Monday 23 July 2018

Photoshoot untuk Suraya Hani Apparel

Assalam semua!

Kita bersua semula, hari ni saya kongsikan photoshoot yang telah berjalan pada minggu lepas untuk Suraya Hani Apparel.

Hari tu saya hanya menggayakan pelbagai koleksi tudung dan anak tudung. Dan corak tudung daripada Suraya Hani Apparel, saya suka dua warna ni. Dia macam menarik gila-gila. pakai pun memang "wahhhh ceria nya hidup saya hari ni". Kalau ada gambar nanti saya kemaskini kat sini ya tudung mana yang lawa tu.

Untuk perkenalan, Suraya Hani Apparel dimiliki oleh Puan Suraya. Seronok jugak kerja dengan klien yang macam Puan Suraya sebab jaga model elok sesangat. Dengan sediakan mekap, baju, seluar, anak tudung, kasut hingga ke makanan!

Wah sakan betul waktu tu.

Mekap saya pula dibuat oleh Kak Siti. Gambar-gambar saya curi daripada instagram Kak Siti terus. Heh Heh. Sebab lawa pulak berbanding apa yang saya tangkap. Boleh usha ya! Oh sebelum tu photoshoot dibuat di Loft Studio, dan fotografer seorang wanita! Kak Farah nama dia.

Ini baru betul-betul kuasa wanita! (Ada Affiq daripada Suraya Hani Apparel dan Mandy turut membantu hari tu)

Jom kita ke galeri!

Tak sabar nak tengok tau!

Bersama Puan Suraya dan Kak Siti. Pemilik sebelah kiri sekali.
Di tengah ialah mekap artis dan "hijab stylist".

Saya rasa saya comel. Sekian~~ Tudung ni lawa untuk nikah. Sebab satin
yang ada manik-manik kat awning. 

Mekap hari tu~
Tadadada, inilah butik atas talian Suraya Hani Apparel <3 Boleh usha sebab
ada telekung moden kat situ. Telekung berlobang. Ha? Nak tahu ke apa dia?
Kena usha Instagram Suraya Hani sendiri.
 Sebagai "honest review", Suraya Hani Apparel kali ni menampilkan koleksi shawl printed yang warna ceria sangat-sangat (paling suka!!), bawal ombre, tudung satin pelbagai jenis dan anak tudung selesa.

Spoiler: Kebanyakkan rekaan kat Suraya Hani Apparel berbentuk praktikal dan original. Orang lain pun tak buat lagi. Nanti kalau dah ada gambar saya kongsi lagi ya!

Tak sabar nak tunggu hasilnya nanti!

Sokonglah produk keluaran bumipurta muslim dan cubalah sesuatu yang diluar kebiasaan anda. Tapi ni kena tunggu bila produk dah keluar ye. Hehe.. tapi boleh usha telekung berlobang kat Suraya Hani Apparel. Tahu tak cara guna dia? Selamat mengushaaaa~

Jumpa lagi dilain hari~ Tata <3

Tuesday 17 July 2018

Mekap oleh Kak Ikin

Assalam semua,

Lepas berehat selama sebulan, bulan puasa lepas. Saya pun dah mula aktif sikit demi sikit dengan kerja yang ada. Sempat lah jugak pergi buat kerja selain modelling~

Fakta: Selain buat modelling, saya merupakan pelakon iklan, blogger, penulis cerita dan melakukan beberapa kerja yang bergelar pekerja bebas. Hahaha alkisahnya sebab bukan tak boleh bangun pagi, cumanya tak boleh terikat dengan sesuatu kerja terlalu lama. Tak kena dengan jiwa muda ni.Gituuuu..

Berbalik kepada tajuk, hari tu ada sesi mekap bersama Kak Ikin, Kak Ikin ni ialah cikgu mekap bertauliah yang mempunyai sijil SKM 2 dan 3. Maksudnya sini, Kak Ikin ni bukan tahu sejenis mekap je tapi berbagai-bagai jenis mekap dari 'Beauty ke Beast'!

Dan kenapa saya puji lebih Kak Ikin ni (LEL), sebab Kak Ikin antara salah seorang yang memberi ilmu tentang mekap kepada saya. Jenis mudah difahami dan banyak informasi Kak Ikin ni bagi. Baiklah, nanti saya puji lagi kat bawah-bawah ye sebab nak kongsi mekap pengantin mungil gebu gebas oleh Kak Ikin. Kanvas ialah saya~~

Jom lihat gambar:

(Gambar lebih cantik dilihat melalui laptop/desktop sebab dalam telefon, warna akan terganggu sebab biasalah bit warna dalam phone tak sebanyak laptop/dekstop. Nanti kecomelan saya akan terjejas. Hahaha)


Ini ialah swafoto, sudut berlainan. Nampak comel. 

