Monday 15 June 2015

Semua badan yang tertubuh memerlukan 'Peti Cadangan'

Salam semua,

Saya merasakan bahawa Peti Cadangan ni tersangatlah penting sebab dari situ lah kita dapat tahu apa yang orang hendak daripada kita. Peti cadangan ini boleh berbentuk elektronik, tradisional mahupun forum dan sebagainya.

Contohnya, blog saya sendiri pun ada peti cadangan iaitu emel saya sendiri thirteenpersona@yahoo.com dan Alhamdulillah terlayan lah jugak. Yang tak terlayan tu mungkin sebab saya terlepas pandang dan sebagainya. Nanti saya akan huraikan juga tentang ini ya.

Apa pula maksud badan yang tertubuh ni? Anda boleh kaitkan dengan jabatan kerajaan ke, syarikat jual makanan ke, laman sesawang rasmi siapa-siapa ke asal ada alasan kenapa peti cadangan perlu wujud. Sebagai contoh badan yang perlu sangat ada peti cadangan ni ialah Perdana Menteri kita. Ya, anda mungkin berkata dia ada emel, pergi lah semak kat Jabatan Perdana Menteri.

Apa saya jawab, "Nama pun emel kat Jabatan Perdana Menteri. Jabatan tu yang tolong jawab bukan Perdana Menteri ada masa nak semak emel tu pun. Orang yang tukang semak tu pulak jenis kerja nak senang, dia tak endah punya. Ada dia kisah?" Tapi betul lah, dorang ada peti cadangan tapi sampai tak sampai tu jadi isu. Tu sebab kadang-kadang orang tulis kat komen, blog, status sebagainya sebab dah hantar yang rasmi pun tak kena layan bukan.

Jadi sini saya nak cadangkan satu benda -> Buat peti cadangan yang berfungsi dan memang langsung terus kat orang yang dituju. Ala macam contoh atas, emel PM kita betul-betul. Selagi boleh sendiri baca, sendiri pergi baca. Kalau tak dapat, buat satu pejabat komunikasi peti cadangan gitu. Semua orang dalam tu kerja nya baca je memanjang dan catat soalan-soalan tersebut dalam sistem dorang.

Kira PEJABAT tu ada bahagian macam ni lah:

1. Tukang baca memanjang dan masukkan dalam sistem dan penyaring umum takut ada emel pasal Tesco Giant semua tu kan. Haha. SEMUA soalan walau teruk mana masukkan tiada tapis-tapis.

2. Penyaring soalan berganda dan memperhalusi ayat. Tau lah kadang-kadang ada orang nak bertanya tapi penuh lengkap dengan hiasan kata kesat.  Tapi tetap semua soalan kena masukkan dalam sistem. Kalau dah buang apa guna suruh orang tu bagi cadangan kan walaupun merapu, sebab kita mungkin tak tahu kebenarannya berbanding orang lain.

3. Pengkategorian di mana dia ni bagi label kat soalan-soalan tu. Macam soalan ni khas untuk kerajaan Sarawak dan Imigresen. Satu soalan cadangan tu boleh letak dalam 5 label untuk kelima-lima 'Bawah Label' dapat jawab soalan.

4. Tukang jawab umum. Maksudnya soalan mahupun cadangan tu tak lah bapak teruk sangat. Contoh: "saya mencadangkan agar sungai baru dibuat oleh Jabatan Kerja Raya di Miri kerana saya suka sungai".
Jawapan: "Sungai anda TELAH di masukkan dalam cadangan JKR. Sila ke laman JKR untuk melihat projek cadangan itu"

5. Tukang jawab berlabel. Maksudnya ini mesti PM sdri jawab dan orang yang berkaitan kena jawab. Tak da jawapan klise seperti "sedang diambil kira, sudah di proses".
Contoh: "saya mencadangkan agar rakyat Sabah, Sarawak dan Labuan mempunyai gaji asas terendah RM 1000 sebulan kerana barangan di sini lebih mahal berbanding di Semenanjung"
Jawapan tak bagus: "Cadangan anda diterima. sila rujuk Jabatan Human Resource (tak ingat pulak apa bahasa melayu dia ni dahhh) untuk pengetahuan lebih lanjut"
Jawapan bagus: "Encik Ali Baba, Pegawai Besar kerajaan Sarawak (konon lah) telah membuat jawatan kuasa 'gaji pokok bunga' untuk menghantar surat ke JPM"

