Sunday 8 December 2019

DDR Bio Grow - Baja Organik Meningkatkan Hasil Tanaman Petani (Boleh Digunakan Untuk Pelbagai Jenis Tumbuhan)

Siapa ingat lagi gerangan 'Dr Rozmey' yang pernah terkenal dahulu kala? Jika bukan produk kecantikkan, filem beliau menjadi sambutan ataupun gaya penampilan yang menjadi bualan.

Datuk Rozmey dengan penampilan baharu ketika sesi media
baru-baru ini di Kuala Lumpur
Setelah hilang dan berdiam diri beberapa tahun, kini Datuk Rozmey atau nama penuh beliau Che Rozmey Che Din kini kembali dengan empayar perniagaan terbaru yang berfokuskan kepada industri pertanian. Perniagaan tersebut ialah DDR Bio Grow - Baja Bio Kuasa Lautan.

Sedikit pengenalan, Datuk Rozmey yang kini menetap di Jitra, Kedah ingin memulakan perniagan bidang pertanian tercetus apabila melihat sektor pertanian terutamanya di kawasan sawah padi berdepan masalah kekurangan hasil dan serangan mahluk perosak yang berulang. Oleh itu beliau bekerjasama dengan pakar kimia polimer untuk menghasilkan baja yang dapat membantu petani.

Hampir dua tahun proses pembangunan dan penyelidikan dijalankan hinggalah terhasil produk pertama DDR Bio Grow. Baja ini merupakan baja polimer yang mengandungi kitosan diekstrak daripada kulit udang dan cengkerang ketam.

Hasil ini bersama rumpai laut kemudian mendorong pemecahan sel-sel tumbuhan agar cepat tumbuh dengan baik di samping meningkatkan proses fotosintesis itu sendiri. Selain itu tanah akan menjadi lebih subur dan gembur diperkaya dengan bahan organik serta bakteria baik.

Sebab itu 'tag-line' bagi DDR Bio Grow ini ialah "Baja Bio Kuasa Lautan"

DDR Bio Grow:

DDR Baja Bio Grow dalam 2 saiz pilihan.


Fungsi: Baja organik
Kegunaan: Mendorong pembersaran serta merangsang perkembangan hasil tanaman. Antara lain meningkatkan keupayaan tanaman untuk menyerap unsur nutrisi berkaitan. Maka tanaman akan sihat dengan tumbesaran yang cepat.

Poster rasmi.

Antara maklumat penggunaan.

Formulasi DDR Bio Grow.

Nisbah dan penggunaan.

Kebaikkan DDR Bio Grow:

- Membaiki Kesuburan Tanah
- Menambah Kesihatan Pokok
- Mempercepat Pertumbuhan Tanaman
- Meningkatkan Serapan Air dan Baja
- Mengurangkan Penggunaan Baja Kimia Berbahaya
- Memperbaiki sistem pertahan dan imunisasi tumbuhan daripada jangkitan kuman dan serangan serangga
- Menjimatkan Kos (Berdasarkan penggunaan DDR Bio Grow daripada baja tradisi)
- Menambahkan Hasil 30% hingga 100% (Berdasarkan penggunaan terkini petani di Jitra, Kedah)
- Kaya dengan unsur utama (NPK) dan unsur surih (teace element) untuk pengalakkan pertumbuhan akar dan penyerapan nutrisi dalam tanah.
- BOLEH DIGUNAKAN UNTUK PELBAGAI JENIS TUMBUHAN!!

Menariknya juga, respon yang diterima oleh pihak DDR daripada pesawah di kawasan Jitra mendapati hasil padi mereka telah meningkat sebanyak 80 peratus daripada 0.3 hektar (1 relung) atau bersamaan dengan 2.3-2.5 tan. Berbanding sebelum ini hanyalah 1.3 -1.5 tan sahaja.

Oleh itu sambutan sejak mula diperkenalkan di pasaran sejak tahun lalu telah menerima sambutan yang menggalakan. Lagipun, penggunaan DDR Bio Grow ini dikatakan sangat menjimatkan kerana saiz 1 liter baja ini untuk kegunaan 1.3 hektar sawah semusim!

Selain DDR Bio Grow terdapat dua lagi produk lain yang dihasilkan iaitu DDR Bio Shield dan DDR Ocean. Maklumat ringkas seperti di bawah.

