Wednesday, 8 May 2019

BARU! Sos Nyonya dan Pakej Ramadan Mana Makan? di ShellOut


Salam Ramadan 2019 semua.

Bila bulan puasa datang mula lah nak mencari sesuatu yang istimewa untuk berbuka kan? Ha sekarang ni terbaru daripada ShellOut iaitu Pakej Bulan Ramadan iaitu Makan Mana? Terdapat dua pilihan untuk pakej ini iaitu Makan Syiok (makan 4 orang) dan Makan Sedap (makan 2 orang).

Di apit oleh isteri orang. Haha. Dari kiri Ain, saya dan Beto.
Patutnya belah Ain tu ada Wani tapi tengah main dengan
anak Beto kot?

Istimewa juga, ShellOut memperkenalkan sos terbaru mereka iaitu Sos Selera Nyonya!


Sos Selera Nyonya ini anda boleh pilih untuk makan sekali dengan Pakej Bulan Ramadan tau. Makan Mana dan Sos Selera Nyonya sudah boleh dipesan di ShellOut bermula 6 Mei yang lepas tapi dalam tempoh yang terhad je sehingga 23 Mei! (Harap Sos Selera Nyonya boleh jadi menu kekal, saya terlajak cinta!)

Berbalik kepada pakej ramadan Makan Mana? Ada dua set Makan Syiok dan Makan Sedap. Pakej dia seperti berikut:


Makan Syiok RM 382.90
Beza antara kedua-dua pakej ini ialah kuantiti, kehadiran lobster dan udang sahaja. Pilihan sos untuk ShellOut boleh dipilih seperti biasa. Tapi direkomendasikan untuk mencuba Sos Selera Nyonya terbaru.

Makan Sedap RM 179.90
Meski rekomendasi mengatakan makan untuk empat atau dua orang, makanan yang dijamu sebenarnya terlajak banyak tau. Bawalah ekstra seorang sehingga tiga orang kawan tau! Lelebih lagi kalau ada yang tak kuat makan, orang kuat makan pun tak boleh tampung! 

Serius sangat banyak!!!!

Saya sendiri dah cuba pakej Makan Syiok sebab tu tau jumlah banyak mana, siap bawa lebih kawan lagi! Pun masih tak habis, saya bungkus lelebih tu. Hehe. Sekarang, jom saya bawa anda ke ulasan tulus dari jiwa sanubari! 

Ini lah dia kesayangan saya~ Menggunakan sos selera nyonya.

Ini baru bahagian utama 'ShellOut' tau. Baru satu set! 

Saiz: Banyak dan besar sangat
Kesegaran: Ya!
Sos Selera Nyonya: Sedap!

Kalau siapa dah pernah pergi ShellOut kan, selalu mesti ambik sos chili crab tu kan. Bagi saya sos chili crab lebih kepada manis lemak-lemak, tapi Nyonya Sos ni berbeza sangat! Rasa masin, masam, pedas, manis-manis kicap serta kepadatan sos dengan bawang-bawang cili kisar tu boleh rasa!

Sos ni tak menyebabkan anda berselera lebih lagi sebab dia tak memuakkan pun. Mungkin sebab ada rasa masam tu, saya boleh makan banyak! Jujur eh, 'the best ShellOut sauce everrrrrrrrrrr'!

Puji-puji jugak, sos ni tak pedas sangat dan masih ada rasa manis-manis sikit~ 

Besar ya lobster dan ketam tu. Isi dua-dua penuh. Bukan kosong! Tak berebut pun nak makan~

Lobster dan ketam gedabak ya, isi pun padat penuh. Belum lagi dengan udang dia gemuk-gemuk. Kenyang makan isi je! Belum lagi makan nasi. Sayur lain pulak dicelur dan rebus tak terlalu empuk masih ada keras-keras sedap digigit. Haip!

