Salam semua~
Review makanan lagi~ Kali ini saya bersama Nana dan Za telah berpeluang untuk makan di Crabby Crab Seksyen 7 Shah Alam! Crabby Crab Seafood & Grill, cut the crab! Begitu slogan mereka~
Crabby Crab terletak di hujung sudut sekali jadi anda akan senang nak dapat parking. Jom kita ke sana!
INTERIOR DESIGN
Sangat "instagram worthy!"
|
Datang-datang akan nampak lah papan tanda Welcome to Crabby Crab ni.
Interior design restoren ni banyak menerapkan eleman ringkas dan selesa! |
|
Ruang makan selesa dan luas. Full house pun tak akan rasa sesak. Mereka sangat-sangat menitikberatkan keselesaan pelanggan yang berkunjung. Boleh buat majlis tau sebab selesa! |
|
Kaunter bayaran. Ada mini bakery jugak. Sini ada jual cake tau~~ GOSH! Dan ada jual cheesy popia! |
|
Ruangan bahagian dalam. Luas dan cantik! SO INSTAGRAM WORTHY! |
|
Tempat cuci tangan dia gedebak besar. Makan comot-comot pun tak apa! |
|
Ruang ni untuk kulineri. Macam boleh je ni nak buat majlis makan-makan~ weeee~ |
|
Drink bar mereka! Kat sini boleh nampak dorang blend minuman on the spot. Boleh usha2 sikit. |
PENEMAN HARI NI
Afik dan Aizad pulak belakang tabir ye~
MENU MEREKA!
Sangat memudahkan untuk order sebab tak rumit~ Dan anda boleh
memesan cara masakan seafood yang anda mahu. Diingatkan bahawa
mereka menggalakkan anda untuk bercakap dengan waiter mereka. Nak pedas ke,
nak manis ke dan sebagainya! Mereka amat pentingkan pelanggan mereka!
|
M/s 1 Menu. Ada western choices dan pilihan burger paling
recommended kat depan. |
|
M/s 2-3 Menu (Sorry tak perasan gambar bergegarrrrr~) Ada pilihan masakan ketam, seafood lain, Fisherman Platter (TOP SALE), Lobster, dan lain-lain. |
|
M/s 4 terakhir menu. Pilihan pelbagai jenis minuman dan desert yang banyak! |
ANTARA MINUMAN KAMI ORDER
Sebelum ke makanan, saya show beberapa minuman yang kami order ye!
|
Teh lemon madu panas. Madu dia manis macam ada rasa
buah-buah gitu. Bukan sebab lemon tu ye~ |
|
Banana milkshake! Cukup pisang, cukup susu dan cukup goncang!
Minum boleh rasa padu, cukup manis sejuk semua. Sangat smooth~ |
|
Mango juice diperbuat daripada mango sebenar. Tidak ditambah gula!
Jadi boleh rasa manis mango tu sendiri. Mango jenis kualiti tinggi bila
minum dapat rasa mango dia kuat. Saya suka sebab tak terlalu
manis dan masih dapat rasa intipati mango original. |
|
Mojito babyyyy! Minuman Mojito yang saya rasa lain macam! Selalu rasa macam
ada serai-serai masam gitu. Tapi ni ada toucj of sweet and freshen. Makan
tak ingat dunia, bila minum fuhhhh lagi nak tambah! Larutan hijau kat bawah
tu, sangat sedap tak manis sangat dan rasa limau yang padu! |
MAKANAN YANG KAMI SEMPAT RASA~
Kitaorang makan sampai lebam. Hehe. Dan nak makan lagi dan lagi!
LIHAT dan CUBA ya makanan-makanan dibawah!
|
Crabby Soup (saiz besar dengan ketam bunga) merupakan salah
satu menu penangan maut untuk Crabby Crab dan sangat-sangat recommended
by the owner. DAN resepi rahsia ini dari Kota Belud, Sabah! |
|
Mempersilakan~ Mega Soft Shell Crab Burgerrrrrrrrr! Pilihan sauce ialah salted egg~
(Pilihan sauce lain ialah bbq dan chillie).
Dengan harga RM 15 sahaja! Boleh dapat ni! Berbaloi baloi sebab kat luar boleh cecah puluh-puluh ringgit. Ini antara harga murah saya boleh jumpa! Saiz dia agak boleh tahan. DAN Soft Shell Crab ni bila makan rangup di luar juicy kat dalam. Cukup rasa dan tepung untuk goreng ketam ni pun ada rasa sedap. Inti burger ni saya bagi 5 BINTANG!
Selain itu ditambah timun, lettuce, tomato dan bawang ya. Bila makan semua pasti akan come back. |
|
Crabby Soup! Star of the restaurant. Jarang-jarang jugak anda tengok sup ketam pekat macam ni kan? Sup ketam ni direbus
dengan ketam dan dicampur dengan bahan-bahan rahsia. Ketam yang diberi ialah ketam bunga. Apa yang saya boleh rasa sendiri sup ketam ni banyak! Makan dengan nasi, Masha Allah, boleh tertambah nasi dibuatnya! CUKUP PEKAT KETAM, PENUH REMPAH, dan MANIS KETAM MENUSUK! Order sup ketam rasa ketam baru lah betul! Ini saya recommend untuk anda sangat-sangat tau. 5 BINTANG untuk semua! Sebelum tu, sup ketam ni ada rasa pedas-pedas sikit
spices dia memang uumphhhh.. nak pedas, minta asing dulu ya! baru dapat rasa kick sup ketam ni! |
|
Chillie Crab in da houseeee! Besar tak? Besarrrrr! Sejenis ketam lumpur. Haha bukan ketam bandar Kuala Lumpur! Ketam jenis ni agak keras tapi jangan risau pihak restoren menyediakan penukul dan pengacip untuk membuka ketam ni. Sebelum hidang pun mereka dah tolong kita siap-siap untuk ketuk ketam ni. Tak lah terlalu bersusah payah nak dapatkan isi ketam lumpur ni. Rasa chillie ketam ni cukup pekat. Dengan bawang-bawang, cili dan rempah lain yang di blended well together. Masak sampai pecah minyak dan ditambah pemanis rasa (manis ketam pun ada!).
Masakan Chillie ni tak pedas dan ada rasa manis-manis. Bagi yang tak suka manis, jangan risau, anda boleh bagitau tak nak manis ya~ One thing yg I like sebab, sos masak Chillie ni betul pekat dan kick! Puas hati gaul2 dengan nasi gitu~ Siap ada extra sos lagi boleh cedok terus masuk mulut. Hehehe |
|
Pandangan depan Chillie Crab. Besar kan! Sepit dia tu lahaiiiii banyak isi! |
|
Sebelum kami dihidangkan Fisherman Platter, owner dan salah seorang pekerja dia menyediakan meja untuk kami melantak dengan gembiranya! mereka menggunakan plastik baru ya untuk menghidangkan makanan kami. |
|
Tadadada~ yg petak-petak tu untuk letak air. |
|
Mempersilakan, Fisherman Platter saiz M Boleh makan 5-6 orang!!!
Banyak tu! Pilihan sos kami ialah Chillie~ Sama sauce yang masak ketam
lumpur tu tadi ya~ (Pilihan sauce lain ialah Kam Hiong, Butter, Gasolina dan Garlic Butter) |
|
Ketam lumpur, ketam bunga, ketam nipah udang besar, kerang kepah, lala, sotong, jagung manis, timun, tomato dan sayur-sayur lain! 7 JENIS SEAFOODS!
Sedap wehhhhh sebab gedebak sekali bagi isi. Banyak jenis pulak tu sekali hidang. Memang puas habis. Saiz pun semua besar-besar. Jagung dia Ya Allahhhhhh manis sedap weh! Memang heaven la. Sampai saya dengan Za berebut jagung. Hehe.. Sauce dia pun bagi banyak gaul-gaul ke platter ni pun still ada lebih lagi nak cedok pegi nasi.
Memang puas makan lah! Dan rasa seafood dia masih baru sebab stok diambil dalam 1-2 hari sahaja. Gituuuu~ |
|
Lihat dengan jarak dekat. Bukan main dia bagi udang besar-besar banyak pulak tu. haha kerang kepah semua tu terlindung
dengan kepekatan kuah sauce itu. Oh la la la.. nak datang lagi lah! |
SEDIKIT BELAKANG TABIR
Pembikinan blog dan video bagi Crabby Crab!
|
Kiri Aizad kanan Afik. Ini lah orang belakang tabir itu~ |
|
Bila Afik tengah serius nak rakam owner
tengah menjamukan Fisherman Platter buat
kiteorang. Owner turun padang tau! |
|
Bila blogger-blogger sekalian nak jugak ambik gambar. Gambar kita terpotonh
hahaha. |
Sebelum saya menghabiskan entri ni, saya ada BERITA GEMBIRA buat anda sebab Crabby Crab Seafood & Grill berbaik hati untuk memberikan BAUCER PERCUMA untuk anda! Anda hanya perlu ke
http://seafoodshahalam.com/ untuk mengisi borang yang disediakan!
APA TUNGGU LAGI? Pergilah ke situ cepat2!
Sebelum itu, jangan lupa singgah ke Social Media rasmi bagi Crabby Crab seperti dibawah:
Tata~
No comments:
Post a Comment