Tuesday 8 October 2019

Vivo V17 Pro (6 Kamera) - Review, Harga dan Pelancaran Rasmi di Majestic Hotel KL

Pada 1hb Oktober yang lepas merupakan hari bersejarah di mana satu lagi telefon pintar telah memasuki Malaysia secara rasminya iaitu Vivo V17 Pro!

Pelancaran di Majestic Hotel, KL

Vivo V17 Pro terbaharu datang dengan 6 kamera yang berfokuskan kepada penangkapan imej yang lebih padu dan keluasan pemandangan yang diperhebat. Pelancaran yang dibuat secara besar-besaran di Majestic Hotel KL ini turut diserikan dengan persembahan esklusif daripada duta Vivo V17 Pro iaitu Dato' Sri Siti Nurhaliza dan Priscilla Abby.

Pelancaran rasmi.


Jom kita lihat aspek Vivo V17 yang baharu!

Poster rasmi Vivo V17 Pro

Kamera


Dilengkapi dengan 6 kamera di hadapan dan belakang membolehkan pengguna menangkap peristiwa yang istimewa dengan imej yang cantik.

Kamera dual hadapan boleh terangkat dilengkapi dengan 32MP  bahkan mempunyai fungsi cahaya lembut untuk memberi pencahayaan cukup di ruang gelap jika ingin berswafoto! Ini lagi mengukuhkan kamera ikonik bagi Vivo. Ini merupakan fungsi ekstra yang terbaik. Tak perlu cari cahaya bersusah payah bahkan kelihatan sangat natural!


Lihat perbandingannya. Sesambil berswafoto, pemandangan belakang
tidak harus dikorbankan!


Menariknya jika anda ingin menggunakan fungsi Ultra Wide-Angle Selfie, kamera 8MP akan menangkap imej tersebut sehingga 105° barulah ramai yang boleh masuk sekali berswafoto. Bagi kualiti pula, saya merasakan kualitinya masih dikira baik dan menepati minimum kualiti gambar yang cantik untuk sosial media. 

Manakala 4 kamera di belakang dilengkapi dengan 48MP AI Quad Camera. Ini akan membantu imej yang lebih terang sepadan dengan paparan Super AMOLED Ultra Fullview.  Turut mempunyai fungsi Super Wide-Angle untuk gambar landskap yang menarik.

Skrin


Seperti yang dinyatakan, skrin Vivo V17 Pro memaparkan Super AMOLED Ultra Fullview™ dengan bersaiz 6.44'' dengan keluasan ratio 20:9! Lebar ya! Bahkan  paparan melengkapi 91.65% permukaan telefon. 

Harga

Harga Vivo V17 yang diumumkan ialah bermula RM 1,699.00. Harga ini kira 'standard' telefon pintar yang ada di Malaysia.

Warna Pilihan


Kiri 'Crystal White', kanan 'Knight Black'

Vivo V17 hanya didatangkan dengan dua warna pilihan iaitu 'Knight Black' dan 'Crystal White'. Warna ini adalah sangat universal dan adalah stratergik kerana ramai pengguna juga akan memilih untuk menggunakan 'cover' telefon yang dijual di pasaran terbuka.

Namun bagi pendapat saya sendiri, warna 'Knight Black' kelihatan lebih esklusif dengan pantulan cahaya yang membuatkannya bersinar. Manakala warna 'Crystal White' agak  kelihatan murah ataupun plastik pada beberapa sudut jika dilihat secara bersahaja.

Sistem & Bateri

Mempunyai Teknologi 'Multi-Turbo Accelaration' yang sentiasa aktif menggerakan Sistem Operasi agar pengguna boleh menggunakan telefon dengan lancar. Sistem dalaman Vivo V17 Pro disokong oleh prosesor Qualcomm Snapdragon 675 AIE dengan 8GB RAM + 128GB ROM. Sesuai sangat untuk 'Gamer'.

Lagipun bateri Vivo V17 Pro berkapasiti 41000mAh dengan teknologi Dual-Engine Fast Charging. Senang cerita, hayat bateri tu panjang cepat caj pulak tu.