Tahan puasa~

Nasi kerabu!!!!! Nasi kerabu dia pun sedapppppp! Fillet ikan cecah dengan sos tartar terbaik!
Fillet ikan dia pun segar, tak rasa berminyak. Paling sedap bila cecah dengan sos tartar tu. Uiiiiiii, sos tartar dia sedapppppp. Colek dengan benda lain pun padu! Kuih pula bagi saya pun sedap. Tak rasa kurang perisa ke, tak terlalu diubah sangat dan sebagainya. Masih boleh rasa seperti kita beli kuih sendiri kat Bazar Ramadan~

Kurma dan kuih melayu seperti kuih pelita, kuih lapis dan agar-agar pun
disediakan. Ni konon nak makan 4! Tapi makan 6 orang pun tak apa!

Air Ribena dan Oren Soda! Ni serius minum tekak rasa gulup gulup ahhhh~

Air yang istimewa untuk Pakej Bulan Ramadan Makan Mana? ialah Air Ribena dan Oren Soda. Air ni sejuk-sejuk memecah anak tekak terbaik! Rasa dia manis masam jugak tau, boleh bagitau untuk kurang manis sesiap. Hehe, sebab saya memang jenis tak minum manis. Tapi masa makan banyak makanan kat atas, bila teguk air ni nikmat dia lain macam!

Boleh makan lagi dan lagi~ 'so refershing'

Secara keseluruhan agak berbaloi dan puas hati walaupun nampak macam eh mahalnya beratus, tapi benda boleh kongsi kenapa nak makan sorang kan~ Jadi bila makan ramai-ramai sebenarnya lebih seronok dan jimat. Rasa semua cukup daripada ke makanan laut, sos, minuman, makanan sampingan termasuklah layanan elok yang diberikan. Anda patut cuba walaupun sekali waktu bulan puasa ni tau.

Selain tu jugak, ShellOut turut menyajikan menu baru yang lain tau. Seperti Gojijang Chicken Wings, Cheese Mayo Mussels dan Parmesan Breadcrumbs Mussles. Boleh cuba jugak ya!

Dari kiri Gojijang Chicken Wings, Cheese Mayo Mussels dan Parmesan Breadcrumbs Mussles.

Terliur kan? Rasa nak pergi lagi lahhhhh! Sesambil tu saya sisipkan ruangan deko ShellOut cawangan G-Village Desa Pandan yang saya pergi hari tu.

Luaran dia gini. Sangat luas. Senang nak bawa keluarga dan sahabat handai.

Setiap sudut tu ada 'instaworthy' wall!

Bersama kawan dan keluarga ShellOut. Mak ayah Qis (tidung merah angkat baby) segan nak bergambar.

Sekian saja untuk ShellOut Pakej Ramadan 2019 kali ini. Sebarang info lanjut boleh rujuk kat bawah ya.

Maklumat lanjut:
ShellOut Malaysia
16-1 Jalan Pju 5/15, Dataran Sunway Damansara
Petaling Jaya, Malaysia 47810


Cawangan: Kota Damansara Setia Alam, Publika, G-Village Desa Pandan, Ayer 8 Putrajaya, Main Place USJ 21 dan Vista Alam Shah Alam (Baru).
Masa Operasi: Mengikut cawangan masing-masing rujuk disini.

Ralat* Pembukaan ShellOut di Vista Alam, Shah Alam & Pakej Mana Makan?

Dibuka 12 Mei ini!
 

Selamat berpuasa dan menjamu selera. Sehingga berjumpa di lain entri. Tata~

21 comments:

  1. masyaAllah menguji kesabaran.. sedapnya awakk hidangan shell out ni. huhu.. tak boleh tahan kena usha ni.

    ReplyDelete
  2. Sedap nampak tu, sis tak ajak kite eh. Gitulah kan.. tapi nanti nak sambut birthday kat sini la. Best nampak.

