Monday 29 July 2019

Penggunaan Tenaga Bersih Sistem Solar Panel besar-besaran di EduCity, Iskandar, Johor Bahru dengan penjimatan RM 2.2 juta kos tenaga.Terbesar di Malaysia!

Pada 29 Julai 2019 hari ini merupakan hari bersejarah apabila Perjanjian SARE Tiga Penjuru antara TNB, Edu City dan GSPARX telah termeterai di Hilton Hotel, Kuala Lumpur. Perjanjian tersebut ditandatangani oleh Wan Ahmad Saifuddin (Pengarah Iskandar Education Enterprise Sdn Bhd , EduCity) , Dato’ Haji Nor Azman Mufti ( Ketua Pegawai Usahasama Tenaga Nasional Berhad) dan Ir Megat Jalaludin Megat Hassan (Ketua Pegawai Runcit Tenaga Nasional Berhad).

Ketika menghadiri sesi tandatangan rasmi SARE.

Sesi tanda tangan tiga penjuru. Depan dari kiri, Encik Wan Ahmad (EduCity), Dato' Haji Nor Azman Mufti (TNB) dan Ir Megat Jalaluddin Megat Hassan (GSPARX-TNB). 
SARE ialah singkatan kepada Supply Agreement for Renewable Energy (Perjanjian pembekalan tenaga boleh diperbaharui).

Perjanjian ini akan memberi manfaat kepada EduCity sebagai sebuah hub pendidikan agar menikmati  tenaga boleh diperbaharui berbentuk  sistem solar panel untuk penggunaan sumber tenaga. Manakala, pihak GSPARX iaitu entiti dibawah TNB pula akan membekalkan kepakaran mereka dalam pemasangan solar panel kepada EduCity. Tempoh SARE ini ialah selama  25 tahun dan dijangka siap pada Februari 2020.

Kebaikkannya merangkumi:

1. Penjimatan EduCity sebanyak RM 2.2 juta sepanjang tempoh perjanjian. Di mana penjimatan tahun pertama dianggarkan sebanyak RM 31,354. Angka yang mungkin kecil bagi projek skala besar namun sebenarnya ialah kerjasama pintar apabila pihak EduCity tidak mengeluarkan sebarang kos untuk pemasangan panel solar dan penjanaan tersebut.

2. Perjanjian Zero Capital (Tiada kos) yang memberi manfaat kepada  ketiga-tiga pihak. Selain penjimatan daripada pihak EduCity, TNB dan GSPARX dapat manfaat dari segi ruang penggunaan untuk melakukan kajian dan pemasangan sistem solar mereka.

3. Sebanyak 220 Tan Metrik karbon dioksida boleh dikurangkan berbanding penggunaan tenaga tradisional. Justeru itu boleh membantu memulihara alam sekitar tanpa mengeluarkan sebaran kesan rumah hijau.

Inisiatif ini diterajui oleh Digital Pulse iaitu unit gerakan di bawah Iskandar Innovations Sdn Bhd (IISB) yang mewakili Edu City. Untuk projek ini, bahagian Edu City telah mengenal pasti dua lokasi utama di education hub iaitu Kompleks Multi Varisti dan tempat pejalan kaki.

Dua lokasi yang dikenal pasti.


Ringkasnya saiz sistem tersebut boleh dibahagikan seperti berikut:

1. Kompleks Multi Varsiti – penjanaan kuasa sebanyak 152kWp (boleh mencapai kiraan 152kWh)
2. Tempat pejalan kaki – penjanaan kuasa sebanyak 130kWp (boleh mencapai kiraan 130kWh)

Kedua-duanya akan menghasilkan penjanaan kuasa sebanyak 344, 816kWp (boleh mencapai kiraan 344, 816kWp) setahun.

Jika dibandingkan dengan tenaga tradisional, penggunaan tenaga sebuah unit apartment tanpa pendingin hawa boleh mencapai 141kWh sebulan dengan bil anggaran berjumlah RM 30. Bayangkan hanya satu panel boleh menghasilkan kuasa yang boleh menjana tenaga penggunaan satu unit apartment.

Panel-panel tersebut akan dipasang pula di dua lokasi terpilih dan mampu menjana tenaga yang lebih banyak dan membuat penjimatan seperti yang dimaklumkan. Ini sedikit sebanyak mengurangkan kos operasi EduCity yang mempunyai keluasaan 300 ekar.

Dalam sidang akhbar kemudiannya, media ada bertanya samada SARE ini akan dilakukan di lokasi lain ataupun luar negara. Encik Wan Ahmad Saifuddin menjelaskan bahawa EduCity , GSPARX dan TNB bersedia menjadi module kepada mana-mana individu mahupun korporat yang berminat . Hanya perlu menghubungi pihak TNB untuk maklumat lanjut.

Ketika sidang akhbar, Encik Wan Ahmad (kiri) dan Ir Mohd Yusrizal

Semua pihak adalah sangat dialu-alukan untuk menggunapakai module SARE ini demi tenaga bersih dan penggunaan tenaga berterusan. Ataupun jika ingin pemasangan sistem solar panel ini untuk kegunaan peribadi juga boleh dilaksanakan.

Antara penambahbaikkan EduCity

Permulaan SARE
Marilah kita menyahut saranan Kerajaan Malaysia untuk mencapai tenaga bersih sebanyak 20% sebagai permulaan ke arah pemuliharaan alam sekitar.

Sebarang maklumat lanjut boleh rujuk dibawah:

EduCity Iskandar Malaysia Sdn Bhd (EIMSB): http://www.iskandarinvestment.com/educity/
GSPARX Sdn Bhd (GSPARX): https://www.gsparx.com/Home/About
Tenaga Nasional Berhad (TNB): https://www.tnb.com.my/

Sehingga berjumpa lagi di lain entri. 

Friday 5 July 2019

Pameran Produk Taiwan Excellence di ARCHIDEX 2019 – Pameran Produk Teknologi Pintar dan Canggih


Tahu tak bahawasanya pada 3 hingga 6 haribulan Julai terdapatnya Pameran di Hall 8, KLCC  yang menampilkan semua produk teknologi pintar serba canggih? Contohnya, sistem keselamatan berjaring, drone, robot dan sebagainya. Malaysia juga mempunyai pameran yang khusus untuk menampilkan produk sedemikian yang diberi nama ARCHIDEX.

Di paparan Tonnet.

Pameran ini terbuka untuk semua orang awam, peniaga, pereka dan pembuat produk berteknologi tinggi. Peniaga boleh memasarkan produk baru yang tiada di pasaran Malaysia, orang awam boleh membeli produk ini untuk kegunaan sendiri dan mana-mana individu atau kumpulan yang berminat untuk melakukan lebih daripada itu pun dialu-alukan oleh para peserta Taiwan Excellence.

Taiwan Excellence Pavillion di Archidex 2019

Tahun ini ARCHIDEX 2019 disertai oleh pelbagai negara di dunia untuk menampilkan kehebatan rekaan dan teknologi mereka. Salah satu negara yang menyertai ARCHIDEX ialah daripada Taiwan. Menariknya Taiwan menyertai pameran ini dibawah Taiwan Excellence iaitu Penerima Anugerah Berprestij daripada Taiwan yang mendapat pengiktirafan tertinggi sahaja yang terlibat.

Istimewanya, Taiwan Excellence mempunyai ruang istimewa yang mudah dicari apabila pengunjung masuk ke Hall 8. Taiwan Excellence Pavillion terletak di kawasan berdepanan dengan balkoni kaca. Anda hanya perlu masuk ke Hall 8 dan terus maju ke depan dikawasan balkoni terbuka.

Kembali kepada produk yang ada, khusunya tahun ini sebanyak 21 penglilang daripada Taiwan menampilkan 60 buah produk berinovasi tinggi yang dilengkapkan dengan teknologi pintar yang dibawa ke Malaysia.

Produk yang ada adalah seperti kelengkapan rumah, kelengkapan dapur, sistem keselamatan, produk e-kesihatan, bahan pengubahsuaian, kelengkapan mandi dan sebagainya.

Fokus saya pula kepada dua produk yang ada iaitu kepala paip rekaan moden daripada Justime dan sistem keselamatan interkom daripada Tonnet.

Kepala Paip Rekaan Moden – Jenama Justime

Ini lah kepala paip tersebut.

Nampak seperti mikrofon untuk set karaoke bukan? Ha ini bukan set mikrofon kalis air tapi ini merupakan kepala paip rekaan serba canggih dan moden. Rekaan ini diberi nama  Lucky 7.

Mempunyai rekaan ringkas dan mudah digunakan ini membuatkan pengguna dapat menggerakkan paip dengan senang. Bahkan rekaan ini dapat membantu kita untuk menjirus air ke kawasan badan yang diinginkan dengan lebih tepat. Barulah boleh mandi dengan bersih selepas ini.

Agak sedap untuk dipegang.

Fungsi seperti penukaran saluran paip pancutan dan kawalan haba dibuat serba ringkas.

Sistem Keselamatan Interkom – Jenama Tonnet

Satu set SBS.


