Monday, 21 January 2019

The Grill by Pops - Tempat makan di Wangsa Maju yang anda kena kunjungi

Assalamualaikum~

Nak kongsi cerita pasal makan lagi ni. Kali ni saya makan kat The Grill. Siapa tau Pops Eatery kat Wangsa Maju? Ha, sama ayah lah mereka ni dan The Grill ni terletak kat atas dia je.

The Grill ni menampilkan pilihan makanan barat yang memfokuskan kepada makanan yang di panggang. Mereka mensajikan hidangan mereka dengan portion yang besar okeh! Dan rasa dia betul-betul cukup marinate. Oh, sos mereka pun sedap!

Seluas alam~~
(Kredit Gambar: Skilzon Media)


Oleh itu, mari kita cekidaut makanan mereka di bawah.

Makanan utama yang saya pilih di The Grill

13 Spice Fried Wings (6pcs) + old fashioned onion rings & grill mexican corn on cob

Grilled Herb Chicken + grill mexican corn on cob & Grilled veges

Ribeye 200g + southern mash n gravy & Mediterranean rice

Grilled Garlic Butter Shrimp & Squid + Mediterranean rice & Louisiana coleslaw

3- Cheese mac & beef bacon burger

Jangan risau ya, semua nya halal toyyiban. Dapur dan tempat bancuh minuman boleh nampak.

Menu dan pembuka mulut

Pilihan menu yang ada, self service

Ini ialah appetizer yang ada.


Diskripsi menu

Diskripsi menu


Deco

Kat sini, kawasan dia lapang dan tak rasa sesak. Sangat chill. 

Deco dia semua tempat lawa. Sangat-sangat 'insta worthy'! Oh bagi sesiapa yang nak buat event pun boleh. nak launching product ke, majlis pertunangan ke eh!, majlis sesuka ke pun bolehhh tau. Semua boleh settle.

Tempat ni lawa sangat jadi bagi photographer nak snap gambar untuk photoshoot rasanya sangat cun lahhhhh!

Apa lagi? Saya tunjukkan kepada anda betapa indahnya setiap pelosok. Ulalala~












Cara pergi menggunakan pengangkutan awam


LRT - Jalan kaki:

Naik LRT sehingga ke LRT Sri Rampai, lepas tu jalan je ikut jalan yang berbumbung hingga menuju ke Wangsa Mall. Setelah tu jalan sampai ke area hujung tempat exit entrance timur mall yang menghadap parking.

Keluar jalan kat tempat berjalan area parking, cross je jalan menuju ke Burger King tu. Depan tu ada tempat tunggu bas macam atas gambar ni. Kemudian, nampak kedai Pops eatery, pergi belakang dia dan naiklah tangga ke atas.

LRT- Bas:

Naik LRT sehingga ke LRT Sri Rampai, lepas tu cari bas T222 / T251 / T221 / 251 dan berhenti kat Wangsa Walk Mall Timur (Seperti dalam gambar) - depan Burger King je~



Lokasi, masa operasi dan laman rasmi


The Grills by Pops

Lokasi: No 2, Lot 28055, PT 8613, Jalan Wangsa Delima, Wangsa Maju, Seksyen 5, 53300, KL
Hari Operasi: Selasa - Ahad
Masa Operasi: 12PM-3PM & 6PM-11PM








Ulasan

Apa yang saya boleh bagi berdasarkan pengalaman peribadi saya ialah:

Makanan ni ikut Bintang:

Rasa: 🌟🌟🌟 🌟🌠
Presentation: 🌟🌟🌟🌟🌟
Portion: 🌟🌟🌟🌟🌟
Price: 🌟🌟🌟🌠

Bak kata orang putih. "So far, so good"

Tak ada yang boleh dikritik sangat pun. Cuma corn on the cob kalau boleh letak marinate/cheese sekata je. Yang lain sangat-sangat okay! Kenyang sangat-sangat makan.

Cuma, bagi yang pertama kali datang ke mari, pintu masuk dia kat atas ye melalui jalan belakang, sila jangan sesat. Sebab ada sedikit gelap. Jangan takut-takut jalan terus je pasti nampak banner kat bawah. Jalan je ikut anak tangga lepas tu kat atas dah terang benderang dah.


Galeri (Extra)



Afik dan Kak Ikaaaaa~~ Oh, beberapa gambar Afik tolong snap. 

Sehingga di sini saja. Selamat mencuba makanan yang ada di The Grill kat Wangsa Maju ni. Berbaloi untuk rasa dan harga dia. Sehingga ketemu lagi.

Tata~

P/s: Payung satu gambar



12 comments:

  1. Owh dekat jer dengan rumah adik kat wangsa maju. Tak pernah perasaan pula restoren The Gril. next time singgah wangsa maju nak try lah makan kat sini. Nampak sedap semua menu. Portion pun besar kan, memang puas makan camni

    ReplyDelete
  2. Wah sedapnya makanan dekat restoran tu. Weekend nanti nak singgah lah

    ReplyDelete
  3. The menu nampak best and sedap. Environment pun macam selesa and so minimalist decoration. I would love to check this out soon.

    ReplyDelete
  4. Ohh deco restoran ni nmpk macam kedai cina tp bukan.. Hehe.. Nice view sbb xcrowded sgt.. Sedap mata memandang dan menu dia pon nmpk boleh tahan sedap je kan..

    ReplyDelete
  5. sha kalau makanan makanan barat ni suka betul tapi napelah jauh beno😂 semua nampak sedap lahhh! tambah tambah yg rib eye + southern mash n gravy & mediterranean rice 🤤🤤🤤🤤

    ReplyDelete
  6. Banyaknye menu dekat situ... semua nampak sedap-sedap restoran pon nampak selesa kalau bawak family

    ReplyDelete
  7. dekat sangat kalu naik lrt ni. senang nak pergi makan sini. lagi pun banyak pilihan menu, semua nampak sedap. next time kalu free nak jjcm jugak area sini

    ReplyDelete
  8. Menu terlalu banyak sampai tak tahu mana nak pilih. Tapi konsep kedai memang sangat menarik. Cantik untuk bergambar sakan juga :)

    ReplyDelete
  9. The food looks really delicious. The burgers are scrumptious and huge in portion. Should really pay this place a visit one day.

    ReplyDelete
  10. cantik kedai dia..dekorasi pun menarik..makanan lagi la..lama dah tak amkan makanan western adn grill ni..

    ReplyDelete
  11. tempat yang cantik dan selesa. dekorasi pun menarik sesuai bagi yg suka selfie. Makanan pun selera tengok, nanti pergi kl boleh singgah makan ubah selera

    ReplyDelete
  12. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete