Friday 5 July 2019

Pameran Produk Taiwan Excellence di ARCHIDEX 2019 – Pameran Produk Teknologi Pintar dan Canggih


Tahu tak bahawasanya pada 3 hingga 6 haribulan Julai terdapatnya Pameran di Hall 8, KLCC  yang menampilkan semua produk teknologi pintar serba canggih? Contohnya, sistem keselamatan berjaring, drone, robot dan sebagainya. Malaysia juga mempunyai pameran yang khusus untuk menampilkan produk sedemikian yang diberi nama ARCHIDEX.

Di paparan Tonnet.

Pameran ini terbuka untuk semua orang awam, peniaga, pereka dan pembuat produk berteknologi tinggi. Peniaga boleh memasarkan produk baru yang tiada di pasaran Malaysia, orang awam boleh membeli produk ini untuk kegunaan sendiri dan mana-mana individu atau kumpulan yang berminat untuk melakukan lebih daripada itu pun dialu-alukan oleh para peserta Taiwan Excellence.

Taiwan Excellence Pavillion di Archidex 2019

Tahun ini ARCHIDEX 2019 disertai oleh pelbagai negara di dunia untuk menampilkan kehebatan rekaan dan teknologi mereka. Salah satu negara yang menyertai ARCHIDEX ialah daripada Taiwan. Menariknya Taiwan menyertai pameran ini dibawah Taiwan Excellence iaitu Penerima Anugerah Berprestij daripada Taiwan yang mendapat pengiktirafan tertinggi sahaja yang terlibat.

Istimewanya, Taiwan Excellence mempunyai ruang istimewa yang mudah dicari apabila pengunjung masuk ke Hall 8. Taiwan Excellence Pavillion terletak di kawasan berdepanan dengan balkoni kaca. Anda hanya perlu masuk ke Hall 8 dan terus maju ke depan dikawasan balkoni terbuka.

Kembali kepada produk yang ada, khusunya tahun ini sebanyak 21 penglilang daripada Taiwan menampilkan 60 buah produk berinovasi tinggi yang dilengkapkan dengan teknologi pintar yang dibawa ke Malaysia.

Produk yang ada adalah seperti kelengkapan rumah, kelengkapan dapur, sistem keselamatan, produk e-kesihatan, bahan pengubahsuaian, kelengkapan mandi dan sebagainya.

Fokus saya pula kepada dua produk yang ada iaitu kepala paip rekaan moden daripada Justime dan sistem keselamatan interkom daripada Tonnet.

Kepala Paip Rekaan Moden – Jenama Justime

Ini lah kepala paip tersebut.

Nampak seperti mikrofon untuk set karaoke bukan? Ha ini bukan set mikrofon kalis air tapi ini merupakan kepala paip rekaan serba canggih dan moden. Rekaan ini diberi nama  Lucky 7.

Mempunyai rekaan ringkas dan mudah digunakan ini membuatkan pengguna dapat menggerakkan paip dengan senang. Bahkan rekaan ini dapat membantu kita untuk menjirus air ke kawasan badan yang diinginkan dengan lebih tepat. Barulah boleh mandi dengan bersih selepas ini.

Agak sedap untuk dipegang.

Fungsi seperti penukaran saluran paip pancutan dan kawalan haba dibuat serba ringkas.

Sistem Keselamatan Interkom – Jenama Tonnet

Satu set SBS.


Anda selalu lihat di rancangan televisyen penyiasatan bahawa ada satu sistem moden dimana detektif mencari bukti melalui satu panel di bilik kawalan sahaja. Perkara tersebut sebenarnya telah wujud dan berfungsi justeru tidak mustahil kecanggihan itu setara seperti yang kita tonton.

Jenama Tonnet telah mencipta Smart Community Cloud Intercom System atau dalam bahasa melayu Sistem Intercom berpangkalan komuniti pintar.

Telefon beserta panel sentuh berkawalan pusat.

Boleh sambung ke telefon pintar menggunakan applikasi yang boleh
di download di playstore.

