Friday, 24 April 2020

Jenama Terkenal Muslimah Buttonscarves x Elfira Loy Perkenal The Maharani Series

KUALA LUMPUR: Elfira Loy yang pernah terkenal di Indonesia dengan gandingan bersama Randy Pangalila telah mencipta satu fenomena yang menarik perhatian ramai. Kini, Elfira Loy baru-baru ini  pula telah mencipta sejarah tersendiri apabila disunting untuk  bekerjasama dengan jenama tudung popular iaitu Buttonscarves.



Buttonscarves merupakan jenama hijab dan ‘modest’ terkenal di Indonesia dengan memiliki seramai 235K pengikut di laman instagram rasmi mereka. Ini telah menarik perhatian apabila mereka menyunting Elfira Loy dengan 4.8 Juta pengikut di Instagram, juga seorang artis di Malaysia yang pertama bekerjasama dengan mereka.

Sebagai permulaan, Buttonscarves x Elfira Loy tampil dengan sebuah koleksi istimewa yang dipanggil The Maharani Series yang sesuai digayakan di bulan Ramadan dan Syawal kelak.

Menerusi  koleksi ini, The Maharani Series akan mula dilancarkan di Indonesia pada hari ini (24 April) yang juga hari pertama kita meraikan Ramadan penuh mulia. Antara lain, koleksi ini mempunyai 13 warna dengan motif yang mengangkat elemen senibina di India. Perkataan Maharani itu sendiri bahkan sangat sinonim dengan negara India sendirinya.

Menariknya, koleksi ini menggunakan bahan scarf kapas voal dan satin silk yang selesa untuk dipakai. Sesuai digunakan ketika musim panas dan bahang yang ketika ini sedang berlaku.

Pendapat Elfira Loy

Mengenai kerjasama istimewa ini, Elfira menggambarkan kerjasama mereka tercetus dengan pantas dan tanpa diduga. Malah ia bagai dirahmati dan dipermudahkan. Apatah lagi isteri kepada  Muhammad Faris Khairol Anuar ini asalnya memang peminat tegar jenama yang sudah empat tahun berkembang di negara jiran itu.

Katanya lagi di dalam temubual,

“Pada awalnya kerjasama itu mahu dimulakan selepas musim raya. Namun tanpa diduga ia dipercepatkan. Pihak mereka merancang untuk menjalankan fotografi sebuah  koleksi tudung di Jaipur, India dalam masa singkat beberapa bulan lalu.”

“Ketika itu pihak mereka menganggap perancangan itu terlalu tergesa-gesa dan akan menyusahkan saya. Namun apabila saya bersetuju, mereka pun tidak menyangka. Akhirnya terjadilah kerjasama koleksi The Maharani Series ini.”

“Buat permulaan kerjasama ini akan berlangsung untuk dua bulan bermula April hingga Mei.  InsyaAllah jika tiada aral melintang, kerjasama ini akan berpanjangan.”

Lebih mencuit hati, menurut ibu kepada Muhammad Rayyan Khalaf berusia enam bulan itu lagi, kerjasama itu bermula daripada perbualan di kotak mesej langsung (DM) di Instagram.



Elfira Loy turut menyambung,

“Dari DM, kami berlanjutan ke aplikasi WhatsApp.  Pendek kata, dari awal lagi ia berjalan dengan lancar. Saya juga anggap ini rezeki anak sulung.”

“Saya sejak dua ketiga tahun lalu juga, saya sebenarnya menjadi peminat secara diam kepada jenama ini. Kalau terbang ke Jakarta, saya akan membeli skaf dan tudung jenama berkenaan kerana materialnya cukup selesa dan kemas.”

“Pada masa sama, saya dapat tahu mereka juga mengintai untuk bekerjasama dengan artis Malaysia. Difahamkan ada beberapa calon lain, tapi rezeki berpihak kepada saya. Sesuai dengan nama koleksi ini, saya yakin mereka yang memakainya akan berasa seperti seorang ratu atau maharani.”

Ditanya mengenai menyambut Ramadan dalam suasana Perintah Kawalan Pergerakan dikuatkuasa kerana mahu membendung penularan wabak Covid 19, Elfira mengakui akur dengan ujian terjadi.

“Jika Ramadan tahun lalu saya menyambutnya dengan keadaan berbadan dua dan kerterbatasan itu ini, nikmat bulan penuh keberkatan itu tidak terlalu dirasai.”

“Jadi saya memang ternanti-nanti Ramadan kali ini. Tapi siapa mampu menyangka kita didatangi ujian saat ini. Pasti terasa kerinduan kepada perkara yang selalu sinonim dengan bukan Ramadan seperti bazar dan solat Terawih.”

