Sunday, 17 December 2017

Pengalaman merasai Ca'Ya daripada BRANDS

Salam semua,

Hari tu saya dibagi sebotol Ca'Ya ni ha. Mula-mula tak nak ambik tapi ambik gak lah lama-lama tu. Sebab Brands ni memang sinonim dengan pati ayam tu. Budak-budak selalu tengok ayah saya dok teguk air pati ayam Brands ni. Sekali rasa, mak aih, taubat tak nak minum.

Rasa dia pekat gilos. Sampai ke besar ni tak nak minum. Minum pun pelan-pelan atau terlajak laju. Tapi saya bukan nak sembang pasal pati ayam tu. Tapi nak cerita bendalah ni pulak.

Masha Allah, sedap wehhhh. Tekejut saya sebab boleh Brands ni bagi minuman pati sedap. Muahaha. Saya begitu prejudis ya. Jadi apa benda Ca'ya Brands ni?

-> Pati Habbatus Sauda dan Ginseng
-> Untuk pembekal tenaga gitu~
-> Ambil ssebotol sekali dah memadai

Jadi benda ni macam Pati Ayam bagi tenaga tapi rasa dan kelebihan berbeza je. Kalau orang bagi saya benda ni stok seumur hidup saya sanggup. HAHAHA. Memang boleh masuk tekak, ada manis lah tapi tak semanis pekat tu. Boleh telan.

Kedua: Boleh la tak bagi mengantuk. Lesu memang tak hilang kalau mula-mula minum tapi kira saya boleh tahan mengantuk tu kira bagus sebab saya jenis otak aktif cepat habis tenaga kat otak. HAHAHA.

Lupa pulak nak bagitau rasa dia macam mana. Rasa dia memnag macam habbatus sauda dan ginseng tapi ala-ala teh campur manisan version rasa kuat tapi tak pekat. Air dia tak pekat pun senang nak minum.

Saya bagi 5 bintang!

Saiz dia lagi besar daripada pati ayam biasa tu.

Kekal bertenaga sepanjang hari. Jadi hari-hari minum, jadi sonic.
Hehehehe

FREE~ kan dah kata~

Boleh didapati di Pasaraya tertera. 
Apalagi, beli untuk saya lah!

Tata~

Sunday, 10 December 2017

Review Crabby Crab - Seafood Shah Alam

Salam semua~

Review makanan lagi~ Kali ini saya bersama Nana dan Za telah berpeluang untuk makan di Crabby Crab Seksyen 7 Shah Alam! Crabby Crab Seafood & Grill, cut the crab! Begitu slogan mereka~

Crabby Crab terletak di hujung sudut sekali jadi anda akan senang nak dapat parking. Jom kita ke sana!

INTERIOR DESIGN

Sangat "instagram worthy!"

Datang-datang akan nampak lah papan tanda Welcome to Crabby Crab ni.
Interior design restoren ni banyak menerapkan eleman ringkas dan selesa!


Ruang makan selesa dan luas. Full house pun tak akan rasa sesak. Mereka sangat-sangat menitikberatkan keselesaan pelanggan yang berkunjung. Boleh buat majlis tau sebab selesa!

Kaunter bayaran. Ada mini bakery jugak. Sini ada jual cake tau~~ GOSH! Dan ada jual cheesy popia!

Ruangan bahagian dalam. Luas dan cantik! SO INSTAGRAM WORTHY!

Tempat cuci tangan dia gedebak besar. Makan comot-comot pun tak apa!

Ruang ni untuk kulineri. Macam boleh je ni nak buat majlis makan-makan~ weeee~

Drink bar mereka! Kat sini boleh nampak dorang blend minuman on the spot. Boleh usha2 sikit.

PENEMAN HARI NI 

Afik dan Aizad pulak belakang tabir ye~


MENU MEREKA!

Sangat memudahkan untuk order sebab tak rumit~ Dan anda boleh
memesan cara masakan seafood yang anda mahu. Diingatkan bahawa
mereka menggalakkan anda untuk bercakap dengan waiter mereka. Nak pedas ke,
nak manis ke dan sebagainya! Mereka amat pentingkan pelanggan mereka!

M/s 1 Menu. Ada western choices dan pilihan burger paling
recommended kat depan.