DDR Bio Shield:

Racun serangga

Fungsi: Racun serangga semulajadi.
Kegunaan: Membunuh serangga perosak tanaman organik tanpa kimia berbahaya. Selain itu turut merawat tanaman yang terkesan.

Cara penggunaan

Keberkesanan


DDR Ocean:

DDR Ocean


Fungsi: Pewangi domestik
Kegunaan: Pewangi yang boleh digunakan petani untuk membasmi bau busuk dan secara tidak langsung untuk menghalang gigitan nyamuk, lintah dan pacat. Tahan selama 6 jam. Juga bertindak sebagai anti bakteria.

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Menurut Datuk Rozmey mengenai pelan masa hadapan DDR, belia kini dalam proses rundingan beberapa agensi kerajaan untuk memperluaskan penggunaan DDR Bio Grow sebagai pembekal utama baja kepada petan.

Bahkan mempunyai target dalam tempoh beberapa tahun lagi untuk meraih sekurang-kurangnya lima peratus pegangan pasaran dalam penawaran baja organik kepada petani.

Jika ingin mengetahui cara penggunaan, testimoni dan bahan di dalam produk-produk ini boleh lah ke laman rasmi yang saya pautkan di bawah artikel ini.

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sedikit latar belakang Datuk Rozmey dan beberapa cerita terdahulu:

Keratan akhbar
Datuk Rozmey sememangnya mempunyai lesen kedoktoran beriktiraf (Medical Doctor) daripada Universiti Sains Malaysia dan berdaftar sejak tahun 1996 lagi. Namun kini status kedoktoran itu telah ditarik balik atas beberapa alasan seperti penggunaan 'Dr'  ke atas produk kecantikkannya terdahulu dan pengakuan beliau sebagai pakar bahagian obesiti.

Tambahan pula, empayar kecantikkannya terdahulu musnah kepincangan dalam organisasi beliau sendiri hingga mengakibatkan kerugiaan berjuta ringgit dan pemenjaraan salah seorang orang kanan beliau.

Sifat keusahawanan tidak pernah terkubur bersama sejarah hitam yang lalu, oleh itu beliau tekad untuk memulakan sesuatu baru yang boleh membantu orang lain. Maka terhasilah DDR Bio Grow dan produk-produk lain.

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Kesemua produk yang dinyatakan telah pun dijual di pasaran. Jika anda berminat untuk membuat pembelian atau mempunyai pertanyaan boleh lah whatsapp http://bit.ly/ddrwstablet

Sebarang maklumat lanjut mengenai produk tersebut boleh lah layari ke:

Laman rasmi: www.ddragro.com/
Facebook rasmi: facebook.com/pg/rozmeyagro/ ataupun
Hubungi Datuk Rozmey di talian: 012 568-8446.

Akhir bicara menutup artikel ini bak kata slogan Datuk Rozmey, "Berbudi Kepada Tanah Besar Hasilnya".

Sebagai pesanan khidmat masyarakat, sebelum membeli atau menggunapakai sesuatu produk haruslah dapatkan maklumat yang secukupnya. Selain itu jika tidak pasti, dapatkan sediki sampel untuk melihat kesan yang diinginkan.

Sehingga berjumpa lagi di lain artikel, moga artikel ini boleh membawa manfaat.

Friday 6 December 2019

Vivo S1 Pro - Telefon pintar dengan rekaan unik dan fungsi menarik

Pada 3hb November lepas, saya berkesempatan untuk menghadiri pelancaran rasmi bagi telefon terbaru daripada Vivo iaitu Vivo S1 Pro di Puchong.


Pelancaran tersebut berfokuskan kepada kelebihan Vivo S1 Pro, fungsi tambahan berbanding Vivo S1 dan beberapa program menarik daripada Vivo Malaysia. Pada kali ini, fokusnya lebih kepada gabungan antara ciri rekaan unik telefon, ciri kamera yang menakjubkan, teknologi in-display imbasan cap jari dan direka khas buat pengguna yang muda dan berfesyen.


Spesikasi Vivo S1 Pro

Plaform dan Memori

Processor: Qualcomm Snapdragon 665
RAM: 8GB RAM
Storage: 128GB ROM
Bateri: 4500mAh (Pengecasan pantas dengan Dual-Engine)
Operating System: Funtouch OS 9.2 (berdasarkan Android 9.0)

Erti kata lain, S1 Pro ini telah ditingkatkan pembinaan processor, RAM dan ROM untuk berfungsi seiring dengan tahap kelajuan penggunaan 'gamers'. Bahkan telefon ini dilengkapkan dengan 'Game Center' yang membenarkan pengguna menyemak prestasi telefon agar mereka boleh merasai pengalaman yang lebih hebat.

