Tuesday 30 April 2019

Pameran Taiwan Excellence Hi-Tech Week menampilkan 55 inovasi terkini yang kini boleh didapati di Malaysia

Salam semua,


Baru semalam saja saya pergi ke Plaza Lowyat bukan nak membeli gadget tapi melihat gadget berteknologi tinggi daripada Taiwan.
Eh siap jadi model dengan Faa lagi tau! 
Ye, sekarang ni ada pameran Taiwan Excellence Hi-Tech Week tau!
Sebelum tu saya perkenalkan apa Taiwan Excellence ni. Taiwan Excellence ni ialah satu anugerah khas daripada Taiwan yang memperkenalkan barangan buatan tempatan dengan memperkenalkan inovasi yang ada ke negara luar seperti Malaysia. Ini termasuklah industri teknologi perubatan, tradisi, kecantikkan, elektrik, elektronik, fesyen, esport dan banyak lagi!
Program ini ialah spesifik bagi produk/servis buatan Taiwan yang dibuat oleh warga Taiwan sendiri untuk jenama Taiwan sendiri. Kira semuanya tak menggunakan pakar dari luar lah! Jadi untuk meluaskan lagi kepakaran mereka, terhasilah program ini untuk membuat penjelajahan pameran ke serata asia gitu.
Ha, tapi kali ni lebih kepada Hi-Tech lah. Buatan inovasi elektrik dan elektronik berteknologi tinggi canggih dan buatan original daripada mereka. Jom kita jelajah serba sedikit kawasan
Pada hari kejadian jugak, saya terpaku kepada dua jenis inovasi daripada dua jenama Taiwan ni iaitu Transcend dan TEAM.
Pertama – DrivePro Body 60 (Transcend)
Model DPB60 ini ialah terbaru di pasaran. Kamera yang diletakkan dibadan ni bagus untuk kegunaan peribadi ataupun pegawai keselamatan yang bertugas. 
Tak besar mana pun

Kebaikkannya ialah:
-         Carupan imej sensor daripada Sony dengan  carupan definisi tinggi, warna yang tepat, noise cancellation dan mampu beroperasi didalam gelap.
-         Tethered camera unit yang membolehkan kamera diletakkan di setiap ceruk badan. Memberi keselesaan dan carupan imej lebih elok.
-         Mempunyai Blutooth dan Wi-fi connectivity secara langsung ke hp bahkan boleh live streaming!
-         Batteri tahan lama, rekaan yang tahan lasak dan mempunyai sistem GPS tracking.
Nah cenggini je

Kedua- Delta RGB SSD (TEAM)
RGB SSD yang membuatkan penggemar modifikasi lampu terhadap komputer mereka teruja! Pengguna boleh membuat setting lampu lip lap gerak geri emosi macam mana dikhendaki dengan menyearikan dengan motherboard.
Barulah pengalaman menggunakan komputer dan sebagainya lebih feel dengan gerakkan lampu yang seolah-olah beremosi.
Ada dua pilihan warna tau, putih dan hitam. Ni bewarna hitam
Jom lihat kelebihan yang ada:
-         Paling besar dalam luminous RGB area dengan ratio 5:3
-         Mempunyai 16.8 milion warna RGB dengan configurable mixed colour lighting effect
-         Lighting effect boleh synchronized with motherboard which has 5V ADD header
-         Read/write speed up to 560 MB/s. 4 times faster than traditional HDD
-         2.5 inchi hard drive dengan ketinggian 9.5mm in height
Saiz dia walaupun begini boleh memberi impak warna yang banyak tau.
Bukan tahap lip lap lampu raya aja, boleh edm sekali!

Okay posing sikit.

Menarik kan dua jenis produk ni. Selain tu dekat Pameran Taiwan Excellence-Hi tech week ni turut emnampilkan rekaan inovasi elektronik dan elektrik yang merangkumi esports, lifestyle dan banyak lagi. Banyak lah susah nak cerita, kena pergi sendiri tau.

Jom jemput ke Pameran Taiwan Excellence dan terokai lebih banyak lagi inovasi yang ada sebab ada 24 jenama Taiwan yang menampilkan 55 rekaan inovasi mereka tau.
Boleh tengok aktivit lain yang berlangsung

Ha ini lah sisi atas pameran tersebut.
Maklumat pameran seperti dibawah:
Pameran: Taiwan Excellence Hi-Tech Week
Tarikh: 29th April - 5th May 2019
Masa: 10am - 10pm 
Tempat: Plaza Low Yat, Concourse, Ground Floor

Sehingga berjumpa lagi.

