Monday 7 October 2019

Marrybrown 10 Ketulan Ayam hanya RM 19.90 – Promosi ‘Jimat Jumaat’


Bercerita tentang makanan yang hampir kesemua rakyat Malaysia suka nikmati iatu ayam goreng, Marrybrown telah mengambil insiatif untuk mengadakan promosi khas penjualan ketulan ayam mereka pada bulan September hingga awal November ini.

Promosi tersebut ialah JIMAT JUMAAT.

Penuh perasaan tak?

Apa yang anda boleh dapatkan dengan Jimat Jumaat ini ialah 10 ketulan ayam yang terdiri daripada 5 Ayam Goreng  Marrybrown dan 5 Nugget Marrybrown dengan hanya berharga RM 19.90 tidak termasuk cukai. Kalau termasuk cukai (jika berkenaan) hanyalah berharga RM 21.20 tunai.

Nama pun Jimat Jumaat, jadinya promosi ini anda hanya boleh dapatkan pada setiap hari jumaat bermula 20hb September hingga 1 November. Saya sendiri pun dah dapatkan promosi ni pada hari jumaat yang lepas.

Ayam dan nugget 

Bagi saya 5 ketul Ayam Goreng dan 5 ketul Nugget Marrybrown agak banyak untuk saya seorang nak makan.  Saya kena berkongsi dengan kawan perempuan saya yang lain itu pun hampir-hampir tak boleh habiskan sebab portion dia agak besar dan banyak.

Serius mengenyangkan!

Sejujurnya saya dah lama tak makan ayam goreng atau nugget Marrybrown, sebab  selalunya kunjungan akan berakhir dengan saya membuat pesanan bubur nasi mereka yang terkenal tu. Tapi kali ini berubah arah pula untuk mencuba menu lain.

Tadaaaa ini lah promosinya

Ayam goreng dia rupanya sedap! Rangup pun rangup, rasa pun cukup, saiz pun sedang-sedang besar. Tak terlebih masak pun.  Isi ayam tak kering masih ada rasa ‘moist’ gitu. Bila makan panas-panas lagi sedap. Haha.

Saya makan kedua-dua ayam goreng ‘original’ dan ‘spicy’. Dua-dua boleh rasa rempah ratus. Cuma ‘spicy’ dia tak sepedas mana lah, ada rasa sikit ekstra kepedasan.

Ayam bahagian hadapan

Manakala untuk ketulan nugget Marrybrown, mereka goreng dengan rangup di luar lembut di dalam. Ah gituuu. Cukup rasa dengan rempah dan dapat rasa isi ayam kat dalam.

Ketulan nugget ayam keemasan~

Rupanya agak sedap jugaklah ayam goreng dan nugget kat Marrybrown ni. Tak sia-sia nak cuba makan Promosi Jimat Jumaat tu.  Tetiba rasa bangga bila jenama rangkain makanan daripada Malaysia ni boleh sama taraf dengan jenama antarabangsa lain. Hehe.

Lepas solat Jumaat ke, makan masa ‘lunch hour’, lepas sekolah ke atau nak mengakhiri ‘weekday’ boleh lah singgah ke Marrybrown bersama keluarga atau kawan. Seorang diri pun boleh kalau mampu habiskan 10 ketulan ayam tu. Hehe.

Jadinya, saya sendiri pun berpuas hati dan anda adalah sangat digalakkan untuk dapatkan Promosi Jimat Jumaat sebelum promosi ini habis. Untuk mengetahui terma dan syarat promosi lebih lanjut  boleh baca kat bawah ni.

Terma dan syarat promosi adalah seperti berikut:

1. Jimat Jumaat berharga RM 19.90 tidak termasuk cukai atau RM 21.20 termasuk cukai jika berkenaan.
2. 10 Ketulan daging terdiri daripada 5 ketul ayam goreng dan 5 ketul nugget Marrybown sementara stok masih ada. Tidak termasuk minuman.
3. Hanya sah untuk ‘dine-in’/makan di restoren sahaja.
4. Promosi sah pada hari jumaat sahaja iaitu pada 20 & 27 hb September , 4, 11, 18 & 25hb Oktober dan 1hb November.
5. Promosi sah di kesemua cawangan Marrybrown seluruh Malaysia kecuali di Sunway Lagoon, Genting Highlands dan Lapangan Terbang.

