Saturday, 29 March 2025

Hikayat Ayam Zamrud, Menu Sempena Ramadan dan Syawal di The Chicken Rice Shop!

Kuala Lumpur, 27 Mac 2025 - Menjelang Ramadan dan Syawal, The Chicken Rice Shop (TCRS) dengan bangganya memperkenalkan hidangan istimewa musim ini, Hikayat Ayam Zamrud, yang diinspirasikan oleh semangat kebersamaan dan tradisi. Tersedia untuk masa terhad, hidangan istimewa ini bakal menambahkan lagi keceriaan berbuka puasa dan musim perayaan dengan cita rasa yang menggamit selera dan gaya hidangan yang menarik.


Hikayat Ayam Zamrud, menu ilham tradisi

Sambutan Hari Raya telah melalui banyak perubahan dari masa ke masa. Hikayat lama menceritakan bahawa suatu ketika dahulu, semangat perayaan terasa suram, dengan tradisi yang sederhana dan warna-warna kelam menyelubungi suasana. Walaupun dinantikan dengan penuh keterujaan, kemeriahannya masih kurang dirasai. Namun, pada suatu hari, tersebutlah sebuah penemuan istimewa — sebuah beg cili hijau yang berkilauan bak zamrud telah ditemui. Kilauan warnanya mengilhamkan menu sambal hijau pedas yang luar biasa.

Tahun ini, TCRS menjemput anda untuk merasakan sesuatu yang luar biasa dengan Hikayat Ayam Zamrud — hidangan yang mencerminkan semangat, kebahagiaan, dan cita rasa Hari Raya. Diilhamkan dari tradisi, hidangan ini menggabungkan ayam yang empuk dengan sambal hijau yang memukau — gabungan sempurna cili hijau pedas, herba beraroma, dan rasa masam limau yang menyegarkan. Setiap suapan menceritakan kisah transformasi, hidangan yang penuh dengan rasa dan warna ini dicipta khas untuk menyampaikan rasa sebenar kulinari Malaysia.

Berkongsi makna di sebalik hidangan eksklusif ini, Cik Jane Wong dari TCRS Restaurants Sdn Bhd berkata, “Hikayat Ayam Zamrud melambangkan komitmen kami dalam mencipta pengalaman kulinari yang bermakna yang menyatukan keluarga.  
“Hidangan ini bukan sekadar menggamit selera, tetapi juga meraikan warisan budaya kita yang kaya dan hubungan yang terjalin apabila kita makan bersama. Sempena bulan Ramadan dan Syawal yang penuh keberkatan ini, kami ingin menawarkan sesuatu yang benar-benar istimewa untuk menghormati tradisi sambil mencipta kenangan baharu di meja makan.”


Sumbangan TCRS kepada anak-anak yatim

Dalam menyemai semangat Ramadan, TCRS turut meraikan semangat perayaan ini melangkaui pintu restorannya dengan menganjurkan program sumbangan makanan khas. Dengan misi untuk menyebarkan kegembiraan, TCRS telah menyumbangkan hidangan Hikayat Ayam Zamrud kepada tiga rumah anak yatim di Lembah Klang: Rumah Anak-Anak Yatim Shifa, Rumah Penyayang Nur Iman, dan Rumah Titian Kaseh.
Melalui inisiatif ini, TCRS berhasrat untuk memastikan bahawa anak-anak dan penjaga di rumah-rumah kebajikan ini dapat menikmati hidangan yang enak dan menyelerakan, sekali gus merasakan kemeriahan Ramadan. TCRS berharap untuk menginspirasikan orang lain untuk menghayati nilai belas kasihan dan perpaduan, terutamanya pada musim yang menekankan kebersamaan.  
Menu Ayam Zamrud
1. Pada Satu Hari