Ekstra

Oleh kerana Sistem dan Bateri Vivo V17 Pro ini agak mengancam, telefon ini juga dibuat untuk disesuaikan dengan 'Gamer'  bahkan merupakan telefon rasmi bagi PUBG Mobile Club Open 2019 (PMCO 2019)!



Antara lain, sebagai pengguna telefon baharu ini sebagai peranti alat game elektronik, Vivo telah melahirkan fungsi 'Voice Changer' atau dalam bahasa melayu Fungsi Ubah suara yang boleh digunakan ketika bermain game!

Pengguna boleh memilih beberapa suara seperti kanak-kanak, wanita mahupun orang tua! Ini adalah untuk menambahkan lagi keseronokkan untuk bermain di samping untuk menyerasikan watak di dalam game dengan pilihan suara yang ada. Bagi saya elok juga, pilih watak wanita tapi suara garau-garau, tekejut teman nak main.

Bagi saya pula, fungsi 'Pose Master' merupakan kegemaran saya. Kegunaannya ialah untuk memberi cadangan menarik bagaimana untuk memberi postur badan yang menarik ketika mengambil gambar. Baru lah gambar kita tak bosan asyik posisi dan postur yang sama saja!

Ketika menggunakan fungsi ini, AI akan mengesan posisi badan kita dan mencadangkan pose menarik yang boleh
digunapakai agar kita sentiasa tampil menarik.


--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Menarik bukan ciri-ciri di atas? Terngiang ngiang kata Dato' Sri Siti Nurhaliza kita, "Tiada jurugambar? Tiada masalah!". Hehe jom tonton video TVC rasmi daripada Vivo untuk V17 Pro ini.


Zaman sekarang ni kamera semakin canggih dan harga pula masih dikira mampu milik. Namun ada dua fungsi yang bagi saya harus dititikberatkan selain daripada kamera canggih dan banyak. 

Pertama, fungsi yang memudahkan untuk pengguna kelainan upaya agar boleh menggunakan telefon pintar yang membantu kehidupan seharian mereka.

Kedua, fungsi 'mode stabilizer' untuk video dan gambar agar gambar kita gerak-gerak pun tak jadi blur.

Agak bercita-cita tinggi tapi mampu dilaksanakan. Bahkan wakil Vivo dalam sidang media juga menjawab ketika diajukan soalan daripada saya berkenaan fungsi untuk orang kelainan upaya, bahawasa idea ini adalah sangat baik dan akan dititikberatkan untuk rekaan mendatang.

Semoga menjadi ya. Jadinya, sekarang dah boleh cari dan risik di mana-mana kedai telefon yang menjual telefon Vivo ya! 

Vivo V17 Pro
Sebarang maklumat lanjut mengenai Vivo V17 Pro boleh rujuk di bawah:

Facebook rasmi: https://www.facebook.com/vivoMalaysia/
Instagram rasmi: https://www.instagram.com/vivo_malaysia/

Ulasan dibuat berdasarkan penyampaian yang dilakukan ketika pelancaran dan beberapa 'test' ringkas oleh saya. Saya juga bukan merupakan pakar teknologi tapi segala review adalah berbentuk peribadi.

Apa-apa pertanyaan, perkongsian dan review adalah dijemput berkongsi di ruangan komen ya. Sehingga berjumpa di lain entri.

22 comments:

  1. Sis pun ada di majlis ni tempoh hari. Memang menarik hp ni bak kata Aiai masa sis jumpa dia “dah lama Siti tunggu telefon pintar rnam kamera ni. Ia memudahkan Siti ambi swafoto cantik” katanya.

    ReplyDelete
  2. Hensem la Vivo V17 ni...kalau x fikir panjang memang akak dah beli dah ni...swafoto dia pun cantik je..ye la tgok la kapasiti camera dia macam mana kan...sape nak hadiahkan akak ni....

