Wednesday 8 May 2019

BARU! Sos Nyonya dan Pakej Ramadan Mana Makan? di ShellOut


Salam Ramadan 2019 semua.

Bila bulan puasa datang mula lah nak mencari sesuatu yang istimewa untuk berbuka kan? Ha sekarang ni terbaru daripada ShellOut iaitu Pakej Bulan Ramadan iaitu Makan Mana? Terdapat dua pilihan untuk pakej ini iaitu Makan Syiok (makan 4 orang) dan Makan Sedap (makan 2 orang).

Di apit oleh isteri orang. Haha. Dari kiri Ain, saya dan Beto.
Patutnya belah Ain tu ada Wani tapi tengah main dengan
anak Beto kot?

Istimewa juga, ShellOut memperkenalkan sos terbaru mereka iaitu Sos Selera Nyonya!


Sos Selera Nyonya ini anda boleh pilih untuk makan sekali dengan Pakej Bulan Ramadan tau. Makan Mana dan Sos Selera Nyonya sudah boleh dipesan di ShellOut bermula 6 Mei yang lepas tapi dalam tempoh yang terhad je sehingga 23 Mei! (Harap Sos Selera Nyonya boleh jadi menu kekal, saya terlajak cinta!)

Berbalik kepada pakej ramadan Makan Mana? Ada dua set Makan Syiok dan Makan Sedap. Pakej dia seperti berikut:


Makan Syiok RM 382.90
Beza antara kedua-dua pakej ini ialah kuantiti, kehadiran lobster dan udang sahaja. Pilihan sos untuk ShellOut boleh dipilih seperti biasa. Tapi direkomendasikan untuk mencuba Sos Selera Nyonya terbaru.

Makan Sedap RM 179.90
Meski rekomendasi mengatakan makan untuk empat atau dua orang, makanan yang dijamu sebenarnya terlajak banyak tau. Bawalah ekstra seorang sehingga tiga orang kawan tau! Lelebih lagi kalau ada yang tak kuat makan, orang kuat makan pun tak boleh tampung! 

Serius sangat banyak!!!!

Saya sendiri dah cuba pakej Makan Syiok sebab tu tau jumlah banyak mana, siap bawa lebih kawan lagi! Pun masih tak habis, saya bungkus lelebih tu. Hehe. Sekarang, jom saya bawa anda ke ulasan tulus dari jiwa sanubari! 

Ini lah dia kesayangan saya~ Menggunakan sos selera nyonya.

Ini baru bahagian utama 'ShellOut' tau. Baru satu set! 

Saiz: Banyak dan besar sangat
Kesegaran: Ya!
Sos Selera Nyonya: Sedap!

Kalau siapa dah pernah pergi ShellOut kan, selalu mesti ambik sos chili crab tu kan. Bagi saya sos chili crab lebih kepada manis lemak-lemak, tapi Nyonya Sos ni berbeza sangat! Rasa masin, masam, pedas, manis-manis kicap serta kepadatan sos dengan bawang-bawang cili kisar tu boleh rasa!

Sos ni tak menyebabkan anda berselera lebih lagi sebab dia tak memuakkan pun. Mungkin sebab ada rasa masam tu, saya boleh makan banyak! Jujur eh, 'the best ShellOut sauce everrrrrrrrrrr'!

Puji-puji jugak, sos ni tak pedas sangat dan masih ada rasa manis-manis sikit~ 

Besar ya lobster dan ketam tu. Isi dua-dua penuh. Bukan kosong! Tak berebut pun nak makan~

Lobster dan ketam gedabak ya, isi pun padat penuh. Belum lagi dengan udang dia gemuk-gemuk. Kenyang makan isi je! Belum lagi makan nasi. Sayur lain pulak dicelur dan rebus tak terlalu empuk masih ada keras-keras sedap digigit. Haip!