M/s 2-3 Menu (Sorry tak perasan gambar bergegarrrrr~) Ada pilihan masakan ketam, seafood lain, Fisherman Platter (TOP SALE), Lobster, dan lain-lain.

M/s 4 terakhir menu. Pilihan  pelbagai jenis minuman dan desert yang banyak!

ANTARA MINUMAN KAMI ORDER

Sebelum ke makanan, saya show beberapa minuman yang kami order ye!


Teh lemon madu panas. Madu dia manis macam ada rasa
buah-buah gitu. Bukan sebab lemon tu ye~

Banana milkshake! Cukup pisang, cukup susu dan cukup goncang!
Minum boleh rasa padu, cukup manis sejuk semua. Sangat smooth~

Mango juice diperbuat daripada mango sebenar. Tidak ditambah gula!
Jadi boleh rasa manis mango tu sendiri. Mango jenis kualiti tinggi bila
minum dapat rasa mango dia kuat. Saya suka sebab tak terlalu
manis dan masih dapat rasa intipati mango original.

Mojito babyyyy! Minuman Mojito yang saya rasa lain macam! Selalu rasa macam
ada serai-serai masam gitu. Tapi ni ada toucj of sweet and freshen. Makan
tak ingat dunia, bila minum fuhhhh lagi nak tambah! Larutan hijau kat bawah
tu, sangat sedap tak manis sangat dan rasa limau yang padu!

MAKANAN YANG KAMI SEMPAT RASA~

Kitaorang makan sampai lebam. Hehe. Dan nak makan lagi dan lagi!
LIHAT dan CUBA ya makanan-makanan dibawah!


Crabby Soup (saiz besar dengan ketam bunga) merupakan salah
satu menu penangan maut untuk Crabby Crab dan sangat-sangat recommended
by the owner. DAN resepi rahsia ini dari Kota Belud, Sabah!

Mempersilakan~ Mega Soft Shell Crab Burgerrrrrrrrr! Pilihan sauce ialah salted egg~
(Pilihan sauce lain ialah bbq dan chillie).
Dengan harga RM 15 sahaja! Boleh dapat ni! Berbaloi baloi sebab kat luar boleh cecah puluh-puluh ringgit. Ini antara harga murah saya boleh jumpa!  Saiz dia agak boleh tahan. DAN Soft Shell Crab ni bila makan rangup di
luar juicy kat dalam
. Cukup rasa dan tepung untuk goreng ketam ni pun ada rasa sedap. Inti burger ni saya bagi
5 BINTANG
!
Selain itu ditambah timun, lettuce, tomato dan bawang ya. Bila makan semua pasti akan come back.

Crabby Soup! Star of the restaurant. Jarang-jarang jugak anda tengok sup ketam pekat macam ni kan? Sup ketam ni direbus
dengan ketam dan dicampur dengan bahan-bahan rahsia. Ketam yang diberi ialah ketam bunga. Apa yang saya boleh rasa sendiri sup ketam ni banyak! Makan dengan nasi, Masha Allah, boleh tertambah nasi dibuatnya! CUKUP PEKAT KETAM, PENUH REMPAH, dan MANIS KETAM MENUSUK! Order sup ketam rasa ketam baru lah betul! Ini saya recommend untuk anda sangat-sangat tau. 5 BINTANG untuk semua! Sebelum tu, sup ketam ni ada rasa pedas-pedas sikit
spices dia memang uumphhhh.. nak pedas, minta asing dulu ya! baru dapat rasa kick sup ketam ni!

Chillie Crab in da houseeee! Besar tak? Besarrrrr! Sejenis ketam lumpur. Haha bukan ketam bandar Kuala Lumpur! Ketam jenis ni agak keras tapi jangan risau pihak restoren menyediakan penukul dan pengacip untuk membuka ketam ni. Sebelum hidang pun mereka dah tolong kita siap-siap untuk ketuk ketam ni. Tak lah terlalu bersusah payah nak dapatkan isi ketam lumpur ni. Rasa chillie ketam ni cukup pekat. Dengan bawang-bawang, cili dan rempah lain yang di blended well together. Masak sampai pecah minyak dan ditambah pemanis rasa (manis ketam pun ada!).

Masakan Chillie ni tak pedas dan ada rasa manis-manis. Bagi yang tak suka manis, jangan risau, anda boleh bagitau tak nak manis ya~ One thing yg I like sebab, sos masak Chillie ni betul pekat dan kick! Puas hati gaul2 dengan nasi gitu~ Siap ada extra sos lagi boleh cedok terus masuk mulut. Hehehe

Pandangan depan Chillie Crab. Besar kan! Sepit dia tu lahaiiiii banyak isi!

Sebelum kami dihidangkan Fisherman Platter, owner dan salah seorang pekerja dia menyediakan meja untuk kami melantak dengan gembiranya! mereka menggunakan plastik baru ya untuk menghidangkan makanan kami.

Tadadada~ yg petak-petak tu untuk letak air. 

Mempersilakan, Fisherman Platter saiz M Boleh makan 5-6 orang!!!
Banyak tu! Pilihan sos kami ialah Chillie~ Sama sauce yang masak ketam
lumpur tu tadi ya~ (Pilihan sauce lain ialah Kam Hiong, Butter,
Gasolina dan Garlic Butter)

Ketam lumpur, ketam bunga, ketam nipah udang besar, kerang kepah, lala, sotong, jagung manis, timun, tomato dan sayur-sayur lain! 7 JENIS SEAFOODS!

Sedap wehhhhh sebab gedebak sekali bagi isi. Banyak jenis pulak tu sekali hidang. Memang puas habis. Saiz pun semua besar-besar. Jagung  dia Ya Allahhhhhh manis sedap weh! Memang heaven la. Sampai saya dengan Za berebut jagung. Hehe.. Sauce dia pun bagi banyak gaul-gaul ke platter ni pun still ada lebih lagi nak cedok pegi nasi.
Memang puas makan lah! Dan rasa seafood dia masih baru sebab stok diambil dalam 1-2 hari sahaja. Gituuuu~ 

Lihat dengan jarak dekat. Bukan main dia bagi udang besar-besar banyak pulak tu. haha kerang kepah semua tu terlindung
dengan kepekatan kuah sauce itu. Oh la la la.. nak datang lagi lah!

SEDIKIT BELAKANG TABIR

Pembikinan blog dan video bagi Crabby Crab!

Kiri Aizad kanan Afik. Ini lah orang belakang tabir itu~


Bila Afik tengah serius nak rakam owner
tengah menjamukan Fisherman Platter buat
kiteorang. Owner turun padang tau!

Bila blogger-blogger sekalian nak jugak ambik gambar. Gambar kita terpotonh
hahaha.

Sebelum saya menghabiskan entri ni, saya ada BERITA GEMBIRA buat anda sebab Crabby Crab Seafood & Grill berbaik hati untuk memberikan BAUCER PERCUMA untuk anda! Anda hanya perlu ke http://seafoodshahalam.com/ untuk mengisi borang yang disediakan!

APA TUNGGU LAGI? Pergilah ke situ cepat2!

Sebelum itu, jangan lupa singgah ke Social Media rasmi bagi Crabby Crab seperti dibawah:

Facebook: Crabby Crab Seafood & Grill www.facebook.com/crabbycrabseafood/
Instagram: Crabby Crab instagram.com/crabbycrabseafood

Tata~

Saturday, 9 December 2017

BeeBudz Review - Madu lebah sedap!

Salam semua,

Saya berpeluang untuk merasai Madu lebah daripada BeeBudz. Madu BeeBudz ada dua jenis iaitu Lemon dan Berries! Dan datang dalam dua bentuk iaitu botol dan stick!

Boleh lihat video di bawah untuk ulasan saya ya!

 Abaikan muka besar itu~


Sangat sesuai untuk snack harian ganti benda-benda manis tiruan lain!

Berminat untuk mencuba dan membeli nya? Singgahlah ke https://beebudzhq.com/ atau lawati FB mereka di https://www.facebook.com/BeeBudz/

Tata~

Friday, 8 December 2017

Lip and Co. review - lipstik murah, orginal dan lawa

Hi semua~

Hari tu Lip & Co. telah menghadiahkan saya hadiah paling istimewa. Sambutan awal krismas agaknya. Haha. Jadi pihak Lip & Co. bermurah hati untuk memberi 1 jenis eyeliner dan 2 warna lipstik.  Jom kita mulakan!

