk mendapatkan maklumat secara penuh disamping melihat miniature unit kediaman dan komersil yang ada.

Kolaborasi PKNS dan Maybank


Anda dijemput beramai-ramai ke Pameran Koleksi Hartanah PKNS siri ke-2 2019. Maklumat pameran adalah seperti dibawah:

Pameran Koleksi Hartanah PKNS
Tempat: Atria Lagenda, Kompleks PKNS Shah Alam seksyen 14. (Ruang tengah PKNS)
Tarikh: 26 Julai- 4 Ogos 2019
Masa: 10 Pagi - 10 Malam

Sebarang maklumat boleh lah ke laman rasmi di https://www.pkns-property.com

Diharap artikel ini serba sedikit membantu ramai orang diluar sana yang ingin mempunyai rumah idaman sendiri. Moga dipermudahkan urusan dan semoga semuanya baik-baik saja.
Sehingga berjumpa lagi!


Penggunaan Tenaga Bersih Sistem Solar Panel besar-besaran di EduCity, Iskandar, Johor Bahru dengan penjimatan RM 2.2 juta kos tenaga.Terbesar di Malaysia!

Pada 29 Julai 2019 hari ini merupakan hari bersejarah apabila Perjanjian SARE Tiga Penjuru antara TNB, Edu City dan GSPARX telah termeterai di Hilton Hotel, Kuala Lumpur. Perjanjian tersebut ditandatangani oleh Wan Ahmad Saifuddin (Pengarah Iskandar Education Enterprise Sdn Bhd , EduCity) , Dato’ Haji Nor Azman Mufti ( Ketua Pegawai Usahasama Tenaga Nasional Berhad) dan Ir Megat Jalaludin Megat Hassan (Ketua Pegawai Runcit Tenaga Nasional Berhad).

Ketika menghadiri sesi tandatangan rasmi SARE.

Sesi tanda tangan tiga penjuru. Depan dari kiri, Encik Wan Ahmad (EduCity), Dato' Haji Nor Azman Mufti (TNB) dan Ir Megat Jalaluddin Megat Hassan (GSPARX-TNB). 
SARE ialah singkatan kepada Supply Agreement for Renewable Energy (Perjanjian pembekalan tenaga boleh diperbaharui).

Perjanjian ini akan memberi manfaat kepada EduCity sebagai sebuah hub pendidikan agar menikmati  tenaga boleh diperbaharui berbentuk  sistem solar panel untuk penggunaan sumber tenaga. Manakala, pihak GSPARX iaitu entiti dibawah TNB pula akan membekalkan kepakaran mereka dalam pemasangan solar panel kepada EduCity. Tempoh SARE ini ialah selama  25 tahun dan dijangka siap pada Februari 2020.

Kebaikkannya merangkumi:

1. Penjimatan EduCity sebanyak RM 2.2 juta sepanjang tempoh perjanjian. Di mana penjimatan tahun pertama dianggarkan sebanyak RM 31,354. Angka yang mungkin kecil bagi projek skala besar namun sebenarnya ialah kerjasama pintar apabila pihak EduCity tidak mengeluarkan sebarang kos untuk pemasangan panel solar dan penjanaan tersebut.

2. Perjanjian Zero Capital (Tiada kos) yang memberi manfaat kepada  ketiga-tiga pihak. Selain penjimatan daripada pihak EduCity, TNB dan GSPARX dapat manfaat dari segi ruang penggunaan untuk melakukan kajian dan pemasangan sistem solar mereka.

3. Sebanyak 220 Tan Metrik karbon dioksida boleh dikurangkan berbanding penggunaan tenaga tradisional. Justeru itu boleh membantu memulihara alam sekitar tanpa mengeluarkan sebaran kesan rumah hijau.

Inisiatif ini diterajui oleh Digital Pulse iaitu unit gerakan di bawah Iskandar Innovations Sdn Bhd (IISB) yang mewakili Edu City. Untuk projek ini, bahagian Edu City telah mengenal pasti dua lokasi utama di education hub iaitu Kompleks Multi Varisti dan tempat pejalan kaki.

Dua lokasi yang dikenal pasti.


Ringkasnya saiz sistem tersebut boleh dibahagikan seperti berikut:

1. Kompleks Multi Varsiti – penjanaan kuasa sebanyak 152kWp (boleh mencapai kiraan 152kWh)
2. Tempat pejalan kaki – penjanaan kuasa sebanyak 130kWp (boleh mencapai kiraan 130kWh)

Kedua-duanya akan menghasilkan penjanaan kuasa sebanyak 344, 816kWp (boleh mencapai kiraan 344, 816kWp) setahun.

