Tuesday 20 March 2018

Sekali lagi jadi ibu

Salam semua,

Bagi yang mengikuti perkembangan kerjaya saya, mesti tahu saya ni mudah dapat watak mak mak. Haha, haaaa ini kisah dia. Saya ada memperagakan koleksi pakaian daripada satu butik ni. Iaitu butik Leenora (boleh cari kat Facebook).

Alkisahnya Kak Lynn, pemilik Leenora ni cadang nak buat outdoor photoshoot katanya. Nak tema ibu dan anak. Lah sudah! Mak lagi. Haha. Kak Lynn cadang nak ada emosi setiap gambar. Jadi saya pun iya kan aje. Adalah Kak Lynn kongsi gambar anak saya ni.

Saya pun fikir, hmmm ni nak jadi mak lagi ni. Hmmm...

Terus memutuskan, eh kenapa tak boleh jadi mak? Jadi lah mak hot letiup letiup aummm! Kan boleh! Maka saya gembiranya menjadi mak orang pada hari tu. Huehuehue. Masa ni kakak saya, mak saya dan mak cik saya hantar saya pegi shoot tau! Bertambah lah gembiranya dihati saya ni.

Maka dengan itu, mekap saya au naturale sahaja, tak pakai bulu mata pelesu pun~ saya tak ikut sangat mekap photoshoot sebab kadang-kadang mekap tebal ni buatkan saya nampak tua. Haha betul! Sungguh! Ramai yang kata saya nampak jauh muda dari gambar. Belum lagi tekejut bila dapat tau saya ni kurus dalam dunia sebenar. Gituuuuu~

Puji diri tak tinggal yek. Jom tengok saya menggayakan koleksi raya ibu dan anak daripada butik Leenora!

Kaki tu nak, ibu perati je~
Oh anak, duit raya anak tak hilang!



Awat anak lurus ja? Lagu Negaraku ka? Haha
Dia lari nak susu pulokkkk















































Ha? Nak beli ke? Jangan beli kat saya ye. Saya jual servis modelling je. RM 150/jam boleh mekap sendiri. Eh, terlepas pulak promosi diri sendiri. Hehehe. Jadi? Beli kat Butik Leenora ya! Cari je kat Facebook, pasti jumpa!

Hingga bertemu lagi, tata!

No comments:

Post a Comment