Mereka mempunyai stuktur sistem yang banyak seperti cctv, bantuan kecemasan, cross platform dan  lain-lainlagi. Manakala untuk pameran Taiwan Excellence lebih fokus kepada ‘Smart Building Series’ (SBS). SBS ini ialah satu sistem lengkap yang boleh di pasang di bangunan kediaman, perniagaan dan sebagainya untuk meningkatkan kawalan keselamatan serta memudahkan tuan rumah dan pengunjung dari segi komunikasi.

Terdapat telefon lobi, kawalan paparan sentuh pelbagai saiz, interkom kecemasan, panel video untuk pintu dan telefon beserta panel sentuh kawalan utama.. Telefon berpanel ini boleh mengawal SBS secara memudahkan pengguna atau tuan rumah mengakses kawalan keselamatan secara terus  atau berkomunikasi dengan interkom yang dipasang.

Oh antara yang menarik perhatian saya juga ialah berus gigi anti kaviti daripada jenama Buder. Berus gigi ini dilengkapi dengan lampu LED menggunakan teknolog B.MED. Fungsinya ialah menggunakan lampu LED yang mempunyai wavelength 400-700 mm akan menghasilkan reaksi fluorescence apabila ada tartar (kotoran) di gigi. Teknologi lampu ini memang digunapakai oleh para doktor gigi dan sekarang orang awam juga boleh mendapatkannya.

Sesi demo.

Nampak biasa tapi dah cuba memang luar biasa.

Jadinya bila kita suluh lampu tersebut di gigi biasa yang bersih akan bewarna biru, namun apabila ada wujudnya tartar yang boleh mengakibatkan kaviti, akan ada kewujudan bewarna merah. Ini memberi indikasi bahawa anda perlu membersihkan lagi gigi anda terutama dikawasan merah tersebut. 

Menarik kan!

Selain tu, pada 3 haribulan terdapatnya pelancaran khas bagi Taiwan Excellence Pavillion dengan diserikan dengan ucapan daripada Pengarah Bahagian Ekonomi  dan Kebudayaan Taipei di Malaysia, Encik David Hsu dan Previu istimewa daripada duta Taiwan Excellence Malaysia, Dr Eric Leong.

Sesi bergambar dengan Encik David Hsu, Dr Eric Leong dan yang terlibat
dengan pameran ini.

Masih ada berbaki beberapa hari lagi untuk para pengunjung datang ke Pameran Taiwan Excellence di ARCHIDEX 2019. Segeralah berkunjung untuk mengalami sendiri produk yang agak canggih dan hebat ini.

Pastikan anda telah mendaftar secara atas talian di . Ini akan memudahkan pendaftaran anda apabila anda hanya perlu scan barcode yang ada untuk mendapatkan tag/pass masuk.

Untuk maklumat lanjut mengenai Taiwan Excellence, anda boleh rujuk di bawah:


Kawan saya ni dia dok acah mengecara guna pancutan air Lucky 7 daripada
Justime. Dah boleh agak dah rekaan ni mengundang. Haha.

Sebenarnya saya pun acah jugakkk. 
Sehingga berjumpa lagi di lain entri.

Thursday 4 July 2019

Makan Dua Set Nasi Ayam + Air Hanya RM 10 Di The Chicken Rice Shop?

Ya anda baca tajuk dengan betul.

The Chicken Rice Shop~~ Bukan sekadar nasi ayam~~ Kokkkkkk kok kok kok kok!

Ayam teloq ni merupakan maskot rasmi TCRS


The Chicken Rice Shop telah membuat promosi hebat besar-besaran sempena menyambut pembukaan cawangan ke 100 mereka. Dengan promosi bertemakan Jom Sama-Sama Makan! telah berlangsung pada 1 Julai dan diteruskan sehingga 5 Julai nanti.

Untuk Promosi tersebut ada dua jenis iaitu pada 1 hb Julai ialah pemberian barangan percuma daripada The Chicken Rice Shop dan hari selebihnya ialah promosi set meal untuk dua orang beharga RM 10. Promosi tersebut dengan lebih jelas seperti di bawah.

