Thursday, 29 August 2019

Pelancaran Cushion Foundation dan review ringkas produk Obsess Cosmetics!

Pada hari sabtu lepas 24hb Ogos 2019, bertempat di Lightbox Sg. Buloh, pelancaran secara besar-besaran Cushion Foundation terbaru daripada Obsess Cosmetics telah berlangsung.

Di pameran produk ObsessCosmetics.
Menariknya majlis yang dinamakan 'Obsess Makeup Party' bukan sahaja untuk pelancaran Cushion Foundation tetapi untuk merayakan peniaga-peniaga berserta ejen Obsess Cosmetics yang mendukung peniagaan ini dari awal.

Jom saya tunjukkan beberapa kemeriahan yang telah berlangsung.

Obsess Makeup Party

Pelancaran dimulakan dengan ucapan Pengasas dan pemilik Obsess Cosmetics iaitu Puan Hafizatul. Beliau melancarkan produk terbaru iaitu Square 

Pelancaran oleh Puan Hafizatul Atikah

Antara 'insta worthy' vanity mirror

Makanan manis dan pencuci mulut.

Travel kit daripada Obsess Cosmetics yang terdiri daripada Loose Pwder,
Lipstick dan DD Cushion Foundation.

Review

Untuk review ringkas ini saya dah try swatch tapi tak sempat ambil gambar. Jadi saya guna kan gambar daripada Mua Rosmiza Razak sebagai perbandingan ya.  Haha. Untuk disclaimer, review ditulis berdasarkan kulit saya yang cerah dan natural tone (bukan warm dan bukan cool tone).

Ini apa yang saya dapat ya daripada majlis tersebut.

Cushion Foundation terbaru Obsess Cosmetics


Treatment Cushion Foundation - Bite My Cushion

Di datangkan dengan hanya dua shade sahaja iaitu Light dengan Medium. Shade kali ini lebih berfokus kepada kulit orang 'kita' tapi bagi yang cerah macam saya  shade 'light' agak sedikit gelap jadi saya top-up menggunakan loose powder light colour yang saya ada. Foundation ini ialah yellow slightly warm tones ya.

Coverage pulak buildable medium ke full coverage. Nak full coverage kena layer extra sikit. And akan oxidised jugak. Jadi kena ambil kira bab situ sikit. Texture dia sejenis cecair pekat, mudah disapu and lekat di kulit. Bagus lah tak mudah tertarik bila sapu guna span, tangan atau berus.

Bonus point bila cushion foundation ni ada ciri rawatan apabila mengandungi bahan anti baketeria dan penenang kulit seperti minyak zaitun, bearberry dan geranium. Antara lain Cushion Foundation ini mempunyai SPF 50++.


Bawah: Eyebrow refiner. Atas: Mascara


Mascara

Mascara ini sesuai untuk daily use agar masih nampak bold dengan natural. Tidak mengandungi fibre oleh itu kalau nak guna kena sapu beberapa layer untuk lebih bold. Wand dia medium size tak kurus tak gemuk dan sangat senang untuk digunakan lebih-lebih lagi untuk orang yang baru-baru menggunakan mekap.

Warna pulak masih hitamt tapi tak terlalu mencolok mata dan yang penting tidak terlalu keras kejung hingga susah nak remove bila nak solat bagai. Saiz pun tak terlalu besar agak sesuai untuk dibawa ke mana-mana bila nak top up mascara atau travel.



Brow Refiner

Brow refiner atau pencil lukis alis kening ala 3D gitu. Terdapat spoolie dan pencil boleh dilaras pada kedua-duanya. Sangat mudah digunakan senang melekat kat alis ya. Nak bentuk kening ala bold, korea, ala-ala tak ala semua pun boleh. 

Warna pula agak warm sesuai dengan warna kulit orang kita jugak. Jadinya bagi yang berkulit cerah macam saya boleh top up guna eyebrow mascara agar tidak terlalu nampak cerah. Sebab warna dia ada hint perang-perang tanah sikit. 

Lip matte
Liquid Lip Matte

Terdapat 7 warna iaitu Bandung, Sirap, Ribena, Katira, Carrot, Dodol dan Bunga. Kesemua tujuh warna yang ada semuanya dalam kelompok nude peachy red. Sesuai untuk kulit yang warm tone agar lebih menonjol secara natural tak pudar. Bagi yang berkulit cerah macam saya, lipstick ini akan menjadi sedikit bold berbanding natural.

Pigmentation dia agak bagus dengan hanya satu lapisan dah boleh nampak warna. Bagi yang mempunyai bibir gelap boleh sapu dua kali. Jangan risau teksur lip matte ni ringan, cepat kering dan tidak merekah.

Bonus point, lip matte ini tak mengeringkan bibir bahkan memelihara bibir agar lebih lembab sebab ada kandungan minyak zaitun dan vitamin E. Kira sambil cantik sambil merawat jugak.

--------------------------------------------------------------------------------

Kesimpulannya kualiti produk Obesses Cosmetics agak bagus setara dengan produk luar negara. Lebih bersifat daily use dan sangat-sangat sesuai untuk orang kita tak kira Melayu, Cina tau India. Jadi target market tu on point!

Untuk yang kulit cool tone dan natural tone cerah macam saya, masih boleh pakai cuma kena top up sikit mana yang perlu and boleh guna untuk look yang different berbanding orang berkulit kita kita. Paling penting, semua senang nak diremove menggunakan make up removal dan mempunyai bahan yang bagus untuk kulit wajah. 