    ReplyDelete
  3. Gemuknya udang dengan ketam dia, memang berbaloi makan dengan pakej harga dia bagi tu. Kalau makan 2 orang pun mesti banyak lebih. Memang patut bawa ramai lagi

    ReplyDelete
  4. Ya Allah..giler besaq2 ketam lobster semua..puas hatilah makan..harga dia pun wow sangat..tp berbaloi lah dengan menu2 tu..kan npk meriah sgt..nti turun sana bolehlah singgah

    ReplyDelete
  5. ni kalu makan dengan geng2 satu kepala mau meriah table sambil tunggu waktu berbuka. menarik jugak kalu iftar dengan shellout ni. lagi-lagi seafood tu fresh & panas suam. ah craving pulak kita

    ReplyDelete
  6. wow...nampak sedap la sis..portion pun nampak banyak..kalau ajak.kawan ramai2 tak rasa mahal sangat kann...teringin plk nak rasa sos nyonya tu

    ReplyDelete
  7. Dari hari tu teringin nak makan shellout tapi tak tahu nak makan kat mana. Bolehlah nanti sis terjah kat sini..nampak sedap2 je hidangan dia

    ReplyDelete
  8. menariknyer makan shellout pakej ramadan boleh tahan murah... melambak seafoodnye, nasi biru tu menarik selalu makan shellout nasi putih je!

    ReplyDelete
  9. Menarik betul segala isi seafood dia tu. Dah lama tak pergi makan shellout. Nanti boleh cuba dekat sini lepas raya nanti

    ReplyDelete
  10. My fav mmg seafood terutama sekali klau dapat ketam. Tak pernah lagi makan shellout dekat luar.. nnt boleh la cuba makan dekat sini. Banyak jugak portionnya.mmg kena cuba

    ReplyDelete
  11. Kenapa macam lain macam jer bila buka blogpost ni hehehehehe Tapi time puasa buka lagi rasa lain macam jahat yer goda kita nak pergi makan Shellout juga lama tak makan bestnya...

    ReplyDelete
  12. Nasib la Rawlins bukan penggemar seafood - tapi boleh layan la. Menarik sungguh menu dia kan. Rawlins teringin nak ajak kengkawan berbuka sesama gitu.

    ReplyDelete
  13. Wah.. sedapnya TB tengok .. syok korang satu geng ber shell out yea.. huhu.. TB suka pulak tengok sebab ada nasi tu.. ingatkan seafood aje .. rupanya ada nasi gak.. baru lah lengkap.. hehehe

    ReplyDelete
  14. Masa tengok harga tu terkejut jugak tapi bila mention tak habis boleh makan ramai okey memang berbaloi. Dah lama tak shell out. Puas hati makan ramai2 camni. Meriah dan merapatkan hubungan.hehe..

    ReplyDelete
  15. Selama shellout ni wujud, kita belum pernah lagi merasa macam mana rasa shellout tu.
    Dok baca ni terbayang bayang sedapnya dengan adanya sos dia tu.
    Nanti nak ajak suami la rasa shellout ni macam mana.
    Makan sambil santai2 gitu kan..

    ReplyDelete
  16. Tak pernah lagi makan shel out kat sana. Nampak menarik. Apatah lagi datang dalam pakej macan tu. Kalau dapat bawa famili mesti dowang excited

    ReplyDelete
  17. Teringin nak pergi shell out tonight, best kalau makan with family or friends kat sana. Kena ramai baru lah meriah.

    ReplyDelete
  18. wow, nampak menyelerakan sungguh hidangan shellout dekat sini. harga pulak sangat berpatutan sesuai dengan apa yg ditawarkan. mesti family dan anak2 suka kalau bawa berbuka puasa kat sini.

    ReplyDelete
  19. Alaaaaa! Gojijang Chicken Wings tu buat onie terliur zandra oiiiiii ! Shell Out ni kan memang tak pernah menghambarkan ye makanan dorang. Sedap nak mateyyyyyyy! Bila pulak la dapat makan shell out ni haaaaa.... :D

    ReplyDelete
  20. Zandra makan shell out berbuka memang syok. Pastu makan pakai tangan terus. Wuuu nyummy. Tp kalau nak bershell out ni kena ada geng seafood. Dalam family ramai yang alergik seafood. Bertabahlah nak mencari geng makan. Nanti nak ke sini. Cantik restoran dia.

    ReplyDelete
  21. Reasonable harganya, makan ramai ramai tentu best

    ReplyDelete