Thursday, 29 March 2018

Pelancaran Kurma Al Abbasi

Salam semuanyaaaaa~~

Ingat tak entri saya yang lepas mengenai kebaiikan kurma madinah? Keistimewaan Kurma Madinah. Ha, ingat lagi tak Kurma Al Abbasi Munif Hijjaz? Jom saya mulakan!

Pada hari selasa yg lepas bertarikh 27 Mac, saya berpeluang untuk menghadiri pelancaran kurma daripada Madinah. Iaitu kurma Al Abbasi Munif Hijjaz oleh Golden Stream Trading. Bertempat di Hadramawt Palace Bukit Bintang. Tempat makanan arab!

Sebelum masuk ke ruang perlancaran

Eh eh Kak Ikaaa buat apa tu? Meriah majlis perlancaran ni. Ramai yang dartang
tau!!

Kabur pulak, masa ni belum mula lagi. Jadi saya ambil gambar~

Kurma ni memang didatangkan khas daripada tanah Saudi Arabia. Gandingan Munif Hijjaz Marketing Sdn Bhd dan Al Abbasi berserta Golden Stream Trading, mencetuskan produk kurma Madinah asli di Malaysia.

Sedikit sebanyak apa yang saya dengar daripada penceritaan Dr Abdurahim Al Abbasi sendiri, beliau merupakan pemilik ladang kurma di Madinah Al Munawarah. Dan lokasi ladang beliau sangat Pula dekat dengan Bukit Uhud. Beliau kata, nak melawat pun dekat-dekat.

Walaupun syarikat beliau sudah berpengalaman 10 tahun di Saudi, namun Masih agak asing Di pasaran Kurma Malaysia. Saya sendiri pun pertama kali dengar Nama kurma ni. Dan saya baru perasan, kurma ni berani mengatakan asal mana kurma mereka. Tak lah ragu-ragu saya nak membedal. Haha

Manakala bagi Munif Hijjaz Makerting, mereka pula sudah aktif memasarkan kurma jenama mereka sendiri sejak tahun 2017 dan popular dengan produk-produk seperti Munif Coca Arabic Gum, Better Cafe Arabic Gum dan pelbagai makanan berasaskan makanan sunnah lain.

Masuk masuk nampak ini. Tak bahagia? Ini lah rangkaian kurma Al Abbasi Munif Hijjaz. Warna warni pek dia. Meriah!

Kurma doorgift! Saya punya tertinggal
dalam beg Afik pulak dahhhh.

Antara produk MNM! Sedapppppp!

Rasa macam tak bertindih ke ni? Kan kan? Masa ni lah Encik Malek Pengarah Urusan MHM menerangkan bahawa tiada pertindihan kerana kedua-dua jenama kurma ni memasarkan jenis kurma berlainan. Mereka hanya ada satu jenis kurma yang dianggap kurma biasa kita boleh beli, manakala Kurma Al Abbasi pula menawarkan hingga 5 jenis kurma!

Sesi potong kek, dari kanan: Cik Ireani Yaacob, Dr Abdurahim Al Abbasi, Duta Mesir di Malaysia, Munif Hijjaz dan
Encik Malek

Maka dengan gabungan unik bersama ladang pemilik kurma milik Dr Abdurahim Al Abbasi bersama Pengarah Urusan Golden Stream Trading, Cik Ireani Yaacob, MHM akan menjadi pengedar utama Kirma Al Abbasi Munif Hijjaz dengan barissan ejen-ejen aktif di seluruh negara.

Ini kata-kata Encik Malek, "Kami harap lebih ramai lagi rakyat Malaysia dapat menghargai dan menikmati buah yang enak lagi berkhasiat dari Madinah ini"

Jom saya memperkenalkan 5 jenis kurma dalam rangkaian Kurma tersebut:

1. Ajwa Organic
2. Safawi Premium
3. Helwa
4. Mabrum
5. Mashruk

Kurma-kurma atas ni disebut sebut sebagai antara kurma terbaik dalam hadis, dan In Sha Allah merupakan penawar seribu satu penyakit serta menjauhkan daripada penyakit lain. Saya dah cuba, paling suka Safawi. Lemak gilossssss. Dan tak terlalu manis. Paling penting tak terlalu lembut boleh dikunyah lagi. Sukaaaaaa! Makan satu tak cukup!