Bezanya jawapan bagus ni -> Dia dah letak nama, jawatan, cara nak hubungi orang tu, dah memang buat kerja nak lakukan apa yang kita nak. Kalau tak pun, masukkan dalam satu portal cadangan rakyat.

6. Ahli Portal Cadangan Rakyat. Dorang kerja terima cadangan dari beberapa badan dan kumpul bagi tengok kat orang. Sebab bila kita tunujukkan kita memang ambik perhatian dan kita pulak tunjukkan orang tu punya soalan, dia akan rasa di hargai. Bahagian ni jugak adalah seronok, saya rasa kalau JPM buat ni, kaw-kaw berkesan. Tapi harap je kalau Kerajaan Negeri Sarawak yang dapat dulu. Boleh lah jadi contoh lain. Hehe. Kiranya portal ni sama ada menjadi "peti cadangan khusus untuk cadangan", "jawapan peti cadangan setiap badan yang dikumpulkan" dan "peti suara isi rakyat". Bagus bukan? Tak kan tak da bajet buat ni kut. 

Harapan saya: SAYA NAK JUMPA PM DAN KETUA MENTERI SARAWAK DALAM PERSENDIRIAN (mesti lah ada orang lain tapi tetap tak ramai. husih, elakkan maksiat. lel). Kenapa saya nak jumpa? Sebab saya nak sampaikan SEMUA cadangan dalam otak saya ni daripada tulis kat blog kan. Dan kalau saya tulis dalam blog, nanti akan cetuskan kemarahan dan serius mereka akan rugi. Ya, idea saya ni memang akan cetuskan kemarahan sebab saya jenis tuntut apa yang HAK!

Jugak, kenapa saya tak buat sesuatu untuk jumpa mereka? Sila lah ke laman rasmi mereka, banyak sangat benda yang "rasmi" yang tak akan sampai kat dorang. Dan kalau FB sebagainya adalah tidak profesional. Jangan padang enteng tau walaupun saya macam ni~ saya tahu apa yang saya nak cakap~ saya dah puas tanya cik google dah macam mana nak hubungi mereka pun~

Tu je, kalau PM dengan Pak Nan baca kan bagus. Serius SAYA ADA BENDA PENTING NAK CAKAP!

Tata~


Saturday 13 June 2015

Soalan Lazim Kerajaan dan Pembangkang

Salam,

Hari ni tetiba nak rasa berpolitik. Hehe, tak pun! Cuma rasa nak kongsi jugak soalan lazim rakyat kita sebab saya sendiri pun nak tau jawapannya. Kalau korang baca mesti banyak pasal Sarawak sebab saya orang Sarawak, haha jadi mesti lah ni yang paling banyak saya dengar. Jadinya jugak tak semua soalan yang masuk sebab ambik yang 'PISANG GORENG KEJU' je ya.

Tapi entah lah siapa nak jawab ek. Kongsi je lah~

Soalan lazim:

1. Harga barang kat Sarawak dan Sabah lagi mahal tapi kenapa gaji asas penjawat awam kat Semenanjung lebih RM 100 dari kat Sabah dan Sarawak? Semenanjung - RM 900 manakala Sabah dan Sarawak RM 800 sebulan.

2. BR1M mempunyai banyak slogan antaranya wang rakyat untuk rakyat. Jadi orang yang berpendapatan lebih RM 4,000 bukan rakyat ke?

3. DAP dan PAS gaduh putus kawan, PKR pergi mana?

4. DAP hendakkan PERSAMAAN TARAF, PAS hendakkan HUDUD/UNDANG-UNDANG ISLAM, PKR hendakkan APA? Ada orang kata PKR hendakkan KEBEBASAN DS Anwar tapi tu bukan dah hal peribadi ke.