Promosi pertama – 1 Julai 2019

“PERCUMA satu cooler bag + Tshirt The Chicken Rice Shop + baucer set meal”



Pada 1hb Julai sahaja bermula daripada pukul 12.30 tengahari, pemberian barangan percuma ini diberikan kepada 100 meja yang pertama sehingga stock habis. Waktu pukul 12.30 pm tu, krew The Chicken Rice Shop akan datang meja ke meja dan menyerahkannya kepada pelanggan.

Manager kat IOI City Mall sendiri buat kerja banyak tau!


Promosi kedua – 2 hingga 5 Julai 2019

“RM 10 untuk DUA SET nasi ayam”



Pada hari seterusnya tiada barangan diberikan tapi promosi harga SINGLE COMBO MEAL SET dengan harga RM 10 bagi dua orang. Set meal ini terdiri daripada satu nasi + ayam + sup + air minuman. Seperti biasalah ayam boleh pilih samada nak ‘steamed’, ‘roasted’ atau ‘soy sauced’. Manakala untuk minuman boleh pilih beberapa minuman air gas yang sedia ada.

Untuk melayakkan diri untuk dapat promosi, anda kena hadir secara berpasangan untuk membuat pesanan. Jika anda datang dalam jumlah ganjil, seorang baki kena bayar harga normal dan tidak boleh membuat pesanan untuk dua set meal promosi untuk makan seorang.

Memandangkan masa hanya terhad daripada 12.30 pm hingga 1.30 pm, pastikan anda bersedia di sana dalam pukul 12.20pm sebab datang awal tak dikira sebagai promo set. 

Sebelum menerjah ke restoren The Chicken Rice Shop, adalah diingatkan bahawa promosi ini hanya sah di 10 cawangan The Chicken Rice Shop yang terpilih sahaja. Cawangan tersebut ialah:

1. IOI City Mall Putrajaya
2. Mid Valley
3. Sunway Pyramid
4. Central I-City
5. Aeon Mall Shah Alam
6. KL Gateway Mall
7. One Utama
8. Melawati Mall
9. Subang Parade
10. Sunway Putra Mall

Saya pun dah pergi untuk dua hari berturut-turut sebab nak ambil peluang dapat barangan percuma dan harga set murah daripada The Chicken Rice Shop.

Hari kedua untuk merasai set promo. Tengok datang
berpasangan tu yang boleh dapat! 

Tadaaaaa~ dah dapat untuk hari pertama jugak!

Untuk maklumat lanjut mengenai promosi ini boleh lah rujuk di bawah:

The Chicken Rice Shop
Laman web rasmi: https://www.thechickenriceshop.com
Laman Facebook rasmi: https://www.facebook.com/thechickenriceshop/
Laman Instagram rasmi: www.instagram.com/thechickenriceshop/

Untuk dapatkan promosi kena datang ikut masa dia ya. Datang awal tak dapat
datang lewat pun tak dapat~ Hahaha.
Selamat menjamu selera di The Chicken Rice Shop semua!

Friday 28 June 2019

5 Fakta Ringkas mengenai Pandu Lalu Pertama Texas Chicken di Lembah Klang - Texas Chicken @ Shell Station Sunway Mentari


Salam semua,

Pada 27 Jun lepas, Texas Chicken Malaysia telah julung-julung kalinya melancarkan drive-thru atau pandu lalu pertama di Lembah Klang. Ini merupakan pandu lalu kedua selepas pembukaannya di Sungai Petani. Lokasi yang menjadi pilihan ialah di Shell Sunway Mentari.

Bersih, luas dan selesa~

Pelancaran di serikan dengan ucapan daripada pengerusi Envictus International Holdings sebagai franchisor utama Texas Chicken Malaysia, ucapan naib presiden Bisnes Texas Chicken dan persembahan daripada sekumpulan pancaragam.

Majlis perasmian bermula~

Pembukaan pandu lalu di Lembah Klang ini di dorong oleh faktor rakyat Malaysia yang memiliki pemilikan kenderaan yang banyak serta mempunyai gaya hidup yang serba pantas. Ini adalah bertepatan dengan persekitaraan di Lembah Klang yang penuh dengan kesibukkan sama ada bekerja, berniaga dan berlibur.