Untuk mengetahui promosi terkini boleh rujuk laman rasmi Marrybrown seperti di bawah:

Selamat berkunjung ke Marrybrown!

Sunday 29 September 2019

Sambutan ulang tahun ke-2 Matxi Corp (Matxi S.G) di KLCC.


Pada 21hb September lepas, Matxi Corp telah menyambut ulang tahun ke-2 di KLCC, Kuala Lumpur dengan acara yang penuh gilang gemilang.



Slogan mereka “You deserve a better life” atau dalam Bahasa Melayunya “Anda berhak memiliki kehidupan yang lebih baik” terngiang-ngiang untuk menggamit suasana yang serba meriah.






Matxi Corp yang berasal daripada Vietnam dahulunya dikenali sebagai Matxi S.G dan merupakan anak syarikat MIIC Holdings Sdn Bhd. Apabila Matxi S.G ingin memasuki pasaran antarabangsa seperti Malaysia, mereka memutuskan agar nama umum digunapakai untuk keseragaman.

Apa Matxi Corp ni?

Matxi Corp adalah syarikat yang mengkhusus kepada latihan perniagaan, pembangunan manusia, membantu individu yang berminat untuk berniaga dan paling utama ialah membentuk perniagaan secara umum. Mereka jua berfokus kepada penghasilan jualan yang cemerlang dengan pelan hala tuju latihan dan sokongan yang profesional.

Apa yang dilakukan oleh Matxi Corp?

Matxi Corp atau dahulunya dikenali sebagai Matxi S.G telah beroperasi selama 2 tahun bermula daripada Vietnam kemudian ke negara lain. Selama 2 tahun ini Matxi Corp telah menceburi bidang-bidang seperti berikut:

1. Hartanah
2. Peruncitan Bahagian Kanak-kanak
3. Pencetakan dan Pembungkusan
4. Syarikat Penyelenggara Acara
5. Restoren
6. Produk Kesihatan dan Kosmetik

Namun untuk kali ini, fokusnya memasuki ke Malaysia, Korea dan Amerika Syarikat adalah dalam produk Kesihatan dan Kosmetik. Ini adalah kerana di Vietnam sahaja mereka telah mencapai jumlah 20,000 pengedar dan ejen berdaftar!

Mereka yakin dengan sambutan yang banyak ini juga mendapat sambutan di sini.

Produk Kesihatan dan Kosmetik apa yang dibuat Matxi Corp?

Sebelum memperkenalkan produk apa, adalah lebih molek memperkenalkan kilang dan bangunan pembuatan produk Matxi Corp terlebih dahulu.

Di Vietnam, Matxi Corp mempunyai kilang GMP bernama Medino yang terletak di Amata Industrial Park. Kilang yang bersaiz 7000m2 ini menghasilkan produk makanan, kosmetik dan kesihatan dengan kapasiti 1.5 juta produk setiap bulan.

Produk kesihatan dan kosmetik yang telah memasuki pasaran Malaysia ialah Max Health,  Max.1 dan MaxSkin.








Maklumat lebih lanjut boleh layari:

Matxi Malaysia Sdn Bhd (1340975-W)
Facebook: www.facebook.com/MatxiMalaysia
Instagram: www.instagram.com/matxicorp
#MATXICorp #YouDeserveABetterLife

Pesanan: Adalah di nasihatkan agar sesiapa yang ingin melakukan perniagaan ini untuk mendapatkan maklumat sepenuhnya dengan pihak Matxi Corp dan beberapa badan undang-undang Malaysia. Entri ini hanya bertujuan untuk mengwar-warkan majlis sambutan Ulang tahun Matxi Corp yang diadakan di KLCC baru-baru ini.

Monday 16 September 2019

BENTO dan ONIGIRI RM 1 di MyNEWS.com! - Promosi hebat dan harga murah.

Ye RM 1 sahaja untuk BENTO dan ONIGIRI di MyNEWS.

MyNEWS juga terdapat ruang makan dan pilihan roti segar.