Sama juga seperti telefon Vivo baharu lain, telefon ini juga dilengkapi dengan mode 'Voice Changer' agar pengguna boleh merasai keseronokkan berbeza ketika bermain 'game'.

Badan dan Warna


Warna yang dipaparkan dan dalam dunia sebenar.


Dimensi: 159.25 x 75.19 x 8.68 mm
Berat: 186.7g
Warna: Knight Black and Fancy Sky

Paparan

Skrin: 6.38" FHD + (1080 x 2340) , Super AMOLED
Paparan sesentuh: Capacitive multi-touch

Skrin Vivo S1 Pro mempunyai ratio skrin ke badan sebanyak 90% untuk pengguna lebih merasai pengalaman melihat skrin tanpa had.


Kamera

Rekaan bentuk diamond.


Kamera hadapan: 32 MP (f/2.0)
Kamera belakang: 48MP

AI stickers kamera hadpan

"Selfie Camera dengan skrin ratio 9:16"

Kamera hadapan dengan AI Stickers.

Selain itu, terdapat beberapa mode menarik di dalam Vivo S1 Pro ini yang boleh digunakan. Saya senaraikan beberapa mode yang saya kira menarik dan tidak boleh didapati di beberapa model telefon jenama lain.

Kamera hadapan: Palm capture, voice control, selfie frontlight, Video Face Beauty, Camera Filters, Pose Master, Potrait light eddects, AI Makeup.

Kamera belakang: Palm Capture, Voice Control, PRO, SLO-MO, Bokeh, Camera Filters, AI Face Beauty, Super Wide-Angle, Super Macro, Burst, Pose Master, PDAF, AI Makeup, Potrait light effect

Harga




Harga bermula dari RM 1, 199.

Bakal secara rasmi di buka untuk jualan pada esok sabtu, 7hb Disember 2019 di seluruh Malaysia.
Review peribadi

Bagi saya, Vivo S1 Pro ni macam versi anak kepada Vivo V17 Pro ( Review saya di sini ). Maksudnya kedua-duanya hampir mempunyai fungsi dan target pengguna yang sama meski Vivo S1 Pro ini sepatutnya untuk pengguna yang muda bergaya. Kurang jelas dari segi level mana telefon tersebut. Contoh premium, exclusive ataupun ekonomi.

Umpama kalau nak beli V17 Pro tapi bajet kurang, ambil je S1 Pro tapi kurang 'sharp' dari segi gambar menggunakan kamera hadapan dan beberapa fungsi lain. Tapi 'not so bad' sebab tak jauh beza pun.

Namun, Vivo S1 Pro masih lagi sesuai untuk dijadikan sebagai telefon harian terutama untuk orang yang gemar mengambil gambar dan masih ingin kelihat trendy.

Untuk mengetahui maklumat lebih lanjut dan mengikuti perkembangan Vivo Malaysia boleh rujuk di bawah:

Facebook rasmi: https://www.facebook.com/vivoMalaysia/
Instagram rasmi: https://www.instagram.com/vivo_malaysia/

Di harap artikel ini dapat membantu serba sedikit pemilihan anda dalam membuat pembelian telefon pintar. Di harapkan juga agar jenama telefon pintar membuat rekaan dan perisian yang boleh membantu orang kurang upaya, orang tua dan orang yang memerlukan.

Jadi, apa yang anda fikir mengenai telefon pintar terbaru ini?
Sebelum menutup entri ini, anda semua dijemput hadir ke S1 Pro Superday Sales Event di Central i-City pada 7hb Disember ini. Pelbagai aktiviti menarik dijalankan seperti cabutan bertuah, dan promosi rebat esklusif untuk direbuti.

Sehingga berjumpa lagi di lain entri.


Thursday 5 December 2019

Makan dan Menang Kaw Kaw dengan Marrybrown!

Peraduan Makan dan Menang Kaw Kaw kini kembali lagi di Marrybrown!