Oleh itu pembukaan pandu lalu sangat memudahkan pelanggan yang ingin menikmati menu Texas Chicken.

Jom ke fakta menarik mengenai drive-thru atau pandu lalu Texas Chicken yang pertama di Lembah Klang ini.

1. Bukan sekadar pandu lalu

Ya, Texas Chicken di Shell Sunway Mentari ini sebenarnya merupakan sebuah bangunan restoren yang berdiri sendiri. Jadinya pelanggan boleh menikmati menu pilihan mereka samada secara makan di restoren, bungkus ataupun pandu lalu.
Beroperasi sepenuhnya~


2. Keluasan yang besar

Restoren ini mempunyai keluasan 3500 kaki persegi. Oleh itu sebanyak 146 pelanggan yang boleh duduk makan di dalam bangunan Texas Chicken Shell Sunway mentari pada satu-satu masa.

Tempat ni lapang, luas dan cerah.


3. Mudah di kunjungi

Mudah dikunjungi bagi sesiapa sahaja. Anda hanya perlu menaip ‘Texas Chicken @ Shell Station Sunway Mentari’ di aplikasi map dan walaaaa! Terus menuju ke lokasi. Carian ini juga boleh dicari di aplikasi e-pengangkutan yang lain.

Selain itu, restoren ini hanyalah beberapa meter saja daripada stesen BRT Sunway Mentari! Turun sahaja daripada BRT Sunway Mentari, anda boleh nampak Texas Chicken dan hanya perlu jalan kaki dalam 3-5 minit sahaja!

Ye kat lepas isi minyak tepi tu ke tepi sini pulak makan ayam~


4. Dekorasi barat

Pernah menonton cerita barat daripada Hollywood? Restoren mereka selalu mempunyai rekaan bentuk yang ringkas dan luas. Begitulah jugak dengan restoren Texas Chicken ini. Di tambah pula dengan rekaan banyak tingkap memang tampak seperti dalam movie.
Sisi hadapan Texas Chicken

Sisi tepi. Setengah tingkap setengah batu bata ni lah dekorasi barat yang ditampilkan. Lagipun jimat bil elektrik,
lampu tak perlu pasang banyak waktu siang. Hehe.


Oh kat sini tiada tempat duduk di luar kerana tempat duduk di dalam sudah cukup luas. Di samping itu dapat mengelakkan kesesakkan di luar bagi orang yang ingin mengisi minyak dan sebagainya.

5. Masa operasi 24 jam

24 jam beroperasi! Betul.

Anda kini boleh makan di restoren, bungkus dan pandu lalu bila-bila masa sahaja. Teringin je nak makan ayam goreng Texas Chicken yang sedap itu, anda boleh bersiap terus untuk menuju ke destinasi. Untung sangat yang tinggal berdekatan di kawasan ni!


Texas Chicken betul-betul merevolusikan perniagaan mereka dengan mengikuti gaya hidup penduduk kat Lembah Klang sambil membuka peluang pekerjaan kepada yang memerlukan. Bagi yang berkunjung ke Texas Chicken, anda boleh lah cuba dapatkan Ayam Sze Chuan Tenders. Pasti rasa dia mengacam habis.
Saja lah nak tunjuk. Hahaha

Sangat-sangat direkomendasikan oleh saya sendiri.

Jadi apa lagi jom ke Texas Chicken di Shell Sunway Mentari!

Maklumat lanjut:
Texas Chicken (Malaysia) Sdn. Bhd. (986113-P)
www.texaschickenmalaysia.com
Level 3, Lot 11, Jalan 225, Section 51A,
46100, Petaling Jaya,  Selangor

Wednesday 29 May 2019

TREND Raya 2019 - Tengkolok dan Capal, bukan olok-olok ini masuk akal , BMO 1980 jawapan anda.