HARI SAYA TERIMA PARCEL







Nampak lah Lip & Co. ni bersungguh-sungguh dalam membina kepercayaan perlanggan mereka. Mereka buat packaging yang lawa, simple, mudah dan paling penting dorang tak ambik mudah dengan semua benda.

International kau~ haha.. Boleh check kat dorang punya website di www.lipandco.com ya nak tengok lebih banyak produk. Tapi saya review dua je hari ni! Sebelum meneruskan review aka testimoni saya, Lip & Co. masuk majalah tau!

LIP & CO. DIPERCAYAI

Lip & Co masuk Kosmo! Mesra wudhuk, melindungi, dan melembapkan bibir` dah masuk suratkhabar~ <3

Selain mesra wudhuk dan sebagainya, TAU TAK Lip & Co. ni diperbuat daripada 100% dari tumbuh-tumbuhan? VEGAN 100% ya! Tak ada binatang apa dalam tu. Jadi HALAL~ tambahan pula kandungan mereka diformulasi 100% cruelty free.

Tak ada binatang atau manusia terseksa dalam pembuatan mahupun tiada ujikaji yang jahat tu. Jangan was-was ya~ Jadi jom mula dengan testimoni!

 TESTIMONI SAYA SENDIRI


Just Wing it eyeliner:

> Bentuk ala marker yang lembut tak cucuk mata pun
> Lebih banyak liquid boleh keluar tanpa kering (ni paling saya suka)
> Sangat-sangat mudah untuk pakai dan adjust dengan bentuk marker dia
> Matte finishing, sangat sesuai untuk daily make up
> Tahan lama, tahan air, tahan panas, tahan peluh DAN mudah remove guna make up remover (tak sememeh, SUKA!!)

Velvet Pout lipstick:

> Tekstur paling mudah nak sapu ke bibir
> Velvety butterly gitu. Tak rasa heavy bila pakai sgt light weight
> Senang nak remove tak sememeh
> Warna dia medium coverage, semi-matte semi velvet lipstick amat-amat sesuai untuk semua jenis bibir terutama bibir kering macam saya ni. Panjang sepanjang hari pun sesuai!
> Sangat2 melembapkan bibir saya, just bawa satu tak perlu lipbalm pun boleh!
> Warna kedua-duanya sangat nice, vivid yet tak terlalu pop out sangat sesuai utk daily make up atau ke event!
> Bau yg harum tapi lembut tak sakit hidung nak hidu~

Jom kita lihat macam mana saya pakai!


Just wing it eyeliner - carbon black

Velvet Pout lipstick - code 03 Bohemian Soul

Velvet Pout Lipstick - code 06 Fiesty


Saya harap anda cuba try produk Lip & Co. Surely akan berpuas hati punya!!!! Apa lagi jom singgah ke lama web dan socmed mereka tertera dibawah:

Website: www.lipandco.com

FB/Instagram/Twitter: @lipancobeauty
INSTAGRAM           : www.instagram.com/lipan dcobeauty
FACEBOOK            : www.facebook.com/lipandc obeauty 

OFFICE                   : +6 010 232 4066
MOBILE/WHTAPP  : +6 
016 715 0253


Dengan itu jumpa lagi!

Saturday, 25 November 2017

KFC Sawadee Crunch Review

Hello manusia~

Kita hari tu review ayam KFC Sawadee.



Harapan saya (Spoiler): Harap KFC perap ayam tu dengan rempah yang dia letak kat luar. Baru rasa dia sama! Setuju tak?

Antara benda yang KFC kena bagi untuk lebih tendangan ialah:
- Chilli Flakes <- benda ni lupa pulak apa dalam melayu, google malas pulak. Haha
- Perap ayam dengan rempah yang sama
- Kena ada sos cili thai special dengan limau purut dan serai. Gituuuuuu

Harap KFC boleh pertimbangkan ya!

Monday, 20 November 2017

I cabar cili tuna Ayam Brand

Hai semuanya~

Boleh klik video untuk lihat bagaimana saya menghabiskan cabaran cili tuna tahap 5.



Sebenarnya saya ni:

- suka makan pedas
- kena makan pedas
- tak boleh tak pedas
- memilih makanan pedas

Jadi, kenapa saya boleh tahan pedas? itu lah jawapannya! HAHA


Tuesday, 14 November 2017

ROW SIX Food Review!

Salam semua,

Pada 11 November lepas, saya berpeluang untuk merasai makanan yang disediakan oleh Row Six. Saya dijemut ke restoren Row Six di Setia Alam City Mall! Jom!


Ini ialah Row Six! Bertempat di tingkat paling atas Setia City Mall. Hanya sebelah bowling space. Sama level dgn GSC dan mudah dicari. 

Ruangan hadapan Ros Six!

Salah satu ruang untuk makan besar! Sebelah kanan ruang makan sederhana. Jadi anda tak perlu risau untuk
cari tempat duduk sorang ke, dating ke atau bersama satu ofis! confirm muat!

Dah cerita pasal kat mana apa kat dalam tu. Jom kita ke menu yang disajikan!

Menu yang disajikan:
Menu penuh di Menu Row Six

Suka saya ingatkan. Speciality Row Six ni ialah mereka menghidangkan 5 jenis hidangan asia! Malaysia,
Singapura, Indonesia, Thailand dan Vietnam. Dan dorg masak hampir menyamai atau bagi suprise twist
kat makanan tradisional ni. Maunya tak banyak makan kat sini!













Asalnya disediakan makanan tersebut, tapi ditambah extra (bold black). Dan sangat berbaloi sebab sedap jugak!

Makanan:
- Nasi ketuk rendang indonesia 
-Tom yam goong thailand 
-Pho vietnam 
-Oriental taste Bahn Mi vietnam
-Satay Malaysia 
-Thai pad thai thailand 

Minuman:
-Mango selasih
-Mojito
-Tropical Thang long
+ KOPI VIETNAM SEJUKKKK

Pencuci mulut:
-snow fungus (hot dessert)
-vanilla tropical (cool dessert)
+ PULUT HITAM PANAS



Jom kita tengok makanan yang sudah sampai! Makanan dan minuman kami:


Tom Yam Goong Thailand bersama satay cucuk! Kuah dia pekattt tak lokek masak rasa tomyam! Pedas dia ummphhh
dan isi dia penuh. Kepah, udang, sayur dalam tu.. semua cukup! Satay dia pun empuk!

Signature dish Row Six: Nasi Ketuk Rendang Indonesia. Ala2 nasi kerabu, cara makan dia dengan meletakkan minyak ke atas nasi
dan gaul. Makan dengan semua sayur, sambal telur, papaya dan ayam tersebut. Boleh rasa semuanya serasi
digaul tanpa ada rasa yang mendominasi. 

Thai Pad Thai~~ Mi dia sebijik yang saya pernah rasa kat Thailand. Tapi rasa dia pun hampir sama sebab ada sedikit
twist yang memang anda akan suka sbb lebih isi dan rasa dia ke tekak orang Malaysia! I likeeee!


Vietnam Pho Noodlessssss! Satu, ini ialah cinta! Kuah dia direneh berjam jam lamanya daripada daging dan tulang
kerbau. In which kuah dia betul2 ada flavour yang pekat namun kuah dia masih sedikit cair yang mudah dihirup.
Daging dia pun bagi banyak. Memang sesuai bagi penggemar daging dan pho! Ni saya recommend habis!!! Portion
besar gilossss. Kalau nak diet, sila give up! sebab sedap!



Satay Malaysia!


Set platter istimewa. Ada roll, ada satay, ada wings, ada fish ball dan tengah tu I panggil dia umai. Haha.. sedap sangat
this one. Kalau nak lepak je order ni cukup makan dalam 3 orang. Kecuali kalau anda tamak (sebab benda ni boleh
buatkan anda tamak). Haha.. memang anda sorg je lah makan. Spoiler: Ayam dia nampak biasa, makan boleh rasa
rempah dorg bagi memang akan kick you. Rasa mcm serai2 rempah2 dan masin cukup!