Pada bulan September ini pihak MyNEWS Malaysia telah mengadakan promosi untuk menjadikan kedua-dua Bento dan Onigiri beharga RM 1 sahaja. RM 1 Bento hanya boleh di beli pada hari Selasa dan RM 1 Onigiri pada hari Khamis.

Maksimum kuantiti pembelian terhad kepada 2 bungkus dalam setiap resit.

Pilihan yang ada di MyNEWS.

Salah satu pilihan Bento. Ihsan gambar mynews.com.my

Antara pilihan untuk Bento yang ada ialah:

1. MaPo Tauhu
2. Jumbo Chicken Cutlet
3. Salmon Salsa
4. Spaghetti Spicy Belado
5. Curry Laksa
6. Mee Goreng

Manakala antara pilihan bagi Onigiri ialah:

1. Spicy Chiken Mayo
2. Tobiko Kani Mayo
3. Tuna Mayo
4. Smoked Salmon Cream Cheese
5. Garlic Teriyaki Mayo Chicken
6. Teriyaki Salmon

Menarikkan? 

Promosi ini sebenarnya ialah khas buat ahli MyNEWS sahaja. Namun jangan risau, untuk menjadi ahli adalah sangat mudah. Caranya  seperti dibawah:

1. Buka appstore/playstore dan cari aplikasi MyNEWS dan muat turun segera.

Pastikan anda jumpa myNEWS
Malaysia ya!
2. Daftarkan diri anda dan lengkapkan proses pendaftaran.
3. Kad Virtual anda sudah bersedia. Anda sah menjadi AHLI!

Anda sudah layak mendapatkan promosi RM 1 Bento dan Onigri!

Lebih menakjubkan apabila anda sah menjadi ahli, anda juga boleh mendapat kelebihan lain.  Antaranya ialah:

Kelebihan menjadi ahli.

1. Penggunaan kad virtual yang dihujung jari
2. Kumpul points di setiap pembelian di MyNEWS
3. Tebus guna points untuk mendapatkan produk MyNEWS, kupon dan lain-lain
4. Harga esklusif untuk ahli serta mendapat hebahan terawal untuk sebarang promosi berlangsung termasuk lah sebarang pertandingan yang diadakan
5. Kumpul setem dan tebus produk yang ada
6. MEMBERSHIP RANKING LEVEL, di mana ahli yang aktif akan mendapat lebih kelebihan apabila menaiki satu level ke level lain.

HEBAT APLIKASI MYNEWS baharu ni!

Selain itu MyNEWS juga telah memperkenalkan Maru Bakes sebagai pembekal roti segar dan sedap untuk beberapa cawangan MyNEWS.

Antara pilihan Maru Bakes yang ada. Harga pun berpatutan.

Lagipun anda boleh mendapatkan bonus points sebanyak 50 points bila anda membeli salah satu daripada tiga roti Pandan Kaya, Chicken Sausage dan Onion Cheese Bun di cawangan MyNEWS terpilih! Bonus points ini boleh diperoleh pada 16-22 hb September ini sahaja.

Bukan setakat itu sahaja, Maru Bakes juga membekalkan kopi sebagai peneman roti buat pelanggan mereka. Dengan menggunakan aplikasi MyNEWS, setiap pembelian satu kopi Maru memberikan anda 1 setem untuk dikumpul. Apabila sudah terkumpul 5 setem, anda boleh menebus 1 kopi percuma daripada Maru Bakes. Promosi ini berlangsung sehingga 31hb Oktober sahaja.

Antara yang menarik di aplikasi.

TERMA dan SYARAT PROMOSI untuk di ambil tahu!

Peringatan promosi, promosi yang berlangsung di MyNEWS ini adalah berdasarkan siapa cepat dia dapat dan selagi stok masih ada. Hanya beberapa tempat sahaja yang menjalankan promosi Onigiri dan Bento RM 1.

Manakala bagi Maru Bakes, tidak semua cawangan di seluruh Malaysia yang menerima bekalan roti segar tersebut.