Pek kurma. Dah penah nampak kan post sebelum ni? hehe

Lawa kan pek kurma ni? Mesti ler lawaaaaaaaa! Dibuat moden dan menarik perhatian. Barulah orang rajin nak makan! Datang dengan berat 350g tau. Sesuai sangat nak jadikan buah tangan untuk Ramadhan akan datang!

PERHATIAN PERHATIAN!

Jenama ini akan berada di Pasaran pada 5 April 2018 tau!! Wooohooooo! Anda pun dah boleh cuba makan! Suka saya ingatkan, boleh ditempah sekarang melalui ejen berdaftar MNM di munifhijjaz.com atau dibeli secara terus melalui pengedar yang tersenarai di al-abbasidates.com

Ingat! Kurma Al Abbasi Munif Hijjaz adalah kurma terbaik yang berasal dari Madinah!

Laman rasmi bolehlah layari di:

FB al_abbasidates
IG al_abbasidates
Web al-abbasidates.com , munifhijjaz.com

Tata!

Wednesday, 28 March 2018

Keistimewaan Kurma daripada Madinah

Salam semua~

Apa khabar? chewah jawab tak tu? Hari ni saya nak bagitau anda apa istimewanya kurma Madinah ni.

Apa beza dengan kurma kat pasaran tu? istimewa ke dari Madinah? Tempat lain tak bagus ke? Jom saya mulakan! Bismillah..


Kurma Madinah selalu diwar warkan sebagai kurma yang paling berkualiti dan lazat kerana tekstur dan rasanya tidak sama macam kurma yang ada kat pasaran ni. Atau lebih tepat, tak sama rasanya dengan kurma di tempat lain atau negara lain tau!

Kenapa?

Sebab kurma Ajwa dan Barni (Mabrum dan Mashruk) telah disebut-sebut dalam hadis-hadis Rasulullah SaAW sebagai kurma yang bagus dimakan untuk penawar kesakitan dan racun. Menurut Sahih Al Bukhari dan Muslim, diriwayatkan hadis dari sahabat bernama Sa'ad bin Abi Waqqash, dari Nabi Muhammad SAW, baginda pernah bersabda:

"Barangsiapa memakan tujuh butir Ajwa pada pagi hari, maka hari itu ia tidak akan terkena racun mahupun sihir.

Sebaik-baik kurma kamu adalah dari al-Barni, ia menghilangkan penyakit dan tidak mendatangkan penyakit" (Perawi aAbu Na'eem in Al-Tibb)

Bak kata pepatah, lebih baik mencegah daripada merawat~

Kurma ini juga mempunyai nutrisi yang baik terutama bagi orang yang mengamalkan kurma sebagai pendekatan sunnahnya seperti penduduk Madinah. Buah kurma memang sesuai untuk negara yang bersuhu panas kerana kandungan buahnya boleh menjadikan suhu tubuh lebih dingin.

Bagi penduduk Madinah, tamr atau kurma yang kering pula merupakan makanan pokok sebagaimana gandum bagi bangsa-bangsa lain. Umpama nasi bagi kita lah. Kurma kering dari daerah Aliyah di Madinah merupakan salah satu jenis kurma terbaik kerana rasanya lazat dan manis.



Ada lagi! Kurma bukan setakat buah enak dimakan namun menjadi penawar seperti kata hadis di atas. Maka amat sesuai lah dimakan oleh semua orang tidak kira umur, bangsa mahupun agama!

Dan entri ini dibekalkan info oleh penaja Kurma Al Abbasi Munif Hijjaz. Hanya secara ringkas, saya boleh bagitau kurma daripada jenama ini yang dibungkus indah dengan pelbagai warna mengikut jenis semuanya adalah asli dari Madinah. Maka tiada lah keraguan disitu. Paling utama tiada proses pemerapan gula tambahan seperti beberapa kurma dipasaran. Sebab tu lah kurma kat pasaran ada yang manis sangat. Macam mana nak jadi makanan sunnah berkhasiat kalau gitu.



Jadi akhir kata daripada penaja..

Ingat! Kurma Al Abbasi Munif Hijjaz adalah kurma terbaik yang berasal dari Madinah!

Laman rasmi bolehlah layari di:

FB al_abbasidates
IG al_abbasidates
Web al-abbasidates.com , munifhijjaz.com

Tata!

