Salam semua,
Pada 27 Jun lepas, Texas Chicken Malaysia telah
julung-julung kalinya melancarkan drive-thru atau pandu lalu pertama di Lembah
Klang. Ini merupakan pandu lalu kedua selepas pembukaannya di Sungai Petani. Lokasi
yang menjadi pilihan ialah di Shell Sunway Mentari.
Bersih, luas dan selesa~ |
Pelancaran di serikan dengan ucapan daripada pengerusi
Envictus International Holdings sebagai franchisor utama Texas Chicken
Malaysia, ucapan naib presiden Bisnes Texas Chicken dan persembahan daripada
sekumpulan pancaragam.
Majlis perasmian bermula~ |
Pembukaan pandu lalu di Lembah Klang ini di dorong oleh
faktor rakyat Malaysia yang memiliki pemilikan kenderaan yang banyak serta
mempunyai gaya hidup yang serba pantas. Ini adalah bertepatan dengan
persekitaraan di Lembah Klang yang penuh dengan kesibukkan sama ada bekerja,
berniaga dan berlibur.
Oleh itu pembukaan pandu lalu sangat memudahkan pelanggan
yang ingin menikmati menu Texas Chicken.
Jom ke fakta menarik mengenai drive-thru atau pandu lalu
Texas Chicken yang pertama di Lembah Klang ini.
1. Bukan sekadar
pandu lalu
Ya, Texas Chicken di Shell Sunway Mentari ini sebenarnya
merupakan sebuah bangunan restoren yang berdiri sendiri. Jadinya pelanggan
boleh menikmati menu pilihan mereka samada secara makan di restoren, bungkus
ataupun pandu lalu.
Beroperasi sepenuhnya~ |
2. Keluasan yang
besar
Restoren ini mempunyai keluasan 3500 kaki persegi. Oleh itu
sebanyak 146 pelanggan yang boleh duduk makan di dalam bangunan Texas Chicken
Shell Sunway mentari pada satu-satu masa.
Tempat ni lapang, luas dan cerah. |
3. Mudah di
kunjungi
Mudah dikunjungi bagi sesiapa sahaja. Anda hanya perlu
menaip ‘Texas Chicken @ Shell Station Sunway Mentari’ di aplikasi map dan
walaaaa! Terus menuju ke lokasi. Carian ini juga boleh dicari di aplikasi e-pengangkutan
yang lain.
Selain itu, restoren ini hanyalah beberapa meter saja
daripada stesen BRT Sunway Mentari! Turun sahaja daripada BRT Sunway Mentari,
anda boleh nampak Texas Chicken dan hanya perlu jalan kaki dalam 3-5 minit
sahaja!
Ye kat lepas isi minyak tepi tu ke tepi sini pulak makan ayam~ |
4. Dekorasi barat
Pernah menonton cerita barat daripada Hollywood? Restoren
mereka selalu mempunyai rekaan bentuk yang ringkas dan luas. Begitulah jugak
dengan restoren Texas Chicken ini. Di tambah pula dengan rekaan banyak tingkap
memang tampak seperti dalam movie.
Sisi hadapan Texas Chicken |
Sisi tepi. Setengah tingkap setengah batu bata ni lah dekorasi barat yang ditampilkan. Lagipun jimat bil elektrik, lampu tak perlu pasang banyak waktu siang. Hehe. |
Oh kat sini tiada tempat duduk di luar kerana tempat duduk
di dalam sudah cukup luas. Di samping itu dapat mengelakkan kesesakkan di luar
bagi orang yang ingin mengisi minyak dan sebagainya.
5. Masa operasi 24
jam
24 jam beroperasi! Betul.
Anda kini boleh makan di
restoren, bungkus dan pandu lalu bila-bila masa sahaja. Teringin je nak makan
ayam goreng Texas Chicken yang sedap itu, anda boleh bersiap terus untuk menuju
ke destinasi. Untung sangat yang tinggal berdekatan di kawasan ni!
Texas Chicken betul-betul merevolusikan perniagaan mereka
dengan mengikuti gaya hidup penduduk kat Lembah Klang sambil membuka peluang
pekerjaan kepada yang memerlukan. Bagi yang berkunjung ke Texas Chicken, anda
boleh lah cuba dapatkan Ayam Sze Chuan Tenders. Pasti rasa dia mengacam habis.
Saja lah nak tunjuk. Hahaha |
Sangat-sangat direkomendasikan oleh saya sendiri. |
Jadi apa lagi jom ke Texas Chicken di Shell Sunway Mentari!
Maklumat lanjut:
Texas Chicken (Malaysia) Sdn. Bhd. (986113-P)
www.texaschickenmalaysia.com
Level 3, Lot 11, Jalan 225, Section 51A,
46100, Petaling Jaya, Selangor
www.texaschickenmalaysia.com
Level 3, Lot 11, Jalan 225, Section 51A,
46100, Petaling Jaya, Selangor