Anda selalu lihat di rancangan televisyen penyiasatan bahawa ada satu sistem moden dimana detektif mencari bukti melalui satu panel di bilik kawalan sahaja. Perkara tersebut sebenarnya telah wujud dan berfungsi justeru tidak mustahil kecanggihan itu setara seperti yang kita tonton.

Jenama Tonnet telah mencipta Smart Community Cloud Intercom System atau dalam bahasa melayu Sistem Intercom berpangkalan komuniti pintar.

Telefon beserta panel sentuh berkawalan pusat.

Boleh sambung ke telefon pintar menggunakan applikasi yang boleh
di download di playstore.

Mereka mempunyai stuktur sistem yang banyak seperti cctv, bantuan kecemasan, cross platform dan  lain-lainlagi. Manakala untuk pameran Taiwan Excellence lebih fokus kepada ‘Smart Building Series’ (SBS). SBS ini ialah satu sistem lengkap yang boleh di pasang di bangunan kediaman, perniagaan dan sebagainya untuk meningkatkan kawalan keselamatan serta memudahkan tuan rumah dan pengunjung dari segi komunikasi.

Terdapat telefon lobi, kawalan paparan sentuh pelbagai saiz, interkom kecemasan, panel video untuk pintu dan telefon beserta panel sentuh kawalan utama.. Telefon berpanel ini boleh mengawal SBS secara memudahkan pengguna atau tuan rumah mengakses kawalan keselamatan secara terus  atau berkomunikasi dengan interkom yang dipasang.

Oh antara yang menarik perhatian saya juga ialah berus gigi anti kaviti daripada jenama Buder. Berus gigi ini dilengkapi dengan lampu LED menggunakan teknolog B.MED. Fungsinya ialah menggunakan lampu LED yang mempunyai wavelength 400-700 mm akan menghasilkan reaksi fluorescence apabila ada tartar (kotoran) di gigi. Teknologi lampu ini memang digunapakai oleh para doktor gigi dan sekarang orang awam juga boleh mendapatkannya.

Sesi demo.

Nampak biasa tapi dah cuba memang luar biasa.

Jadinya bila kita suluh lampu tersebut di gigi biasa yang bersih akan bewarna biru, namun apabila ada wujudnya tartar yang boleh mengakibatkan kaviti, akan ada kewujudan bewarna merah. Ini memberi indikasi bahawa anda perlu membersihkan lagi gigi anda terutama dikawasan merah tersebut. 

Menarik kan!

Selain tu, pada 3 haribulan terdapatnya pelancaran khas bagi Taiwan Excellence Pavillion dengan diserikan dengan ucapan daripada Pengarah Bahagian Ekonomi  dan Kebudayaan Taipei di Malaysia, Encik David Hsu dan Previu istimewa daripada duta Taiwan Excellence Malaysia, Dr Eric Leong.

Sesi bergambar dengan Encik David Hsu, Dr Eric Leong dan yang terlibat
dengan pameran ini.

Masih ada berbaki beberapa hari lagi untuk para pengunjung datang ke Pameran Taiwan Excellence di ARCHIDEX 2019. Segeralah berkunjung untuk mengalami sendiri produk yang agak canggih dan hebat ini.

Pastikan anda telah mendaftar secara atas talian di . Ini akan memudahkan pendaftaran anda apabila anda hanya perlu scan barcode yang ada untuk mendapatkan tag/pass masuk.

Untuk maklumat lanjut mengenai Taiwan Excellence, anda boleh rujuk di bawah:


Kawan saya ni dia dok acah mengecara guna pancutan air Lucky 7 daripada
Justime. Dah boleh agak dah rekaan ni mengundang. Haha.

Sebenarnya saya pun acah jugakkk. 
Sehingga berjumpa lagi di lain entri.

Thursday 4 July 2019

Makan Dua Set Nasi Ayam + Air Hanya RM 10 Di The Chicken Rice Shop?

Ya anda baca tajuk dengan betul.

The Chicken Rice Shop~~ Bukan sekadar nasi ayam~~ Kokkkkkk kok kok kok kok!

Ayam teloq ni merupakan maskot rasmi TCRS


The Chicken Rice Shop telah membuat promosi hebat besar-besaran sempena menyambut pembukaan cawangan ke 100 mereka. Dengan promosi bertemakan Jom Sama-Sama Makan! telah berlangsung pada 1 Julai dan diteruskan sehingga 5 Julai nanti.

Untuk Promosi tersebut ada dua jenis iaitu pada 1 hb Julai ialah pemberian barangan percuma daripada The Chicken Rice Shop dan hari selebihnya ialah promosi set meal untuk dua orang beharga RM 10. Promosi tersebut dengan lebih jelas seperti di bawah.