5. Cina masuk Islam salah. India masuk Islam salah. Siapa bawa masuk ajaran agama Islam awal-awal sebenarnya? Bukan dulu-dulu melayu dulu pun masuk Islam pasal dorang ke masa kita belajar sejarah.

6. Sarawak ada GAS, MINYAK, BALAK, dan HASIL BUMI lain. Tapi kenapa tak maju macam kat Semenanjung? Tenetttttt, tu sebab lah sekarang ni wujud Sarawak for Sarawakians nak keluar Malaysia sebab tu je satu-satu nya nak dapat royalti semua. Harap sedar.

7. 1MDB syarikat naungan kerajaan, tapi kenapa buat kat KL je banyak pembangunan? Negeri lain bukan kerajaan dah ke maksudnya. Siap ada Tun Razak Exchange bagai tapi kat Sarawak haram.

8. Royalti oh royalti, kenapa royalti setiap kerajaan negeri dapat 5% je? Lain-lain pergi mana sebab  setahu rakyat banyak pembangunan buat kat kawasan luar negeri yang dapat royalti tu. Kebabom lagi. Siap dorang tak bagi komisen untung pun kat kerajaan negeri yang sumbang tu. Apa cer.

9. Kenapa Universiti banyak kat Semenanjung? Lepas tu bila orang Sarawak Sabah datang belajar sana kena pulau, kalau tak kena pulau buang duit bayar tempat tinggal dan tiket kapal terbang. Konon dapat tuntut' tapi ada had! Tuntut pun bukan semua dapat pun. Sama lah ni dengan orang yang kerja kat sana.

10. Oh ironinya, MACAI bukan maksud 'Mahu Apasaja Cakap Anwar Ibrahim' ke? Kenapa dorang kata MACAI ni penjilat BN. Yang ni saya nampak ada orang komen kat FB. Hehe.. serius saya pun terfikir keras jugak!

11. Rakyat kerajaan negeri yang dikuasai pembangkang selalu kata dorang punya pemimpin tak dapat jalankan manifesto sebab duit kerajaan persekutuan yang pegang betul ke? Bukan setiap negeri ada duit masing-masing ke. Bahagian mana pulak dorang tak boleh laksanakan manifesto pulak. Duit ada, cuma dorang yang tak nampak duit tu sebab tangan dah ambik dulu. Hahahaha..

12. Tak boleh percaya pengundi atas pagar ni konon neutral tapi sebenarnya undi BN lah tu kan? Eleh, tak boleh wujud ke orang neutral. Tak berakali mahupun berasid. Sukahati dia lah nak neutral sebab orang neutral yang pandai ambik peluang kat kerajaan dan pembangkang. Hati senang banyak ma. Tak susah hati nak lawan atau sokong malah terus merembat peluang. Bukan macam tu ke.

13. Bukan dulu ada janji nak selaraskan harga barang kat Malaysia ni ke? Masih mahal pun kat Sabah Sarawak ni. Janji di capati. Capati tu bukan makanan ke. Saya selalu pelik jugak dengar ayat ni.

14. Pakatan Rakyat tu wujud ke? Apa pasal dorang punya target membatalkan salah satu yang lain. Ala macam DAP tak nak hudud dan PAS tak nak sama taraf. Yang PKR pulak dua-dua sokong, dua-dua pun tarak sokong. Aiyo.

15. GST ni perlu ada untuk mengurangkan kebergantungan terhadap minyak dan gas negara, dah tu kenapa tak reti nak naikkan royalti minyak negeri orang?

16. Menteri Besar Selangor buat apa? "Awak kat mana~ Awak-awak kat mana?~ Hey awak kat mana?" Macam sikit-sikit masalah muncul kat sana je. Negeri lain tak lah bermasalah macam tu sekali. Bukan Selangor 'the very the vogue the modern the state gittew ke'.