Tahan puasa~

Nasi kerabu!!!!! Nasi kerabu dia pun sedapppppp! Fillet ikan cecah dengan sos tartar terbaik!
Fillet ikan dia pun segar, tak rasa berminyak. Paling sedap bila cecah dengan sos tartar tu. Uiiiiiii, sos tartar dia sedapppppp. Colek dengan benda lain pun padu! Kuih pula bagi saya pun sedap. Tak rasa kurang perisa ke, tak terlalu diubah sangat dan sebagainya. Masih boleh rasa seperti kita beli kuih sendiri kat Bazar Ramadan~

Kurma dan kuih melayu seperti kuih pelita, kuih lapis dan agar-agar pun
disediakan. Ni konon nak makan 4! Tapi makan 6 orang pun tak apa!

Air Ribena dan Oren Soda! Ni serius minum tekak rasa gulup gulup ahhhh~

Air yang istimewa untuk Pakej Bulan Ramadan Makan Mana? ialah Air Ribena dan Oren Soda. Air ni sejuk-sejuk memecah anak tekak terbaik! Rasa dia manis masam jugak tau, boleh bagitau untuk kurang manis sesiap. Hehe, sebab saya memang jenis tak minum manis. Tapi masa makan banyak makanan kat atas, bila teguk air ni nikmat dia lain macam!

Boleh makan lagi dan lagi~ 'so refershing'

Secara keseluruhan agak berbaloi dan puas hati walaupun nampak macam eh mahalnya beratus, tapi benda boleh kongsi kenapa nak makan sorang kan~ Jadi bila makan ramai-ramai sebenarnya lebih seronok dan jimat. Rasa semua cukup daripada ke makanan laut, sos, minuman, makanan sampingan termasuklah layanan elok yang diberikan. Anda patut cuba walaupun sekali waktu bulan puasa ni tau.

Selain tu jugak, ShellOut turut menyajikan menu baru yang lain tau. Seperti Gojijang Chicken Wings, Cheese Mayo Mussels dan Parmesan Breadcrumbs Mussles. Boleh cuba jugak ya!

Dari kiri Gojijang Chicken Wings, Cheese Mayo Mussels dan Parmesan Breadcrumbs Mussles.

Terliur kan? Rasa nak pergi lagi lahhhhh! Sesambil tu saya sisipkan ruangan deko ShellOut cawangan G-Village Desa Pandan yang saya pergi hari tu.

Luaran dia gini. Sangat luas. Senang nak bawa keluarga dan sahabat handai.

Setiap sudut tu ada 'instaworthy' wall!

Bersama kawan dan keluarga ShellOut. Mak ayah Qis (tidung merah angkat baby) segan nak bergambar.

Sekian saja untuk ShellOut Pakej Ramadan 2019 kali ini. Sebarang info lanjut boleh rujuk kat bawah ya.

Maklumat lanjut:
ShellOut Malaysia
16-1 Jalan Pju 5/15, Dataran Sunway Damansara
Petaling Jaya, Malaysia 47810


Cawangan: Kota Damansara Setia Alam, Publika, G-Village Desa Pandan, Ayer 8 Putrajaya, Main Place USJ 21 dan Vista Alam Shah Alam (Baru).
Masa Operasi: Mengikut cawangan masing-masing rujuk disini.

Ralat* Pembukaan ShellOut di Vista Alam, Shah Alam & Pakej Mana Makan?

Dibuka 12 Mei ini!
 

Selamat berpuasa dan menjamu selera. Sehingga berjumpa di lain entri. Tata~

Tuesday 30 April 2019

Pameran Taiwan Excellence Hi-Tech Week menampilkan 55 inovasi terkini yang kini boleh didapati di Malaysia

