Friday, 18 September 2015

Dilema Politik Orang Sarawak

Salam semua. :)

Sebenarnya saya kongsi bukan niat nak menghasut ke apa nanti kena akta hasutan pulak. Mak oiii tak nak lah jadi. Tiba-tiba kena tahan polis karang, mampuih! Sebab tu letak hak menafikan awal-awal hahahaha..

Macam ni kisahnya.. kitaorang kat Sarawak majoritinya ni tersangat lah sukanya Ketua Menteri Baru kitaorang iaitu Tan Sri Adenan Satem!!!!! OOOOHaaaaa You You! Tu termasuk saya jugak lah. Sebab:

1. TEGAS
2. MEMANG DENGAR CAKAP RAKYAT
3. MENUNJUKKAN PRESTASI CEMERLANG DALAM MASA SINGKAT
4. KAW-KAW CAKAP DEPAN-DEPAN
5. MEMPERJUANGKAN HAK SARAWAK
6. TERBAIKKKKK!

Ada lagi tapi banyak sangat lah nak taip kan. Senang cerita, walau pun belum maju sangat berbanding tanah seberang tapi Tan Sri Adenan banyak kemajuan sampaikan Jalan Pan Borneo yang tergendala sebab rasuah dah mula balik berjalan. Hehehe.. "This is much better than just saying without doing it so"

Bukan nak kata apa, dulu Ketua Menteri lama kitaorang bertahun lamanya pegang kuasa. Tapi kemajuan tu punyalah lembik lembap lepeh sangat-sangat. Tapi mak oiiii rumah dia, rumah keluarga dia dan rumah "kawan-kawan" dia bukan main canggih. Bak istana kot. Korang boleh tanya Cik Google~ Sekarang ni Alhamdulillah Tan Sri Adenan dah jadi ketua menteri yang baru.

Kesian lah kat dia sebab dia kena usaha keras untuk memperbaiki reputasi bekas Ketua Menteri lama tu. Harapnya beliau kekal menjadi pemimpin yang jujur dan kerja keras macam ni!

Cuma...masalahnya..

DIA ORANG BN! BARISAN NASIONAL. "What the fishing fat fish!" (pengsan kejap!)

Memanglah parti dia PBB, Tapi PPB bawah BN. Orang Sarawak ni tak suka parti dari seberang. Hehehe.. maaf lah. Lebih-lebih lagi orang tak suka Perdana Menteri Najib tu. Kenapa? DIA TAK JELASKAN PUN DUIT DARI MANA DAN KAT MANA. Antara Sebab:

1. Sikit-sikit nak maju belah sana, program bantuan semua sanalah dulu mula.

2. Hasil minyak semua pergi sana, siap banyak bangunan ikonik lagi. Ha! Nak kata sebab Petronas yang buat kerja? Logik sikit. Dorang buat kerja dah bagi 95% kot!!! 5% je kiteorang? Berbaloi ke tak? Nak orang Sarawak cari syarikat luar ke? TAK ADA MASALAH. Brunei dekat je.. (jeng jeng jeng)

3. Parti kat seberang sikit-sikit nak gaduh sesama sendiri. Sampai siap bawa-bawa Tan Sri Adenan lagi. Tan Sri buat ape je kat dorang sampai nak cuba buat skandal kejujuran Tan Sri?

4. PERKAUMAN terlampau! Rakyat buat de, tapi pemimpin parti dari seberang yang cuba melaga-lagakan kaum yang ada. Kiteorang kat sini dekat 30 etnik tak lah nak bergaduhnya siap banyak lagi orang kawin campur kat sini.

Dah rasanya bagi 4 je. Nanti akta hasutan. MUAHAHAHA.. maaflah kalau terasa tapi ni yang majoriti orang Sarawak boleh lihat apa yang ada kat tanah seberang.

Pasal satu lagi ni dilema yang sangat memeningkan kepala. Sebab ramai sokong Ketua Menteri tapi fikir nak undi ke tak lain kali? Sebab bila undi Tan Sri Adenan = PBB = BN = UMNO! APA?? Ye, kat sini tak suka UMNO. Sebab UMNO kebelakangan ni macam sewel sikit pun ada. Sikit-sikit keluar kenyataan yang entah apa-apa. Merapu. Buat orang benci pun ada. Dan dilemanya lagi kat sini, kiteorang pun tak suka PKR, DAP dan PAS sebab 2x5!!! Orang seberang lah katakan. DAP tu sikit-sikit nak cari kesalahan Tan Sri Adenan, poyo habis kotttttt.. Orang tak buat salah nak kacau. TENGOK?!!! Dasar nak cari gaduh je memanjang, depa punya kes DEIG, ROS, Betty Lim vs Rosmah Mansor in Who's more richer?, Hal perkauman di Pulau Pinang dan lain lain tak selesai lagi dah sibuk nak kacau Sarawak orang. "pathetic!"

