Thursday, 25 June 2026

guardian Malaysia Dinobatkan Peruncit Kesihatan & Kecantikan Terbaik Sekali Lagi, Raih 4 Anugerah Retail Asia Awards 2026

Petaling Jaya, 19 Jun 2026 - guardian Malaysia, baru-baru ini telah dinobatkan sebagai Peruncit Kesihatan & Kecantikan Terbaik - Malaysia di Retail Asia Awards 2026 yang berlangsung di Singapura. Kemenangan berturut-turut ini, yang kedua buat jenama kelahiran Malaysia ini selepas kejayaan sulung pada tahun lalu, semakin mengukuhkan kedudukan guardian sebagai Peruncit Kesihatan & Kecantikan No. 1 Malaysia*.

Priscilla Wu (keenam dari kiri) bersama Anna Ng (ketiga dari kiri) serta rakan-rakan sekerja lain daripada DFI Retail Group dari seluruh rantau Asia Pasifik pada majlis penyampaian anugerah Retail Asia Awards 2026.

Berucap sejurus selepas majlis penyampaian anugerah di Marina Bay Sands Expo & Convention Centre, Priscilla Wu, Pengarah Urusan guardian Malaysia dan Brunei berkata,

“Bermula sebagai sebuah kedai kesihatan dan kecantikan seluas 200 kaki persegi di ibu kota Kuala Lumpur 59 tahun lalu, kami bersyukur dan berbangga kerana dipilih sebagai peruncit kesihatan dan kecantikan terbaik untuk dua tahun berturut-turut. Kami akan terus berusaha memberikan yang terbaik dalam memenuhi keperluan kesejahteraan rakyat Malaysia di seluruh negara.”

Anugerah-Anugerah Lain Yang Diraih

Selain merangkul anugerah paling berprestij dalam industri peruncitan kesihatan dan kecantikan pada malam tersebut, guardian Malaysia turut membawa pulang tiga lagi anugerah utama iaitu Inisiatif Digital Terbaik – Malaysia, Program Kesetiaan Terbaik – Malaysia, dan Transformasi Jenama Terbaik – Malaysia.

Anugerah Inisiatif Digital Terbaik - Malaysia diberikan sebagai pengiktirafan terhadap komitmen guardian Malaysia dalam menyediakan hab maklumat dan pendidikan digital yang membantu pelanggan memilih produk kesihatan dan kecantikan terbaik untuk mereka. Usaha ini memudahkan mereka menavigasi pelbagai pilihan produk, tuntutan manfaat dan keberkesanan, istilah ramuan yang kompleks serta pelbagai nasihat yang mengelirukan dalam kategori kesihatan dan kecantikan.

Priscilla Wu, Pengarah Urusan (MD) guardian Malaysia.

“Kami memperkenalkan Health Hub, Hairducation Hub dan Derma Lab sebagai sebahagian daripada transformasi digital yang mengutamakan pelanggan. Platform ini menawarkan kandungan yang disesuaikan, interaksi dalam talian ke luar talian, serta panduan video daripada pakar agar pelanggan kami sentiasa mendapat maklumat yang relevan dan dipercayai," tambah Priscilla.

MYguardian Rewards, yang kini mempunyai lebih daripada 6 juta ahli berdaftar, telah memenangi anugerah Program Kesetiaan Terbaik – Malaysia hasil penggunaan enjin kecerdasan buatan yang berpaksikan keperluan dan cara hidup pelanggan serta mengambil kira ekosistem rakan gaya hidup program kesetiaan ini. Manakala Anugerah Transformasi Jenama Terbaik – Malaysia diberikan kepada guardian sebagai pengiktirafan atas jaminan kualiti dan sokongan pengguna terhadap produk jenama sendiri mannings guardian.

Anugerah Jenama Terbaik Peruncit Kesihatan & Kecantikan InfluentialBrands - Pilihan Rakyat Malaysia

Dari kiri: Eugene Wong, Ketua Omnichannel guardian Malaysia; Jill Ng, Ketua E-Dagang, Kesihatan & Kecantikan, guardian Malaysia; Anna Ng, Pengarah Pemasaran guardian Malaysia; dan Priscilla Wu, Pengarah Urusan guardian Malaysia.

Pada Mei 2026, guardian Malaysia turut menerima anugerah Jenama Terbaik Peruncit Kesihatan & Kecantikan Malaysia bagi tahun 2025 dan 2026 yang dianugerahkan oleh InfluentialBrands yang berpusat di Singapura.

“Kami berbesar hati kerana dipilih oleh pelanggan di seluruh negara sebagai Jenama Terbaik Peruncit Kesihatan & Kecantikan di Malaysia. Kepercayaan dan sokongan yang diberikan oleh rakyat Malaysia amat kami hargai. Terima kasih kerana mengundi kami sebagai jenama No. 1 Malaysia!” kata Priscilla.

Pengiktirafan ini menjadi pemangkin kepada guardian Malaysia untuk terus meningkatkan mutu perkhidmatannya kepada pengguna dan pelanggan, daripada menawarkan pilihan produk farmaseutikal, kesihatan dan kecantikan yang paling lengkap dan menjadi pilihan ramai, hinggalah menyediakan khidmat nasihat pakar yang dipercayai.

“Dengan kejayaan merangkul gelaran Peruncit Kesihatan & Kecantikan No. 1 daripada kedua-dua Retail Asia Awards dan InfluentialBrands, serta pengiktirafan terhadap transformasi digital, kecemerlangan program kesetiaan dan transformasi jenama, kami bertekad untuk terus menjadi Penasihat Kesejahteraan Yang Dipercayai kepada 34 juta rakyat Malaysia, hari ini dan untuk generasi akan datang,” kata Priscilla mengakhiri ucapannya.


#MYguardian

#RetailAsiaAwards

#HealthAndBeautyRetailer

#AwardWinningRetailer

#GuardianMalaysia

No comments:

Post a Comment