Tuesday, 20 March 2018

Sekali lagi jadi ibu

Salam semua,

Bagi yang mengikuti perkembangan kerjaya saya, mesti tahu saya ni mudah dapat watak mak mak. Haha, haaaa ini kisah dia. Saya ada memperagakan koleksi pakaian daripada satu butik ni. Iaitu butik Leenora (boleh cari kat Facebook).

Alkisahnya Kak Lynn, pemilik Leenora ni cadang nak buat outdoor photoshoot katanya. Nak tema ibu dan anak. Lah sudah! Mak lagi. Haha. Kak Lynn cadang nak ada emosi setiap gambar. Jadi saya pun iya kan aje. Adalah Kak Lynn kongsi gambar anak saya ni.

Saya pun fikir, hmmm ni nak jadi mak lagi ni. Hmmm...

Terus memutuskan, eh kenapa tak boleh jadi mak? Jadi lah mak hot letiup letiup aummm! Kan boleh! Maka saya gembiranya menjadi mak orang pada hari tu. Huehuehue. Masa ni kakak saya, mak saya dan mak cik saya hantar saya pegi shoot tau! Bertambah lah gembiranya dihati saya ni.

Maka dengan itu, mekap saya au naturale sahaja, tak pakai bulu mata pelesu pun~ saya tak ikut sangat mekap photoshoot sebab kadang-kadang mekap tebal ni buatkan saya nampak tua. Haha betul! Sungguh! Ramai yang kata saya nampak jauh muda dari gambar. Belum lagi tekejut bila dapat tau saya ni kurus dalam dunia sebenar. Gituuuuu~

Puji diri tak tinggal yek. Jom tengok saya menggayakan koleksi raya ibu dan anak daripada butik Leenora!

Kaki tu nak, ibu perati je~
Oh anak, duit raya anak tak hilang!



Awat anak lurus ja? Lagu Negaraku ka? Haha
Dia lari nak susu pulokkkk















































Ha? Nak beli ke? Jangan beli kat saya ye. Saya jual servis modelling je. RM 150/jam boleh mekap sendiri. Eh, terlepas pulak promosi diri sendiri. Hehehe. Jadi? Beli kat Butik Leenora ya! Cari je kat Facebook, pasti jumpa!

Hingga bertemu lagi, tata!

Friday, 2 March 2018

Pembukaan Pak John BBQ and Steamboat Restaurant di IOI City Mall - Review Pak John


Salam semuanya,

Pada 28hb Disember 2017 lepas, Pak John BBQ and Steamboat Restaurant (Pak John) telah membuka lagi satu cawangan di IOI City Mall, Putrajaya.

Maka dengan itu, Mr CS selaku operation manager telah menjemput para bloggers, selebriti dan media untuk menghadiri pembukaan tersebut. Pembukaan hari tu diacarakan oleh Tunku Maria dan dirasmikan oleh Datuk Rosyam Nor~ waaaaa~

Hari tu seperti biasa saya akan datang bersama kawan-kawan bloggers yang lain. Tapi kali ini lagi meriah kerana saya datang bersama Za, Nana, Balqis, Ain, Hanis, Aizat dan Afik!Serta sempat lah berkenalan dengan Nadi iaitu kawan kepada Balqis. Jom kita tinjau apa yang ada kat sana!

PEMBUKAAN











KEMERIAHAN HARI ITU - YOUTUBE

Sumber daripada Randomly Zandra oleh Skilzon Media


MAKANAN YANG ADA


























SESI MAKAN dan BERAMAI-RAMAI







HADIAH BUAT KAMI!

Setiap blogger diberikan satu bag Choices of the Best
Produk yang digunakan oleh Pak John dalam
pilihan Steamboat mereka


Bila buka~ penuh! Tak lokek sungguh pihak Pak John ni. Dah lah
layan kitaorang baik sangat!

Semua produk dalam beg tadi! Dalam RM 80-100++ jugak kot! 

Tunggu apa lagi tu? Seronok boleh pilih bermacam-macam jenis makanan ALL IN dengan satu harga! Boleh singgah ke Pak John, IOI City Mall atau cawangan yang lain sekarang!

Dengan itu saya mengundurkan diri dulu ya! Tata~