Untuk rujukan semua pihak, aplikasi MyNEWS juga menyediakan maklumat cawangan terbabit atau anda juga boleh rujuk pautan-pautan dibawah:

Cawangan yang mengadakan promosi Bento dan Onigiri RM 1 adalah seperti dibawah:

Bento Tuesday / Selasa: https://www.facebook.com/notes/mynewscom/bento-tuesday/10157845631257150/
Onigiri Thursday / Khamis: https://www.facebook.com/notes/mynewscom/onigiri-thursday/10157848213732150/

Cawangan yang menerima bekalan Maru Bakes pula:

Maru Bakes: https://www.facebook.com/notes/mynewscom/maru-bakes-available-outlet-list/10157806437137150/

Maklumat lebih lanjut boleh rujuk di:

Laman rasmi: http://www.mynews.com.my
Instagram rasmi: https://www.instagram.com/mynews_my/
Facebook rasmi: https://www.facebook.com/myNEWSMalaysia/

Menarik jugak kan MyNEWS sekarang ni kan. Banyak promosi hebat berlangsung dan agak mudah menjadi ahli. Ha, tunggu apa lagi?

Jom lah muat turun aplikasi MyNEWS sekarang dan dapatkan promosi terkini!

Friday 13 September 2019

Fire Tiger King Coolblog, Minuman Pearl Boba Ngauman Raja Harimau Sebenar!

Rawwwwwwrrrrrrrrrrrrrrr
Bila Raja Harimau sudah mengaum mengeluarkan belang, maka itu petanda agar semua hidupan kena berjaga-jaga. 

Pada 12hb September semalam, saya telah berkesempatan untuk menghadiri pelancaran Fire Tiger King oleh Coolblog Malaysia. Pelancaran telah berlangsung di Berjaya Times Square, Kuala Lumpur dengan kehadiran wakil atasan Coolblog, Pengaran Bahagian Francais Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, wakil Ekuiti Nasional Berhad (EKUINAS), Malaysia Franchise Association (MFA), francaisi Coolblog, krew Suria FM dan media.

Ucapan Pengurus Pemasaran dan Pembangunan Perniagaan Coolblog,
Cik Win Zakaria
Fokus utama dalam pelancaran ini ialah 'Pertabalan Raja Gula Perang yang Sebenar'. Ini menekankan bahawa Coolblog yang telah bertapak sejak tahun 2008 merupakan jenama minuman boba atau pearl sejati dan pelopor dalam bidang tersebut.

Siri minuman  yang Fire Tiger King ini merupakan Siri Pertama seumpanya dan kesinambungan tema awal tahun di lakukan oleh Coolblog pada suku pertama tahun ini iaitu 'Hari Harimau'. Di bawa siri ini mempunyai 4 perisa yang ditampilkan iaitu Fire Tiger King, Fire Red Tiger, Fire Thai Tiger dan Fire Green Tiger.

Kesemuanya mengikuti arus semasa iaitu minuman boba atau pearl bersama gula perang serta dilengkapi dengan 'cheese mousse  Crème brûlée . Selain itu minuman ini didatangkan dengan saiz 700ml sahaja dan sudah boleh didapati di semua 300 cawangan Coolblog seluruh Malaysia.

Mempersilakan Fire Tiger King!

Bermula serendah RM 7.80 dengan saiz 700ml kesemuanya

Harga:

Fire Red Tiger - RM 7.80
Fire Tiger King - RM 8.80
Fire Thai Tiger RM 8.80
Fire Green Tiger - RM 7.80

Rasa:

Fire Red Tiger - Red tea tapi tak ada brown sugar
Fire Tiger King - Brown Sugar Pearl Milk Tea
Fire Thai Tiger - Thai Milk Tea (Sawatea) with dash of Brown Sugar
Fire Green Tiger - Matcha Green Tea with dash of Brown Sugar

Cheese cheese mousse crème brûlée

Mintak kurang manis sesiap~

Persembahan api mengikut tema.

VIP dengan Coolblog Fire Tiger King.

Review peribadi

Ayah Qis boleh habiskan tau! Ayah Qis bagi 9/10!
Saya sendiri buat pesanan Fire Tiger King berperisa Fire Thai Tiger kurang manis. Rasa Thai Tea masih menyerlah seperti biasa dan ada rasa sedikit pahit asli teh daripada Thailand tu. Saya suka! Campuran gula perang pun tidak terlampau hanya sebagai penambah rasa sahaja. Menariknya pearl dia lebih lembut dan sedap dikunyah. Cheese Mouse Creme Brulee dia pula tak memuakkan. Jadi bagi saya, saya akan bagi 8/10. Cuma kena mintak kurang manis siap-siap lah. Bila saya rasa yang original, agak terlalu manis buat saya.