19 comments:

  1. Sempat lagi kalau nak pergi tengok ni. Ada lebih kurang 5 hari lagi kan. Kalau jenis yang minat gadget ni, boleh lah datang sini. Tak beli pun tak pe kan. Tengok teknologi baru

    ReplyDelete
  2. wah.. tertarik dengan DrivePro Body 60 (Transcend). Kamera yang diletakkan dibadan, nampak berguna alat ni.. dasyat inovasi orang taiwan ni ye

    ReplyDelete
  3. Long time haven't been to Plaza Lowyat. They still exist? haha. I used to buy my computer and IT related barang there when I was study. Now everywhere can get la

    ReplyDelete
  4. Wow menarik lah kita suka pada teknologi macam ni hehehe kita nak juga produk yang banyak membantu dalam kehidupan hehehehe nanti bawa kita lah ok...

    ReplyDelete
  5. Ohh sampai 5 May, sempat lagi nak pergi tu. Sesekali survey gadjet terkini best gak. Lagi pun dah lama tak pergi Low Yat, leh laa tgk apa yg ada kat sana.

    ReplyDelete
  6. boleh lucky draw tiket pergi taiwan tak? hehehe wah banyak betul gadget menarik dari taiwan ni, semua teknologi advance..besok cuti labour boleh la singgah plaza low yat check out apa ada kat sini

    ReplyDelete
  7. Aduhhh... Kena pegi bawak husband ni. Rugi dah bodek dia. Ktia pun tergoda ngan DrivePro Body 60 (Transcend). Sempat lagi ni...!!

    ReplyDelete
  8. wow menariklah gadget nie. nampak sangat bagus dan banyak kegunaan dia. agak terpesona dengan teknologi zaman sekarang nie kan. macam2 dorg boleh buat dan hasilkan. menyenangkan hidup kita dan sekaligus pelbagai fungsi

    ReplyDelete
  9. Lama tak menyinggah kt low yat...mmg kalau pergi sini semua ada the latest tech..yg 2 brg ni belum tahu kewujudannya..tp menarik fungsinya

    ReplyDelete
  10. Pwegh banyak barg elktronik yang unik ni.. Tak pernah nampak yang you pegang tu.. Boleh pergi tengok ni barang apa lagi ade dekt situ.. Macam menarik je..

    ReplyDelete
  11. Wah bestnya tengok barang-barang elektronik ni. Rambang mata! Kite dah la cepat terpengaruh dan teruja dengan teknologi2 terbaru.hehehe.

    ReplyDelete
  12. banyak juga bend amenarik dekat expo taiwan ni..x payah kita gi taiwan ..just singgah expo kat sini and belek barangan elektronik mana yang berkenan :-)

    ReplyDelete
  13. Taiwan mmg advance . Mcm-mcm teknologi ada derang ni. Tapi 2 produk yg u share tu mmg osem lah hahah. Teruja plak tengok .

    ReplyDelete
  14. Lamanyaa tak pi Lowyat ni. Tak ingat bila kali terkahir pi sini hahha. Pameran ni mesti best kan, kalau pencinta gadget2 memang kena pi pameran ni lah. Macam2 jenis gadget ada kan :)

    yanmie
    www.yanmieonline.com

    ReplyDelete
  15. Wow macam-macam ada di pameran ni. Terkini sungguh teknologi dari Taiwan. Tapi itulah, sis sekadar mampu membaca perkongsian di blog awak je. Nak pergi, jauhnya.

    ReplyDelete
  16. Rajinnya pergi program macam ni, hehe. Kita yg tak pegi ni, dapat baca dari blog awk pun dah cukup bagus.

    ReplyDelete
  17. Bab gadget ni suami paling suka. Macam2 koleksi die ada. Hehe. Masih running ye pameran. Boleh la ajak suami pergi tengok kan. Bagus pameran ni. Ada teknologi terkini yg ditonjolkan.

    ReplyDelete
  18. Kalau suami kita suka la tengok benda benda macam ni. Haha..
    Kita ni tengok diangin lalu je la kot.
    Tapi bagus ada pameran macam ni.
    Sebab kita nampak apa teknologi baru yang ada kan..
    So rak ragu ragu kalau nak dapatkannya nanti.

    ReplyDelete
  19. Wah mcm2 ada d pameran seperti nie. .nampaknya Taiwan dah semakin membangun dengan teknologi yg jauh lebih ke depan..

    ReplyDelete