Jika dibandingkan dengan tenaga tradisional, penggunaan tenaga sebuah unit apartment tanpa pendingin hawa boleh mencapai 141kWh sebulan dengan bil anggaran berjumlah RM 30. Bayangkan hanya satu panel boleh menghasilkan kuasa yang boleh menjana tenaga penggunaan satu unit apartment.

Panel-panel tersebut akan dipasang pula di dua lokasi terpilih dan mampu menjana tenaga yang lebih banyak dan membuat penjimatan seperti yang dimaklumkan. Ini sedikit sebanyak mengurangkan kos operasi EduCity yang mempunyai keluasaan 300 ekar.

Dalam sidang akhbar kemudiannya, media ada bertanya samada SARE ini akan dilakukan di lokasi lain ataupun luar negara. Encik Wan Ahmad Saifuddin menjelaskan bahawa EduCity , GSPARX dan TNB bersedia menjadi module kepada mana-mana individu mahupun korporat yang berminat . Hanya perlu menghubungi pihak TNB untuk maklumat lanjut.

Ketika sidang akhbar, Encik Wan Ahmad (kiri) dan Ir Mohd Yusrizal

Semua pihak adalah sangat dialu-alukan untuk menggunapakai module SARE ini demi tenaga bersih dan penggunaan tenaga berterusan. Ataupun jika ingin pemasangan sistem solar panel ini untuk kegunaan peribadi juga boleh dilaksanakan.

Antara penambahbaikkan EduCity

Permulaan SARE
Marilah kita menyahut saranan Kerajaan Malaysia untuk mencapai tenaga bersih sebanyak 20% sebagai permulaan ke arah pemuliharaan alam sekitar.

Sebarang maklumat lanjut boleh rujuk dibawah:

EduCity Iskandar Malaysia Sdn Bhd (EIMSB): http://www.iskandarinvestment.com/educity/
GSPARX Sdn Bhd (GSPARX): https://www.gsparx.com/Home/About
Tenaga Nasional Berhad (TNB): https://www.tnb.com.my/

Sehingga berjumpa lagi di lain entri. 

Friday 5 July 2019

Pameran Produk Taiwan Excellence di ARCHIDEX 2019 – Pameran Produk Teknologi Pintar dan Canggih


Tahu tak bahawasanya pada 3 hingga 6 haribulan Julai terdapatnya Pameran di Hall 8, KLCC  yang menampilkan semua produk teknologi pintar serba canggih? Contohnya, sistem keselamatan berjaring, drone, robot dan sebagainya. Malaysia juga mempunyai pameran yang khusus untuk menampilkan produk sedemikian yang diberi nama ARCHIDEX.

Di paparan Tonnet.

Pameran ini terbuka untuk semua orang awam, peniaga, pereka dan pembuat produk berteknologi tinggi. Peniaga boleh memasarkan produk baru yang tiada di pasaran Malaysia, orang awam boleh membeli produk ini untuk kegunaan sendiri dan mana-mana individu atau kumpulan yang berminat untuk melakukan lebih daripada itu pun dialu-alukan oleh para peserta Taiwan Excellence.

Taiwan Excellence Pavillion di Archidex 2019

Tahun ini ARCHIDEX 2019 disertai oleh pelbagai negara di dunia untuk menampilkan kehebatan rekaan dan teknologi mereka. Salah satu negara yang menyertai ARCHIDEX ialah daripada Taiwan. Menariknya Taiwan menyertai pameran ini dibawah Taiwan Excellence iaitu Penerima Anugerah Berprestij daripada Taiwan yang mendapat pengiktirafan tertinggi sahaja yang terlibat.

Istimewanya, Taiwan Excellence mempunyai ruang istimewa yang mudah dicari apabila pengunjung masuk ke Hall 8. Taiwan Excellence Pavillion terletak di kawasan berdepanan dengan balkoni kaca. Anda hanya perlu masuk ke Hall 8 dan terus maju ke depan dikawasan balkoni terbuka.

Kembali kepada produk yang ada, khusunya tahun ini sebanyak 21 penglilang daripada Taiwan menampilkan 60 buah produk berinovasi tinggi yang dilengkapkan dengan teknologi pintar yang dibawa ke Malaysia.