- Set makanan untuk seorang
- Minuman Lagenda Kurma kena tambah*

2. Dua Sejoli



- Set makanan untuk dua orang - Minuman Lagenda Kurma kena tambah*

3. Sekampung Mari



- Set makanan untuk tiga ke empat orang
- Minuman Lagenda Kurma kena tambah*

4. Hikayat Ayam Zamrud


- Menu Hikayat Ayam Zamrud ala-carte

5. Lagenda Kurma


- Minuman istimewa sempena Hikayat Ayam Zamrud
Sudah boleh didapatkan di semua TCRS!
Hidangan istimewa Ramadan dan Syawal ini amat sesuai untuk keluarga yang mencari juadah lazat dan mengenyangkan selepas seharian berpuasa, serta buat sesiapa sahaja yang ingin menikmati sajian bermusim yang istimewa. Sama ada dinikmati untuk berbuka puasa, pertemuan jamuan perayaan, atau sebagai hidangan santai, Hikayat Ayam Zamrud menjanjikan pengalaman kulinari yang tidak dapat dilupakan.
Untuk maklumat lanjut mengenai menu terkini, sila layari www.thechickenriceshop.com atau halaman Facebook TCRS di https://www.facebook.com/thechickenriceshop/  

Saturday, 8 March 2025

guardian ‘Serlahkan Perayaanmu’ dengan Promosi dan Kempen Hari Raya

Kuala Lumpur, 6 Mac 2025: Bersiap sedia untuk bersinar, merayakan, dan menyerlahkan Raya anda! Pada musim perayaan ini, guardian Malaysia meningkatkan lagi keceriaan dengan visi jenamanya yang mantap, ‘Serlahkan Kecantikanmu. Utamakan Kesejahteraanmu.’

Serlahkan Perayaanmu dengan guardian

Semasa rakyat Malaysia bersiap sedia untuk pertemuan keluarga, hidangan lazat, dan glamor Raya, guardian di sini untuk membantu anda untuk tampil terbaik, rasa terbaik, dan meraikan sisi terbaik diri anda melalui kempen istimewa – “Serlahkan PeRAYAan Mu dengan guardian”.

Priscilla Wu, Pengarah Pemasaran guardian Malaysia, berkongsi:

“Hari Raya adalah tentang kegembiraan, kasih sayang, dan kebersamaan! Ini adalah waktu yang sempurna untuk berbangga dengan usaha yang anda lakukan untuk menjadikan sambutan ini istimewa—bukan hanya untuk keluarga anda, tetapi juga untuk diri anda sendiri! Raikan diri anda yang terbaik bersama guardian. Sebagai rakan yang dipercayai, kami di sini untuk membantu anda bersinar dengan keyakinan, kecantikan, dan kesejahteraan, supaya anda benar-benar dapat MENYERLAHKAN Raya anda bersama guardian!”

“Selain persediaan rohani, mental, dan fizikal sepanjang Ramadhan, penjagaan diri adalah kunci! Sama ada untuk kulit yang berseri, rambut yang sihat, atau kesejahteraan menyeluruh, guardian menyediakan segala yang anda perlukan untuk meraikan Hari Raya dengan rasa berseri, yakin, dan segar.”

Bagi menghidupkan semangat ini, guardian Malaysia telah melancarkan sebuah filem muzikal Raya yang menghiburkan dan menyentuh hati, “Serlahkan PeRAYAan Mu dengan guardian.” Berlatarbelakangkan pagi pertama Hari Raya, filem ini mengisahkan tentang sebuah keluarga kecil yang ceria, dengan bangganya mendedahkan kepada tetamu mereka, rahsia mereka menjaga kecantikan dan kesihatan mereka—dengan bantuan guardian!

Selaras dengan inisiatif guardian, #loveforlocal yang menyokong bakat tempatan, filem ini dibintangi oleh pelakon dan penyanyi berbakat, Alyssa Dezek, selaku watak utama. Filem muzikal ini menjadi peringatan yang menghiburkan bahawa setiap orang berhak untuk merasa yang terbaik—pada setiap peringkat kehidupan!

