Saturday 18 May 2024

Pencuci Mulut AEON "Sucree Amor" Kini Boleh Didapati di Semua Pasaraya AEON dan Dijamin Halal.

16 Mei 2024, Kuala Lumpur - AEON Malaysia dengan bangganya melancarkan pencuci mulut "Sucree Amor" secara rasmi di MidValley Mega Mall dengan kehadiran para media dan tetamu undangan. 

Antara variasi Sucree Amor.

Pelancaran ini dirasmikan oleh Azidah Alimuddin, Ketua AEON Delicatessen & AEON Food Malaysia dengan persembahan silap mata yang menarik di ruangan Delicatessen. Majlis ini juga turut menampilkan beberapa variasi pelbagai jenis Sucree Amor yang sudah boleh didapati di AEON.

Azidah Alimuddin, Ketua AEON Delicatessen & AEON Food Malaysia ketika perasmian.

Menurut Azidah, Sucree Amor yang berasal daripada perkataan Perancis menggambarkan pencuci mulut dengan cara yang terbaik, iaitu "the endearment of sweetness" atau dalam bahasa melayu "kemanisan yang penuh kasih sayang". AEON memilih untuk menggunakan nama ini kerana mereka menggunakan teknik dan bahan berkualiti tinggi  untuk mencipta pelbagai jenis hidangan manis yang indah untuk pelanggannya.

Selain itu, pencuci mulut Sucree Amor tampil dengan rupa yang menakjubkan dan kombinasi rasa dan tekstur yang sempurna. Sucree Amor juga menawarkan pelbagai jenis macaron, kek potong yang lembut, puding krim, dan banyak lagi. Kategori lengkap bagi pencuci mulut di bawah Sucree Amor ialah:

1) Japanese Dessert
2) Cakes










3) Pudding
4) Macaron








5) Mochi









6) Brownies
7) Jelly
8) Waffle









9) Pancake

Setiap kategori pula mempuyai pelbagai variasi yang boleh menambat pelbagai citarasa pelanggan yang datang.

Tag atau stiker Sucree Amor bewarna hijau zamrud utama melambangkan harmonisasi kualiti mewah dan citarasa yang dimiliki dalam pelbagai pencuci mulut AEON manakala yang bewarna kuing melambangkan pilihan orang ramai namun masih dengan kualiti dan rasa yang tinggi. Paling penting, harga yang ditawarkan untuk Sucree Amor semuanya berpatutan dan mampu milik.

Bahagian Sucree Amor di AEON Delicatessen MidValley Mega Mall.

Kini Sucree Amor boleh didapatkan di semua pasaraya AEON  di seluruh Malaysia dan diyakini halal. Jom!

No comments:

Post a Comment