Friday, 29 April 2022
AEON Malaysia Beri 10 Ribu PERCUMA NFT 'Kuih Raya Kita'
Friday, 22 April 2022
Ayam Seringgit di Marrybrown? Guna aplikasi Marrybrown lah!
Baru-baru ini telah kecoh di sosial media bahawa ada pelanggan boleh membeli ayam di Marrybrown dengan harga RM1. Bukan sekadar teknik pemasaran semata-mata, Marrybrown rupanya telah melancarkan aplikasi Marrybrown terbaharu.
Untuk merangsangkan pengguna untuk memuat turun aplikasi dan menggunakannya untuk pembelian di Marrybrown, Marrybrown telah membuat pelbagai tawaran hebat. Tawaran ini lah yang membolehkan pengguna membeli menu Marrybrown dengan harga yang betul-betul tak masuk akal.
Dalam aplikasi ini terdapat dua jenis tawaran iaitu tawaran harga diskaun dan tawaran pantas. Tawaran tersebut boleh didapatkan di bahagian ‘deals’ dan setelah anda boleh menebusnya anda boleh melihat tawaran anda di bahagian ‘my rewards’.
Perbezaan tawaran adalah seperti berikut:
Tawaran harga diskaun:
- Tawaran ini sentiasa ada
- Tiada kuota tapi terhad kepada 1 penebusan setiap jenis bagi 1 akaun
- Boleh tebus pelbagai jenis tawaran harga diskaun
- Sah boleh digunakan dalam hari yang sama bila anda membuat penebusan
- Contoh: Onion Rings RM3 dari RM3.95, Mushroom Soup RM3.90 daripada RM4.20, Cheesy Burger+Cheesy Wedges RM 10.99 daripada RM 12.89 dan lain-lain lagi
Tawaran pantas:
- Tawaran ini hanya seketika sahaja selalunya pada pukul 12 malam!
- Siapa cepat dia dapat
- Harga tidak masuk akal!
- Hanya boleh tebus sahaja mengikut lokasi (semenanjung, Labuan dan Sabah & Sarawak)
- Sah boleh digunakan dalam hari yang sama bila anda membuat penebusan
- Contoh: RM5 untuk 5 Ketul Ayam Crispy Marrybrown, Buddy Meals RM 1 (untuk 2 set ayam goreng bersama kentang dan air) dan lain-lain lagi
Jadi tawaran-tawaran ini perlu lah anda tebus apabila anda hendak pergi ke Marrybrown ya. Penebusan tidak akan dibawa kepada hari seterusnya jika anda tidak menggunakannya. Tawaran pantas pula harus lah direbut secepat mungkin untuk mendapatkankannya.
Cara menebus dan menggunakan tawaran ini sangat mudah:
1. Muat turun aplikasi Marrybrown dan daftar akaun anda,
2. Pergi ke bahagian ‘deals’
3. Pilih tawaran yang anda inginkan, tekan dan tebus
4. Pergi ke restoran Marrybrown* terdekat dan anda boleh membuat pesanan di kaunter seperti biasa dan bagitau ingin menggunakan tawaran di aplikasi Marrybrown
5. Staf akan mengambil pesanan dan mengimbas code tawaran yang anda tebus di bahagian ‘my rewards’
6. Anda sudah boleh membuat bayaran seperti biasa! Siap~
Lebih menggembirakan, pengguna baharu aplikasi Marrybrown diberi seketul Ayam Crispy Marrybrown. Tawaran ini automatik masuk dalam 'my rewards'. Penggunaan juha seperti biasa iaitu dengan ke kaunter.
Sebenarnya selain tawaran biasa dan tawaran pantas, ada ketika dan waktunya aplikasi ini menunjukkan tawaran yang anda boleh tebus menggunakan mata ganjaran tau!
Memandangkan aplikasi ini sangat baru, anda mungkin akan mengalami beberapa masalah seperti tidak dapat menebus tawaran pantas, mendaftar akaun, dan aplikasi terasa berat. Namun demikian, masalah ini sudah diambil tahu pihak Marrybrown dan mereka telah pun berusaha untuk memperbaiki aplikasi mereka.