“Tak mengapa kita tak perlu bersedih sangat. Kita raikannya dengan cara bersederhana,” katanya lagi.

Pandangan Pihak Buttonscarves

Sementara itu, pihak Buttonscarves melihat kerjasama terjalin dengan Elfira cukup tepat dengan personaliti, aura dan imej bertudung dimilikinya.



Wakilnya juga Pengarah Kreatif Buttonscarves, Linda Anggrea berkata,

“Ini juga kerjasama perdana dan sulung kami dengan artis dari negara lain. Cita-cita itu sudah lama dan akhirnya berjaya direalisasikan kini. Malaysia dan Indonesia sendiri adalah negara serumpun yang berhubungan baik.”

“Selama ini kami mencari calon yang sesuai berkolaborasi dengan Buttonscarves. Ternyata Elfira sudah menjadi seorang penggemar Buttonscarves sejak dulu. Bahkan personaliti dimilikinya juga menjadi terjemahan nuansa fesyen kami.”

“Setelah berbincang kami pun memutuskan untuk menjalinkan kerjasama  khusus di bulan Ramadan ini. Kami juga merancang untuk membuka premis jenama tudung ini di tiga pusat beli belah di Malaysia termasuk Avenue K kelak.”

Kata Linda lagi, koleksi ini dinamakan Maharani kerana gelaran itu di India diberikan kepada pemimpin wanita.

“Dalam bahasa sanskrit India, erti nama Maharani merupakan gabungan dari kata Maha yang bererti Agung dan Rani yang dimaksudkan sebagi Ratu.”

“Koleksi ini diilhamkan dari istana di Jaipur, India yang merupakan destinasi terbaru Buttonscarves ketika sesi fotografi koleksi diadakan.”

“India merupakan destinasi yang masih tergolong unik dan patut diteroka kerana banyak menonjolkan keunikan seni bina, motif, dan budaya.”

The Maharani Series


Video Teaser The Maharani Series

The Maharani Series kini boleh dibeli di laman sesawang, www.buttonscarves.com.  Malah ia juga boleh dibeli di aplikasi telefon pintar Buttonscarves. Aplikasi ini boleh di muat turun secara percuma di Apple Store dan Playstore.

Ketika ini juga pihak Buttonscarves turut memberi diskaun penghantaran percuma kepada pembeli dengan pembelian RM200 ke atas. Harga jualan pula bermula dari RM125 hingga ke atas. Sebahagian hasil penjualan siri tudung The Maharani Series ini juga akan disalurkan untuk membantu mangsa COVID-19 di Indonesia dan juga Malaysia.

Secara ringkas, jenama yang bermula sejak 2016 ini terus sukses dan utuh bukan hanya di pasaran Indonesia malah di pasaran Asia Tenggara seperti Malaysia, Singapura dan Brunei Darussalam. Bahkan hingga sempat bertandang ke negara Uncle Sam.

Untuk mengetahui info lanjut mengena Buttonscarves X Elfira Loy boleh lah merujuk ke informasi seperti di bawah:

Info
Instagram: buttonscarves

9 comments:

  1. Nak juga tengok koleksi dia. Boleh beli untuk raya nanti

    ReplyDelete
  2. Tudung dari siri maharani mmg cantek. Suka tgk corak dia

    ReplyDelete
  3. cantik2 kan koleksi dia.. bergayalah kita nanti bila beraya tahun ni hihi... tak sabar nak tengok full collection.

    ReplyDelete
  4. tahniah elfira loy! makin murah rezeki lepas ada anak ni. btw, cantik koleksi buttonscarves :D

    ReplyDelete
  5. Akak ada tengok website mereka. cantik-cantik koleksi Maharani Series ni. Macam square, macam shawl. Nanti nak godek-godek lg.

    ReplyDelete
  6. Ada 13 warna semua mesti rabun mata nak pilih mana satu yg cantik kan?

    ReplyDelete
  7. Suka tengok design dia, color pun lembut2 je, nanti nak surveylah kat website dia, mana tahu berkenan sebarang dua

    ReplyDelete
  8. Cantik cantik design Shawl The Maharani Series ni tambah lagi Elfira Loy yang jadi Duta produk :)

    ReplyDelete
  9. Depo 20ribu bisa menang puluhan juta rupiah
    mampir di website ternama I O N Q Q
    paling diminati di Indonesia,
    di sini kami menyediakan 9 permainan dalam 1 aplikasi
    ~bandar poker
    ~bandar-Q
    ~domino99
    ~poker
    ~bandar66
    ~sakong
    ~aduQ
    ~capsa susun
    ~perang baccarat (new game)
    segera daftar dan bergabung bersama kami.Smile
    Whatshapp : +85515373217

    ReplyDelete