Ini lah yang boleh saya kongsikan serba sedikit kat entri kali ini. Untuk sebarang maklumat lebih lanjut mengenai Obsess Cosmetics boleh rujuk di bawah:


Sehingga berjumpa di lain entri. Tata~

21 comments:

  1. Wah. Tunjuk dkt orang rumah ni mesti dia suka. Lagi2 produk mekap ni.lagipun sungai buloh kan hq dia? Tak jauh pun. Boleh la give a try. Mana tahu masuk dengan kulit kan

    ReplyDelete
  2. cantik ! keluaran pastel macam ni tentunya akan memikat ramai wanita untuk mencubanya. tak sabar nak tengok awak buat tutor pakai obsess.

    ReplyDelete
  3. haritu dekat ig tengok ramai influencers yang pergi event obsess cosmetics ni share review diorang tengok rasa macam nak try cleanser pink tu sebab ada sorang tu kata best gila

    ReplyDelete
  4. Obses hangat kembali di pasaran ... Kali ni packaging tu punya la bah cute , dan review pengguna mengenai produk obses ni overwhelming juga ... Harga pun affordable .. so what else, bolehlah grab satu dua produk ni ...

    ReplyDelete
  5. wah nampak menarik sangat! Serba lengkap untuk wanita tampil menawan. Hehe..nak carik la, nak syantik-syantik cam zandra jugak hehe

    ReplyDelete
  6. Ada travel kit macam ni mudah nak bawa ke mana2. Takdela asyik tertinggal bedak atau lipstik.

    ReplyDelete
  7. Barang barang obsess memang best. Ruginyaa tak dapat join sekali haritu. Banyak betul barang yg dapat as gifts ��

    ReplyDelete
  8. Hi syantik😍😍😍!!!
    nak cantik & menarik dgn produk obsess???
    wassap je sis📲0145150062 nk cepat click kat link bio sis..
    🚗 COD area seluruh melaka. 💌 by postage pun blh..
    😉😉😉😉
    #squadsyiera #squadladyD

    ReplyDelete
  9. HEY BABES ������❗❗

    IM YOUR TRUSTED SELLER/AGENT OBSESS COSMETIC!
    *PROVIDE THE FAST SERVICE FOR YOU*

    ��COD AREA ��
    �� SARAWAK : LIMBANG, LAWAS
    ��BRUNEI DARUSSALAM : SEKITAR SEMPADAN LBG BRUNEI, BSB, TEMBURONG

    NK FREE COD? �� POSTAGE? �� GIFT? ��
    ⛽POST EVERYDAY *except public holiday
    ��ORIGINAL PRODUCT
    ��FAST REPLY 011-25188434

    #SQUADSYIERA #SQUADLOVEBEAUTY #IAMFOUNDERSARAWAK
    #obsesscosmetics #obsesswave #travelkit #sarawak #obsessteams #obsesscrews #lipmatte #liptint #loosepowder #treatmentcushionfoundation #insanelylongmascara #teammummyziera

    ReplyDelete
  10. Menarik gila packaging dia. Cantik. Travel kit dia pun! Dah lama juga dok usha produk ni. Nak kena grab jugak ni

    ReplyDelete
  11. Nur tak pandai guna make up so ada beberapa term tu nur tak berapa paham. Bahaha kesian kan? Tapi overall nur setuju dgn sis sbb target market dy sgt on point. Sbb konsep keluaran kali ni more to daily use so mesti ramai yg berminat. Mcm nak ngecek husband laa belikan hihi

    ReplyDelete
  12. Jika Naim memang tidak tahu semua ini, akan tetapi para wanita akan menyukai produk yang sebegini. Semoga wanita akan menyukai artikel ini. terbaik sharing

    ReplyDelete
  13. Minat pulak tgok travel kit tu, senang nak angkut dlm handbag dn senang utk travel. Kalau sesuai kulit org kita th ceklat ni..makna sesuailah utk sis..um. bolehlah kumpul duit cuba pulak produk ni

    ReplyDelete
  14. Nama dia sangat unique, obsess. Pilihan warna dan penjenamaannya boleh menyebabkan ramai akan obsess nak memilikinya, termasuk Rawlins haha

    ReplyDelete
  15. wahhhh cantik2 betul cosmetics dri obsess nie. first time dengar brand nie. nama dia bukan main ya. macam nak bagi si pemakai betul2 obsess dengan make up. hihi. buatlah tutorial guna make up dari obsess nie Zandra

    ReplyDelete
  16. first time heard of this brand. but the product and all the cosmetics looks great... nice launching..

    ReplyDelete
  17. first time dengar nama brand ni...not bad tengok collection dia sebab packaging sangat cantek..produk lokal kan ni...moga boleh pergi jauh menembusi pasaran asia dan dunia

    ReplyDelete
  18. suka tengok packaging dia comel2 belaka. Dulu tak suka pakai lipmatte sebab keringkan bibir tapi cun la kalau obsess ni ada vitamin E. Nak pakai selalu pun tak risau dah

    ReplyDelete
  19. comel sgt travel kit tu..packaging giler cun..kena grab jgk 1 ni..

    ReplyDelete
  20. Cantik makeup nya...boleh cuba nnti ni...color dia pn cantik2 belaka..

    ReplyDelete