Pengalaman saya sendiri, saya tidak dapat menebus tawaran pantas dan hanya boleh menebus tawaran biasa sahaja. Meskipun saya menggunakan tawaran ini, saya masih berpeluang mendapatkan mata ganjaran di Marrybrown. Bila dah banyak nanti boleh lah saya gunakan untuk menebus tawaran yang ada.
Apa lagi?
Muat turun aplikasi Marrybrown dan dapatkan tawaran hebat ini segera di playstore dan appstore atau boleh ke laman web MB app
*Anda hanya boleh menggunakan tawaran yang ditebus di beberapa Marrybrown terpilih sahaja dan anda boleh rujuk di sini Restoran MB terpilih
Sebarang pertanyaan dan maklumat lebih lanjut boleh lah hubungi Marrybrown melalui pautan di bawah:
Marrybrown Malaysia
Instagram: @marrybrownmy
Facebook: @marrybrownMalaysia
Twitter: @MarrybrownMY
Laman web rasmi: https://marrybrown.my
#Marrybrown #MarrybrownMY #SomethingDifferent #MBApp
Monday, 18 April 2022
AEON x JOVIAN Nusantara koleksi raya premium esklusif hanya di AEON.
Pada 16 April 2022, AEON CO. (M) BHD. (AEON) telah memperkenalkan kolaborasi Koleksi AEON Raya 2022 terkininya bersama pereka fesyen dan usahawan terkemuka, Dato’ Jovian Mandagie dalam pelancaran media eksklusif di AEON Mall Shah Alam. Koleksi AEON x JOVIAN Nusantara ialah hasil daripada kolaborasi ini.
Sempena raya tahun ini, Jovian telah mendalami asal-usul Nusantara. Nusantara pula adalah nama Jawa Kuno yang pada asalnya merujuk kepada wilayah taklukan kerajaan Majapahit yang bermula pada abad ke-13. Manakala, wanita di kepulauan nusantara ketika itu telah sebati dalam sejarah dan budaya sebagai simbol kecantikan. Maka tercetusnya inspirasi koleksi sedia pakai (RTW) premium ini.
Sebagai tambahan, Koleksi AEONxJOVIAN Nusantara ini turut mengambil tema serta idea daripada asal usul keturunan Dato’ Jovian sendiri iaitu Malaysia dan Indonesia. OIeh hal itu, potongan kain bercirikan Malaysia dan corak kain bercirikan Indonesia mampu dilihat di koleksi ini.
Bercakap berkenaan koleksi ini, Low Ngai Yuen, Ketua Pegawai Dagangan dan Pemasaran AEON berkata, “Sesebuah perayaan itu secara intrinsiknya terikat kepada tradisi dan budaya, namun seorang pereka fesyen yang mampu mengimbangkannya dengan kebebasan dan ekspresi moden – sesungguhnya kami merasa amat berbesar hati dapat bekerjasama dengan Dato’ Jovian Mandagie yang mampu memahami dan menterjemahkan konsep ini dengan jayanya. Akhirnya terhasil lah senarai pra-pesanan yang panjang di platfom iAEON Lifestyle kami. Harapan kami agar pelanggan setia kami akan berpuas hati sebagaimana usaha keras yang kami laksanakan semasa persediaannya sejak Oktober tahun lepas.”
Sebagai pengenalan ringkas, Dato’ Jovian Mandagie merupakan salah seorang pereka paling berjaya di Malaysia. Beliau terkenal dengan pengaruh Mal-Indo merentasi rekaan yang mengagumkan dan telah mencipta gabungan fesyen yang bermutu tinggi di bawah jenama yang estetik dan terkemuka Jovian Mandagie house (JM).
Dalam ucapan Dato’ Jovian, “Koleksi RTW kami telah diperkenalkan pada Ogos 2012. Sejak itu, ianya telah memenuhi keperluan wanita di Malaysi dan memastikan setiap wanita kelihatan cantik dengan pakaian mereka. Koleksi Nusantara AEON x JOVIAN juga direka dengan pendekatan yang sama.”
