Hai semua,
Pada bulan julai lepas, saya telah membuat keputusan untuk menjual sebahagian daripada barangan yang saya perolehi secara percuma atas tiket sebagai seorang blogger di media sosial. Kebanyakkan barang ini saya dapat dalam bilangan lebih di mana barangan yang dipersetujui untuk ulasan daripada klien sudah pun saya pakai dan dibuat review.
Jadi tiada wujudnya istilah 'review untuk buat duit je, tak jujur sebab tak pakai pun'. Sebagai seorang blogger, saya cuba sebaik mungkin membuat artikel agar bermanfaat kepada pembaca. Tidak berkat kalau saya cuma memikirkan keuntungan semata-mata.
Selain daripada barangan yang masih baru dan tidak dipakai, saya juga turut menjual barangan preloved lain yang bakal dimuat naik secara berkala seperti baju-baju, beg dan topi. Oleh itu saya menjemput anda untuk singgah ke Zandra Personal Shop di Shopee.
Zandra Personal Shop
Antara barang yang dijual
Bagi Zandra Personal Shop di Shopee, saya hanya membuat penghantaran belian barang pada hari ahad saja kerana hanya pada hari tersebut sahaja. Harap semua bersabar dalam keadaan yang tidak mengizinkan.
Mungkin ada yang tertanya kenapa tak buat 'give away' ataupun bagi kepada orang lain? Jawapan saya seperti berikut:
1. Saya tidak berapa aktif di media sosial semenjak COVID-19 melanda atas sebab peribadi. Jadi tiada masa untuk membuat 'giveaway'.
2. 'Giveaway' agak sulit dibuat untuk saya kerana terpaksa memilih hanya beberapa pemenang daripada ramai-ramai orang. Setelah itu, agak rumit untuk menghubungi pemenang yang kurang bekerjasama.
3. Saya memang akan bagi kepada orang terdekat dahulu baru lah saya akan memutuskan pilihan yang lain. Barangan yang saya terima juga adalah dalam kuaniti yang banyak.
Oleh sebab alasan di atas, saya memutuskan untuk menjual barangan yang ada dalam harga lebih rendah daripada pasaran. Biarlah orang yang betul-betul memerlukan membuat pembelian. Tidak lah ada pembaziran dilakukan.
Tak elok jual pemberian orang kepada kita. Balasan saya seperti berikut:
1. Barangan yang dijual adalah dalam kategori barang hadiah yang lebih, tidak direview, sudah direview dan semestinya akan jadi pembaziran jika disimpan tanpa digunakan. Ada juga daripada cabutan bertuah dan 'door gift'.
2. Barangan yang dijual bukan dihadiahkan oleh orang persendirian tapi daripada klien.
3. Agak kontroversi sedikit jawapan saya tapi apabila kita bagi barang kepada seseorang, barang itu sudah menjadi milik orang tersebut. Atas hak orang tersebut hendak melakukan apa saja yang diniatkan. Tidak elok mengungkit.
Walaupun demikian, tidak lah wajar untuk merosakkan barang atau menjual atas niat yang tidak elok. Contohnya klien bagi barang untuk review tapi barang dijual tanpa direview. Itu adalah biadap. Saya sendiri pun niatkan jual lebihan barang kepada orang yang lebih memerlukan.
Kenapa jual di Shopee? Jawapan saya seperti berikut:
1. Memudahkan dari segi muatnaik barang di mana pembeli boleh lihat semua barang yang dijual secara tersusun. Proses pembungkusan dan pencetakkan pesanan juga lebih profesional.
2. Memudahkan saya daripada membalas mesej daripada pembeli. Pembeli yang berminat boleh terus membuat pembelian di Shopee dengan cara yang teratur.
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Demikian saja perkongsian saya. Saya akan memuatnaik barangan secara berkala, jadi jemput 'follow' untuk melihat barangan terkini. Akhir sekali, saya menjemput anda buat sekalian kali untuk singgah ke Zandra Personal Shop di Shopee.
Terima kasih.