Friday 8 November 2019

WATSONS hantar emel bertalu-talu. SPAM, SCAM atau LEGIT? + Cerita sebagai seorang blogger diperguna!

Hai semua,

Kebelakangan ini 'PR Watsons Malaysia' (entah betul ke tidak) telah menghantar bertalu-talu emel yang mengandungi 'press release' secara tiba-tiba. Meskipun alamat pengirim nampak betul tapi tetap ada beberapa benda yang menghairankan.



Oleh itu beberapa persoalan telah timbul difikiran saya, adakah ini betul-betul daripada Watsons atau bukan. Ini disebabkan oleh:

1. Emel yang dihantar bertalu-talu secara tiba-tiba
2. Penulisan emel yang tidak profesional
3. Emel yang saya 'reply' tiada balasan

Jom kita tengok emel yang dihantar kepada saya. Sesambil tu saya nak berkongsikan serba sedikit apa yang saya alami menjadi seorang blogger:


1. Lihatlah betapa emel yang dikirimkan bertalu-talu dalam masa yang singkat. Tak tau apa ribut atau apa awal bulan November ni saya dikirimkan dengan emel jemputan (satu) dan beberapa press release.

Buat yang tidak tahu kerja sebagai blogger atau media, kerja kami ni juga adalah seperti media lain, dibayar untuk mempromosi sesuatu. Lelebih lagi saya jenis yang bukan 'copy paste'. Saya akan cari informasi sendiri agar sesuatu perkara dapat disampaikan dengan jelas kepada pembaca.

Maka 'press release' yang dihantar sebegitu sahaja boleh dikira memperlekehkan kerja seorang penulis blogger ataupun media. Bukan kah kita patut menghormati kerja masing-masing? Kerja semestinya adalah bukan dibuat secara percuma. Kerja haruslah berbayar.


2. Ini adalah emel pertama. Sebagai jenama besar patut bagi emel yang 'proper' ini ringkas sangat. Sebab tu saya hairan, ini Watsons betul ke 'scammer' yang hantar? 

Sebagai seorang blogger, saya kena tau apa dan kenapa saya patut menghadiri sesuatu majlis. Aktiviti apa yang akan dibuat di sana. Sebab kami bukan mainstream media yang datang-datang ambil gambar temu ramah dan terus balik. Kami punya kerja adalah merasai pengalaman sesuatu majlis sendiri.

Kalau ada produk, kami akan cuba produk itu terlebih dahulu dan bagitau apa baik buruk sesuatu produk dan sebagainya. "Personal touch" orang kata. Kami bagi satu artikel hanya untuk satu majlis/produk. Kami tak campur adukkan satu artikel tu pelbagai majlis dalam satu masa ya. Dekat situ ialah 'value' artikel blogger.

Sebagai blogger juga, kami tak akan padamkan artikel kami. Kalau 10 tahun yang lepas di taip, 10 tahun itu juga akan melekat di carian Google. 10 tahun juga orang akan boleh cari balik. Tak kan lah boleh bayar influencers atau artis ratusan hingga ribuan ringgit  untuk benda tu dipadam selepas beberapa ketika tapi tak nak bayar penulis yang sentiasa boleh dicari penulisannya?


3. Yang buat saya lagi meragui tentang kesahihan pengirim ini ialah, dia tak balas pun apa yang saya tulis. Mestilah saya akan hantar invois bayaran. Sebab memang dah kerja saya buat blog ni dibayar. 

Kalau profesional ataupun legit, sudah tentu pengirim ni membuat balasan. Kenapa dia buat tak tahu ya? Ke orang ni cuba hack Watsons? Ini Watsons kena jawab ni selidik siapa orang yang menembusi sistem PR mereka ni. 

Tapi kalau betul ini Watsons yang buat, terima kasih je lah. Buang nama saya terus daripada mana-mana list Watsons je lah. Sebab kalau beginilah jenama besar melayan para penulis, saya sanggup tak bekerjasama dengan Watsons terus sampai bila-bila.


4. Bila dah tak reply tu dia hantar lagi emel. Saya hantar lah lagi emel nak tau kan dia ni betul wujud ke ataupun bot. Sayang, rupanya dia hantar benda yang sama dekat email dia. Haaaa, ini manusia ke apa ni? Hahaha.

Oh kenapa saya cakap tentang bayaran? Selain daripada kualiti kajian, penyampaian, carian google bertahun-tahun, blogger ini kena bayar wifi, elektrik, minyak (jika datang ke majlis), bayar parking dan sebagainya. Adakah adil jika penulisan tersebut dibuat secara percuma?

