Monday, 18 September 2023

MAD Coffee Kini Di 7-Eleven Malaysia

14hb September, Puchong - MAD Coffee kini rasmi di 7-Eleven Malaysia dengan tema #IAMMAD. MAD Coffee merupakan minuman kopi susu bersumberkan tumbuhan daripada MAD Foods iaitu jenama dari negara jiran kita Singapura.

Pelancaran MAD Coffee di 7-Eleven Malaysia

MAD Foods diasaskan oleh dua rakan iaitu Angelique dan Bobby pada tahun 2019 untuk mencipta minuman yang mudah, sihat dan lestari. Oleh itu jenama MAD komited untuk menghasilkan minuman berasaskan tumbuhan tanpa soya, tenusu dan kekacang.

Selalunya apabila seseorang ingin meminum kopi tanpa tenusu, kekacang dan sebagainya terpaksa pergi ke kedai kopi yang menyediakan kopi yang dibuat khas. Kopi tersebut pula selalunya dijual dengan harga yang lebih mahal. Di sini lah MAD Coffee mencipta peluang menembusi pasaran tersebut.

Pelancaran di 7-Eleven Malaysia

Mendapat sambutan hangat di negara asal dengan produk kopi susu mereka, kini MAD Coffee tembus ke Malaysia sejak bulan julai tahun 2023 dan rasmi dengan pelancaran di kedai serbaneka 7-Eleven pada 14hb September 2023.

Angelique, pengasas MAD Foods

Menurut Angelique, dia ingin orang membeli MAD Coffee kerana kesedapan kopi tersebut baru lah memikirkan mengenai kelebihan kopi itu kemudian. Ini adalah kerana dia ingin orang ramai minum MAD Coffee atas kualiti rasa kopi tersebut.

Apa itu MAD Coffee?

MAD Coffee menggunakan biji kopi arabika dan di bru sejuk. Penggunaan biji kopi arabika ini sesuai untuk kebanyakkan orang kerana lebih lembut dan beraroma.

Kopi yang dibru sejuk pula akan menghasilkan kopi dengan kadar keasidan rendah serta rasa yang lebih lembut.

Susu yang digunakan pula merupakan susu oat yang sedia maklum penuh dengan khasiat. Rasa susu oat pula hampir mirip dengan susu lembut bahkan susu oat juga terasa manis semula jadi! Sebab tu MAD Coffee tiada tambahan gula tau.

Tiga jenis MAD Coffee

MAD Coffee datang dengan kopi tin bersiap 200ml dan mempunyai tiga jenis variasi yang menjadi pilihan iaitu Decaf, Single Shot dan Double Shot. Setiap variasi kopi pula turut diwakili oleh tiga karakter kartun berbeza iaitu Max, Miles dan Maua. Ketiga-tiga karakter menunjukkan personaliti tahap kopi masing-masing.

Dari kiri: Maya (Decaf), Miles (Single Shot) dan Max (Double Shot)

Maka MAD Coffee ni boleh jadi kopi pertama untuk sesiapa yang ingin meminum kopi ataupun pilihan baru peminat kopi.

Perancangan Masa Hadapan

MAD Coffee cuba untuk memenuhi penghantaran stok je cawangan 7-Eleven di Malaysia dan berhasrat ingin mengembangkan lagi kepelbagai rangkaian agar lebih ramai orang boleh menikmati MAD Coffee.

Memandangakan MAD Coffee merupakan produksi di bawah MAD Foods, jenama MAD Foods bakal mengeluarkan minuman susu oat jenama mereka sendiri.

Peraduan #GetMAD menang RM500 setiap hari!

Sempena pelancaran MAD Coffee di 7-Eleven Malaysia, MAD Coffee dengan berbesar hati memberi hadiah sebanyak RM500 melalui peraduan #GetMAD setiap hari selama 30 hari bermula hari pelancaran!

RM 500 untuk dimenangi setiap hari!

Caranya:

1. Beli minuman MAD Coffee dari mana-mana 7-Eleven Malaysia di Semenanjung.

2. Tangkap gambar atau video.

3. Muat naik gambar atau video di Instagram atau TikTok.

4. Follow akaun @iammad.co dan tag 3 orang kawan.

5. Guna #IAMMAD dan #GetMAD

Pastikan akaun Instagram atau TikTok anda adalah 'public' supaya penganjur boleh tengok post anda. 30 pemenang akan dipilih setiap hari dari 14hb September sehinga 13hb October 2023.

Maklumat penuh peraduan boleh baca di Terma & Syarat

Review MAD Coffee

Memandangkan saya pergi sendiri ke pelancaran ini, saya dah cuba rasa ketiga-tiga variasi MAD Coffee. Review berdasarkan tekak saya yang bukan seorang kaki minum kopi ya!

Sesi merasa kopi

Decaf: Kopi Decaf ni lebih rasa susu oat berbanding kopi. Manis tapi tak muak. Susu oat boleh rasa manis berkrim tanpa berlemak. Rasa kopi pun masih boleh terasa. Ini kegemaran saya. 
Decaf - Karakter Maya

Single shot: Rasa dia lebih kurang macam decaf tapi lebih rasa kopi. Rasa macam kopi susu dalam tin biasa.
Single Shot - Karakter Miles

Double shot: Bayangkan rasa kopi susu kaw. Macam tu la rasanya. Rasa kopi kuat tak tak terlampau kuat sampai pahit. Saya pun masih boleh teguk dengan amannya. Haha.
Double Shot - Karakter Max

Kesimpulan daripada apa yang saya boleh rasa, ketiga-tiga kopi ni tak buat kan saya sakit kepala atau sakit perut. Selalu kalau saya minum kopi dalam tin atau kopi segera selalu sakit kepala lah, pening la dan rasa nak membuang lah. Ini semua aman-aman.

Paling penting, tak ada rasa susu manis muak berlemak tu. Manis cukup-cukup berkrim gitu. Semua lembut masuk tekak.

Harga pula tak semahal kopi buatan khas di kedai kopi. Harga berbeza-beza antara 7-Eleven tau. Sangat berbaloi kalau nak minum kopi ni sebab boleh jaga kesihatan sekali.

Apa lagi? Jom dapatkan MAD Coffee di 7-Eleven Malaysia sekarang!

No comments:

Post a Comment