Okay gais, rasa boleh lawan tak? Hahaha.
Sempena Marrybrown menyambut ulang tahun yang ke -38 tahun pada tahun ini, Marrybrown memutuskan untuk mengadakan peraduan yang senang diikuti ini bermula 29hb November lepas sehingga 12hb Januari 2020.

Hadiah-hadiah yang ditawarkan pun sangat berbaloi bernilai sehingga RM 380,000! Di bawah ini senarai hadiah yang mungkin menjadi milik anda.

Hadiah Utama:

- Kereta SUV Proton X70 x 1 pemenang yang sangat bertuah

Hadiah Mingguan (selama 6 minggu):

- Wang Tunai RM 10,000 x 1 pemenang 
- Wang Tunai RM 500 x 20 pemenang
- Baucar Marrybrown RM 50 x 200 pemenang
- TV LG 65" UM Series x 1 pemenang
- GoPro Hero 8 x 2 pemenang
- Vivo V17 Pro x 2 pemenang
- Sony Earphone WF-1000xm3 x 3 pemenang

Cara mengikuti Peraduan Makan dan Menang Kaw Kaw ialah:

1. Anda perlu membuat pembelian minimum RM 25 di mana-mana outlet Marrybrown (simpan resit tersebut).
2. Dapatkan kad peraduan dengan kod unik di kaunter pembelian.
3. Daftar dan masukkan kod unik anda di https://marrybrown.com/contest/
4. Hantar dan doa semoga anda menjadi salah seorang yang bertuah!

Sila dapatkan terus kad peraduan ini selepas anda selesai membuat pembayaran
minimum RM25 di kaunter ya.
Belakang kad akan ada kod unik untuk pendaftaran.

Sebarang terma dan syarat peraduan boleh lah layari di http://bit.ly/37LecoH

Poster rasmi

Untuk mengikuti perkembangan Marrybrown dan menu-menu terbaharu boleh layari:

Laman rasmi: https://www.marrybrown.com
Facebook rasmi: https://www.facebook.com/MarrybrownMalaysia
Instagram rasmi: https://www.instagram.com/marrybrownmy

Saya dah pun menyertainya, harapnya boleh menang Kereta SUV Proton X70 atau wang tunai RM 10,000 lah ya! Lagi banyak anda mendaftar kod unik anda, makin tinggi lah peluang anda.

Selamat berkunjung ke Marrybrown semua~

#Marrybrown #SomethingDifferent #KAWKAWMenang

Glomac 121 Residences, Kediaman Baru di Damansara, PJ yang Mampu Milik

Rumah kediaman terbaru di tengah-tengah Damansara dan kawasan Petaling Jaya yang baharu. Ya, Glomac 121 Residences yang  dibangunkan oleh Glomac Berhad ini merupakan kediaman berbentuk servis apartment SOHO terbaru yang bakal siap pada 2023.


Oleh itu jom saya kongsikan apa itu Glomac 121 Residences, projek pembangunan lain dan promosi berlangsung yang dilakukan oleh Glomac Berhad.

Glomac 121 Residences

Glomac 121 Residences menggunakan slogan berkonsepkan 'CO' iaitu penerapan 3 elemen - 'connect', 'comfort' dan 'community'.

Comfort (Keselesaan) - deskripsi kepada rekaan dalaman bangunan.







Connect (Perhubungan) - merujuk kepada luaran persekitaraan yang memudahkan sambungan laluan ke bandar





1. Terletak 400m perjalan kaki ke LRT 3 yang bakal dibina dan 5 minit pemanduan ke MRT TTDI
2. Terletak di tengah-tengah PJ-Damansara
3. Berdekatan dengan pusat membeli belah besar sepeti 1 Utama, Centrepoint, Glo Damansara dan The Curve
4. Berdekatan dengan tempat pendidikan seperti SMK Bandar Utama Damansara 3, First City University College dan British International School of Kuala Lumpur
5. Berdekatan dengan pusat perubatan seperti KPJ Damansara Hospital

Community (Komuniti) - merujuk kepada ruang bersama dan kemudahan yang ada untuk menggalakkan interaksi sosial para penginap.

Oleh itu, pembinaan bangunan kediaman ini dilengkapi dengan kolam renang, gymnasium, ruang santai dan sebagainya agar komuniti 121 Residences boleh melakukan aktiviti luar tanpa perlu keluar daripada bangunan kediaman mereka.