Lebih sadis lagi bila LHDN panggil. Kebanyakkan LHDN tak tau apa job scope kami. Kalau dikenakan cukai sana sini, habis mana nak cari duit untuk makan dan sebagainya. Nak cari kerja lain? Boleh, tapi ini pun merupakan sesuatu pekerjaan. Alamatnya, jenama atau peniaga yang suka benda percuma ni patut diboikot aje biar tak ada orang nak 'promote' daripada semua orang tak boleh cari makan. Betul tak?

5. Scammer ni lagi la buat hal. Haha. Saya dah block dah pengirim ni. Dah lah tak reply orang lepas tu gigih ya nak kita buat kerja percuma ni. Tak hormat langsung kerjaya orang.

Bagi blogger dan penulis di luar sana, sudah tiba anda berhenti menulis status ada PR yang bagi press release percuma dan ambil kesempatan ni. Kita bongkar je satu-satu letak kat mana-mana group. Biar kita boikot ramai-ramai. Dan bagi yang baru-baru jangan terpedaya dengan janji-janji mereka nak bagi job kalau mereka tak pernah nak bayar anda.

Jangan dipergunakan. Kita bongkar sampai habis. Sekarang ni matlamat saya nak tau, siapa pengirim ni. Scammer yang suka spam orang hingga merosakkan nama Watsons atau Watsons tu sendiri?

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Post ini bukan untuk menghina atau memalukan sesiapa ya. Pihak yang bertanggungjawab harus tampil memberi penjelasan kalau ini merupakan daripada pihak Watsons sendiri. Manakala jika ada yang menggunakan nama Watsons untuk memburukkan jenama mereka, Watsons juga harus memberitahu kepada media bahawa ini bukan mereka.

Dalam kerja ni haruslah hormat antara satu sama yang lain. Tiada kerja percuma di atas muka bumi ini. Kalau percuma itu bukan kerja. Itu kerja amal.

Oh, ada orang lain terkena dengan scammer ini tak? Jom kongsikan dibawah!

Sunday 3 November 2019

TOKIDOKI X GUARDIAN : beg tokidoki siri travel edisi terhad kini di Guardian Malaysia

31hb Oktober - Saya berkesempatan menghadiri pelancaran TOKIDOKI X GUARDIAN :  beg tokidoki siri travel edisi terhad telah pun berlangsung di luar legar KLIA 2 dengan meriahnya.

[ Artikel TOKIDOKI X GUARDIAN: Set Thermal Esklusif Baharu Mei 2020]

Pelancaran tokidoki X Guardian

Pelancaran tersebut berfokus untuk memperkenalkan tiga beg siri travel ini iaitu tote bag, bagpack dan luggage bag bersaiz 20". Beg-beg tersebut boleh dibeli dengan harga diskaun menarik di Guardian seluruh Malaysia bermula 31hb Oktober sehingga 31hb Disember tahun ini.

Kemas kini terkini!!! Jualan masih diteruskan sehingga habis stok kerana permintaan yang meningkat! Boleh rujuk Guardian berdekatan anda ataupun Guardian Online Store!

Kenapa ANDA PERLU dapatkan beg tokidoki siri travel ini di Guardian? Ini sebabnya:

1. Jenama tokidoki ini merupakan jenama terkenal dengan kartun unik dan seni 'doodling' yang menarik. Mereka pernah berkerjasama dengan pelbagai jenama terkenal dunia lain seperti Karl Lagerfeld, Onitsuka Tiger, Marvel, Hello Kitty, Barbie dan banyak lagi!

Ini pula beg yang dihasilkan untuk Travel Series bersama Guardian:

Beg luggage 20"

Bagpack

Tote bag
Lihat saja betapa warna-warni beg di atas!

2. Edisi terhad khas direka oleh pengasas bersamanya, Simone Legno untuk menepati ciri Guardian dengan menerapkan rekaan berasaskan kesihatan dan kecantikkan.

Antara rekaan yang boleh dilihat.
Kiri sekali ialah rekaan khas untuk Guardian. Tengah tu acah je sebenarnya. Haha! Kanan ialah dinding yang penuh dengan karakter serta kartun menepati ciri Guardian.
Rekaan yang sinonim dengan Guardian iaitu 'healthy beauty' - kesihatan dan kecantikkan ini boleh dilihat di karakter tokidoki dan kartun yang dihasilkan. Bahkan terdapatnya kedai bewarna jingga untuk mewakili kedai Guardian itu sendiri!