Assalammualaikum semua,

Saya tahu semua dah tak sabar nak raya sakan, tapi bawa bertenang sebab puasa belum habis lagi. Hehe.

Berbalik kepada topik raya, banyak dah buat persiapan nak mencari baju untuk diri sendiri dan keluarga. Untuk kali ni saya nak perkenalkan satu butik yang menerapkan pemerkasaan tradisi melayu dalam setiap fesyen mereka iaitu BMO 1980.

Hijau hijau si baju raya, mengapa bukan hijau tu tak sebaya? Haaaaa jawab!
Saya (kiri-kot kot dah lupa siapa saya kan) bersama keluarga Balqis (sebelah saya). 
Baju melayu tradisional, baju melayu ‘slimfit’, baju melayu pesak, tengkolok, capal hingga ‘custom-made’ pakaian tradisi ialah kepakaran BMO 1980 sendiri. Anda perasan tak sekarang ni fesyen tengkolok dan capal mula kembali menjadi bualan.

‘Let me just say this gittew’, BMO 1980 ni dari dulu dah menjadi ‘trendsetter’ sebelum yang lain ikut sekali. Zaman kurta dulu dari tahun 2008. Masuk majalah semua. 2015 kembali meletup semula bila BMO 1980 bawa ke Mood Republik.  
Lepas tu baju melayu slimfit mesra solat pun  sejak 2005. Sekarang ni zaman tengkolok dan capal pulak kembali lagi disebabkan BMO 1980. Oleh itu, mari saya kongsi dengan anda BMO 1980 ni ada apa!

Fesyen lelaki:

Tengkolok / Tanjak / Setanjak/Destar

Bukan ‘hipster’ tapi orang melayu zaman dulu memang pakai tengkolok. Memandangkan mereka ni mahir dalam pakaian istana dan badan beruniform, tengkolok yang dibuat ialah ‘adjustable ready made’ tengkolok. Tambah lagi mereka mempunyai kilang kain sendiri, banyak pilihan corak dan warna tengkolok yang ada.

Comel je budak pakai kan.

Kat sini, krew pun pakai tau tengkolok.

Boleh bezakan cara lipatan tengkolok kat sini dari negeri lain-laint tak?

Tengkolok dewasa dan kanak-kanak boleh didapati sebelum habis stok ya.

Fakta menarik = BMO 1980 merupaka pakar dalam adat melayu. Maka tengkolok yang ada ialah berbeza-beza mengikut negeri. Ada yang tengkolok Selangor, Perak dan sebagainya. Bila kat sini, krew BMO 1980 sendiri akan mengajar serba sedikit cara pakai tengkolok yang betul.

Bukan sebarang pakai tau!

Baju Melayu

Ingat Baju Melayu ingat tradisi kita. Ada yang moden, cekak musang, teluk belanga, potongan lurus, potongan ‘slimcut’ dan sebagainya. Cuma datang cari mana yang terdetik je kat butik ni. Menariknya meski ada baju melayu yang direvolusikan di sini, keselesaan tetap menjadi keutamaan apabila pengarah esekutifnya sendiri mengakui bahawa baju melayu haruslah selesa di bawa solat.


Baju Melayu lelaki dewasa. Saiz kecik sampai besar pun ada


Selain warna dan rekaan baju melayu berbeza, sebenanrya kain serta corak yang ada di butik ini pun berbeza. Boleh rasa kain kapas, kain linen, kain pasang dan sebagainya. Sebab lain-lain orang mempunyai tahap keselesaan pemakaian berbeza.

Baju Kurta dan Jubah

Orang melayu kita sudah mula berjubah untuk hari raya dan puasa. Kalau berjubah mesti tahap selesa kita nak cari tu ialah senang berjalan, sejuk tak rimas, dan senang duduk betul kan? Jubah kat sini menepati ciri tu. Sempat lah tengok potongan jubah yang ada, jubah tu tak meletakkan rekaan cantik semata bagi potong lurus je tapi ada pembukaan yang ‘just nice’ untuk berjalan dan solat. Kain pulak jenis tak tekap jadi duduk tak rasa tersangkut!