Pembinaan:
- Jenis servis apartment SOHO
- Terletak di Kayu Ara, Petaling Jaya, Selangor
- Berstatus leasehold
- 2 menara - 33 tingkat - 834 unit
- Fi penyelenggaraan RM 0.38 per sqft
- Dijangka siap tahun 2023

Jenis unit:
- Bilik 2 , 1 Bilik Mandi @  450sqft dari RM 318K
- Bilik 3, 2 Bilik Mandi @ 750sqft dari RM 450K

Pakej Jualan:
- HOC 2019 (Percuma MOT & Duti Setem)
- Percuma bayaran dan fi guaman SPA
- Booking fi RM 5,000


Plaza Kelana Jaya Residences


Plaza Kelana Jaya Residences ini merupakan salah satu projek pembinaan yang telah berlangsung oleh Glomac Berhad. Bangunan ini merupakan sejenis servis apartment dan kedai pejabat.

Terletak di SS7, Kelana Jaya, kediaman ini berstatus 'freehold'.  Di bawah merupakan maklumat berkenaan Plaza Kelana Jaya Residences.

Pembinaan:
- Jenis servis apartment dan kedai pejabat
- Berstatus freehold
- 2 menara - 31 tingkat - 696 unit
- Fi penyelenggaraan RM 0.40 per sqft
- Dijangka siap tahun 2022

Jenis unit:
- Bilik 1+1 , 1 Bilik Mandi @  450sqft dari RM 380K
- Bilik 3, 2 Bilik Mandi @ 750sqft dari RM 580K

Pakej Jualan:
- HOC 2019 (Percuma MOT & Duti Setem)
- Percuma bayaran dan fi guaman SPA
- Booking fi yang mampu milik iaitu RM 1,000 (lot-bumi) dan RM 5,000 (lot-bukan bumi)

Triple Boost Year End Bonanza sempena ulang tahun ke-30 tahun Glomac

Tahun ini, Glomac Berhad telah menyambut ulang tahun yang ke-30 tahun. Pada yang sama juga, pelancaran Tower B Glomac 121 Residences juga akan berlangsung diikuti pula dengan jualan hujung tahun.

Oleh itu, Glomac dengan bangganya mengadakan Bonanza Triple Boost Year End!


Aktiviti  dan promosi yang akan berlangsung ialah:

- Pelancaran Rasmi Tower B Glomac 121 Residences. Jualan mula dibuka dan jadi antara yang pertama untuk memiliki unit di kediaman ini.
- Peluang untuk mendapatkan kelebihan HOC 2019 kerana tahun 2019 akan melabuhkan tirainya tidak lama lagi.
- Promosi sempena Ulang Tahun Glomac ke-30 tahun seperti diskaun istimewa, cashback dan pemberian hadiah.
- Kerjasama bersama BOOST e-wallet di mana RM 50 cashback diberikan jika membuat booking unit menggunakan apps tersebut.
- Ceramah 'Property' oleh penceramah jemputan iaitu Khalil Adis pada pukul 12pm dan Jason Lu pada 3pm.
- Hidangan ringan seperti bubble tea percuma dan aiskrim percuma juga akan dihidangkan.
- Terdapat pelbagai game, aktiviti dan hadiah menarik untuk direbut.

Anda boleh lah ke Triple Boost Year End Bonanza di:

Tempat: Main Course, Glo Damansara
Tarikh: 8hb Disember 2019, Ahad
Masa: 11am -6pm

Lakukan RSVP untuk ke Triple Boost Year End Bonanza di link berikut https://bit.ly/33ymw7N . Jumpa di sana!

Moga artikel ini dapat membantu serba sedikit pemilihan kediaman anda pada masa hadapan di kawasan PJ-Damansara. Sebarang maklumat lanjut boleh layari:

Glomac Berhad

Laman rasmi: https://www.glomac.com.my/
Laman Facebook: https://www.facebook.com/glomacberhad/
Laman Instagram: https://www.instagram.com/glomac_berhad/
Youtube: shorturl.at/gMNWX

Property Gallery Menara Glomac

No.telefon: 603 - 7723 9101

Atau anda boleh mengunjungi Proerty Gallery Menara Glomac untuk melihat dan bertanya sendiri tentang pembangunan dan aktiviti di atas. (Boleh jalan kaki daripada MRT TTDI).



Sehingga berjumpa lagi di lain entri!