Bulan purnama, cahaya tanglung dan kuih bulan — tiga perkara yang sering dikaitkan dengan sambutan Mid-Autumn Festival.Sempena Mid-Autumn 2026, semangat tersebut dibawakan ke seluruh negara menerusi kempen “Cherish Reunions” oleh AEON MALL Malaysia.
Tahun ini, sambutan tampil dengan pendekatan yang menggabungkan tradisi Mid-Autumn bersama elemen yang dekat dengan masyarakat Malaysia — daripada makanan dan budaya sehinggalah aktiviti keluarga, hiburan serta ganjaran istimewa.
A Taste of Malaysia, A Celebration for Everyone
Malaysia dikenali dengan kepelbagaian budaya dan makanan. Setiap komuniti mempunyai cita rasa serta tradisi tersendiri, dan kepelbagaian inilah yang memberikan warna kepada pengalaman perayaan di negara kita.
Menerusi konsep “A Taste of Malaysia, A Celebration for Everyone”, AEON MALL memberikan sentuhan tempatan kepada sambutan Mid-Autumn tahun ini.
Elemen Malaysia diterapkan terutamanya melalui pilihan makanan dan pengalaman yang boleh dinikmati oleh pelbagai lapisan masyarakat.
Elemen Malaysia diterapkan terutamanya melalui pilihan makanan dan pengalaman yang boleh dinikmati oleh pelbagai lapisan masyarakat.
Lebih 160 Jenama Kuih Bulan
Antara yang paling menarik perhatian tentunya ialah lebih 160 jenama kuih bulan. Pilihan yang tersedia merangkumi pelbagai kategori — daripada perisa tradisional yang sudah dikenali ramai kepada pilihan kontemporari serta kreasi yang mengambil inspirasi daripada cita rasa tempatan.
Antara jenama yang mengambil bahagian termasuk JDX, Duria, The Full Basket, Oriental Kopi, Yu Ai, Oversea, Tai Thong, Huats Up dan Foh San, selain pelbagai jenama lain.
Turut diketengahkan ialah pilihan kuih bulan halal, termasuk perisa yang diinspirasikan oleh cita rasa tempatan seperti sambal dan durian.
Dengan pilihan yang begitu pelbagai, pelanggan boleh memilih mengikut citarasa masing-masing — sama ada mahu mendapatkan mooncake klasik untuk keluarga, mencuba sesuatu yang baharu atau memilih kotak untuk diberikan sebagai hadiah dan buah tangan.
Menikmati Malaysia Melalui Makanan
Dalam konteks sambutan Mid-Autumn kali ini, pilihan mooncake yang membawa elemen tempatan memberikan satu lagi cara untuk menerokai identiti Malaysia.
Daripada satu perisa, pengunjung mungkin mengenali bahan tempatan, citarasa yang biasa ditemui di Malaysia atau cerita di sebalik makanan yang dekat dengan masyarakat kita.
Bagi pelanggan tempatan pula, perisa tertentu mungkin membangkitkan kenangan dan rasa nostalgia.
Bagi pelanggan tempatan pula, perisa tertentu mungkin membangkitkan kenangan dan rasa nostalgia.
Justeru, makanan dalam kempen ini bukan sekadar pelengkap kepada sambutan, tetapi menjadi salah satu cara untuk menghubungkan tradisi perayaan dengan pengalaman Malaysia.
AEON MALL Mid-Autumn Bertemu Visit Malaysia 2026
Elemen pelancongan turut diberikan perhatian melalui kerjasama AEON MALL dengan Tourism Malaysia, selari dengan Visit Malaysia 2026.
Kerjasama ini membawa Mid-Autumn ke dalam konteks yang lebih luas — sebagai salah satu pengalaman budaya yang boleh diterokai oleh pelancong ketika berada di Malaysia.
Mesej yang diketengahkan cukup jelas, “Experience Malaysia not only through its sights, but through its flavours, traditions and celebrations.”
Bagi pelancong, ini bermakna pengalaman mengenali Malaysia tidak terhad kepada destinasi yang dilawati. Makanan, sambutan dan suasana komuniti juga boleh menjadi sebahagian daripada perjalanan mereka.