Produk yang ada adalah seperti kelengkapan rumah, kelengkapan dapur, sistem keselamatan, produk e-kesihatan, bahan pengubahsuaian, kelengkapan mandi dan sebagainya.

Fokus saya pula kepada dua produk yang ada iaitu kepala paip rekaan moden daripada Justime dan sistem keselamatan interkom daripada Tonnet.

Kepala Paip Rekaan Moden – Jenama Justime

Ini lah kepala paip tersebut.

Nampak seperti mikrofon untuk set karaoke bukan? Ha ini bukan set mikrofon kalis air tapi ini merupakan kepala paip rekaan serba canggih dan moden. Rekaan ini diberi nama  Lucky 7.

Mempunyai rekaan ringkas dan mudah digunakan ini membuatkan pengguna dapat menggerakkan paip dengan senang. Bahkan rekaan ini dapat membantu kita untuk menjirus air ke kawasan badan yang diinginkan dengan lebih tepat. Barulah boleh mandi dengan bersih selepas ini.

Agak sedap untuk dipegang.

Fungsi seperti penukaran saluran paip pancutan dan kawalan haba dibuat serba ringkas.

Sistem Keselamatan Interkom – Jenama Tonnet

Satu set SBS.


Anda selalu lihat di rancangan televisyen penyiasatan bahawa ada satu sistem moden dimana detektif mencari bukti melalui satu panel di bilik kawalan sahaja. Perkara tersebut sebenarnya telah wujud dan berfungsi justeru tidak mustahil kecanggihan itu setara seperti yang kita tonton.

Jenama Tonnet telah mencipta Smart Community Cloud Intercom System atau dalam bahasa melayu Sistem Intercom berpangkalan komuniti pintar.

Telefon beserta panel sentuh berkawalan pusat.

Boleh sambung ke telefon pintar menggunakan applikasi yang boleh
di download di playstore.

Mereka mempunyai stuktur sistem yang banyak seperti cctv, bantuan kecemasan, cross platform dan  lain-lainlagi. Manakala untuk pameran Taiwan Excellence lebih fokus kepada ‘Smart Building Series’ (SBS). SBS ini ialah satu sistem lengkap yang boleh di pasang di bangunan kediaman, perniagaan dan sebagainya untuk meningkatkan kawalan keselamatan serta memudahkan tuan rumah dan pengunjung dari segi komunikasi.

Terdapat telefon lobi, kawalan paparan sentuh pelbagai saiz, interkom kecemasan, panel video untuk pintu dan telefon beserta panel sentuh kawalan utama.. Telefon berpanel ini boleh mengawal SBS secara memudahkan pengguna atau tuan rumah mengakses kawalan keselamatan secara terus  atau berkomunikasi dengan interkom yang dipasang.

Oh antara yang menarik perhatian saya juga ialah berus gigi anti kaviti daripada jenama Buder. Berus gigi ini dilengkapi dengan lampu LED menggunakan teknolog B.MED. Fungsinya ialah menggunakan lampu LED yang mempunyai wavelength 400-700 mm akan menghasilkan reaksi fluorescence apabila ada tartar (kotoran) di gigi. Teknologi lampu ini memang digunapakai oleh para doktor gigi dan sekarang orang awam juga boleh mendapatkannya.

Sesi demo.

Nampak biasa tapi dah cuba memang luar biasa.

Jadinya bila kita suluh lampu tersebut di gigi biasa yang bersih akan bewarna biru, namun apabila ada wujudnya tartar yang boleh mengakibatkan kaviti, akan ada kewujudan bewarna merah. Ini memberi indikasi bahawa anda perlu membersihkan lagi gigi anda terutama dikawasan merah tersebut. 

Menarik kan!

Selain tu, pada 3 haribulan terdapatnya pelancaran khas bagi Taiwan Excellence Pavillion dengan diserikan dengan ucapan daripada Pengarah Bahagian Ekonomi  dan Kebudayaan Taipei di Malaysia, Encik David Hsu dan Previu istimewa daripada duta Taiwan Excellence Malaysia, Dr Eric Leong.

Sesi bergambar dengan Encik David Hsu, Dr Eric Leong dan yang terlibat
dengan pameran ini.

Masih ada berbaki beberapa hari lagi untuk para pengunjung datang ke Pameran Taiwan Excellence di ARCHIDEX 2019. Segeralah berkunjung untuk mengalami sendiri produk yang agak canggih dan hebat ini.

