Sunday, 19 April 2026

MYguardian Rewards Raikan 5 Juta Ahli dengan Tawaran Penebusan RM20,000 & Ganjaran Serendah 10 MYpoint

Petaling Jaya, 6 April 2026: MYguardian Rewards, yang dilancarkan pada 2025, kini meraikan ulang tahun pertamanya  dengan penawaran yang lebih besar dan lebih menarik, melibatkan lebih daripada 80 jenama rakan kongsi MYguardian termasuk Zus Coffee, Starbucks, Hush Puppies, OSIM, Boost Juice dan banyak lagi! Mata ganjaran kini bukan sahaja boleh dikumpul melalui pembelian di lebih 550 stor guardian Malaysia di seluruh negara serta e-Stor, malah turut diperoleh di premis jenama rakan kongsi kami. 


Bagi meraikan pencapaian istimewa ini, lebih 5 juta ahli MYguardian Rewards juga akan menikmati ganjaran sepanjang bulan April melalui baucar jenama rakan kongsi bernilai lebih RM20,000!

Ganjaran Lebih Bermakna, Penebusan Eksklusif Masa Terhad

“Sebagai Peruncit Kesihatan dan Kecantikan No. 1* di negara ini, guardian sentiasa berusaha untuk membina hubungan yang bermakna dengan ahlinya. Sepanjang bulan ini, terdapat ratusan pilihan baucar promosi yang boleh ditebus dengan hanya 10 MYpoints, dengan penjimatan sehingga RM3,750 bagi setiap baucar!” kongsi Anna Ng, Pengarah Pemasaran guardian Malaysia, Singapore dan Brunei.

Setiap baucar rakan kongsi ditawarkan dalam pelbagai bentuk menarik seperti diskaun istimewa, harga promosi dan tawaran percuma.

Antara jenama rakan kongsi yang mengambil bahagian dalam penebusan eksklusif ini termasuk kategori makanan dan minuman, spa, kesejahteraan serta peruncit keperluan harian seperti Zus, PappaRich, Baskin-Robbins, Boost Juice, Starbucks, Qualitas, The Body Shop dan banyak lagi.

guardian terus komited untuk memberikan ganjaran yang bermakna kepada para pelanggannya. Dengan memilih jenama-jenama terkenal sebagai Rakan Kongsi, pelanggan bukan sahaja dapat mengumpul MYpoints menerusi pembelian dengan mereka, malah berpeluang menikmati ganjaran tambahan dalam bentuk penjimatan yang lebih besar melalui diskaun promosi ini! Dengan penggunaan baucar secara bijak, anda dapat menikmati penjimatan melebihi RM20,000!” tambah Anna.

Pelanggan boleh menebus baucar mengikut keperluan masing-masing dengan fleksibiliti untuk menggunakannya serta-merta melalui pilihan ‘Guna Sekarang/ Use Now’ atau menyimpannya untuk digunakan kemudian dengan memilih ‘Guna Kemudian/ Use Later’. 


Setiap baucar mempunyai tempoh sah laku tersendiri, bergantung kepada promosi jenama rakan kongsi. Senarai penuh baucar penebusan dan tempoh sah laku boleh didapati di pautan berikut: https://guardian.com.my/promotions/myguardian-rewards/myguardian-rewards-member/myguardian-partners.html?page=1

Lebih Ramai Ahli, Lebih Banyak Rakan Kongsi, Lebih Hebat Ganjaran!

“Dengan lebih 5 juta ahli berdaftar dalam tempoh kurang setahun, MYguardian Rewards telah berkembang pesat sebagai program kesetiaan pelanggan yang dipercayai di negara ini. Dengan sokongan daripada lebih 80 rakan kongsi MYguardian merangkumi jenama gaya hidup, kesihatan, kesejahteraan, kecantikan, hiburan, kembara dan keperluan harian, program ini terus memperkaya pengalaman setiap ahlinya,” jelas Anna.

Jika anda masih belum menjadi ahli MYguardian Rewards, daftar sekarang! Ahli baharu akan menerima 10x MYpoints bonus untuk pembelian pertama serta baucar istimewa bernilai RM250. Pendaftaran adalah PERCUMA dan TANPA kad fizikal kerana keahlian adalah sepenuhnya DIGITAL.

#MYguardian
#MYguardianRewards
#guardianloyalty