Tuesday 5 April 2022

AINAA Clinic Kini Rasmi Dibuka

Bangi, 31 Mac - Jenama AINAA sememangnya sudah terkenal selama bertapak lima tahun dalam industri kecantikkan. Bermula daripada AINAA Beauty pada tahun 2018, jenama ini mula melebarkan sayap mereka dalam bidang estetik pada tahun ini. Maka dengan itu tertubuhlah  KLINIK AINAA Sdn. Bhd atau lebih dikenali sebagai AINAA Clinic.

Dari kiri: Shah Indra Shaari, Zura Poszdi, Syafiqah Aina dan Hafiz Mahamad ketika
pelancaran pembukaan AINAA Clinic

Klinik ini dijayakan oleh tiga usahawan hebat iaitu Nursyafiqah Aina Binti Wahab (Syafiqah Aina), Abdul Hafiz Harisuddin bin Mahamad (Hafiz Mahamad) dan Norazura binti Md Posdzi (Zura Posdzi). Impian pembukaan klinik ini bukan lah impian baru malah ini merupakaan idea awal yang diimpikan oleh pemilik AINAA Empire Sdn. Bhd.

Selari dengan misi mereka, “Kejayaan Demi Kebahagiaan” yang digunakan sejak lima tahun lepas, AINAA Beauty sentiasa berpegang kepada misi untuk membantu lebih ramai masyarakat untuk mendapatkan kulit sihat serta memperolehi keyakinan diri orang ramai. Masih memegang misi yang sama, misi ini disambung pula dengan penubuhan AINAA Clinic yang bertempat di Ostia Bangi.

Hafiz Mahamad dan Syafiqah
Aina selepas temubual media

Syafiqah Aina berkata,” Kami mengaku kami tidak mempunyai kemahiran dalam bidang estetik. Namun kami mempunyai niat untuk membina AINAA Clinic yang diiktiraf. Oleh itu kamu menggunakan perkhidmatan daripada dua orang doktor bertauliah iaitu Dr Nurmaliza Abdul Halim dan juga Dr Siti Amirah Binti Abdul Aziz. Selain itu kamu juga dibantu oleh tiga orang pakar kecantikkan terlatih.”

Ujarnya lagi, “Kami juga memasang niat untuk membuka lebih banyak cawangan jika diizinkan. Bermula daripada pembukaan klinik di Bangi ini juga sesuatu yang rumit apabila kami terpaksa melalui pelbagai proses pengiktirafan selain daripada pandemik yang melambatkan proses pembukaan klinik.”

Hafiz Mahamad turut menambah ujar isterinya, “Kami sepatutnya membuka klinik ini pada tahun lalu. Nasib baik pasukan AINAA masih terus memberi sokongan sehingga akhirnya terlaksana juga pembukaannya."

Katanya lagi, “Untuk makluman semua, AINAA Clinic ini bukan sahaja dimiliki oleh kami (dia dan isteri) tapi ini juga merupakan milik stokis utama AINAA Beauty. Kami memberi ruang untuk para stokis kami berkembang dengan kami untuk sama-sama maju. Jikapun kami ingin membuka lagi cawangan lain, klinik tersebut juga merupakan milik stokis kami.”

Begitulah ucapan kedua-dua suami isteri ini yang sering menekankan bahawa AINAA Clinic ini sememangnya kesinambungan daripada AINAA Beauty itu sendiri. Ucapan mereka juga turut dipersetujui oleh Zura Posdi yang juga merupakan orang kuat AINAA Empire.

Zura Posdzi, pengarah AINAA Clinic
yang juga orang kuat jenama AINAA

Zura Posdi berkata, “Kami memang ingin melihat AINAA Clinic ini berjaya setelah pembukaan klinik ini lama tertangguh. Malahan kami juga ingin melihat AINAA Clinic mempunyai banyak cawangan di seluruh Malaysia.”

Apabila ditanyakan jika ada yang berminat untuk membuka cawangan baru AINAA Clinic, adakah boleh seseorang berbuat demikian memandangkan jenama AINAA ini memang sangat terkenal. 

Zura Posdi, “Kami akan menawarkan pembukaan klinik ini kepada stokis AINAA Beauty sahaja dulu. Mungkin pada sesuatu ketika, kami mungkin akan membuka kepada orang luar jika stokis AINAA Beauty tidak berminat”.

Gambar berkumpulan dari pasukan AINAA Clinic yang terdiri daripada pengasas,
stokis AINAA Beauty, doktor, pakar kecantikan dan ahli keluarga

Tujuan AINAA Clinic ditubuhkan adalah untuk:

1. Memberi nasihat dan cadangan tentang penjagaan kulit yang lebih tepat dengan bantuan doktor yang lebih pakar.

2. Merawat masalah kulit mereka dengan menggunakan peralatan dan teknologi moden estetik yang bersesuaian dengan masalah kulit mereka.

3. Memberikan rawatan yang lebih lanjut kepada pengguna AINAA Beauty yang memerlukan rawatan estetik dan bantuan doktor untuk membantu menyelesaikan masalah kulit mereka.

Antara rawatan yang boleh didapati di AINAA Clinic seperti:

1. Prosedur Estetik

- ‘Chemical & Acne’ Peel

- Laser untuk jeragat, pigmentasi, parut & pencerahan kulit

- Suntikan ‘Platelet-Rich Plasma’ (PRP)

- Rawatan wajah biasa, esklusif & premium

- Konsultasi

2. Ujian alergi (ujian darah)

3. Pemeriksaan Kesihatan Umum (‘General Medical Check Up)

Rawatan bermula serendah RM 100 lebih mengikut keperluan kulit dan permasalahan pelanggan.

Sesi penerangan dalam bilik rawatan

Untuk makluman Clinic AINAA kini buka untuk umum pada 1hb April 2022. Terletak di alamat A-G-9, Blok A, Jalan Ostia Utama, Taman Ostia Bangi, 43650, Bandar Baru Bangi, Selangor, AINAA Clinic beroperasi setiap hari dari pukul 10 pagi ke 10 malam.

Orang ramai yang ingin mendapatkan rawatan di AINAA Clinic boleh membuat tempahan rawatan di talian 011-6521 7002.

No comments:

Post a Comment