Wednesday, 28 March 2018

Keistimewaan Kurma daripada Madinah

Salam semua~

Apa khabar? chewah jawab tak tu? Hari ni saya nak bagitau anda apa istimewanya kurma Madinah ni.

Apa beza dengan kurma kat pasaran tu? istimewa ke dari Madinah? Tempat lain tak bagus ke? Jom saya mulakan! Bismillah..


Kurma Madinah selalu diwar warkan sebagai kurma yang paling berkualiti dan lazat kerana tekstur dan rasanya tidak sama macam kurma yang ada kat pasaran ni. Atau lebih tepat, tak sama rasanya dengan kurma di tempat lain atau negara lain tau!

Kenapa?

Sebab kurma Ajwa dan Barni (Mabrum dan Mashruk) telah disebut-sebut dalam hadis-hadis Rasulullah SaAW sebagai kurma yang bagus dimakan untuk penawar kesakitan dan racun. Menurut Sahih Al Bukhari dan Muslim, diriwayatkan hadis dari sahabat bernama Sa'ad bin Abi Waqqash, dari Nabi Muhammad SAW, baginda pernah bersabda:

"Barangsiapa memakan tujuh butir Ajwa pada pagi hari, maka hari itu ia tidak akan terkena racun mahupun sihir.

Sebaik-baik kurma kamu adalah dari al-Barni, ia menghilangkan penyakit dan tidak mendatangkan penyakit" (Perawi aAbu Na'eem in Al-Tibb)

Bak kata pepatah, lebih baik mencegah daripada merawat~

Kurma ini juga mempunyai nutrisi yang baik terutama bagi orang yang mengamalkan kurma sebagai pendekatan sunnahnya seperti penduduk Madinah. Buah kurma memang sesuai untuk negara yang bersuhu panas kerana kandungan buahnya boleh menjadikan suhu tubuh lebih dingin.

Bagi penduduk Madinah, tamr atau kurma yang kering pula merupakan makanan pokok sebagaimana gandum bagi bangsa-bangsa lain. Umpama nasi bagi kita lah. Kurma kering dari daerah Aliyah di Madinah merupakan salah satu jenis kurma terbaik kerana rasanya lazat dan manis.



Ada lagi! Kurma bukan setakat buah enak dimakan namun menjadi penawar seperti kata hadis di atas. Maka amat sesuai lah dimakan oleh semua orang tidak kira umur, bangsa mahupun agama!

Dan entri ini dibekalkan info oleh penaja Kurma Al Abbasi Munif Hijjaz. Hanya secara ringkas, saya boleh bagitau kurma daripada jenama ini yang dibungkus indah dengan pelbagai warna mengikut jenis semuanya adalah asli dari Madinah. Maka tiada lah keraguan disitu. Paling utama tiada proses pemerapan gula tambahan seperti beberapa kurma dipasaran. Sebab tu lah kurma kat pasaran ada yang manis sangat. Macam mana nak jadi makanan sunnah berkhasiat kalau gitu.



Jadi akhir kata daripada penaja..

Ingat! Kurma Al Abbasi Munif Hijjaz adalah kurma terbaik yang berasal dari Madinah!

Laman rasmi bolehlah layari di:

FB al_abbasidates
IG al_abbasidates
Web al-abbasidates.com , munifhijjaz.com

Tata!

No comments:

Post a Comment