    ReplyDelete
  3. Cantiknya hp Vivo ni.. yg suka berselfie mesti suka dgn smartphone Vivo ni.. dapat jumpa dato CT Nurhaliza lagi la best....

    ReplyDelete
  4. I am a VIVO user! I can't wait to change my phone! Been years I've been using this old phone , time to change!!

    ReplyDelete
  5. Power lah hp terbaru VIVO ni, harga pun affordable. Rasa cam nak tukar phone baru jer ni, tu lah kena tunggu cukup tabungan phone baru...

    ReplyDelete
  6. semakin hari semakin keliru nak buat keputusan beli handphone dan smartphone kebanyakan jenama saling bersaing dan perkenalkan kelebihan masing-masing... Vivo V17 ni nampak wow juga sis pun tgh guna vivo juga tapi 7 plus je... oklah pikir-pikir nak dapatkan V17 juga ni beranganlah dulu

    ReplyDelete
  7. Banyaknye kamera..kalu ambil gambar xcantik jugak jangan salahkan kamera..hihi..tringin nk ada 1..jom, mula menabung..skrg nie pn pakai vivo v7..nnt kite upgrade ok..

    ReplyDelete
  8. Kalau tengok big stage mesti banyak dornG promo pasal smartphone vivo ni. Jatuh hatu juga dengan ciri2 smartphone. Harga pun berpatutan. Kalau ada rezeki nak grab satu

    ReplyDelete
  9. Why? Why la keluar sekarang, now membuatkan Rawlins teringin nak membeli sebijik nie. Rawlins pun suka warna yang Knight Black gak

    ReplyDelete
  10. Makin hari makin banyak smartphone baru release. Boleh konpius nak pilih yg mana ni. Tapi warna crystal white tu smart nyaaaa

    ReplyDelete
  11. Banyak juga telefon pintar keluaran terkini di pasaran sekarang ni kan. 4 kamera belakang... 48mp pula tu. Mesti cantik hasil gambar

    ReplyDelete
  12. Fuhhh. Vivo v17. 6 kamera tu. Bagus sangat pd yg suka selpie

    ReplyDelete
  13. masing-masing keluarkan phone baru..kita yang pening nak pilih yang mana..hahaa..cantiknya gambr dan warna vivo ni,..sekrg kita guna vivo y85

    ReplyDelete
  14. Tgk specyg ditawarkan memang sgt berbaloi dengan harga yang diwar-warkan. Suka gmbr dr kamera ni sebab nmpk lebih wide and sharp

    ReplyDelete
  15. laju betul diorang ni buat teknologi baru. Vivo antara yang pantas juga berkembang selain jenama lain seperti Hwawei dll

    ReplyDelete
  16. wow!!! menarik tertarik the bomb gitu... inovasinya memang memikat kalbuku gitu... lepas ni, makin syiok la nak berswafoto... harga pun berpatutan... nak guna telefon vivo la pulak...

    ReplyDelete
  17. banyak juga ya brand smartphone yang rancak keluarkan masing-masing punya telefon baru. kalau boleh nak grab je semua telefon pintar ni haha, tpi tulah, duitnya tak berapa nak ada.

    ReplyDelete
  18. I dah beli satu. Tak sabar nak selfie-selfie nanti

    ReplyDelete
  19. AJOQQ menyediakan 8 permainan yang terdiri dari :
    Poker,Domino99 ,BandarQ,BandarPoker,Capsa,AduQ,Sakong,Bandar66 ( NEW GAME )
    Ayo segera bergabung bersama kami di AJOQQ :)
    Bonus : Rollingan 0.3% dan Referral 20% :)

    ReplyDelete
  20. Vivo now has catch up the handphone industry nowadays! They have nicer function, nicer design, totally worth to grab it.

    ReplyDelete
  21. vivo memang selalu keluarkan peranti yang sangat bagus. lihat sahaja spesifikasinya. sangat tiptop. namun harga dia agak mahal. mampukah bersaing dengan pasaran iphone sekiranya harag diletakkan sedemikian.

    ReplyDelete