3. Harga diskaun sehingga 70% dengan PWP (Purchase with purchase) hanya di Guardian. Tidak boleh disangkal lagi bahawa jenama tokidoki ini membawa harga yang agak mewah, namun di Guardian anda boleh mendapatkannya dengan harga jauh lebih rendah di pasaran.

Dengan PWP, pelanggan hanya perlu membuat pembelian di Guardian serendah RM 30 dalam satu resit bagi pembelian jenama terbabit* ataupun serendah RM 50 dalam satu resit bagi mana-mana pembelian dilakukan.

*Jenama terbabit -  Blackmores, Dove, Ensure Gold, Loreal, Nutox, Panadol, Pantene, Ammeltz Yokoyoko, Brandas, Clear, Colgate, David Beckham, Dermatix, Enchanteur, Libresse, Nature's Wat, NH Detox Lim, Nivea, Revlon, Sensodyne, Silkygirl dan Tiger Balm.

Ini merupakan harga bagi setiap beg:


Harga bagi tote bag tokidoki PWP di Guardian ialah RM 80.
Harga bagi bagpack tokidoki PWP di Guardian ialah RM 100.

Harga bagi luggage 20" tokidoki PWP di Guardian ialah RM 170.

Beg di setiap cawangan Guardian Malaysia adalah sangat terhad, penjualan adalah berdasarkan siapa cepat dia dapat ya!

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sangat comel semuanya! Saya rasa nak dapatkan luggage bag tu sebab nak travel ke Perancis tahun depan. Eh! 

Sebelum sampai ke penghujung, saya nak kongsikan suasana hari perlancaran tokidoki X Guardian bersama media. Tema aktiviti media dan pengunjung yang dibuat khas di KLIA 2 sehingga 1hb November lepas ialah perlancongan.

Oleh itu jom layan galeri sekitar perlancaran pada 31hb Oktober:

Passport dan papan departures. 

Ini ialah 'travel box' tokidoki x Guardian.

Destinasi pertama ialah Paris. Kami di terangkan ciri khas tote bag yang kalis
air dan tahan lasak ini. 

Nampak seperti di musim panas Paris! Kebetulan sangat saya
memang berfesyen ala gadis perancis. Hahaha.

Destinasi kedua ialah Aurrora Borealis. Ini bukan lampu disko ya! 

Destinasi ketiga dan terakhir ialah ke Afrika melawat dunia Safari! Memang 'fefeeling' ya!

Bersama rakan media lain. Cuba teka siapa yang suka buat hal kat sini?

Bersama maskot rasmi tokidoki X Guardian.

Sesi akhir bersama pemenang hadiah.

Akhir sekali~ Jangan tanya kenapa baju saya sama dengan orang sebelah (Kak Lily), kteorang matchy2 tanpa sengaja.
Untuk maklumat lanjut boleh layari:

GUARDIAN Malaysia
Instagram rasmi: https://www.instagram.com/guardianmy


TOKIDOKI

Sehingga berjumpa lagi dan selamat ber-tokidoki di Guardian!


Wednesday 23 October 2019

J-Hunt Pusat Beli Barangan Preloved Jepun [GAMBAR]

J-Hunt (The Mottainai Store), Pusat beli barangan 'preloved' Jepun kini telah tiba di Subang Jaya dan secara rasmi dibuka pada 25hb Oktober 2019.

J-Hunt Kedai preloved dari Jepun di Subang Jaya
Sebagai blogger awam anda, saya telah berkesempatan untuk menerjah ke J-Hunt lebih awal untuk menerokai lubuk kedai mereka. Jom saya kongsikan pengalaman saya sendiri!

Pengenalan

J-Hunt (The Mottainai Store) ini merupakan kedai yang menjual barangan 'preloved', 'as-is', 'premium' dan setara dengannya daripada negara matahari terbit, Jepun. Barangan terpakai mahupun lama yang dibawa daripada Jepun dijual semula di negara kita kerana permintaan yang agak memberangsangkan.

Masuk-masuk dah cantik

Bayangkan berapa buah kedai seumpama begini sudah berada di Lembah Klang! Namun J-Hunt ini berbeza kerana mempunyai barangan ekstra seperti barangan 'premium' dan barangan yang ada di sini adalah dipilih secara teliti. Bukan main ambil banyak-banyak stok masuk ke kedai! Barangan bahkan dalam kualiti sangat baik jugak!