Tu sebab kiteorang tak suka!!! Tak matang langsung!

Jadi faham tak? Tu sebab wujud S4S (Sarawak for Sarawakians) walaupun agak ada merapu sikit masa perarakkan S4S ni tapi saya faham kenapa dorang buat macam ni. Sebab letih tengok drama orang seberang yang berlebihan sampai kiteorang aman damai ni kena tempias. "get a life please!"

Jadi dilema nya.. PM kita tak letak jawatan! Sekiranya lah dia tak bersalah..sekiranya..
Tak kan dia tak tau ada wujud terma "Ministrial Responsibilities", "Undi tidak percaya" ataupun "Scarifying for good" ??? Kalau tak salah pun, turun je lah asal orang tak kecoh. Selesaikan lah masalah tu tapi tak perlu jadi PM. Asalkan tak kecoh sudah. Tapi ni masih degil nak jadi PM. Tu sebab kecoh dan membuatkan orang takut nak melabur kat MALAYSIA!

Jadi, ni pun kira salah PM lah sebab tak nak mengalah. Cuba letak je jawatan dan selesaikan masalah dari segi pengurusan. Tak kan lah tak ada penyelesaian terbaik. Ni lah dinamakan tanggungjawab menteri untuk memberi kepercayaan rakyat! TAPI kalau salah, semestinya kena letak jawatan lah. Dan masuk penjara sekali. Tak perlu lah nak takut kalau tak salah.

Faham tak dilema kiteorang orang Sarawak ni? "we don't hate you, we just upset because of you" 

Nak undi Tan Sri Adenan pun orang Sarawak takut sebab nanti PM Najib terus jadi PM atau Ketua Menteri jadi macam Tan Sri Taib. Walauapapun harapan saya:

"PM takes a ministrial responsibility act without being self centered to his self or party and think about giving chance to new faces"

"DAP stops picking unnecessary stupid childish fight with Sarawak wholly"

"PKR stops from being the US baby whiner"

"UMNO stops uttering unimaginable ridiculous statements"

"PAS stops manipulating religion for the sake of your politic"

Akhir sekali, saya hanya mahukan Sarawak menjadi damai tanpa ada penghasut yang mahukan kesenangan untuk diri mereka. Saya tak membenci orang seberang/semenanjung cuma saya membencikan pemimpin anda yang begitu bersifat perkauman dan sanggup memutarbelitkan agama, kepercayaan dan fakta demi kepentingan mereka. Saya juga sedih kerana segelintir kita dalam jumlah yang besar mahu dipermainkan oleh mereka dan menyokong mereka membuta tuli tanpa tahu diri telah dipergunakan dan dipesongkan demi mengejar matlamat utama iaitu memajukan diri sendiri dan negara Malaysia.

Akhir kata, saya bukan berniat hendak menghasut tapi saya cuma meluahkan apa kebanyakkan rakyat Sarawak berfikir.

Terima kasih.




Thursday, 10 September 2015

"Enjen"

Salam semua,

Saya kongsi satu perkataan ni "Enjen". Apakah yang anda fikir tentang perkataan ini?

'Engine'?

Heh heh, saya pun fikir macam tu buat pertama kali. Rupanya "enjen" ni ialah bahasa Melayu Sarawak bermaksud "pikat" atau "ushar". Haha, pergh macam jauh sangat bunyi kan. Alkisahnya bermula bila saya ni kongsi satu cerita pasal satu lelaki ni dia cakap benda yang penting tapi saya yang tak faham apa maksud dia tu. Sebab masa tu dia tengah tanya apa entah pasal barang apa.

Masa tu punya tak faham. Perbualan tu macam ni lah kiranya:

"Saya tak tau bila nak balik, penting sangat ke nak balik awal ni?", saya yang tengah menaip. HAHAHAHA..

"Eh penting, ni kena jumpa jugak"

"Bukan dah kata akan jumpa jugak ke hujung bulan nanti bagi barang awak ni?"

"Eh tak lah, nak jumpa terus sebab lama tak jumpa kan"

"Lah, saya kirim pos je lah kalau tak sabar nak jumpa" (punya bangang fikir dia nak jumpa barang, MUEHUEHUE)

"Tak apa lah, tak perlu lah..tengah buat apa tu?"