Koleksi AEON x JOVIAN Nusantara ini bukan sahaja dihasilkan untuk wanita, malah pakaian raya untuk seisi keluarga termasuk lelaki dan kanak-kanak. Selain itu, koleksi ini juga dilengkapi dengan pelitup muka tiga lapis dan KF94 dengan rekaan unggul Jovian Mandagie. Pelitup muka dalam rekaan Nusantara baharu ini dibuat untuk dipadankan dengan corak pakaian perayaan khusunya koleksi ini sendiri.
Untuk pengetahuan semua, koleksi Nusantara ini mempunyai 12 rekaan kesemuanya. Manakala setiap rekaan hanya dihasilkan sebanyak 200 helai sahaja. Ini adalah untuk memastikan koleksi premium ini tetap esklusif. Adalah digalakkan untuk membuat pembelian awal memandangkan stok semakin cepat habis.
Antara Koleksi Nusantara AEON x JOVIAN:
Sebagai tambahan, pakaian ini direka khas sesuai dengan iklim di Malaysia yang sentiasa panas. Oleh itu, material yang digunakan ialah campuran polister untuk membuatkan kain baju ‘sejuk’ dan selesa digunakan walaupun sepanjang hari.
Tambahan pula, meskipun rekaan ini bersifat premium dan esklusif dengan corak dan potongan unik, koleksi baju raya ini senang untuk dicuci dengan tangan tanpa perlu dihantar ke servis dobi. Manakala harga koleksi ini pula amat berpatutan dengan harga koleksi bagi kanak-kanak bermula dari RM139, harga bagi koleksi lelaki bermula dari RM179 dan koleksi wanita bermula dari RM229.
Koleksi ini sudah boleh didapatkan bermula pada 15hb April tersedia secara di tujuh buah cawangan AEON iaitu AEON MALL Shah Alam, AEON MALL Wangsa Maju, AEON MALL Taman Maluri, AEON Mid Valley, AEON Queensbay, AEON MALL Kota Bharu dan AEON MALLTebrau City. Koleksi Nusantara AEON X JOVIAN juga boleh didapatkan secara atas talian untuk semua pra-pesanan iAEON Lifestyle di iAEON Lifestyle - JOVIAN .
Koleksi ini dilancarkan sempena promosi Ramadan-Raya AEON, 'Raya Penuh Makna. Pelbagai promosi istimewa Raya yang sedang berlangsung juga boleh didapati di www.aeonretail.com.my .
Wednesday, 6 April 2022
Buka Puasa Di De'Kenduri
PERTAMA kali dlm sejarah Iftar yg mana menampilkan pelbagai menu menarik utk setiap jenis Kenduri di Malaysia. Ini lah yang cuba ditampilkan oleh pemilik De'Kenduri iatu Lutfi Yussof.
Lutfi Yussof berkata, "Kami di sini memang fokus menyediakan menu makanan ala kenduri kerana tempat kami memang asalnya untuk tempahan kenduri apabila di bulan lain selain bulan puasa. Kami selalu menerima tempahan kenduri kahwin, kenduri hari jadi, kenduri doa selamat dan lain-lain lagi."
Tambahnya lagi, "Oleh itu kami memutuskan untuk membuat ala kenduri kerana kami memang berkebolehan dalam berbuat demikian. Lagipun, bulan puasa ni kita nak lebih ramai orang merasa makanan kenduri. Bukan selalu kita dapat merasa kenduri bukan."
Selain itu, Lutfi turut menyatakan bahawa lokasi De'Kenduri ini unik kerana sekeliling tempat ini banyak didirikan bangunan tinggi dan baharu namun dia masih untuk memilih tapak bekas kuaters kerajaan lama ini sebagai tempat mengadakan kenduri. Tambahan pula, kedudukannya juga bersebelahan kawasan tempat letak kereta yang memudahkan pelanggan yang datang membawa kereta.