Salam semua,


Baru semalam saja saya pergi ke Plaza Lowyat bukan nak membeli gadget tapi melihat gadget berteknologi tinggi daripada Taiwan.
Eh siap jadi model dengan Faa lagi tau! 
Ye, sekarang ni ada pameran Taiwan Excellence Hi-Tech Week tau!
Sebelum tu saya perkenalkan apa Taiwan Excellence ni. Taiwan Excellence ni ialah satu anugerah khas daripada Taiwan yang memperkenalkan barangan buatan tempatan dengan memperkenalkan inovasi yang ada ke negara luar seperti Malaysia. Ini termasuklah industri teknologi perubatan, tradisi, kecantikkan, elektrik, elektronik, fesyen, esport dan banyak lagi!
Program ini ialah spesifik bagi produk/servis buatan Taiwan yang dibuat oleh warga Taiwan sendiri untuk jenama Taiwan sendiri. Kira semuanya tak menggunakan pakar dari luar lah! Jadi untuk meluaskan lagi kepakaran mereka, terhasilah program ini untuk membuat penjelajahan pameran ke serata asia gitu.
Ha, tapi kali ni lebih kepada Hi-Tech lah. Buatan inovasi elektrik dan elektronik berteknologi tinggi canggih dan buatan original daripada mereka. Jom kita jelajah serba sedikit kawasan
Pada hari kejadian jugak, saya terpaku kepada dua jenis inovasi daripada dua jenama Taiwan ni iaitu Transcend dan TEAM.
Pertama – DrivePro Body 60 (Transcend)
Model DPB60 ini ialah terbaru di pasaran. Kamera yang diletakkan dibadan ni bagus untuk kegunaan peribadi ataupun pegawai keselamatan yang bertugas. 
Tak besar mana pun

Kebaikkannya ialah:
-         Carupan imej sensor daripada Sony dengan  carupan definisi tinggi, warna yang tepat, noise cancellation dan mampu beroperasi didalam gelap.
-         Tethered camera unit yang membolehkan kamera diletakkan di setiap ceruk badan. Memberi keselesaan dan carupan imej lebih elok.
-         Mempunyai Blutooth dan Wi-fi connectivity secara langsung ke hp bahkan boleh live streaming!
-         Batteri tahan lama, rekaan yang tahan lasak dan mempunyai sistem GPS tracking.
Nah cenggini je

Kedua- Delta RGB SSD (TEAM)
RGB SSD yang membuatkan penggemar modifikasi lampu terhadap komputer mereka teruja! Pengguna boleh membuat setting lampu lip lap gerak geri emosi macam mana dikhendaki dengan menyearikan dengan motherboard.
Barulah pengalaman menggunakan komputer dan sebagainya lebih feel dengan gerakkan lampu yang seolah-olah beremosi.
Ada dua pilihan warna tau, putih dan hitam. Ni bewarna hitam
Jom lihat kelebihan yang ada:
-         Paling besar dalam luminous RGB area dengan ratio 5:3
-         Mempunyai 16.8 milion warna RGB dengan configurable mixed colour lighting effect
-         Lighting effect boleh synchronized with motherboard which has 5V ADD header
-         Read/write speed up to 560 MB/s. 4 times faster than traditional HDD
-         2.5 inchi hard drive dengan ketinggian 9.5mm in height
Saiz dia walaupun begini boleh memberi impak warna yang banyak tau.
Bukan tahap lip lap lampu raya aja, boleh edm sekali!

Okay posing sikit.

Menarik kan dua jenis produk ni. Selain tu dekat Pameran Taiwan Excellence-Hi tech week ni turut emnampilkan rekaan inovasi elektronik dan elektrik yang merangkumi esports, lifestyle dan banyak lagi. Banyak lah susah nak cerita, kena pergi sendiri tau.

Jom jemput ke Pameran Taiwan Excellence dan terokai lebih banyak lagi inovasi yang ada sebab ada 24 jenama Taiwan yang menampilkan 55 rekaan inovasi mereka tau.
Boleh tengok aktivit lain yang berlangsung

Ha ini lah sisi atas pameran tersebut.
Maklumat pameran seperti dibawah:
Pameran: Taiwan Excellence Hi-Tech Week
Tarikh: 29th April - 5th May 2019
Masa: 10am - 10pm 
Tempat: Plaza Low Yat, Concourse, Ground Floor

Sehingga berjumpa lagi.

Sunday 28 April 2019

Fesyen raya 2019? Padanan Kebaya dan Kutubaru bersama Pario songket Byhisdaisy menjadi pilihan.

Assalam semua,

Bulan ni saya sempat menghadiri majlis esklusif dan peragaan pertama yang dianjurkan Byhisdaisy di hotel ibu Negara. Majlis Magika Raya 2019  Byhisdaisy membawa tema ‘Makes Kebaya great again’  dengan harapan membawa fesyen zaman dahulu yang sentiasa malar segar.

