Monday 16 September 2019

BENTO dan ONIGIRI RM 1 di MyNEWS.com! - Promosi hebat dan harga murah.

Ye RM 1 sahaja untuk BENTO dan ONIGIRI di MyNEWS.

MyNEWS juga terdapat ruang makan dan pilihan roti segar.

Pada bulan September ini pihak MyNEWS Malaysia telah mengadakan promosi untuk menjadikan kedua-dua Bento dan Onigiri beharga RM 1 sahaja. RM 1 Bento hanya boleh di beli pada hari Selasa dan RM 1 Onigiri pada hari Khamis.

Maksimum kuantiti pembelian terhad kepada 2 bungkus dalam setiap resit.

Pilihan yang ada di MyNEWS.

Salah satu pilihan Bento. Ihsan gambar mynews.com.my

Antara pilihan untuk Bento yang ada ialah:

1. MaPo Tauhu
2. Jumbo Chicken Cutlet
3. Salmon Salsa
4. Spaghetti Spicy Belado
5. Curry Laksa
6. Mee Goreng

Manakala antara pilihan bagi Onigiri ialah:

1. Spicy Chiken Mayo
2. Tobiko Kani Mayo
3. Tuna Mayo
4. Smoked Salmon Cream Cheese
5. Garlic Teriyaki Mayo Chicken
6. Teriyaki Salmon

Menarikkan? 

Promosi ini sebenarnya ialah khas buat ahli MyNEWS sahaja. Namun jangan risau, untuk menjadi ahli adalah sangat mudah. Caranya  seperti dibawah:

1. Buka appstore/playstore dan cari aplikasi MyNEWS dan muat turun segera.

Pastikan anda jumpa myNEWS
Malaysia ya!
2. Daftarkan diri anda dan lengkapkan proses pendaftaran.
3. Kad Virtual anda sudah bersedia. Anda sah menjadi AHLI!

Anda sudah layak mendapatkan promosi RM 1 Bento dan Onigri!

Lebih menakjubkan apabila anda sah menjadi ahli, anda juga boleh mendapat kelebihan lain.  Antaranya ialah:

Kelebihan menjadi ahli.

1. Penggunaan kad virtual yang dihujung jari
2. Kumpul points di setiap pembelian di MyNEWS
3. Tebus guna points untuk mendapatkan produk MyNEWS, kupon dan lain-lain
4. Harga esklusif untuk ahli serta mendapat hebahan terawal untuk sebarang promosi berlangsung termasuk lah sebarang pertandingan yang diadakan
5. Kumpul setem dan tebus produk yang ada
6. MEMBERSHIP RANKING LEVEL, di mana ahli yang aktif akan mendapat lebih kelebihan apabila menaiki satu level ke level lain.

HEBAT APLIKASI MYNEWS baharu ni!

Selain itu MyNEWS juga telah memperkenalkan Maru Bakes sebagai pembekal roti segar dan sedap untuk beberapa cawangan MyNEWS.

Antara pilihan Maru Bakes yang ada. Harga pun berpatutan.

Lagipun anda boleh mendapatkan bonus points sebanyak 50 points bila anda membeli salah satu daripada tiga roti Pandan Kaya, Chicken Sausage dan Onion Cheese Bun di cawangan MyNEWS terpilih! Bonus points ini boleh diperoleh pada 16-22 hb September ini sahaja.

Bukan setakat itu sahaja, Maru Bakes juga membekalkan kopi sebagai peneman roti buat pelanggan mereka. Dengan menggunakan aplikasi MyNEWS, setiap pembelian satu kopi Maru memberikan anda 1 setem untuk dikumpul. Apabila sudah terkumpul 5 setem, anda boleh menebus 1 kopi percuma daripada Maru Bakes. Promosi ini berlangsung sehingga 31hb Oktober sahaja.

Antara yang menarik di aplikasi.

TERMA dan SYARAT PROMOSI untuk di ambil tahu!

Peringatan promosi, promosi yang berlangsung di MyNEWS ini adalah berdasarkan siapa cepat dia dapat dan selagi stok masih ada. Hanya beberapa tempat sahaja yang menjalankan promosi Onigiri dan Bento RM 1.

Manakala bagi Maru Bakes, tidak semua cawangan di seluruh Malaysia yang menerima bekalan roti segar tersebut.

Untuk rujukan semua pihak, aplikasi MyNEWS juga menyediakan maklumat cawangan terbabit atau anda juga boleh rujuk pautan-pautan dibawah:

Cawangan yang mengadakan promosi Bento dan Onigiri RM 1 adalah seperti dibawah:

Bento Tuesday / Selasa: https://www.facebook.com/notes/mynewscom/bento-tuesday/10157845631257150/
Onigiri Thursday / Khamis: https://www.facebook.com/notes/mynewscom/onigiri-thursday/10157848213732150/

Cawangan yang menerima bekalan Maru Bakes pula:

Maru Bakes: https://www.facebook.com/notes/mynewscom/maru-bakes-available-outlet-list/10157806437137150/

Maklumat lebih lanjut boleh rujuk di:

Laman rasmi: http://www.mynews.com.my
Instagram rasmi: https://www.instagram.com/mynews_my/
Facebook rasmi: https://www.facebook.com/myNEWSMalaysia/

Menarik jugak kan MyNEWS sekarang ni kan. Banyak promosi hebat berlangsung dan agak mudah menjadi ahli. Ha, tunggu apa lagi?

Jom lah muat turun aplikasi MyNEWS sekarang dan dapatkan promosi terkini!

11 comments:

  1. Ini merupakan Apss yang baru ya.. Lepas ini boleh Naim check balik yang mana lebih baik. hehe. Terima kasih berkongsi

    ReplyDelete
  2. Sejujurnya belum pernah makan produk ni maklumlah lidah kak ni lidah Melayu... makanan makanan begini memang tak dapat nak terima. Apa pun bagi yang suka tentu gumbira kan ... murah lak tu...

    ReplyDelete
  3. Wahh bagus laa ada apps ni...boleh jugk beli bento dgn harga murah ni...

    ReplyDelete
  4. Wah.... Bento. Murah! Kot tak sempat masak lunch untuk anak² boleh laaa berdesup terus ke MyNEWS.
    Nanti kita daftar member. Looks menarik join members dia

    ReplyDelete
  5. sedap tu and murah giler ! kalau ada mynews kat kelantan ni memang dah aim dah hari khamis kat kedai ni.

    ReplyDelete
  6. Tak pernah makan lagi onigiri tu.. Haritu rasa nak beli tapi takut.. Wah ni dapat rm1 bolehla try nanti.. Hehehe.. Bgus la mynews ni buat macam ni.. Sekejap lagi nak download

    ReplyDelete
  7. murahnya awokkkk..geram kita ingat nak terjah my news ...tapi dia kiranya siapa cepat dia dapatlah kan...bestnya...kita mmg dahla suka jenis makanan macam ni heheheh

    ReplyDelete
  8. Wahh sempat lagi ni. Saya mmg suka makan makanan jepun. Boehlah cuba lepas ni. Cawangan mynews pun dkt dengan rumah.

    ReplyDelete
  9. Nanti nak download apps dia. Pastu ke mynews yeayyy

    ReplyDelete
  10. suka onigiri dari bento. Tak pandai makan bento.

    ReplyDelete
  11. main poker dengan banyak penghasilan
    ayo segera hubungi kami
    WA : +855969190856

    ReplyDelete