17. [Tambahan oleh kawan saya], PM pergi mana masa dialog bersama rakyat? Ala kes dengan Tun Mahathir tu. Tak kata apa-apa pun kat televisyen. Setakat polis tolong cakap tak main lah. Mari nyanyi lagi sambungan kat atas, "Awak kat mana~ Awak-awak kat mana~ di tanya-tanya lagi~"

18. Kenapa KKM dan KPDNKK ni merosakkan mata pencarian peniaga atas talian koyak bungkusan orang kat pos? Kerajaan nak cari duit lebih ke atau dah tak da kerja nak buat lagi.

19. Kutuk isteri PM kaya raya dengan cincin bergerlapan, cuba kutuk Betty isteri YB Lim Guan Eng, apa jadi? Sama je kot. Cik Rosmah ada cincin - Cik Betty ada rantai mahal wo. Bergabung! Buat kedai perhiasaan. Soalannya jugak, dari mana dapat duit. Tadaaaaaaa..

20. Cik Rosmah berseronok pergi Bangkok, Cik Betty berseronok pergi Paris, Cik yang lain pergi berseronok kat mana pulak?

21. Guru kafa kena pecat gara-gara dia tuntut elaun yang kerajaan negeri Selangor janji nak bagi, apa salah dia?

22. Kenapa pembangkang suka main tukar-tukar kerusi parlimen dan DUN? Contoh Keluarga Lim dan Keluarga Anwar Ibrahim. Macam tak ada haluan je. Eh kejap, ni parti pembangkang ke parti keluarga sebenarnya.

Hehe, tu je saya nak kongsi. Kebanyakkan saya ambik dari FB masa tengah baca-baca komen membara daripada rakyat Malaysia yang perihatin lah sangat ni. Ada soalan ni dah lama, ada yang baru dan ada yang masih hijau gitu~
Harapnya ada orang yang sudi bagi jawapan. Sebab saya pun nak tahu! Dan saya merupakan penyokong Pakatan Barisan Rakyat Nasional. Heh heh heh. TAK DA MAKNA NYA. Bagi saya, siapa yang merosakkan kehiudpan bangsa dan agama saya, orang tu yang saya akan lawan!

Saya seorang yang neutral dan soalan nombor 12 tu saya punya jawapan sendiri. Heh heh.

Insha Allah kalau ada apa-apa saya tambah ya. Haih berdosa pulak nak taip soalan lazim ni takut menimbulkan pertelingkahan pulak namun saya pun ada rasa ingin tahu kenapa soalan ni boleh timbul oleh rakyat dan saya sedar di setiap soalan mempunyai kebenarannya sendiri.

Tu je. Tata~

Friday 12 June 2015

Politik Bodoh Bhg.1

Salam korang semua,

Maaf tajuk tak sopan. Hehehe.. kalau sopan sangat tak sampai mesej.

Sebenarnya dari hari tu lagi sakit hati pasal duit RM kita ni jatuh lagi! Haishhh.. Bila lah nak meningkat ni. Dah tak stabil. Menyampah pulak rasa. *mata tengok tepi, tangan ke bahu*

Yang saya tahu duit kita jatuh disebabkan faktor luaran di mana USD ni makin naik gara-gara ekonomi Amerika Syarikat yang meningkat. Tu satu hal, yang satu hal, hari ni tengok pertukaran duit RM dengan Brunei Dollar ialah 1 BD$ bersamaan dengan RM 2.73++!!! Bapak lahhhhhhhhh!

Rasa macam tak nak ada duit Malaysia pun ada~ Tapi kerajaan kita tu kata yang kejatuhan ni bersifat sementara. Jadi mari doakan yang benda ni memang sementara sebab Isnin hari tu 1 USD bersamaan dengan RM 3.78 tapi hari ni semak balik dah jadi RM 3.74. Kira duit kita naik balik lah. Tapi sampai bila sifat sementara ni??

Sebelum tu saya nak kongsi pasal benda panas iaitu Menteri Perlancongan dan Kebudayaan kita -> YB DS Nazri Aziz. Ni kes bangang gak lah. Bukan menteri yang bangang, orang yang komen benda tak pakai otak tu lah bangang! Nak tau kenapa saya kata bangang?