Menggayakan kebaya Qhadeeja bersama Pario koleksi Byhisdaisy.
Sedikit pengenalan, Byhisdaisy ni ialah sebuah jenama yang unggul dalam fesyen kebaya dan sekarang mereka memperkenalkan semula kutubaru dan pario. Buat kali ini pula, mereka memperkenalkan 30 koleksi raya mereka! Koleksi itu termasuk dengan kebaya, kutubaru dan pario, boleh 'mix and match'. Fesyen di tangan anda! Beli satu-satu atau set pun boleh!

Jom lihat koleksi peragaan yang ada!

Baju dan pario yang digayakan oleh model-model:

Comey nyaaa pakai.

Tak kisah tinggi ke kemetot ke, kurus ke berisi ke, semua pun lawa pakai koleksi raya
Byhisdaisy ni.

Sekali dia mengibasssss.

Tutup mata pun dah lawa.

Yaaaa! Putih hitam pun ada tau! Cantik kan!

Lawa tak lawa! Lawa!
Untuk melihat gambar lain semasa majlis Magika Raya 2019 ni boleh lah singgah tengok tengok kat bawah ni. Galeri:

Founder Byhisdaisy ketika memberi ucapan
penuh syahdu. Dengan ramai orang sekali menangis.

Siapa tu? Gelak sakan ya Kak Atie kat sebelah. Hahaha.

Ini lah slide show utama
Tengok macam sama je? Ha memang macam sama tapi tak sama pun. Kutubaru dan kebaya kalau tengok betul-betul ada beza dari segi terletaknya kerrawang dan bagaiman baju itu ditutup. Seperti gambar kat bawah ni.

Sumber IG @kebayacracy #bhdapperentice

Dah ada yang terpikat nak beli tak?

Oh selain itu, memandangkan ramai pengguna dan pembeli Byhisdaisy ni selalu membeli rekaan mereka, mereka mewujudkan sistem ‘Membership Program’ atau program keahlian. Program ni memberi keistimewaan terhadap pendaftar agar mendapat hebahan koleksi terbaru, penikmatan harga lebih rendah, menghadiri majlis esklusif dan sebagainya. Dah boleh dapatkan ya!

Sisi hadapan

Sisi belakang
Untuk pembelian boleh rujuk cara di bawah:
1. Pembelian secara langsung di www.byhisdaisy.com.my
2. Order melalui Byhisdaisy #bhdapperentice
3. BHD HQ whatsapp di +6019 606 1751
4. Datang ke butik Byhisdaisy di Alam Damai, Cheras

Kalau rasa nak beli dengan penjelasan daripada manusia takut salah beli boleh rujuk kawan kita ni Cik Faa di +6011 3592 3229 atau boleh check IG @kebayacracy

Semoga semua orang tabah membeli baju raya dan jangan lupa untuk mendaftar jadi ahli dahulu ya!
Untuk maklumat lebih mengenai Byhisdaisy boleh rujuk kat sini:

BYHISDAISY INTERNATIONAL SDN.BHD
No 32A-1, Jalan Damai Perdana 1, Bandar Damai Perdana,
56000, Cheras, KL
No tel: +60199 606 1751 / +603 9521 6544
Masa Operasi:  Isnin – Jumaat  pukul 10.00am-5.00pm
Emel: customercare.byhisdaisy@gmail.com

Laman rasmi:https://www.byhisdaisy.com.my/
Facebook: https://www.facebook.com/byhisdaisy
Instagram:https://www.instagram.com/byhisdaisy/