Bagi kurta pulak, kurta sini terlajak banyak pilihan berbanding kat luar sana. Kurta dari seringkas nak pakaian harian ke kurta secantik nak pergi majlis. Kurta panjang, kurta pendek, kurta corak, kurta poket segala jenis kurta lah semua ada. Ini saya cadangkan untuk beli satu bagi yang nak cuba, sebab keselesaan dia ‘tip-top’. Satu je masalah, saya perempuan. Hehe.

Samping

Di samping itu kita ada samping. Ha samping apa tu?

Bercerita mengenai BMO 1980 semula, dah butik ini ialah butik jahitan atau ‘tailored brand’, samping yang ada bukan setakat samping songket. Samping yang ada termasuk samping kain tenun tau. Ringan dan sejuk sikit berbanding songket.

Samping budak dan dewasa.
Ada yang ready-made dan kena pakai sendiri jugak di sini. Dan bagi lelaki yang sudah berkahwin, jangan tertiba masa tengak mencuba tu terpakai atas lutut pulak. Eh, nanti abang-abang di BMO 1980 dengan orang rumah pandang semacam tau. Ada hati lagi ya! Haha.

Tapi jangan risau lah, dari segi pemakaian cara simpul samping tu krew butik boleh tolong dan cerita apa maksud disebalik maksud jenis ikat samping. Bagus jugak ada butik yang masih utuh kepada jati bangsa sendiri kan!

Fakta = Dalam Bahasa Melayu Brunei, samping dipanggil sinjang. (Ya, saya penutur dan berketurunan Brunei tau!)

Capal

Dari tengkolok di kepala, baju ke badan, samping ke pinggang akhirnya capal ke kaki. Lengkaplah seorang lelaki melayu terakhir di situ. Gagah perkasa jangan tetiba ada keris nak ke pelamin sudah!
Kat sini capal yang dibuat pun guna pakar mereka sendiri. Jahitan kemas, pegang pun tak ringan, material padu. Ada 5 jenis warna tali capal yang ada boleh dipilih sini dengan pelbagai saiz.  Barulah atas sampai bawah lengkap perkasa!

Capal koleksi BMO 1980

Fesyen perempuan:

Baju Kurung Lace

Secara jujurnya, BMO 1980 lebih kepada fesyen tradisi lelaki Melayu ‘ready-made’. Namun meraka juga masih turut serta memperkenalkan baju untuk perempuan dari sekecik saiz kanak-kanak ke sebesar saiz wanita.

Untuk baju istimewa sikit lebaran 2019 ni, mereka memperkenalkan baju kurung lace. Warna pastel dan potongan ringkas sudah cukup bila dipadankan dengan kain lace di baju dan kain satin. Tips untuk pemilihan, sila pilih satu saiz lagi besar dari badan sebab kalau sejenis makan banyak perut tu memang nampak ya! Macam saya!

Baju Kurung dan Kurung Kedah

Selain kurung lace tadi, kat sini tetap ada baju kurung biasa dan baju kurung kedah. Beza nya ialah potongan dan kepanjangan baju dia. Untuk nampak ayu manis wanita melayu terakhir boleh pilih baju kurung. Manakala untuk nampak tinggi lampai bergaya boleh pilih kurung kedah.
Saya suka baju yang dbuat mempunyai dua zip depan belakang. Memudahkan untuk kita pakai juga sesuai untuk di pakai oleh ibu yang menyusukan anak.

Kain yang sama, baju kurung berbeza.

Siapa kata fesyen ringkas tak lawa ke wanita bujang selain daripada yang lace tu~

Ekstra!!!

Selain di atas, BMO 1980 turut membuat kelengkapan umrah haji, baju uniform korporat, pakaian ‘custom made’ dan hampir semua berkaitan dengan jahitan. Senang cerita, butik ini asalnya butik jahitan premium. Pemilik BMO 1980 sendiri ialah tukang jahit yang belajar di England tau!
Reputasi BMO 1980 sebenarnya dalam kalangan dunia korporat dan peminat pakaian tradisi ialah satu butik ‘all tailored goodness in one brand’. Macam yang saya cakap tadi dari ‘custom-made’ sehingga ‘ready made’ semua elok sangat!