TRIPLE THREAT SAUCES! Dari kiri: Sos kacang rempah, sos minyak kacang, dan sos kicap tomato! Makan
dengan platter tu, Masya Allah, tak ingat dunia. Sedap weh! Paling saya suka kat tengah tu. Nampak macam plain cair,
bila cecah, pergh rasa dia mcm sikit masam tapi cukup masin memang nyaman untuk cecah weh!


Vietnam Coffee. Sy pun sangat2 recommend this. Sebab
memang sedap macam kat Vietnam. Lebih sedap minum Iced
Coffee ni berbanding Hot. Saya yang tak minum coffee ni pun
boleh minum 2 gelas tau!


Mango Selasih yang sgt2 OOMPPHHH. Potongan Mango segar
manis besar2. Cukup rasa. Semua ada. Manis yang semulajadi. Minum
hilang rasa mual dan lebih fresh! Berbaloi dengan duit. Serius!


Favourite drink and recommended drink no. 2! Mojitooooo.. Sbb
datang Row Six akan jadi banyak makan. Untuk cut rasa kat
pallete lidah, boleh minum Mojito, dan makan lagi dan lagi! This is
benda wajib order especially with heavy foods! Mints + lemonade
= happiness!


Original Taste Bahn Mi Vietnam. Satu cara nak makan benda ni. Anda jangan control ayu. Buka mulut besar2. Sebab
dorang akan masukkan segala isi sedap2 termasuk MANGO fresh tu kat dalam. HA, macam tak percaya ada MANGO,
bila makan, tu yang tak pandai stop. Sbb ayam ham kat dalam campur satu sos dengan sayur + mango akan
create satu taste di mana, masin manis masam bergabung yet not over powered just nicely mix untuk cipta
satu taste distinct bagi this sandwich. Senang cerita rasa yang makan kau akan rasa tak mual ringan tapi dah full.


Ini lah bonus round desert kita! Pulut hitam. SATU JE. ASAL SEDAP WEH! Kalau mak saya masak, saya tak suka makan.
HAHAHA.. konon acah2 makan sbb smua org makan. Last2 sendiri habiskan. Tengah tu santan susu yang not too
fatty. Rasa dia tak pekat. Memang sesuai untuk pencuci makanan~


Snow Fungus Hot Dessert. Bukan takat cina je suka makan ni. Dengan mat salleh pun boleh layan. No worries, benda ni
tak too herbally yet mmg cukup rasa herba smua. Manis dia cukup2 which I very like! Portion dia agak besar jugak
dan fungus dia sedaaapppppp. Buah yang saya terlupa nama tu pun sedapppppp. Terasa herbal tu masuk ke fungus
dan buah tu skli. Nampak tak kesungguhan Row Six reneh benda ni bagi padu!


Jack fruit with rice ball SEDAPPPP nak mampuih sebab tak manis yet sangat serasi
dengan buah mangga manis tu. Siap ada pulut kat tepi2 tu. Kalau rasa panas, rasa nak fresh2 atau nak buka
rasa lidah nak makan benda lain. Dessert ni terbaik. Makan terus rasa mulut tu akan freshen up habis!


Tropical Thang Long. Air buah naga campur pisang yang anda
akan mindblown bila minum. Korang tak akan sangka
gabungan kedua2 buah ni dalam minuman ni serasi sangat. Sampai
anda akan rasa ulang2. Manis buah pisang dan tekstur buah naga
berbiji ni buatkan anda minum tanpa rasa muak. Cukup fresh dan
rasa seronok sambil gigit2 sikit.

Untuk makluman anda. Row Six membuat beberapa tawaran yang anda harus dapatkan segera:

- Percuma register B+ membership di Row Six pada bulan November ini. Percuma 1 set voucher yang bernilai RM 40
- Sediakan B+ membership anda untuk mendapatkan tawaran beli air minuman terpilih untuk mendapatkan 50% harga makanan tersebut!!!!

Gambar santai:



Left: Cik Yan yang sangat friendly layan kterog sambil Afik tengah
rakam gambar makanan untuk video review pulak!




Harap anda boleh datang mencubanya! Cepat2 datang untuk grab tawaran yang ada!

Youtube: Row Six

Untuk memenangai voucher bernilai RM 40 ++ dengan yang lain sila isi: http://skilzon.com/row-six-setia-city-mall/ Wish you good luck!

Tata!