Sehingga berjumpa di lain entri! Tata~

Thursday 25 April 2019

Tempat bermalam di Cameron Highlands

Salam semua,
Hari ni saya nak kongsikan satu penginapan yang berada di Cameron Highlands. Terletak kat Tanah Rata je tempat dia iaitu Apartment Servis Quintet atau Quintet Serviced Apartment. Apartment ni merupakan salah satu penginapan yang disediakan di bawah Dream Scape.
Sumber https://t-ec.bstatic.com/images/hotel/max1024x768/146/146467856.jpg
Dream Scape ni ialah syarikat yang turut menyediakan tempat penginapan di tempat lain jugak tau seperti Cyberjaya, Melaka dan Pulau Pinang. Semua pun sangat menawarkan harga berbaloi baloi!
Kembali kepada Quintet yang terletak di kawasan bukit-bukit rendah, penghuni Quintet Apartment boleh menikmati persekitaran dan permadangan yang indah, cantik dan aman. Seronoknya kawasan ni sangat menitikberatkan privasi dengan kemudahan fasiliti dan keindahan taman yang disediakan.  Lagi seronok bila tinggal kat Apartment, anda tak perlu nak bersesak dengan kereta, boleh pergi dengan senang dan parking dengan senang je.
Buang kerisauan anda!
Nak cari apartment ni pun mudah sangat sebab? Lokasi Apartment ni terletak di sebelah Pasar Malam Cameron Highlands! Lapar tengah malam tak de hal bro! Kalau tak nak membeli? Nak memasak biasa-biasa pun boleh sangatttttt! Ada dapur okie!

Harga dan bilik pulak seperti ini:

Quintet Service Apartment ada dua jenis iaitu Deluxe Three Bedroom dan Standard Three Bedroom. Dua-dua pun sangat okay sebab tiga bilik boleh bawa family besar!

Harga pun dalam lingkungan RM 340 semalam. Kalau promo? Lagi murah. Boleh jugak booking melalui platform lain seperti booking.com, expedia dan lain-lain tau.

Dreamscape punya katil cara susun, bantal, katil semua tu sebijik buat macam hotel. Baru rasa macam hotel mewah tapi dekat di hati. Gitu.

Jom tengok Quintet Serviced Apartment!
Ini ialah daripada bilik Deluxe Three Bedroom Apartment
Penting ada tandas dalam bilik. Ramai-ramai orang nak jaga privasi dan aurat
gitu. Ni penting tau!

Minimalis, cantik tak serabut.

Ruang pun sangat besar. Boleh bawa anak-anak yang berlari sakan.
Ini pula daripada bilik Standard Three Bedroom Apartment
Walaupun standard masih lawa tau. Lagi suka warna dan hiasan gini

Ruang makan pun lahaiiii lawa!

Pun besar jugak~ Rasa yang standard ni pulak lagi lawa kan?

Menariknya juga Quintet Apartment ni sangat dekat dengan lokasi tarikan pelancong yang lain seperti:
·         Kampung Orang Asli 0.2 km
·         Kuil Sri Thandayuthapani Swami 2 km
·         Kuil Sam Poh  2.3 km
·         Cactus Valley 2.6 km
·         Time Tunnel Museum 3.3 km
·         Kok Lim Strawberry Farm 3.4 km
·         Ladang The Boh  4.8 km
·         Cameron Highlands Butterfly Farm 5.1 km
·         Ladang Lebah Ee Feng Gu Honey 5.3 km
·         Tea Plantation Mountain 0 km
·         Lavender Garden Mountain 2 km
·         Robertson Rose Garden 5.7 km

Semuanya kurang daripada 6KM!

Selain tu, benda lain yang penting ketika penginapan juga turut disediakan.

Ralat:

Antara pemandangan yang boleh dinikmati di Quintet Aparment.

Sumber: https://nuprop.my/img/property_images/20160414110229_Quintet3.jpg?w=570&h=428
Sumber: https://nuprop.my/img/property_images/20160414110149_Quintet1.jpg?w=570&h=428

Benda wajib dan ekstra pun ada seperti:

-          FREE Wifi
-          Mesin basuh
-          Toiletries


 Untuk maklumat lebih lanjut boleh rujuk di bawah:

DreamScape

Alamat: F-7-2 SetiaWalk Persiaran Wawasan Pusat Bandar Puchong 47160 Puchong Selangor
No tel: +603-8659 1320
Hari Operasi: Isnin -Jumaat
Masa operasi: 10 am - 5.30 pm
Emel: dreamscapemgt@gmail.com

Penginapan buka bila-bila masa ya ofis je ikut hari dan masa operasi. Hehe.

Lamanrasmi: http://www.dreamscapemgt.com
Facebook:https://www.facebook.com/dreamscapemgt/
Instagram:
https://www.instagram.com/dreamscapemgt/

Apa lagi gais, boleh usha Quitet Apartment sekarang! Kita plan lepas bulan puasa nanti!