“Kami memahami betapa pentingnya penjagaan diri, dan selain persediaan rohani dan jasmani sepanjang Ramadhan, meluangkan masa untuk DIRI ANDA juga amatlah penting.

“Sama ada untuk kulit yang berseri, rambut yang sihat, atau kesejahteraan menyeluruh, guardian menyediakan segala yang anda perlukan untuk tampil berseri, yakin, dan segar pada musim perayaan ini. Daripada keperluan kesihatan hinggalah produk penjagaan kulit dan kecantikan, guardian sentiasa di sini sebagai teman utama penjagaan diri anda,” tambah Priscilla.

Saksikan filem istimewa ini SEKARANG di YouTube dan semua platform digital guardian!

Pada musim Raya ini, guardian terus meraikan ekspresi diri melalui inisiatif #loveforlocal, yang telah dijayakan oleh guardian Malaysia sepanjang tahun lalu, di mana kami menyokong jenama dan bakat tempatan.

Priscilla Wu (lima dari kiri) bersama koleksi Fiziwoo

Dan untuk kali ini, guardian berkolaborasi dengan jenama fesyen tempatan terkenal, Fiziwoo, yang bakal menampilkan kepelbagaian keindahan Malaysia melalui reka bentuk fesyen mereka yang tersendiri.

Sama seperti kecantikan yang bersifat peribadi dan unik, fesyen juga mencerminkan identiti setiap individu. Melalui kolaborasi ini, guardian memperkasakan rakyat Malaysia untuk mengekspresi diri mereka, bukan sahaja melalui penjagaan diri dan kesejahteraan, tetapi juga melalui fesyen yang mencerminkan identiti mereka.

Dengan bekerjasama dengan pereka tempatan, kami mencipta ruang di mana kecantikan, keyakinan, dan budaya bersatu - membolehkan setiap individu untuk benar-benar Menyerlahkan Kecantikan Mereka dengan cara tersendiri.

Menerusi kolaborasi unik ini, Fiziwoo akan menghadiahkan hadiah Raya istimewa kepada pelanggan berserta produk eksklusif guardian yang membeli ciptaan Fiziwoo bernilai lebih RM150.

Dalam semangat Ramadhan—masa untuk muhasabah diri, pertumbuhan, dan kasih sayang—guardian meneruskan tradisi memberi kembali kepada yang memerlukan melalui aktiviti membeli-belah istimewa. Inisiatif ini menyumbangkan hadiah Raya bernilai RM10,000 kepada 100 kanak-kanak dari Pertubuhan Kebajikan Dan Perlindungan Nur Qaseh Malaysia, menyebarkan kegembiraan dan semangat perayaan pada musim yang bermakna ini.

Tetamu guardian Serlahkan Perayaanmu ketika memilih
barangan buat anak-anak yang memerlukan.

Bagi membantu rakyat Malaysia MENYERLAHKAN sambutan Raya mereka, guardian juga mengadakan pelbagai tawaran hebat, potongan harga, ganjaran, dan pelancaran produk baru termasuk jenama terhangat di semua stor fizikal dan stor dalam talian guardian—jadi pastikan anda tidak melepaskan peluang ini!

Nikmati POTONGAN sehingga 50% untuk jenama kecantikan dan penjagaan diri terpilih, bersama Ganjaran Hadiah Raya Percuma (GWP) Eksklusif! Dapatkan hadiah hebat seperti pemanggang BBQ elektrik, periuk kaserol seramik, pembesar suara tanpa wayar G LED, dan beg kecantikan bergaya. Sampul Raya hijau guardian juga boleh ditebus selagi stok masih ada.

Jadi, rakyat Malaysia, adakah anda bersedia untuk SERLAHKAN RAYA ANDA bersama guardian? Mari kita jadikan Hari Raya kali ini paling bersinar, penuh keyakinan, dan penuh bermakna!