Pastikan anda telah mendaftar secara atas talian di . Ini akan memudahkan pendaftaran anda apabila anda hanya perlu scan barcode yang ada untuk mendapatkan tag/pass masuk.

Untuk maklumat lanjut mengenai Taiwan Excellence, anda boleh rujuk di bawah:


Kawan saya ni dia dok acah mengecara guna pancutan air Lucky 7 daripada
Justime. Dah boleh agak dah rekaan ni mengundang. Haha.

Sebenarnya saya pun acah jugakkk. 
Sehingga berjumpa lagi di lain entri.

Thursday 4 July 2019

Makan Dua Set Nasi Ayam + Air Hanya RM 10 Di The Chicken Rice Shop?

Ya anda baca tajuk dengan betul.

The Chicken Rice Shop~~ Bukan sekadar nasi ayam~~ Kokkkkkk kok kok kok kok!

Ayam teloq ni merupakan maskot rasmi TCRS


The Chicken Rice Shop telah membuat promosi hebat besar-besaran sempena menyambut pembukaan cawangan ke 100 mereka. Dengan promosi bertemakan Jom Sama-Sama Makan! telah berlangsung pada 1 Julai dan diteruskan sehingga 5 Julai nanti.

Untuk Promosi tersebut ada dua jenis iaitu pada 1 hb Julai ialah pemberian barangan percuma daripada The Chicken Rice Shop dan hari selebihnya ialah promosi set meal untuk dua orang beharga RM 10. Promosi tersebut dengan lebih jelas seperti di bawah.

Promosi pertama – 1 Julai 2019

“PERCUMA satu cooler bag + Tshirt The Chicken Rice Shop + baucer set meal”



Pada 1hb Julai sahaja bermula daripada pukul 12.30 tengahari, pemberian barangan percuma ini diberikan kepada 100 meja yang pertama sehingga stock habis. Waktu pukul 12.30 pm tu, krew The Chicken Rice Shop akan datang meja ke meja dan menyerahkannya kepada pelanggan.

Manager kat IOI City Mall sendiri buat kerja banyak tau!


Promosi kedua – 2 hingga 5 Julai 2019

“RM 10 untuk DUA SET nasi ayam”



Pada hari seterusnya tiada barangan diberikan tapi promosi harga SINGLE COMBO MEAL SET dengan harga RM 10 bagi dua orang. Set meal ini terdiri daripada satu nasi + ayam + sup + air minuman. Seperti biasalah ayam boleh pilih samada nak ‘steamed’, ‘roasted’ atau ‘soy sauced’. Manakala untuk minuman boleh pilih beberapa minuman air gas yang sedia ada.

Untuk melayakkan diri untuk dapat promosi, anda kena hadir secara berpasangan untuk membuat pesanan. Jika anda datang dalam jumlah ganjil, seorang baki kena bayar harga normal dan tidak boleh membuat pesanan untuk dua set meal promosi untuk makan seorang.

Memandangkan masa hanya terhad daripada 12.30 pm hingga 1.30 pm, pastikan anda bersedia di sana dalam pukul 12.20pm sebab datang awal tak dikira sebagai promo set. 

Sebelum menerjah ke restoren The Chicken Rice Shop, adalah diingatkan bahawa promosi ini hanya sah di 10 cawangan The Chicken Rice Shop yang terpilih sahaja. Cawangan tersebut ialah:

1. IOI City Mall Putrajaya
2. Mid Valley
3. Sunway Pyramid
4. Central I-City
5. Aeon Mall Shah Alam
6. KL Gateway Mall
7. One Utama
8. Melawati Mall
9. Subang Parade
10. Sunway Putra Mall

Saya pun dah pergi untuk dua hari berturut-turut sebab nak ambil peluang dapat barangan percuma dan harga set murah daripada The Chicken Rice Shop.

Hari kedua untuk merasai set promo. Tengok datang
berpasangan tu yang boleh dapat! 

Tadaaaaa~ dah dapat untuk hari pertama jugak!

Untuk maklumat lanjut mengenai promosi ini boleh lah rujuk di bawah:

The Chicken Rice Shop
Laman web rasmi: https://www.thechickenriceshop.com
Laman Facebook rasmi: https://www.facebook.com/thechickenriceshop/
Laman Instagram rasmi: www.instagram.com/thechickenriceshop/

Untuk dapatkan promosi kena datang ikut masa dia ya. Datang awal tak dapat
datang lewat pun tak dapat~ Hahaha.
Selamat menjamu selera di The Chicken Rice Shop semua!