Tolonglah, orang yang buat benda ni patut taubat sikit. Orang ni
mesti tak dengar atau baca pun apa menteri ni cakap. Main rembat je!

Kenapa saya kata orang tu bangang?

1. YB kata dia antara yang paling gembira sebab bagus untuk perlancongan dari orang luar dan orang malaysia sendiri. Ye lah, orang luar nak masuk negara kita sebab mereka akan rasa murah dan kaya raya gittew~ Manakala orang malaysia pun tak da bajet nak pergi luar negara dan melancong je lah kat malaysia sendiri. KAN DUIT TU masuk Malaysia balik! Mesti lah dia gembira.

2. Dia kata bagus untuk PERLANCONGAN. Korang sentap kenapa? Tak da kan dia kata bagus untuk perniagaan dan lain-lain kan. Dah dia menteri bahagian perlancongan, mestilah dia cakap bahagian dia je!

3. Sebab korang benci abadi kat dia. Kutuk macam-macam! Tapi sebenarnya poyo sebab korang bagi pahala GRATIS korang kat dia! Kata benci tapi diam-diam cinta ek? HAHAHA..

Tapi kan korang, bukan nya nak sokong kerajaan ke apa, tapi dah menteri ni cakap betul. Saya sokong lah dia! Lainlah kalau korang kata pasal YB satu lagi tu. YB Ahmad Maslan.. HAHAHA.. Pasal kes GST tu ler.

Adakah patut dia kata memasak untuk elakkan GST, macam lah barang masakkan tu tak kena GST ek! Ha yang ni saya sokong kalau korang kutuk dia. Haha, tapi jangan kutuk lebih-lebih, nanti karang pahala kurang! Saya kutuk pun kutuk sebab dia main cakap je tak lah sampai nak keluar kata kesat. Sebab tak elok kottttt guna kata kesat.

DAH memang dunia politik kan. BODOH tu memang ada. Kalau tak kat YB-YB, kat PENYOKONG YB-YB.

Hehe, lain kali pulak ya saya kongsi pasal pembangkang! Sama jer tu!

Bebalik kepada mata wang kita, ada dengar kisah betul ke tak. Pasal kat Bangkok, hotel dorang tak nak tukar duit Malaysia sebab tak stabil. Ya Allah! Harap je duit kita ni naik je lah lepas tu kekalkan paras +/- 0.001 je. Kalau macam ni, kemungkinan ramai lah orang nak labur kat luar negara ye.

Tata~



Saturday 6 June 2015

Kerja Kat Rumah je? Biar Betul?

Salam semua :)

Hari ni kalau ada yang perasan kat sebelah kanan blog ni ada iklan Jobdirumah kan. Ha, kalau nak tau saya jenis bukan kongsi benda tipu-tipu. Benda tu mesti saya kena alami nya dulu baru nak cerita.

Jobdirumah ni sebenarnya:

1. Pelantar (Platform) bagi peluang pekerjaan alam maya.

2. Yang mendaftar BUKAN bekerja untuk Jobdirumah!

3. Peluang kejayaan bergantung kepada kerajinan masing-masing. Lagi rajin dan berkualiti anda buat, lagi banyak kejayaan dan pendapatan anda.

4. Kerja yang di cadangkan oleh mereka ni berbentuk "penulisan", "seni lukis", "reka bentuk", "soal selidik berbayar", "Kerja penterjemahan" dan macam-macam lagi asal boleh dilakukan melalui alam maya.

5. Korang kena yakin dengan apa korang buat. Kalau tak yakin jangan buat. Sebab yang buat tu anda dan bukan orang lain.

6. Tak perlu kemahiran tinggi dan anda boleh memperbaiki kemahiran yang sedia ada.

Apa-apa anda boleh terus ke Jobdirumah!

Jom lah cuba dan isi masa lapang dengan berfaedah~

Jika ada apa-apa soalan boleh emel saya (rujuk kat tepi kanan blog) atau baca terus melalui pautan yang saya kongsi ya. Kat situ ada penulisan tentang soalan yang bermain difikiran kita. :D

Tata~