J-Hunt atau 'Japan Hunt' menyampaikan maksud terdapatnya barangan berharga yang boleh didapati di kedai ini apabila kita meneliti setiap barangan. Umpama mencari harta karun atau permata di kedai mereka. 

'Mottainai' bermaksud ungkapan 'Membazirnya!' secara umum. Oleh itu di Jepun, ungkapan ini menjadi frasa yang digunakan oleh para aktivis alam sekitar untuk 'Jangan membuat pembaziran' dengan membuang barangan yang masih elok.  Kita seharusnya mengamalkan konsep 3R (Recycle -kitar semula , Reduce -mengurangkan penggunaan, Reuse -guna semula). Selain itu, menderma atau menjual barangan kepada orang lain yang memerlukan.

Oleh itu di J-Hunt mereka menitikberatkan konsep 3R ini dan satu tambahan lagi iaitu Respect - memberi penghargaan kepada barangan tersebut.


Konsep

Konsep kedai ini lebih kepada gabungan antara santai dan premium. Namun kebanyakkan barangan di sini adalah sangat-sangat mampu milik, bahkan saya rasa adalah tersangat murah. Tapi tidak dinafikan beberapa barangan dijual lebih tinggi hingga beribu namun di kategori barangan antik dan 'collectors item'.

Kedai ini menjual barangan terpakai dan lama dari pelbagai kategori seperti fesyen, figura animasi, mainan kanak-kanak, alat bersukan, barangan antik dan lain-lain.

Kategori jualan J-Hunt

Di sini terdapat 10 kategori barang jualan di J-Hunt iaitu:

1. Pakaian dan Fesyen
2. Beg
3. Hobi ('Collectors' items, Premium, Antik)
4. Barangan Budak
5. Kasut
6. Sukan
7. Barangan 'tableware'
8. Alat Permainan
9. Jam Tangan Berjenama dan 'Gadget'
10. Alat Muzik

Jom kita pergi ke satu-satu kategori!

1. Pakaian dan Fesyen

Kategori ini memaparkan pakaian dan aksesori lelaki, perempuan serta kanak-kanak. Aksesori yang ada ialah topi, tali pinggang dan stokin. Tapiiiiiii pilihan lelaki dan kanak-kanak kurang berbanding pilihan perempuan. Hahaha.

Dekat sini harga dia bermula RM 1 sehinggalah sampai ratusan ringgit. Namun kebanyakkan pakaian di sini boleh dijumpai di bawah RM 30!!!! Kalau anda bertuah, anda boleh cari dress beharga RM 5 dan RM 1 tau.

Cumanya kat sini tak ada bilik persalinan dan saiz yang ditawarkan adalah terhad. Untuk orang berbadan besar mahupun plus size tiada pilihan.

Antara bahagian penjualan pakaian.

Topi sini banyakkkkkkk murah-murah dan masih bagus pulak kualitinya.
Comel yang comel membeli barangan comel. Comelkan? Haha.
Rating pembelian : 9/10 - Sangat-sangat berbaloi

2. Beg

Bila sampai kategori beg, anda akan menjadi rambang mata kerana susunan beg kasual ialah mengikut warna! Bukan itu sahaja, pilihan beg di sini adalah sangat banyak daripada beg dompet, beg jalan, beg kerja, beg laptop, beg travel dan pelbagai beg boleh dijumpai.

Bahkan ada beg biasa hingga beg berjenama tau! Sini anda pun boleh dapatkan beg beharga RM 5 dengan kualiti yang terbaik.

Bagi beg berjenama dan rotan boleh dijumpai dengan harga dibawah RM 100 dalam keadaan yang masih nampak baru.

Cantikkan? Dalam tu beg berjenama dan 'have-have' tapi dalam harga RM 60 ke RM 80 gitu~

Antara kepelbagian ada.

Rating pembelian: 9/10 - sangat-sangat berbaloi

3. Hobi ('Collectors' items, Premium, Antik)

Ini ialah kelebihan J-Hunt sebagai kedai berkategori barangan preloved Jepun.

Di bahagian hobi terdapatnya barang-barang yang 'rare' susah dapat. Tempat ini semestinya paling mengancam jiwa bagi pengumpul barangan antik, figura anime dan barangan vintage. Ada yang daripada Zaman Jepun Edo lagi!

Bagi kawasan ini, harganya lebih kepada medium dan atas. Hanya pengumpul tegar yang tahu nilai sebenar barangan kat sini.