Pandangan depan. 

Menggunakan DSLR. Cuba komen nampak comel tak? Hehe
Saya rasa gambar ni comel terlebih. LEL

Kena lah tutup mata sikit. Bagi nampak mekap bila tutup mata. Untuk
membolehkan peribahasa 'tidur pun cantik' itu menjadi realiti. Heh heh

Kalau anda nampak bakal suami buat perangai kat majlis
sanding, boleh lah pandang dengan wajah cenggini. Biar dia
rasa kemaharan tu senyap-senyap. Jangan bagi orang tau..

Mata saya ni bila mekap nampak bulat besar. Mata saya memang
bulat besar. Cuma bila tak mekap tak sebuntang ni. Sebab tu mekap kena
nampak naik~  Berseri seri wajah~

Sekarang boleh tahu kenapa saya gebu gebas? Mekap kadang-kadangnya. Tak mekap pun gebu jugak tapi tak gebas ye~~ Ini antara gambar yang boleh saya kongsikan. Banyak sangat nanti bosan pulak korang nak membacanya.

Sebelum menutup bicara ada iklan tak berbayar masuk:

Kelas mekap oleh Kak Ikin. Antara yang termurah sebab Kak Ikin ni mekap artis yang bertauliah dan
berpengalaman malah selalu buat kelas percuma untuk anak murid dia. Itu lah sebab kenapa saya puji
lebih. Sebab walaupun saya bukan murid dia, saya pun dapat datang kelas percuma tu tengok belajar sendiri
ilmu tambahan~

Sekian itu sahaja buat kali ni. Dengan pujian pujian. Heh heh. Jangan risau, ini tak berbayar mahupun tiada unsur ugutan. Blog ni boleh dipercayai ya!

Jumpa lagi di entri lain! Tata.

Wednesday 20 June 2018

Saya dalam video PIXY!

Assalam semua~

Siapa ada tengok post FB dan Instagram saya? Haaaaa mesti ada tengok saya post pasal PIXY kan?

Bagi yang belum tahu, mari saya khabarkan. Saya hari tu bersama dengan gegadis lain buat iklan PIXY sesama. Anda tahu saya? Ye anda tahu saya. Tapi tahukan anda siapa Aqilah dalam MV Aqilah? Jaja Talib? dan Make up by Siti Farahin?

Tahu tahu?

Ha... Dengan mereka lah video 'make over' ni dilakukan. Alkisahnya saya sebagai gadis paling cerah, Aqilah atau nama sebenar Ayshah sebagai gadis kulit medium dan Jaja sebagai gadis berkulit gelap. Jadi make over ni pasal warna kulit lah.

Jom kita lihat!

Belakang tabir:

Tidur selagi boleh. Kita orang datang lokasi pukul 6.30 pagi~

Ini lah gegadis. Ayshah sama tinggi dengans saya. Dua orang lagi tinggi!

Peha besar, semua besar. Manakah badan saya yang dulu itu. HAHAHA
Seluar ni memang bagi nampak gemuk lah!

Dua-dua ni dari pihak Pixy ya. Lelaki ni pula director Mr Wang!

Jom mula shoot!


Video bahagian saya:


Untuk video versi penuh:

3 Inspirasi 'look'

Hehe kening saya dilukis tebal sikit daripada biasa. Tapi tak apa lah, maksud dah jelas dalam video ni~ Weee.. Nampak pucat kan sebelum mekap? Kalau siapa nampak saya tak bermekap. Bibir saya jenis memang pucat. Sebab saya memang kurang darah merah.

Tak ada platun darah yang cukup nak berkejar-kejar ke bibir mungil ku. HAHAHA

Nak tahu Guardian mana jual mekap Pixy? Klik sini tekan

Sekian saja. Jumpa lagi!