Sekarang ini, BMO 1980 ingin melangkah dan memperluaskan lagi jenama mereka kepada orang ramai termasuk lah orang bukan melayu sendiri. Visi dan misi ialah untuk memperkasakan tradisi melayu melalui pakaian kepada semua peringkat umur.

Anak angkat dua orang tu boleh cari keluarga baru kot. Haha.

Terdapat jugak ruang ‘Clearance Sale’ dibahagian luar serendah RM 80 sepasang baju melayu dewasa!
Kanak-kanak

Orang dewasa

Untuk bulan puasa ini, masa beroperasi dari 10 pagi sehingga 2 pagi dibuka setiap hari tanpa cuti. Akan ditutup ketika raya nanti pada 4 haribulan jun ini dan bakal dibuka seminggu kemudian.

Pandangan peribadi:

Kalau tak bagi ulasan sendiri tak sah. Sebab tu nama dia berkongsi betul tak?

Di BMO 1980 saya sendiri cuba, rasa material dan tengok jahitan setiap jenis produk depan mata. Apa yang mereka kata, itu lah mereka. Kualiti memang terbaik tak boleh sangkal. Cuma kat sini lebih kepada lelaki berbanding perempuan.

Umpama kita ke butik-butik wanita baju kurung, jubah, tudung, telekung yang menyelit pakakian lelaki sikit-sikit sebagainya. Macam itu lah butik ini tapi versi lelaki. Ha gitu. Nak apa-apa aksesori berkaitan dengan fesyen islamik dan tradisi melayu memang semua ada.





Bila datang sini, rambang mata untuk pilihan lelaki. Dari luar sampai ke dalam. Penuh pilihan dengan setiap jenis yang ada di pasaran dan tiada dipasaran. Kalau perempuan pulak, di dua sudut je. Pakaian dewasa dan  kanak-kanak perempuan satu tempat yang sama.

Harga pulak memang berbaloi ya. Saya tak tipu nak kata tempat ni murah dan semua mampu milik. Kat sini konsep dia, anda bayar untuk kualiti anda dapat. Saya pun banyak kali kata, ada perkara yang kita kena beli mahal untuk tahan lama dan keselesaan.

BMO 1980 ini ialah salah satunya. Lagipun mana nak dapat produk butik ‘premium tailored brand’ dengan harga macam ni? Sedangkan baju yang bukan ‘tailored’ pun dijual harga yang sama atas nama penjenamaan. Kat situ saya pun ada satu point yang harus kita fikirkan.

Manis sedondon. Tapi baju maroon tu siapa? Haaaa

Kalau tak boleh ke butik fizikal, boleh lah beli dan tengok-tengok dibutik atas talian. Boleh rujuk kat maklumat lanjut di bawah nanti. Tapi ada beberapa yang masih tak dikemaskini tau di atas talian. Jadi lagi baik kalau dapat ke butik fizikal ya!

Lagi satu, jangan nak beli masa raya ni je, ada raya haji, ada majlis lain dan untuk pakai hari-hari pun boleh tau. Saya pun ada bajet lebih ni nak beli kurung kedah lepas raya. Sebab lawa. Hahaha.

Maklumat lanjut:

BMO 1980


Kedai:

BMO 1980 @ DAGANG AVENUE, AMPANG

G-5, Dagang Avenue, Jalan Dagang B/3A,Taman Dagang, 68000 Ampang, Selangor, Malaysia.
Phone : +603 4278 4238 

BMO 1980 @ WISMA YAKIN, KL

No 20, Wisma Yakin, Jalan Masjid India, 50100 Kuala Lumpur. (behind Omar Ali)
Phone : +603 2602 3303

Masa Operasi: 10am – 8pm (biasa)
Hari Operasi: Setiap hari


Selamat menyambut hari raya aidilfitri dan semoga sepanjang puasa tahun ini penuh berkat. In Sha Allah. Jumpa lagi!