Tiba-tiba pulak dia ubah topik. Dah tu sebab saya bangang abadi, saya meluahkan kebangangngan tu dengan kakak saudara. Masa orang dok sibuk buat kerja masa tu jugak dia tanya bila orang nak balik. Muehehehe..

Kakak saudara saya dengan pantas nya berkata, "nak mengenjen perempuan lah tu.."

Fuiyooo bapak oi, punya lah saya fikir kenapa dia nak "engine"kan saya. Kena servis bagai. HOIIIII tak lah orang ni tak berakal sampai nak kena servis bagai. Heiiiii. Saya pun punya lah marah nya kenapa lah lelaki tu boleh nak menservis kepala hotak saya ni.

Dengan amarah yang membuak-buak tu, kakak saudara saya tanya lah. "Tau tak apa maksud enjen". Hehehehe, saya senyum je. Terus geleng kepala. Baru lah kakak saudara saya bagitau yang enjen tu maksud dia pikat. MUAHAHAHAHA..

Oh kiranya dia nak pikat lah tu dok suruh orang balik awal. Fikir dia tak sabar nak ambik barang dia tu dari saya sebab dah lama sangat saya pegang kan. Muehehehe. Mana lah tau kot-kot dia benci marah kat saya sebab dah lama tak pulangkan kan. EH tapi saya dah bagi tau lah yang saya memang akan pulangkan sekian-sekian hari. Saya tak bersalah~

Jadi anda semua, enjen ialah pikat yerrrrr dalam bahasa Sarawak. Tapi cara penggunaan tu saya masih tak jelas. Sebab tak kan nak kata "hei saya nak enjen awak ni". Macam lucah je bunyi. LEL!!! Dah-dah, merapu dah ni. Hue hue hue..

p/s: Saya rasa lelaki ni jenis layan semua perempuan macam ni pun.  MUAHAHAHAHA.. kalau dorang tak enjen perempuan memang tak sah kan! Ala..tak lama lepas tu YAKIN dan PASTI dia akan ada teman wanita punyer. Hue hue hue.. Kira dok lepas kejap kat saya lah ya dalam masa yang sama kat orang lain jugak. Jadi wanita-wanita Abby Abadi luar sana, jangan lah mudah percaya lelaki ni. Mereka perlu buktikan dengan membelah dada mereka dan berenang di lautan api baru lah kita mesti terima mereka. Setakat SMS, PANGGILAN PERCUMA dan BONUS belian, ANDA katakan TIDAK! B-)

HAHAHAHA, ada berani?

Tata~

Wednesday, 2 September 2015

Saya buat Serunding ayam~

Salam semua,

Saya sangat gembira yang amat! Heh heh..

Masa tu mak saya yang kat KK tu pergi lawat anak dia ni yang kat kampung. Masa tu mak saya bawa punyalah banyak ayam mentah bahagian peha yang seksi tu~ Oleh sebab saya pergi Brunei, ayam tu tertinggal lah agak lama kat kampung.

Jadi bila ada kesempatan balik kampung semula, saya dengan gigihnya menyahbekukan ayam dan membuka bungkusan ketuhar. HAHAHA, ketuhar dok berbalut dengan plastik tu harus dibuka dan dirasmikan oleh saya!

Jadi bermula lah kerja membuat serunding express tu. Langkah-langkahnya tanpa resepi ialah~:

1. Menyah beku
2. Rebus hingga empuk
3. Sejukkan sedikit dan mencarik isi ayam dengan kasar
4. Goreng dengan rempah
5. Mencarik isi ayam dengan lembut pasal baru teringat serunding ni halus. HAHAHA.. bapak masa panas-panas siap berempah ratus kot masa buat ni.
6. Goreng semula
7. Tak puas hati sebab malas menggoreng hingga kering, masukkan dalam ketuhar.
8. SIAP!
9. Eh, saya lupa letak kerisik kelapa. =..='' BAPAKKK LAHHHH
10. Tak kisah, ambik je gambar kongsi kat blog. Hehe..

Mempersilakan~ tadadada~ 

Kira baik gak lah walaupun pertama kali buat kan. Hehe, punya nak buat terus tanpa semak bahan ada jadilah serunding ayam tanpa kerisik. Walaupun macam tu, perghhhh rasa dia sedap. Pedas dan terasa ayam tulen tu. Hahaha. Nampak tak agak kasar serunding saya tu? Tak rajin nak bagi halus lagi sebab jari dah kebas. Ayam tu banyak sangat!

Tu je, saja nak kongsi!

Tata~