Friday, 28 June 2019

5 Fakta Ringkas mengenai Pandu Lalu Pertama Texas Chicken di Lembah Klang - Texas Chicken @ Shell Station Sunway Mentari


Salam semua,

Pada 27 Jun lepas, Texas Chicken Malaysia telah julung-julung kalinya melancarkan drive-thru atau pandu lalu pertama di Lembah Klang. Ini merupakan pandu lalu kedua selepas pembukaannya di Sungai Petani. Lokasi yang menjadi pilihan ialah di Shell Sunway Mentari.

Bersih, luas dan selesa~

Pelancaran di serikan dengan ucapan daripada pengerusi Envictus International Holdings sebagai franchisor utama Texas Chicken Malaysia, ucapan naib presiden Bisnes Texas Chicken dan persembahan daripada sekumpulan pancaragam.

Majlis perasmian bermula~

Pembukaan pandu lalu di Lembah Klang ini di dorong oleh faktor rakyat Malaysia yang memiliki pemilikan kenderaan yang banyak serta mempunyai gaya hidup yang serba pantas. Ini adalah bertepatan dengan persekitaraan di Lembah Klang yang penuh dengan kesibukkan sama ada bekerja, berniaga dan berlibur.

Oleh itu pembukaan pandu lalu sangat memudahkan pelanggan yang ingin menikmati menu Texas Chicken.

Jom ke fakta menarik mengenai drive-thru atau pandu lalu Texas Chicken yang pertama di Lembah Klang ini.

1. Bukan sekadar pandu lalu

Ya, Texas Chicken di Shell Sunway Mentari ini sebenarnya merupakan sebuah bangunan restoren yang berdiri sendiri. Jadinya pelanggan boleh menikmati menu pilihan mereka samada secara makan di restoren, bungkus ataupun pandu lalu.
Beroperasi sepenuhnya~


2. Keluasan yang besar

Restoren ini mempunyai keluasan 3500 kaki persegi. Oleh itu sebanyak 146 pelanggan yang boleh duduk makan di dalam bangunan Texas Chicken Shell Sunway mentari pada satu-satu masa.

Tempat ni lapang, luas dan cerah.


3. Mudah di kunjungi

Mudah dikunjungi bagi sesiapa sahaja. Anda hanya perlu menaip ‘Texas Chicken @ Shell Station Sunway Mentari’ di aplikasi map dan walaaaa! Terus menuju ke lokasi. Carian ini juga boleh dicari di aplikasi e-pengangkutan yang lain.

Selain itu, restoren ini hanyalah beberapa meter saja daripada stesen BRT Sunway Mentari! Turun sahaja daripada BRT Sunway Mentari, anda boleh nampak Texas Chicken dan hanya perlu jalan kaki dalam 3-5 minit sahaja!

Ye kat lepas isi minyak tepi tu ke tepi sini pulak makan ayam~


4. Dekorasi barat

Pernah menonton cerita barat daripada Hollywood? Restoren mereka selalu mempunyai rekaan bentuk yang ringkas dan luas. Begitulah jugak dengan restoren Texas Chicken ini. Di tambah pula dengan rekaan banyak tingkap memang tampak seperti dalam movie.
Sisi hadapan Texas Chicken

Sisi tepi. Setengah tingkap setengah batu bata ni lah dekorasi barat yang ditampilkan. Lagipun jimat bil elektrik,
lampu tak perlu pasang banyak waktu siang. Hehe.


Oh kat sini tiada tempat duduk di luar kerana tempat duduk di dalam sudah cukup luas. Di samping itu dapat mengelakkan kesesakkan di luar bagi orang yang ingin mengisi minyak dan sebagainya.

5. Masa operasi 24 jam

24 jam beroperasi! Betul.

Anda kini boleh makan di restoren, bungkus dan pandu lalu bila-bila masa sahaja. Teringin je nak makan ayam goreng Texas Chicken yang sedap itu, anda boleh bersiap terus untuk menuju ke destinasi. Untung sangat yang tinggal berdekatan di kawasan ni!


Texas Chicken betul-betul merevolusikan perniagaan mereka dengan mengikuti gaya hidup penduduk kat Lembah Klang sambil membuka peluang pekerjaan kepada yang memerlukan. Bagi yang berkunjung ke Texas Chicken, anda boleh lah cuba dapatkan Ayam Sze Chuan Tenders. Pasti rasa dia mengacam habis.
Saja lah nak tunjuk. Hahaha

Sangat-sangat direkomendasikan oleh saya sendiri.

Jadi apa lagi jom ke Texas Chicken di Shell Sunway Mentari!

Maklumat lanjut:
Texas Chicken (Malaysia) Sdn. Bhd. (986113-P)
www.texaschickenmalaysia.com
Level 3, Lot 11, Jalan 225, Section 51A,
46100, Petaling Jaya,  Selangor

15 comments:

  1. Texas chicken dah ada drive thru la kat Lembah Klang. Kami yang kat Terengganu ni tak pernah wujud pun restoren Texas Chicken ni. Nath macam mana la rasanya ayam ni. Ni dah siap buat pandu lalu sama dengan Mcd. Jeles betul la. Patut adakan jugak currier ke pantai timur. Barulah seluruh rakyat Malaysia boleh makan. Kah!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kat mana ye ada Drive Thru Texas Chicken lain kat Klang Valley?

      Texas Chicken tahun ni buka 5 cawangan baru, In Sha Allah sampai jugak ke Terengganu dan lain-lain tempat yang belum masuk.

      Delete
  2. Boleh memuatkan ramai juga pengunjung pada satu2 masa tu kan?. Tak pernah la makan Texas Chicken ni sebenarnya. Tengok dah ramai update makan Texas ni haaa....besar juga kedainya tapi paling best ada pandu lalu. Nak tapau naik kereta je. Senang!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yes~ selesa tempat dia.

      Ayam dia sedap penuh rempah! Even yang tak ada sauce pun ayam dia dah sedap. Boleh lah cubaaa~ 24 jam tu.

      Delete
  3. bestnyaaa dah ada drive thru!!! my fav ni......mintak2 la lepas ni kat area ai pun ada Texas drive thru..senang skit

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kawasan mana tu? Khabarnya lepas ni kat Sabah ke kat Puchong eh buka Drive thru next one~

      Delete
  4. I kalau je Texas chicken paling suka honey biscuits. My all time favourite. Untung org Sunway Ada drive thru.😍

    ReplyDelete
  5. Wah bagusnya Texas Chicken pon dah ada Pandu lalu, ini satu kemudahan kepada pelanggan yang suka tapau bawa balik makanan dan makan di rumah atau dimana-mana sahaja, tahniah texas chiken

    ReplyDelete
  6. Dah lamanya tak makan texas. Airah memang suka tapi husband tak suka so susah sikit nak dapat makan ni dah teringin kena la cari esok. Harap dekat jb nanti ada la drive thru jugaj

    ReplyDelete
  7. Yeya Texas Chicken dah ada pandu lalu. Senanglah nanti nak order kan. Malas nak masuk dalam order drive thru je. Texas Chicken memnag best sebab murah dan servisnya bagus.

    ReplyDelete
  8. Wahhh bestnya sekarang dah boleh pandu llu di texas chicken. Boleh jimat waktu. Tp xapply pada semua cawangan kan. Kadang beli direct dari kaunter lagi cepat berbanding drive thru. Apa2 pon baguslah dorg dh ada medium nie.

    ReplyDelete
  9. lama tak amkan texas..bila ada pandu lalu ni senang juga..hahaa..kadang mals nak duduk makan dalam restoran..yehah boleh cuba ni

    ReplyDelete
  10. Pernah makan sekali dulu.. sedapp.. hehe.. bila baca entri ni terasa nak makan lagi la pulak.. wah.. dah ada drive thru yea.. terbaik ni.. senang untuk diorang yang takde masa nak singgah2 masuk makan kat situ

    ReplyDelete
  11. restoran texas ni memang fav kita wak....bukan kita jer family semua. sebabnya dia ada banyak pilihan menu menarik dan harganya cukup berpatutan. skrg dah ada drive tru lagila best

    ReplyDelete
  12. Texas Chicken ni kita memang suka makan ayam mereka memang best lah sedap dan juga rangup hehehe tapi bila dah ada Drive Thru ni lagi mudah dan senang cuma lokasi jauh kalau ada banyak buka nanti senang sikit kan....

    ReplyDelete