Saturday, 22 December 2018

Pengalaman Facial Happy Hour di Toscana Medi Clinic


Assaalammualaikum semua,

Saya dah lama tak buat facial kat wajah sendiri jadi minggu lepas saya berkesempatan untuk ber-facial. Yeay! Saya pun akhirnya memutuskan untuk pergi mengambil peluang promosi Happy Hour di Toscana Medi Clinic. 
Lihat lah diriku dihadapan logo Toscana ini~

Promosi Happy Hour oleh Toscana Medi Clinic ni ada dua iaitu 3 in 1 Instant Brightening dan 2 in 1 Nano Facial. Memandangkan saya ni jenis kureng bab-bab facial, saya main book appointment aje. Saya nak pilih 2 in 1 Nano Facial. Hehe.  Hingga tibalah hari kejadian.

Promosi Facial Happy Hour. Ada dua jenis.

Sampai-sampai je saya isi borang, dipelawa untuk duduk di ruang menunggu dan boleh minum kat pantri sebelum memulakan rawatan. Sebagai pengenalan ringkas ya, Toscana Medi Clinic ni ialah pusat keceantikkan wajah yang fokus kepada customized skin health dan estetika setiap pelanggan. Daripada luaran hingga ke dalaman, daripada wajah ke berat badan, dan daripada servis ringkas spa hingga ke servis pakar doctor bedah.

Semua lah ada kat sini dengan harga berbaloi. Jadi mari kita ikut perjalanan Facial saya!

Step Facial 3 in 1 Instant Brightening 

Kat bawah ni saya kongsi step by step. Asal nak buat Nano Facial. Lepas tu Beautician kata saya lagi bagus ambik 3 in 1 Instant Brightening sebab saya kata saya banyak black heads ada kasar-kasar sikit kat wajah. Memang jenis kulit nampak bersih licin tak da jerawat tapi...banyak pores tersumbat tau. Jadi 3 in 1 bermula!

Dimulakan dengan remove mekap menggunakan
cleansing oil. 

Lepas tu kena skrub muka dalam dalam. Masa ni kotoran yang kat dalam
tu mula memunculkan diri. Banyak blackheakds whute heads timbul.
Ohmaiiiii.

Ni lepas buang mekap dan skrub tau. Nampak macam tak ada apa. Tapi
ya ampun kotoran biji-biji putih kecik banyak keluarrrrrrr! 

Kena massage dulu lepas tu sebenarnya baru pegi steam muka. Bagi liang
terbuka and kulit mudah dengar cakap. Sebab nampak macam kulit kita
dan cukup gebu aummmm,tapi kasarrrr keras berketui! Jadi kena steam. Masa
ni, saya hampir lupa saya datang nak facial. Sebab dah mengantuk. Sedap
kuttttt, steam dia suam-suam. I loikeeee.

Dah kukus mengukus. Masa untuk extraction. Hidung saya paling banyak
black heads. Like ohmaiiiii. Time dekat dengan pipi, kat situ dia berasa
perghhhhh degil gilos muka ni. Hahaha. Saya curi-curi pegang lepas extract,
lembut terusssssss. Hahahahaha.

Muka mengantuk abaikan. Lepas extract kena bagi serum untuk sejukkan dan
kembalikan wajah biar tenang. Siap sedia untuk step seterusnya.

TENGOK! Haaaa step ni kita masuk ke step Peeling! Beautician tengah show tip peeling ni ada bentuk kasar-kasar diamond tip. Senang citer macam kertas pasir versi selamat kat wajah. Hahaha. Tujuannya untuk membuang lapisan kasar kat wajah,
dan stimulate wajah kita untuk hasilkan skin baharu.

Part kat hidung ni paling banyak kena tonyoh tonyoh. Hahaha bukan
tonyoh ye. Banyak kena peel sini sebab kasar nak mateyyy. Dan kulit saya
kat sini tebal. Ye lah hidung saya ni degil. Bahagian lain sekejap je. Yang ni
langsung tak sakit cuma rasa kulit kena skrub je.

