Tuesday 5 April 2022

Ejen2U Bantu Usahawan Mengurus Ribuan Ejen

Malaysia merupakan sebuah negara yang penuh dengan usahawan daripada pelbagai perniagaan dari sekecil-kecil untung hinggalah untung yang berjuta-juta. Sejak kebelakangan ini pula, munculnya pelbagai perniagaan dan penampilan usahawan baru umpama cendawan tumbuh selepas hujan. Salah satu modus operasi perniagaan yang paling banyak diguna pakai pula ialah sistem ejen.

Pegawai Eksekutif Operasi Ejen2U, Sheik Ezaiddin

Namun, jumlah ejen bagi satu-satu perniagaan cepat berkembang sehingga ramai usahawan dan bahagian pengurusan syarikat tidak menang tangan untuk mengawal ejen-ejen mereka. Belum lagi wujudnya pelbagai ketidakadilan dalam pengurusan komisen dan sebagainya. Akhirnya ramai yang cepat naik, ramai juga yang cepat turun.

Hal ini lah yang Ejen2U mahu selesaikan. Ditubuhkan oleh Sheikh Ezaiddin selaku Pegawai Eksekutif Operasi Ejen2U, beliau merupakan seorang bekas jurutera sistem yang kemudian menerokai alam  Perniagaan Kecil dan Sederhana (PKS). Di sini beliau berjumpa pelbagai usahawan dan ahli perniagaan yang tidak arif mengenai data apa yang perlu didigitalkan. Bahkan apabila ditanya apa itu perniagaan secara digital, kebanyakkan mereka hanya mengetahui perniagaan digital ini ialah dengan menggunakan laman web ataupun pemasaran iklan.

Sheikh Ezaiddin

Daripada sini beliau mempunyai buah fikiran, “Jika jualan melalui cara lama masih mampu mencatat keuntungan berjuta, apa lagi kalau sistem perniagaan mereka dijalankan secara digital?”.

Beliau juga turut berkata, “Ketika COVID melanda, ramai usahawan makanan menceburi bidang atas talian dan usahawan ini mula menyesuaikan sistem ejen ini dalam perniagaan mereka. Memandangkan makanan mempunyai kadar pembeli ulangan yang tinggi serta menjana untung yang berbaloi, peningkatan ejen juga ketara. ”

Tambah beliau lagi, “Dalam peningkatan ejen dan jualan makanan pada musim pandemic ini, ramai antara mereka merupakan wanita dan suri rumah”.

Di situ Sheikh Ezaiddin turut berniat untuk menubuhkan Ejen2Uuntuk membantu usahawan yang menggunakan sistem ejen untuk lebih melancarkan urusan perniagaan mereka di samping membantu para ejen khususnya wanita ini menjana pendapatan dengan sistem yang adil. Melalui program yang ditawarkan, sistem ini boleh dibuat berdasarkan permintaan usahawan seperti penetapan pangkat, komisen, pengiraan stok, gerbang pembayaran dan pelbagai lagi.

Sistem di hujung jari menggunakan peranti pintar

Apa yang membezakan pengurusan menggunakan sistem Ejen2U dan cara tradisi ialah Ejen2U membolehkan usahawan serta peniaga masih dapat berhubung terus dengan ejen di bawah sekali. Ini untuk mengelakkan ada ejen yang terabai dek kerana jumlah ejen yang kian berkembang. Antara itu, Ejen2U dapat menampung pertambahan jumlah ejen yang pelbagai lapisan tanpa berkompromi dengan sistem sokongan. Paling utama ialah sistem ini disukai para ejen kerana hak mereka tidak tertindas dengan permainan harga, sistem komisen yang adil, pembayaran komisen yang konsisten serta menghalang perbuatan sailang pembeli daripada pihak syarikat itu sendiri.

Ejen2U ini juga tidak mahu sistem ejen ini menjadi ‘Multi-level Marketing’ ataupun singkatannya MLM kerana perniaga boleh dikenakan akta jualan langsung serta tidak mahu ejen-ejen yang ada terkontang-kanting diabaikan apabila sudah berada di level paling bawah.

Oleh itu, Ejen2U turut memberi latihan perniagaan dan penjelasan analitik daripada sistem data mereka kepada usahawan yang menyertai mereka. Ini adalah untuk membantu usahawan mengenali pasaran mereka serta memberi perhatian yang cukup kepada ejen mereka dari segi latihan, perhatian dan pemasaran.

Sheikh Ezaiddin bersama bahagian IT dan sokongan

Selain itu Ejen2U memberi 3 jaminan perniagaan. Pertama, memberikan sistem sokongan yang baik di mana mereka akan menyelesaikan masalah jika timbul serta sentiasa membantu untuk menyelia sistem pelanggan. Kedua, harga mampu milik serendah RM 700 sebulan tanpa kontrak berbanding bayaran lunas berpuluh hingga ratusan ribu untuk sistem yang sama. Ketiga pula berkenaan dengan menjanjikan integriti data pelanggan serta keselamatan web melalui Infra Amazon Web Service.

Atas: Antara pelanggan dan pengguna Ejen2U 
Bawah: Gerbang bayaran yang ditawarkan dalam sistem Ejen2U

Syarikat yang masih hijau ini turut melangkah lebih jauh apabila baru-baru ini mereka telah menerima sumbangan daripada 500 Global yang berasal daripada Lembah Silikon di Amerika Syarikat. Adalah sedia maklum bahawa pelaburan daripada Lembah Silikon ini bukti bahawa sesuatu syarikat mempunyai potensi yang lebih besar untuk dikembangkan. Namun tidak lupa juga Ejen2U sebelum ini juga telah mendapat dana daripada Cradle iaitu syarikat daripada Malaysia yang tidak kurang hebatnya kerana Cradle turut terkenal dengan syarikat yang memberi batu loncatan terhadap syarikat-syarikat lain sehingga mampu berkembang hingga ke luar negara.

Para usahawan dan peniaga yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut atau berminatu untuk menggunakan khidmat Ejen2U boleh lah lawati laman web Ejen2U.

 

No comments:

Post a Comment