Sambutan di 27 AEON MALL Seluruh Malaysia
Bagi memudahkan orang ramai menikmati kempen ini, sambutan Mid-Autumn 2026 berlangsung di 27 AEON MALL di seluruh Malaysia. Kehadiran di pelbagai lokasi membolehkan pelanggan memilih AEON MALL yang paling dekat dengan mereka untuk mendapatkan kuih bulan, membeli hadiah atau menyertai aktiviti sepanjang kempen.

Ini juga menjadikan sambutan lebih mudah diakses tanpa perlu merancang perjalanan khas.
Bagi keluarga, kunjungan ke pusat beli-belah boleh digabungkan dengan aktiviti harian — daripada membeli-belah dan menjamu selera hinggalah meluangkan masa bersama anak-anak.
Aktiviti Mid-Autumn untuk Pelbagai Generasi
Selain membeli kuih bulan, pengunjung juga boleh menikmati pelbagai aktiviti yang disediakan sepanjang kempen. Antaranya aktiviti tanglung, persembahan kebudayaan, kaligrafi Cina, aktiviti membuat tanglung dan DJ Meet & Greet dan lain-lain.
Aktiviti membuat tanglung memberikan kanak-kanak peluang untuk mencuba sendiri salah satu elemen yang sinonim dengan Mid-Autumn.
Persembahan kebudayaan pula membawa suasana tradisional ke ruang pusat beli-belah, manakala DJ Meet & Greet memberikan sentuhan hiburan yang lebih moden.
Dengan pilihan aktiviti yang berbeza, setiap ahli keluarga boleh mencari sesuatu yang sesuai untuk dinikmati.
Ganjaran Eksklusif Sempena Mid-Autumn
Bagi pelanggan yang membuat pembelian sempena musim perayaan, AEON MALL turut menawarkan beberapa ganjaran.
1) UOB Cardmember Privilege
- Pemegang Kad UOB boleh mendapatkan RM20 AEON Gift Voucher apabila membuat pembelian kuih bulan bernilai RM150 dan ke atas menggunakan Kad UOB.
- Pembelian perlu dibuat melalui dua resit gabungan pada hari yang sama, tertakluk kepada terma dan syarat yang ditetapkan.
2) AEON MALL × Souper Tang Limited Edition Gift Set
- Pelanggan juga berpeluang mendapatkan AEON MALL × Souper Tang Limited Edition Gift Set dengan jumlah perbelanjaan yang ditetapkan.
- Bagi Ahli AEON atau pemegang Kad UOB, penebusan boleh dibuat dengan perbelanjaan sebanyak RM400.
- Bagi pelanggan yang bukan Ahli AEON dan bukan pemegang Kad UOB, jumlah perbelanjaan yang diperlukan ialah RM600.
- Pembelian bagi kedua-dua kategori perlu dibuat melalui tiga resit gabungan pada hari yang sama. Penebusan adalah tertakluk kepada terma dan syarat serta ketersediaan stok.
- 50 pemenang bertuah bakal membawa pulang produk Mid-Autumn edisi terhad daripada Tea Garden.
Dengan adanya ganjaran ini, pembelian sempena perayaan menjadi lebih menarik, terutama bagi pelanggan yang sememangnya sedang membuat persiapan untuk keluarga dan rakan-rakan.
Raikan Kebersamaan di AEON MALL Mid-Autumn
Di tengah-tengah kesibukan harian, masa bersama keluarga dan sahabat kadangkala menjadi sesuatu yang mudah ditangguhkan. Mid-Autumn memberi satu alasan untuk berhenti seketika. Untuk duduk semeja. Untuk bertukar cerita. Atau sekadar keluar bersama tanpa perlu ada sebab yang terlalu besar.

Jom raikan kebudayaan Mid-Autumn bersama rakan dan keluarga bersama di semua 27 AEON MALL Malaysia seiring dengan tema tahun ini "Cherish the moments. Cherish the reunions."