Antara lain, tempat ini dilengkapi dengan tempat solat, ambil wudhuk dan tandas bagi kegunaan pelanggan. Bagi yang membawa anak kecil, di sini juga menyediakan tempat duduk bayi dan kanak-kanak kecil tapi sangat terbatas jumlah kerusi yang ada.
Jadi mari kita lihat apa yang menarik apabila anda memilih untuk berbuka puasa di De' Kenduri:
Antaranya menu yang boleh anda jamu di Iftar @ De'Kenduri:
Kenduri Kawin
Nasi Briyani/Nasi Minyak/Nasi Tomato/ Nasi Hjn Panas
Ayam Msk Merah/Madu/Kurma/Kicap Mamak
Daging Kari/Kurma/Rendang Hitam/Rendang
Minang
Acar Jelatah/Acar Buah/Pajeri Nenas
Kenduri Tahlil
Nasi Putih
Keli Berlada/Keli Sambal Hijau/Keli Msk Lemak + Pucuk Maman/Keli Lmk
Belimbing Buluh Sambal
Udang Petai/Masak Lemak Udang Galah/Masak Lemak
Perut+Udang
Ikan Masak Cuka/Asam Pedas Ikan/Ikan Kari
Masak Lemak Pucuk
Manis/Masak Lmk Pucuk Paku/Mask Tempoyak Pucuk Ubi
Ikan Kering/Ikan Pekasam
Aneka
Ulaman Aneka Sambal
Kenduri Kesyukuran
Ayam Cashew Nut/Ayam Paprik/Chicken Salted egg/ Ayam Kam Heong/Masak lemak Ayam
+ Pegaga Daging Black Pepper/Fish Fillet Sweet Sour/Butter Milk Prawn/Masak
Lemak Telur Itik Mix Vege/Tauhu Jepun Sos Telur Kerabu Pucuk Paku + Kerang/
Kerabu Taugeh + Perut/ Kerabu Kacang Botol
Kenduri Buat Rumah Baru (Style Kpg2)
Bubur Kacang/Pengat Pisang/Bubur Chacha/Bubur Keledek/Bubur Pulut Hitam
Pulut
Kuning + Rendang Ayam
Kenduri Naik Pangkat
Char Kuew Teow (Live)
Mee Rebus/Mee Kari/Laksa/ Soto/ Laksa Johor
Cucur2 dan
Gorengan
Roti Jala + Kuah Durian
Kenduri Hari Jadi
Dessert/Kuih2 Melayu
Pastries n cakes
Cendol Kordial Teh tarik
Kenduri Rumah Terbuka
Kambing Bakar
Satay Ayam n Daging
Lontong
Nasi Impit
Antara makanan yang dihidangkan untuk juadah berbuka nanti:
Antara suasana yang boleh dilihat di De' Kenduri:
SILA BUAT TEMPAHAN ANDA mengikut maklumat seperti di bawah:
Harga iftar:
DEWASA RM60.00
KANAK2 RM40.00 (5-11 tahun)
*Sila buat tempahan dahulu untuk mengelakkan ketiadaan tempat duduk. 'Walk-in' adalah tidak digalakkan.
Lokasi:
Alamat: De' Kenduri Kuala Lumpur, No 103, 7, Off Jln Yap Kwan Seng, Kuala Lumpur.
*10 minit jalan kaki dari Avenue K (LRT KLCC) melalui Ascott & Star Residence. Tempat pejalan kaki elok, luas dan terbuka.
Hari Operasi:
Isnin: Terbuka hanya untuk tempahan kumpulan minima 250 orang
Selasa-Ahad: Individu biasa, keluarga dan kumpulan kurang dari 250 orang
Tarikh Operasi: 6-30hb April 2022
Nombor tempahan:http://www.wasap.my/60182231235
http://www.wasap.my/60182231235
http://www.wasap.my/60182231235
Anda juga boleh melawati instagram rasmi De' Kenduri di sini ---> @dekendurikualalumpur
Smart Bio Golden Remedy Peneraju Produk Cenkudu
Kuala Lumpur, 2hb April – Smart Bio Golden Remedy telah berkerjasama dengan Koperasi Karyawan untuk memasarkan produk mereka yang berasaskan daripada mengkudu dan cendawan merah. Kerjasama ini berlangsung dengan kehadiran pihak Smart Bio Golden Remedy (SBGR), ahli jawatankuasa Koperasi Karyawan, para artis veteran dan para media.
Produk Cenkudu ini sebenarnya dihasilkan daripada dua bahan utama iaitu buah mengkudu dan cendawan merah. Malahan perkataan cengkudu ini sangat popular di dunia perubatan serta makanan minuman tambahan orang melayu.
Berkenaan dengan majlis yang diadakan secara tertutup ini,
keputusan yang dibuat oleh SBGR bersama Koperasi Karyawan amat mengejutkan
banyak pihak. Ini adalah kerana Koperasi Karyawan baru sahaja ditubuhkan
seminggu yang lalu. Usaha sama ini tidak lain tidak bukan direalisasikan oleh Helmi
Gimmick yang juga seorang artis veteren, ahli karyawan dan peniaga SBGR
sendiri.
Kerjasama ini terbentuk apabila Helmi merasakan bahawa ramai
artis veteren karyawan mempunyai masalah kesihatan sehinggakan ada yang
terpaksa meminta sumbangan daripada orang ramai untuk menampung kos rawatan
mereka. Dia merasa ingin membuat sesuatu untuk membantu mereka yang terkesan
dengan menjadikan SBGR sebagai produk yang membantu kesihatan mereka dan
mendapat pendapatan.
Helmi berkata, “Melalui kerjasama ini, setiap pembelian produk
SBGR daripada Koperasi Karyawan, sebanyak rebat 20% diberikan kepada tabung
koperasi. Melalui tabung ini, lebih ramai ahli karyawan yang boleh dibantu.
Pada masa yang sama juga, sebanyak 7 orang artis diberi tajaan produk dan
pengawasan selama 3 bulan untuk mengatasi masalah kesihatan pada diri mereka.”
Tambahnya lagi, “Kami juga ingin memberi peluang kepada
artis karyawan untuk menjadi peniaga melalui produk ini untuk memperolehi
pendapatan lebih. Kita tahu berapa lama kita boleh bertahan dalam industri.
Jika tiada tawaran maka tiada lah pendapatan. Oleh itu sebaiknya kita berniaga
untuk diri kita agar tidak mengalami masalah kewangan.”
Pada majlis sama, Pegawai esekutif operasi SBG, Muhammad
Shukri Amin turut memberi ucapan, “kerjasama ini dijalankan atas sebab
kedua-dua SBGR dan Karyawan saling bergantung sama lain. Kami ingin membantu
lebih ramai di luar sana untuk mendapatkan kesihatan yang lebih baik dengan
rangkaian produk kami yang boleh digunakan dari bangun pagi hinggalah bila nak tidur.”
Katanya lagi, “Kami bukanlah produk OEM. Kami menghasilkan
produk kami sendiri dari ladang kami sendiri. Kami juga menambah baik produk
lama melalui hasil kajian yang berterusan agar produk kami masih releven dalam
membantu pengguna.”
SBGR mempunyai 15 produk yang dijual bawah seperti jus
cenkudu, jus enzime, madu, ubat sapu cenkudu, ubat gigi cenkudu dan lain-lain
lagi. Harga produk mereka juga tidak lah terlalu mahal dan bermula daripada RM
10 sahaja. Produk-produk ini mendapat pengiktirafan organic Malaysia, halal
JAKIM, dan bahan mengkudu yang digredkan oleh Universiti Putra Malaysia (UPM).
Lebih membanggakan produk ini merupakan 100% buatan Malaysia daripada hasil
bumi, pembuatan, hasil bumi sehinggalah pekerja yang diambil.
Sedikit pengenalan mengenai SBGR, SBGR diuruskan oleh Smart
Bio Group (SBG) yang bertindak sebagai
ejen pemasaran dan pengedaran tunggal bagi produk dari Sureco Sure
Return (SURECO). Kedua-dua SBGR dan SBG baru ditubuhkan pada dua tahun lepas
ketika pandemik hampir bermula.
Ketika itu SBG telah mengambil alih SURECO sepenuhnya
bermula daripada ladang, pengurusan, kilang, pemasaran hingga ke produk. Mereka
memutuskan untuk masih mengekalkan nama SURECO sebagai nama produk dan kilang
kerana masih ramai yang mengenali SURECO sebagai produk pengeluar pertama
berasaskan cengkudu. Ini adalah kerana sudah lebih dua dekad produk tersebut
berada di Malaysia sebelum bertukar pemilik.
Jika anda berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai
SBGR dan ingin membeli produk anda boleh lah melawat laman web www.sureco.my dan www.smartbiogr.com
Tuesday, 5 April 2022
AINAA Clinic Kini Rasmi Dibuka
Bangi, 31 Mac - Jenama AINAA sememangnya sudah terkenal selama bertapak lima tahun dalam industri kecantikkan. Bermula daripada AINAA Beauty pada tahun 2018, jenama ini mula melebarkan sayap mereka dalam bidang estetik pada tahun ini. Maka dengan itu tertubuhlah KLINIK AINAA Sdn. Bhd atau lebih dikenali sebagai AINAA Clinic.
Klinik ini dijayakan oleh tiga usahawan hebat iaitu Nursyafiqah Aina Binti Wahab (Syafiqah Aina), Abdul Hafiz Harisuddin bin Mahamad (Hafiz Mahamad) dan Norazura binti Md Posdzi (Zura Posdzi). Impian pembukaan klinik ini bukan lah impian baru malah ini merupakaan idea awal yang diimpikan oleh pemilik AINAA Empire Sdn. Bhd.
Selari dengan misi mereka, “Kejayaan Demi Kebahagiaan” yang
digunakan sejak lima tahun lepas, AINAA Beauty sentiasa berpegang kepada misi
untuk membantu lebih ramai masyarakat untuk mendapatkan kulit sihat serta
memperolehi keyakinan diri orang ramai. Masih memegang misi yang sama, misi ini
disambung pula dengan penubuhan AINAA Clinic yang bertempat di Ostia Bangi.
Syafiqah Aina berkata,” Kami mengaku kami tidak mempunyai kemahiran dalam bidang estetik. Namun kami mempunyai niat untuk membina AINAA Clinic yang diiktiraf. Oleh itu kamu menggunakan perkhidmatan daripada dua orang doktor bertauliah iaitu Dr Nurmaliza Abdul Halim dan juga Dr Siti Amirah Binti Abdul Aziz. Selain itu kamu juga dibantu oleh tiga orang pakar kecantikkan terlatih.”
Ujarnya lagi, “Kami juga memasang niat untuk membuka lebih banyak cawangan jika diizinkan. Bermula daripada pembukaan klinik di Bangi ini juga sesuatu yang rumit apabila kami terpaksa melalui pelbagai proses pengiktirafan selain daripada pandemik yang melambatkan proses pembukaan klinik.”
Hafiz Mahamad turut menambah ujar isterinya, “Kami sepatutnya membuka klinik ini pada tahun lalu. Nasib baik pasukan AINAA masih terus memberi sokongan sehingga akhirnya terlaksana juga pembukaannya."
Katanya lagi, “Untuk makluman semua, AINAA Clinic ini bukan sahaja dimiliki oleh kami (dia dan isteri) tapi ini juga merupakan milik stokis utama AINAA Beauty. Kami memberi ruang untuk para stokis kami berkembang dengan kami untuk sama-sama maju. Jikapun kami ingin membuka lagi cawangan lain, klinik tersebut juga merupakan milik stokis kami.”
Begitulah ucapan kedua-dua suami isteri ini yang sering menekankan bahawa AINAA Clinic ini sememangnya kesinambungan daripada AINAA Beauty itu sendiri. Ucapan mereka juga turut dipersetujui oleh Zura Posdi yang juga merupakan orang kuat AINAA Empire.
Zura Posdi berkata, “Kami memang ingin melihat AINAA Clinic ini berjaya setelah pembukaan klinik ini lama tertangguh. Malahan kami juga ingin melihat AINAA Clinic mempunyai banyak cawangan di seluruh Malaysia.”
Apabila ditanyakan jika ada yang berminat untuk membuka cawangan baru AINAA Clinic, adakah boleh seseorang berbuat demikian memandangkan jenama AINAA ini memang sangat terkenal.
Zura Posdi, “Kami akan menawarkan pembukaan klinik ini kepada stokis AINAA Beauty sahaja dulu. Mungkin pada sesuatu ketika, kami mungkin akan membuka kepada orang luar jika stokis AINAA Beauty tidak berminat”.
Tujuan AINAA Clinic ditubuhkan adalah untuk:
1. Memberi nasihat dan cadangan tentang penjagaan kulit yang lebih tepat dengan bantuan doktor yang lebih pakar.
2. Merawat masalah kulit mereka dengan menggunakan peralatan dan teknologi moden estetik yang bersesuaian dengan masalah kulit mereka.
3. Memberikan rawatan yang lebih lanjut kepada pengguna AINAA Beauty yang memerlukan rawatan estetik dan bantuan doktor untuk membantu menyelesaikan masalah kulit mereka.
Antara rawatan yang boleh didapati di AINAA Clinic seperti:
1. Prosedur Estetik
- ‘Chemical & Acne’ Peel
- Laser untuk jeragat, pigmentasi, parut & pencerahan kulit
- Suntikan ‘Platelet-Rich Plasma’ (PRP)
- Rawatan wajah biasa, esklusif & premium
- Konsultasi
2. Ujian alergi (ujian darah)
3. Pemeriksaan Kesihatan Umum (‘General Medical Check Up)
Rawatan bermula serendah RM 100 lebih mengikut keperluan kulit dan permasalahan pelanggan.
Orang ramai yang ingin mendapatkan rawatan di AINAA Clinic boleh membuat tempahan rawatan di talian 011-6521 7002.
Ejen2U Bantu Usahawan Mengurus Ribuan Ejen
Malaysia merupakan sebuah negara yang penuh dengan usahawan daripada pelbagai perniagaan dari sekecil-kecil untung hinggalah untung yang berjuta-juta. Sejak kebelakangan ini pula, munculnya pelbagai perniagaan dan penampilan usahawan baru umpama cendawan tumbuh selepas hujan. Salah satu modus operasi perniagaan yang paling banyak diguna pakai pula ialah sistem ejen.
Namun, jumlah ejen bagi satu-satu perniagaan cepat berkembang sehingga ramai usahawan dan bahagian pengurusan syarikat tidak menang tangan untuk mengawal ejen-ejen mereka. Belum lagi wujudnya pelbagai ketidakadilan dalam pengurusan komisen dan sebagainya. Akhirnya ramai yang cepat naik, ramai juga yang cepat turun.
Hal ini lah yang Ejen2U mahu selesaikan. Ditubuhkan oleh
Sheikh Ezaiddin selaku Pegawai Eksekutif Operasi Ejen2U, beliau merupakan
seorang bekas jurutera sistem yang kemudian menerokai alam Perniagaan Kecil dan Sederhana (PKS). Di sini
beliau berjumpa pelbagai usahawan dan ahli perniagaan yang tidak arif mengenai
data apa yang perlu didigitalkan. Bahkan apabila ditanya apa itu perniagaan
secara digital, kebanyakkan mereka hanya mengetahui perniagaan digital ini
ialah dengan menggunakan laman web ataupun pemasaran iklan.
Daripada sini beliau mempunyai buah fikiran, “Jika jualan melalui cara lama masih mampu mencatat keuntungan berjuta, apa lagi kalau sistem perniagaan mereka dijalankan secara digital?”.
Beliau juga turut berkata, “Ketika COVID melanda, ramai usahawan
makanan menceburi bidang atas talian dan usahawan ini mula menyesuaikan sistem
ejen ini dalam perniagaan mereka. Memandangkan makanan mempunyai kadar pembeli
ulangan yang tinggi serta menjana untung yang berbaloi, peningkatan ejen juga
ketara. ”
Tambah beliau lagi, “Dalam peningkatan ejen dan jualan
makanan pada musim pandemic ini, ramai antara mereka merupakan wanita dan suri
rumah”.
Di situ Sheikh Ezaiddin turut berniat untuk menubuhkan
Ejen2Uuntuk membantu usahawan yang menggunakan sistem ejen untuk lebih
melancarkan urusan perniagaan mereka di samping membantu para ejen khususnya
wanita ini menjana pendapatan dengan sistem yang adil. Melalui program yang
ditawarkan, sistem ini boleh dibuat berdasarkan permintaan usahawan seperti
penetapan pangkat, komisen, pengiraan stok, gerbang pembayaran dan pelbagai
lagi.
Apa yang membezakan pengurusan menggunakan sistem Ejen2U dan cara tradisi ialah Ejen2U membolehkan usahawan serta peniaga masih dapat berhubung terus dengan ejen di bawah sekali. Ini untuk mengelakkan ada ejen yang terabai dek kerana jumlah ejen yang kian berkembang. Antara itu, Ejen2U dapat menampung pertambahan jumlah ejen yang pelbagai lapisan tanpa berkompromi dengan sistem sokongan. Paling utama ialah sistem ini disukai para ejen kerana hak mereka tidak tertindas dengan permainan harga, sistem komisen yang adil, pembayaran komisen yang konsisten serta menghalang perbuatan sailang pembeli daripada pihak syarikat itu sendiri.
Ejen2U ini juga tidak mahu sistem ejen ini menjadi ‘Multi-level
Marketing’ ataupun singkatannya MLM kerana perniaga boleh dikenakan akta jualan
langsung serta tidak mahu ejen-ejen yang ada terkontang-kanting diabaikan
apabila sudah berada di level paling bawah.
Oleh itu, Ejen2U turut memberi latihan perniagaan dan
penjelasan analitik daripada sistem data mereka kepada usahawan yang menyertai
mereka. Ini adalah untuk membantu usahawan mengenali pasaran mereka serta
memberi perhatian yang cukup kepada ejen mereka dari segi latihan, perhatian
dan pemasaran.
Selain itu Ejen2U memberi 3 jaminan perniagaan. Pertama, memberikan sistem sokongan yang baik di mana mereka akan menyelesaikan masalah jika timbul serta sentiasa membantu untuk menyelia sistem pelanggan. Kedua, harga mampu milik serendah RM 700 sebulan tanpa kontrak berbanding bayaran lunas berpuluh hingga ratusan ribu untuk sistem yang sama. Ketiga pula berkenaan dengan menjanjikan integriti data pelanggan serta keselamatan web melalui Infra Amazon Web Service.
Syarikat yang masih hijau ini turut melangkah lebih jauh apabila baru-baru ini mereka telah menerima sumbangan daripada 500 Global yang berasal daripada Lembah Silikon di Amerika Syarikat. Adalah sedia maklum bahawa pelaburan daripada Lembah Silikon ini bukti bahawa sesuatu syarikat mempunyai potensi yang lebih besar untuk dikembangkan. Namun tidak lupa juga Ejen2U sebelum ini juga telah mendapat dana daripada Cradle iaitu syarikat daripada Malaysia yang tidak kurang hebatnya kerana Cradle turut terkenal dengan syarikat yang memberi batu loncatan terhadap syarikat-syarikat lain sehingga mampu berkembang hingga ke luar negara.
Para usahawan dan peniaga yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut atau berminatu untuk menggunakan
khidmat Ejen2U boleh lah lawati laman web Ejen2U.