Ayah Qis pun boleh habiskan satu gelas tau! Siap bagi 9/10 bintang. Semua terkejut sebab Pak Cik mana nak layan minuman gini. Hahaha. Pak cik minum Fire Thai Tiger yang dibancuh original ya. Pak cik sendiri kata ada sikit-sikit pahit asli tu. Bagi yang minat teh memang suka rasa kepahitan tu tapi tak terlampau pun.

Tadadaaaaa~


Fakta ringkas mengenai Coolblog dan Siri Fire Tiger King!

Bersama si Raja Harimau maskot khas Fire Tiger King Coolblog.
1. Coolblog mula dibuka pada 2008 dan antara yang terawal dalam minuman boba atau lebih dikenali sebagai pearl pada tahun-tahun awal.

2. Coolblog kini mempunyai 300 cawangan di seluruh Malaysia.

3. Coolblog merupakan syarikat anak tempatan, hak milik Malaysia.

4. Setiap hasil pembelian siri Fire Tiger King juga menyumbang kepada Usaha Penyelamatan Spesis dan Habitat Harimau Malayan yang semakin pupus.

5. Coolblog dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal-Ehwal Pengguna, Bahagian Francais pada tahun hadapan akan mewujudkan sistem hak milik francais yang berfokus untuk membantu wanita dan badan kebajikkan bukan kerajaan.

6. Berstatus Halal Jakim.


Kempen Sampingan Fire Tiger King.

Truck Coolblog dibawa khas bersama Suria FM.
Coolblog bersama Suria FM akan melakukan Jelajah Suria FM Bersama Coolblog di beberapa lokasi terpilih. Pelbagai aktiviti telah diatur antaranya ialah sesi ramah mesra, pertandingan kecil, berhibur bersama penyanyi terkenal dan pelbagai lagi. Jelajah pertama ialah pada 14hb September di Kuantan City Mall, Pahang dan kedua pada 21hb September di Plaza Angsana JB, Johor. Hebahan lanjut akan diumumkan di Suria X Coolblog Jam 2019 dan laman rasmi Suria FM www.suria.my .

Antara lain Coolblog juga menganjurkan Cabaran Tarian TikTok Fire Tiger King yang diberi nama #FTKDanceChallenge . Caranya agak mudah, hanya perlu membeli minuman daripada siri Fire Tiger King dan muat naik video tarian menggunakan lagu rasmi Fire Tiger King. Undian tertinggi akan berpeluang memenagi hadiah wang tunai. Maklumat lanjut akan dikemaskini di laman-laman rasmi Coolblog.


Pesanan Khidmat Masyarakat

Boleh minum minuman manis sebegini sekali sekala lah, jangan sekali selalu. Kena lah juga jaga kesihatan diri. Perbanyakkan minum air kosong dan jaga permakanan. Pastikan pengambilan gula dalam sehari itu tidak melebihi garis panduan yang disarankan. 

Mana-mana air manis adalah tidak digalakkan untuk kanak-kanak habiskan secara individu. Sebagai orang dewasa, penjaga dan ibu bapa, adalah tanggungjawab kita untuk mencorak dan menjaga cara pemakan dan peminuman mereka.

Antara lain, gelas plastik yang digunakan Coolblog adalah keras dan boleh digunapakai beberapa kali. Rekaannya adalah khas untuk kegunaan menyimpan minuman dengan selamat. Pastikan gelas, straw dan plastik daripada Coolblog tidak dibuang merata atau dibuang ke sampah biasa. Sila masukkan ke tong kitar semula atau kumpulkan berasama barang-barang recyle anda. Kurangkan pencemaran dan penggunaan plastik yang banyak. 

Sama-sama kita ke arah kehidupan sihat dan alam sekitar yang bersih!


Oleh itu, semua dijemput untuk merasai minuman terbaharu ini dan sokong Coolblog Malaysia okie! Sesambil tu jangan lupa untuk jaga kesihatan dan jaga alam sekitar ya!

Sebarang maklumat lanjut boleh layari: