KUALA LUMPUR: Elfira Loy yang pernah terkenal di Indonesia dengan
gandingan bersama Randy Pangalila telah mencipta satu fenomena yang menarik
perhatian ramai. Kini, Elfira Loy baru-baru ini pula telah mencipta sejarah tersendiri apabila
disunting untuk bekerjasama dengan
jenama tudung popular iaitu Buttonscarves.
Buttonscarves merupakan jenama hijab dan ‘modest’ terkenal
di Indonesia dengan memiliki seramai 235K pengikut di laman instagram rasmi
mereka. Ini telah menarik perhatian apabila mereka menyunting Elfira Loy dengan
4.8 Juta pengikut di Instagram, juga seorang artis di Malaysia yang pertama
bekerjasama dengan mereka.
Sebagai permulaan, Buttonscarves x Elfira Loy tampil dengan
sebuah koleksi istimewa yang dipanggil The Maharani Series yang sesuai
digayakan di bulan Ramadan dan Syawal kelak.
Menerusi koleksi ini,
The Maharani Series akan mula dilancarkan di Indonesia pada hari ini (24 April)
yang juga hari pertama kita meraikan Ramadan penuh mulia. Antara lain, koleksi
ini mempunyai 13 warna dengan motif yang mengangkat elemen senibina di India. Perkataan
Maharani itu sendiri bahkan sangat sinonim dengan negara India sendirinya.
Menariknya, koleksi ini menggunakan bahan scarf kapas voal
dan satin silk yang selesa untuk dipakai. Sesuai digunakan ketika musim panas
dan bahang yang ketika ini sedang berlaku.
Pendapat Elfira Loy
Mengenai kerjasama istimewa ini, Elfira menggambarkan
kerjasama mereka tercetus dengan pantas dan tanpa diduga. Malah ia bagai
dirahmati dan dipermudahkan. Apatah lagi isteri kepada Muhammad Faris Khairol Anuar ini asalnya
memang peminat tegar jenama yang sudah empat tahun berkembang di negara jiran
itu.
Katanya lagi di dalam temubual,
“Pada awalnya kerjasama itu mahu
dimulakan selepas musim raya. Namun tanpa diduga ia dipercepatkan. Pihak mereka
merancang untuk menjalankan fotografi sebuah
koleksi tudung di Jaipur, India dalam masa singkat beberapa bulan lalu.”
“Ketika itu pihak mereka menganggap
perancangan itu terlalu tergesa-gesa dan akan menyusahkan saya. Namun apabila
saya bersetuju, mereka pun tidak menyangka. Akhirnya terjadilah kerjasama
koleksi The Maharani Series ini.”
“Buat permulaan kerjasama ini akan
berlangsung untuk dua bulan bermula April hingga Mei. InsyaAllah jika tiada aral melintang,
kerjasama ini akan berpanjangan.”
Lebih mencuit hati, menurut ibu kepada Muhammad Rayyan
Khalaf berusia enam bulan itu lagi, kerjasama itu bermula daripada perbualan di
kotak mesej langsung (DM) di Instagram.
Elfira Loy turut menyambung,
“Dari DM, kami berlanjutan ke
aplikasi WhatsApp. Pendek kata, dari
awal lagi ia berjalan dengan lancar. Saya juga anggap ini rezeki anak sulung.”
“Saya sejak dua ketiga tahun lalu
juga, saya sebenarnya menjadi peminat secara diam kepada jenama ini. Kalau
terbang ke Jakarta, saya akan membeli skaf dan tudung jenama berkenaan kerana
materialnya cukup selesa dan kemas.”
“Pada masa sama, saya dapat tahu
mereka juga mengintai untuk bekerjasama dengan artis Malaysia. Difahamkan ada
beberapa calon lain, tapi rezeki berpihak kepada saya. Sesuai dengan nama koleksi
ini, saya yakin mereka yang memakainya akan berasa seperti seorang ratu atau maharani.”
Ditanya mengenai menyambut Ramadan dalam suasana Perintah
Kawalan Pergerakan dikuatkuasa kerana mahu membendung penularan wabak Covid 19,
Elfira mengakui akur dengan ujian terjadi.
“Jika Ramadan tahun lalu saya
menyambutnya dengan keadaan berbadan dua dan kerterbatasan itu ini, nikmat
bulan penuh keberkatan itu tidak terlalu dirasai.”
“Jadi saya memang ternanti-nanti
Ramadan kali ini. Tapi siapa mampu menyangka kita didatangi ujian saat ini.
Pasti terasa kerinduan kepada perkara yang selalu sinonim dengan bukan Ramadan
seperti bazar dan solat Terawih.”
“Tak mengapa kita tak perlu
bersedih sangat. Kita raikannya dengan cara bersederhana,” katanya lagi.
Pandangan Pihak Buttonscarves
Sementara itu, pihak Buttonscarves melihat kerjasama
terjalin dengan Elfira cukup tepat dengan personaliti, aura dan imej bertudung
dimilikinya.
Wakilnya juga Pengarah Kreatif Buttonscarves, Linda Anggrea
berkata,
“Ini juga kerjasama perdana dan
sulung kami dengan artis dari negara lain. Cita-cita itu sudah lama dan
akhirnya berjaya direalisasikan kini. Malaysia dan Indonesia sendiri adalah negara
serumpun yang berhubungan baik.”
“Selama ini kami mencari calon yang
sesuai berkolaborasi dengan Buttonscarves. Ternyata Elfira sudah menjadi
seorang penggemar Buttonscarves sejak dulu. Bahkan personaliti dimilikinya juga
menjadi terjemahan nuansa fesyen kami.”
“Setelah berbincang kami pun
memutuskan untuk menjalinkan kerjasama
khusus di bulan Ramadan ini. Kami juga merancang untuk membuka premis
jenama tudung ini di tiga pusat beli belah di Malaysia termasuk Avenue K kelak.”
Kata Linda lagi, koleksi ini
dinamakan Maharani kerana gelaran itu di India diberikan kepada pemimpin
wanita.
“Dalam bahasa sanskrit India, erti
nama Maharani merupakan gabungan dari kata Maha yang bererti Agung dan Rani
yang dimaksudkan sebagi Ratu.”
“Koleksi ini diilhamkan dari istana
di Jaipur, India yang merupakan destinasi terbaru Buttonscarves ketika sesi
fotografi koleksi diadakan.”
“India merupakan destinasi yang
masih tergolong unik dan patut diteroka kerana banyak menonjolkan keunikan seni
bina, motif, dan budaya.”
The Maharani Series
Video Teaser The Maharani Series
The Maharani Series kini boleh dibeli di laman sesawang, www.buttonscarves.com. Malah ia juga boleh dibeli di aplikasi telefon
pintar Buttonscarves. Aplikasi ini boleh di muat turun secara percuma di Apple
Store dan Playstore.
Ketika ini juga pihak Buttonscarves turut memberi diskaun penghantaran
percuma kepada pembeli dengan pembelian RM200 ke atas. Harga jualan pula
bermula dari RM125 hingga ke atas. Sebahagian hasil penjualan siri tudung The Maharani Series ini juga akan disalurkan untuk membantu mangsa COVID-19 di Indonesia dan juga Malaysia.
Secara ringkas, jenama yang bermula sejak 2016 ini terus
sukses dan utuh bukan hanya di pasaran Indonesia malah di pasaran Asia Tenggara
seperti Malaysia, Singapura dan Brunei Darussalam. Bahkan hingga sempat
bertandang ke negara Uncle Sam.
Untuk mengetahui info lanjut mengena Buttonscarves X Elfira
Loy boleh lah merujuk ke informasi seperti di bawah:
Info
Laman rasmi: www.buttonscarves.com
Instagram: buttonscarves