Kebanyakkan barang disini adalah bentuk siap pasang bukan yang dibeli dari kotak dan pasang sendiri. Bagi kepelbagaian pula juga agak terhad lebih banyak kepada animasi Jepun. Peminat Marvel, DC dan Disney, anda boleh 'Keep-in-view' sahaja. Hehe.

Ruang yang besar banyak kaca-kaca ialah barangan yang sangat 'rare' ya.

Si Doraemon ni WAJIB kena ada. Hehehe. Negara dia kot!


Kabinet almari antik kecik besar semua ada kat sini!

Nak beli tapi tapi.. bajet habis. HAHAHA.
Nak barangan antik dan barangan samurai pun adaaaaa.
Rating pembelian: 6.5/10 - berbaloi

4. Barangan Budak

Kategori barangan budak pula agak sedikit kurang dari segi kuantiti dan kepelbagaian. Namun kesemua barang adalah betul-betul berkualiti tinggi dan sangat-sangat bersih. Manakala harganya pula ialah medium dan keatas.

Kawasan barangan budak dan anak kecil.

Rating pembelian: 3/10 - agak kurang berbaloi

5. Kasut

Kategori kasut lebih banyak kepada lelaki dan perempuan dewasa. Manakala untuk saiz pula kebanyakkannya adalah saiz biasa tak ada untuk saiz besar. Kuantiti pun agak sedikit terhad tapi rekaan yang dipaparkan banyak yang lawa!

Kasut di sini harga dia banyak murah-murah! Masih tersangat elok pulak kualitinyaaaaaa.

Harga dia serius berbaloi dengan rekaan dan kualiti kasut yang dijual! Nampak baruuuu.
Sayang je tak ada saiz saya.

Bawah ni sedikit video kasut yang dijual di J-Hunt.



Rating pembelian: 8/10 - sangat berbaloi

6. Sukan

Kategori sukan memaparkan alat bersukan dan hobi kesukanan. Sini pilihan tak sebanyak mana. Tapi adalah yang menarik dan original susah dapat dijual dengan harga lebih murah.

Namun kepada pemancing tegar dan pemain badminton, sini adalah lubuk anda!

Di manakah kaki pancing sekaliannnnn?

Ni paling menarik bagi saya sebab raket Yonex original tuuuuuuu!

Rating pembelian: 5/5 - Nak beli pun berbaloi, tak beli pun tak rugi.

7. Barangan 'tableware'

Barangan 'tableware' banyak kepada set pinggan mangkuk, teko dan yang hampir sama dengannya. Harga barangan dijual pun tak lah semurah mana. Banyaknya macam hiasan, 'rare tableware' dan set ceramik yang cantik-cantik berkualiti tinggi.

Pilihan untuk 'rare tableware' banyak tapi pilihan 'daily to special occasion tableware' adalah kurang.

Ni dah macam antik dah.

Banyak gelas, cawan dan bekas kecil-kecil di sini.

Ini ialah pilihan 'daily tableware' agak kurang sedikit pilihannya.

Rating pembelian: 4/5 - agak kurang berbaloi (Rasa nak beli set 'tableware mungkin berbaloi)

8. Alat Permainan

Alat permainan ni lebih kepada patung-patung comel, patung animasi dan beberapa permainan yang berkualiti tinggi sahaja. Alat permainan lain saya tak nampak lah pulak. Tapi bagus jugak tak jual sebab kalau barang permainan memang selalu rosak, tak sempat orang Jepun nak jual. Haha.

Patung-patung sini banyak baru tau dan susah dapat kat Malaysia. Harga pulak tak mahal bagi patung animasi original berkualiti tinggi macam ni.

Nak beli jugak tadi tapi tak cukup tangan. Haha.

Ha, nak beli BMW? Bayar penuh RM 1400 jeee.

Rating pembelian: 7/10 - berbaloi (patung diaaaa omaigad!!!)

9. Jam Tangan Berjenama dan 'Gadget'

Kategori ini sangat menarik kerana jam tangan berjenama dan gadget daripada Jepun yang masih berkualiti tinggi ada di sini. Bagi kedai preloved Jepun, agak jarang ataupun tiada yang kita boleh pergi beli kamera, jam tangan mahal berjenama ataupun 'earphone' bukan?

Dekat sini anda boleh dapatkan kamera dan aksesori kamera yang original, keadaan baik dan 'rare' dengan harga kira lagi murah daripada pasaran! Serius terkejut!

Rasanya kuantiti kategori ni perlukan lebih lagi, hehe sebab ramai yang suka kamera digital dan jam tangan berjenama kan?