Thursday 10 May 2018

Buffet Ramadan di Kuala Lumpur yang murah nyaman banyak pilihan - PWTC

Assalammualaikum semua,

Pada 16 April lalu, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) ada memperkenalkan bufet untuk bulan puasa mendatang. Tema mereka tahun ni ialah 'Selera Ramadan di PWTC'. Woot woot! Mereka kata ada lebih 300 juadah makanan termasuk 24 buah gerai makanan. Sebab rakyat Malaysia suka sangat pegi ke bazaar bila bulan puasa, cuma kali ni ada istimewa sikit. Sebab PWTC bagi keselesaan dan ada pendingin hawa~

Alamakkkk rambang mata lah sesiapa yang datang ni ek! Serba sedikit, mereka tampil dengan konsep pasar malam ala-ala bazaar sendiri dalam PWTC. Untuk yang sangat tak sabar bufet mula dibuka dari 17 Mei nanti hingga 13 jun 2018. Tempatnya, pegi PWTC cari Legar Putra. Kat situ lah dia~

Jom saya bawakan anda pengalaman saya di sini.

Mula-mula masuk, dah boleh bercarakucaca~ Sebab kenapa? Ada kumpulan penyanyi rupanya. Mereka ni Kumpulan Picha-Picha Featuring Linda Eva. Kelas nama nokkk~ Oh, mereka ada sepanjang sesi ramadan nanti. Sambil makan boleh dengar lagu!

Harga bufet 'Selera Ramadan' ialah RM88 (tanpa ada kos tersembunyi) bagi orang dewasa dan RM 75 (tanpa ada kos tersembunyi) bagi warga emas. Warga emas umur 60 ke atas ya. Budak pulak? Bebudak mereka hanya dikenakan RM 45 bersihhhh sahaja. Tapi umur 7-12 tahun sahaja. Budak form 1 sila merasa menjadi dewasa ya~

TAPIIIIIII ada berita baik, sebab PWTC ada menawarkan pembelian baucar 'early bird' / burung awal/ pelanggan terawal iaitu dengan harga RM 75 bersihhhhh bagi pelanggan yang membeli baucar sebelum 16 Mei!

Meh, banyak sangat makanan sampai saya rambang mata! Antara menu yang ditawarkan ialah apam balik tak sudah, char kuetiau au au, putu piring mangkuk, nasi kerabu wednesday, nasi dangan pak maun, burger bagadil, roti john mayer dan banyak lah. HAHAHA..

Maaf ya, nama hujung saya reka sendiri. Macam seksi pulak nama tambah gitu. Lel.

Memandangkan saya sangat lah baik hati. saya bocorkan menu apa yang ada untuk bufet nanti. Weeeee senang lah anda nak pujuk mak ayah, suami isteri, keluarga dan kawan-kawan ke bufet ni!

Besarkan kalau tak nampak ya~

Sampai muka surat sebelah menu dia bak hangggg

Bagi yang solat, jangan risau ya sebab mereka boleh pergi menunaikan solat magrib, isyak dan tarawaih berjemaah! Woot woot! PWTC roger awal-awal tau. Boleh menunaikan solat di Surau Ar Rahman di Aras 3 PWTC. Kelengkapan ada. Jadi berlenggang aje okeh!

Ada Nana dalam ni. <3


TAMBAHAN:

Pakej Bankuasi/ Korporat Berbuka Puasa

Selain bufet Selera Ramadan ini, PWTC turut menawarkan pakej berbuka puasa persendirian dan korporat di Dewan Bankuasi dengan harga RM 98.00 bersih seorang untuk tempahan 100 orang ke atas. Ataupun RM 115.00 bersih seorang bagi tempahan minima 50 orang (bawah 100).

Pakej ni ialah termasuk bufet, dewan khas untuk berbuka puasa, sistem audio, ruang khas solat serta kadar bayaran parkir tetap (RM 5.00 sekali masuk bermula jam 6pm).

Program Beramal Bulan Puasa

Antara lain, Pihak PWTC turut menganjurkan kerja-kerja amal sepanjang bulan ramadan. Antaranya tajaan juadah berbuka puasa kepada fakir miskin di sekitar KL dan Selangor. Mereka berkerjasama dengan Yayasan Kasih Tauhdi untuk edarkan makanan dalam Program Sentuhan Kasih Ramadan siri ke-4. Antara lain mereka turut menganjurkan program 'Mari Beramal di Bulan Ramadan' dengan membuat lawatan serta hulurkan bantuan.

Okeh, jadi cara tempahan untuk buffet bufet buka puasa di PWTC ialah mudah. Ini termasuk cara pembelian baucer bufer Selera Ramadan @ PWTC. Caranya:

1. Pergi ke kaunter tempahan Aras 2, PWTC (Buka 9.00 pagi - 5 Petang) atau
2. Hubungi Restoren Riverside di talian 03-2614 6701/6702/6262

Selamat Menyambut Ramadan Mubarak ya!