Lepas peeling masa ni lah kena needling. Oh yeay. Ni cuak nak mati sebab dengar jarum banyak-banyak. Siap jerit-jerit lagi acah takut sangat. Bila kena muka e'eleh. Acah siot saya jerit -jerit manja gitu. Tergedik sikit. Tapi tak rasa apa pun sebenarnya kecuali kena kat tulang. Kat tulang saya request needle kecik lagi, tak ler rasa. Heh heh. Boleh request ya macam saya yang penakut ni. Ikut selesa diri macam mana.

Step sebelum ni sebenarnya dibagi mask. Ni step tanggalakan mask dah.
Masa ni tengah tidur. Sekian. Hehehe.

Nah muka  lepas facial yang kita sempat tangkap. Nanti lepas habis semua kita
akan disapukan sunblock oleh beautician. Dah boleh jalan. Ni tanpa
mekap ya. Boleh hidup macam biasa lepas tu~

Hehe, bagi yang step mask akhir sekali tu kita bagitau tulis je lah, tertidur sedap sangat ya ampunnnnn. Lepas needling sambil di bagi serum untuk masuk ke kulit. Wajah saya tu kena massage lagi dengan serum yang sejuk tu. Sedapppppppp sangat.

Lepas tu dibagi satu cream kat wajah dan ditutup dengan lapisan putih kapas tu. Dan, saya dibiarkan dalam beberapa minit kata dalam dengan lampu yang ditutup. Tertidur sedap. Bangun-bangun beautician buka mask. Wahhhh. Lepas tu kena urut lagi. Aduiiii tak nak habiskan pulak facial ni. Dan di akhiri dengan sunblock. Dah pun siap.

Muka sejuk sedap je. Tiada pantang mekap lepas buat facial 3 in 1 Instant Brightening ya. Dan sangat digalakkan untuk pakai mask 3 hari berturut-turut lepas tu. Biar lagi gebu gebas. Aummm. Sekarang ni pun masih rasa lembut wajah bersinar-sinar. Sapu mekap pun laju jeee tahan lama tanpa primer. Wow. I loikeeee.

Galeri Toscana Medi Clinic

Dah habis part saya buat facial. Mari saya tunjukkan ruang cantik kat Toscana Medi Clinic. Kat sini lah saya duduk menunggu sambil berselfie dengan lighting on point. Heh heh. Jom!

Ruang menunggu dan kanan ialah pinu masuk

Dari bahagian belakang, luas ya tempat ni.Kiri ialah bilik doktor dan
management.

Bilik rawatan. 

Kaunter pendaftaran. Cantikkan~

Ni ruang menunggu. Selesa dan boleh melayan pelanggan
yang banyak dalam satu-satu masa.

Ni pintu depan Toscana~ Cari je logo tmc okie~



Lokasi dan sosial media Toscana Medi Clinic

Mari saya kongsi kat mana Toscana Medi Clinic ni. 

Nama: Toscana Medi Clinic
Lokasi:No 1 & 2 Block D5 Level G4 Solaris Publika Dutamas, No 1 Jalan Dutamas 1 ,                                    50400, Kuala Lumpur


Laman web rasmi:http://www.toscanamed.com


Okay dah pun dihujung entri. Boleh lah ke Toscana Medi Clinic dan cepat-cepat rembat peluang Happy Hour okay!

Diharapkan entri ni juga memberi manfaat kepada anda kat luar sana dan bagi orang yang baru-baru nak facial, atau jarang nak facial pun boleh try kat sini. Sebab anda kosong macam saya pun dorang boleh bantu tengok wajah kita dan bagitau mana rawatan yang sesuai dengan kita.

Video testimoni yang elok daripada Encik Azeril


Cak cak~


Hingga bertemu lagi! Tata~