Rambang mata nak beli!!!!! Sebenarnya banyak lagi tapi nak upload banyak sangat lah pulak hahaha.


Semua original ya. Ada yang beharga RM 150 ke bawah jugak.

Rating pembelian: 8/10 - sangat berbaloi (cuma kurang pilihan je hehehe lain semua tip top)

10. Alat Muzik

Alat muzik di sini berkategori premium. Bukan kategori biasa jadinya kalau nak beli ala-ala alat muzik klasik ataupun 'have-have', sini adalah tempat pilihan anda!

Harga pulak saya kategorikan dalam lingkungan atas namun kualiti sangat tip top nampak macam baru! Ada yang baru jugak tau!


Satu set RM 700, boleh petik gitar nyanyikan lagu cinta untuk kekasih hati.
#ahgittchew

Rasanya tengok kat luar cecah harga RM 1000.
Ini kira murah lah kannnn.

Rating pembelian: 8/10 - sangat berbaloi

Review ringkas

Bagi saya tempat ni melangkau 'expectation' saya. Barangan dia selain daripada kategori hobi, adalah tersangat mampu milik dan murah dalam kualiti yang terbaik. Bukan cincai tau. Sebab itu di setiap kategori ni kuantiti barangan yang dijual tidak terlampau banyak kalau dibandingkan dengan kedai yang berkonsep sama.

Barang di sini adalah dipilih elok yang masih boleh berfungsi penuh bukan sekerat-sekerat. Barangan yang dijual pula akan sentiasa di kemas kini juga.

Sebab tu tak terlampau banyak pun masih boleh pening jugak nak beli mana satu sebab semua nak beli tapi lebih bajet. Hohoho.

Banyakkan. Hehe gambar kiri tu saya tengah buka penggantung nak mudahkan juruwang tu scan. Lepas tu ada krew
tolong ambikkan. Senang cerita, "kita mudahkan kerja orang, nanti kerja kita dipermudahkan" :)
Video Ruangan Kedai J-Hunt




Aktiviti dan Peraduan

Sempena pembukaan 25hb terdapat dua aktiviti dan peraduan yang boleh anda ikuti untuk lebih dapatkan hadiah yang menarik.

Pertama ialah "Whatsapp dan Dapat Hadiah" - Caranya hanya perlu whatsapp J-Hunt  sebelum pembukaan dan dapatkan hadiah misteri pada hari pembukaan 25hb nanti. J-Hunt akan balas pesanan dengan maklumat lanjut.



Kedua ialah "Buat Video dan Menang Wang Tunai RM 3000" - Caranya ialah dengan membuat video pengalaman atau pembelian anda di J-Hunt dan muat naik ke laman media sosial anda.


--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sedikit pesanan buat anda semua, berbelanjalah secara berhemah dan pastikan anda betul-betul memerlukannya. Jangan ikut nafsu keinginan ya. Sebelum membuat pembayaran di kaunter haruslah semak semula barangan anda agar dalam keadaan yang elok.

Lepas pembelian pula, pastikan barangan yang dibeli terus dibersihkan terutamanya pakaian yang dibeli. Barang yang tidak boleh dicuci, seeloknya dibilas dengan pembasmi kuman. Ini adalah beberapa langkah ekstra yang amat digalakkan dilakukan.

Buat pembelian jangan risau sebab di sini menerima pelbagai jenis pembelian termasuklah tunai, kad berlabel Union Pay dan e-wallet. E-wallet yang diterima disini ialah Grabpay, Boost, Alipay, WeChat Pay, ipay88, TouchnGo eWallet dan mCash.

Jangan lupa untuk bawa beg ‘shopping’ sekali ya. Plastik tidak dijual hanya beg ‘eko’ J-Hunt beharga RM 5 (satu saiz) sahaja yang ada. Beg tu seperti gambar paling atas sekali.
Maafkan akak-akak blogger saya yang agak teruja ni ya. Hahaha. Kami dah buat pembelian. Rasanya nak saya kongsi tak
saya beli apa?
Akhir bicara, selamat membeli belah di J-Hunt. Sebarang maklumat lanjut boleh rujuk di bawah ya.

J-Hunt (The Mottainai Store)

Lokasi: Lot 2-13, Tingkat 2, Aeon Big Subang Jaya, Jalan Kemajuan Subang, Ss16, 47500, Subang Jaya, Selangor
Hari Operasi: Isnin - Ahad
Masa Operasi: 10am-10pm

Diharapkan entri ni boleh membawa manfaat, jaga diri dan jumpa lagi.