Promosi pertama – 1 Julai 2019

“PERCUMA satu cooler bag + Tshirt The Chicken Rice Shop + baucer set meal”



Pada 1hb Julai sahaja bermula daripada pukul 12.30 tengahari, pemberian barangan percuma ini diberikan kepada 100 meja yang pertama sehingga stock habis. Waktu pukul 12.30 pm tu, krew The Chicken Rice Shop akan datang meja ke meja dan menyerahkannya kepada pelanggan.

Manager kat IOI City Mall sendiri buat kerja banyak tau!


Promosi kedua – 2 hingga 5 Julai 2019

“RM 10 untuk DUA SET nasi ayam”



Pada hari seterusnya tiada barangan diberikan tapi promosi harga SINGLE COMBO MEAL SET dengan harga RM 10 bagi dua orang. Set meal ini terdiri daripada satu nasi + ayam + sup + air minuman. Seperti biasalah ayam boleh pilih samada nak ‘steamed’, ‘roasted’ atau ‘soy sauced’. Manakala untuk minuman boleh pilih beberapa minuman air gas yang sedia ada.

Untuk melayakkan diri untuk dapat promosi, anda kena hadir secara berpasangan untuk membuat pesanan. Jika anda datang dalam jumlah ganjil, seorang baki kena bayar harga normal dan tidak boleh membuat pesanan untuk dua set meal promosi untuk makan seorang.

Memandangkan masa hanya terhad daripada 12.30 pm hingga 1.30 pm, pastikan anda bersedia di sana dalam pukul 12.20pm sebab datang awal tak dikira sebagai promo set. 

Sebelum menerjah ke restoren The Chicken Rice Shop, adalah diingatkan bahawa promosi ini hanya sah di 10 cawangan The Chicken Rice Shop yang terpilih sahaja. Cawangan tersebut ialah:

1. IOI City Mall Putrajaya
2. Mid Valley
3. Sunway Pyramid
4. Central I-City
5. Aeon Mall Shah Alam
6. KL Gateway Mall
7. One Utama
8. Melawati Mall
9. Subang Parade
10. Sunway Putra Mall

Saya pun dah pergi untuk dua hari berturut-turut sebab nak ambil peluang dapat barangan percuma dan harga set murah daripada The Chicken Rice Shop.

Hari kedua untuk merasai set promo. Tengok datang
berpasangan tu yang boleh dapat! 

Tadaaaaa~ dah dapat untuk hari pertama jugak!

Untuk maklumat lanjut mengenai promosi ini boleh lah rujuk di bawah:

The Chicken Rice Shop
Laman web rasmi: https://www.thechickenriceshop.com
Laman Facebook rasmi: https://www.facebook.com/thechickenriceshop/
Laman Instagram rasmi: www.instagram.com/thechickenriceshop/

Untuk dapatkan promosi kena datang ikut masa dia ya. Datang awal tak dapat
datang lewat pun tak dapat~ Hahaha.
Selamat menjamu selera di The Chicken Rice Shop semua!

Friday 28 June 2019

5 Fakta Ringkas mengenai Pandu Lalu Pertama Texas Chicken di Lembah Klang - Texas Chicken @ Shell Station Sunway Mentari


Salam semua,

Pada 27 Jun lepas, Texas Chicken Malaysia telah julung-julung kalinya melancarkan drive-thru atau pandu lalu pertama di Lembah Klang. Ini merupakan pandu lalu kedua selepas pembukaannya di Sungai Petani. Lokasi yang menjadi pilihan ialah di Shell Sunway Mentari.

Bersih, luas dan selesa~

Pelancaran di serikan dengan ucapan daripada pengerusi Envictus International Holdings sebagai franchisor utama Texas Chicken Malaysia, ucapan naib presiden Bisnes Texas Chicken dan persembahan daripada sekumpulan pancaragam.

Majlis perasmian bermula~

Pembukaan pandu lalu di Lembah Klang ini di dorong oleh faktor rakyat Malaysia yang memiliki pemilikan kenderaan yang banyak serta mempunyai gaya hidup yang serba pantas. Ini adalah bertepatan dengan persekitaraan di Lembah Klang yang penuh dengan kesibukkan sama ada bekerja, berniaga dan berlibur.

Oleh itu pembukaan pandu lalu sangat memudahkan pelanggan yang ingin menikmati menu Texas Chicken.

Jom ke fakta menarik mengenai drive-thru atau pandu lalu Texas Chicken yang pertama di Lembah Klang ini.

1. Bukan sekadar pandu lalu

Ya, Texas Chicken di Shell Sunway Mentari ini sebenarnya merupakan sebuah bangunan restoren yang berdiri sendiri. Jadinya pelanggan boleh menikmati menu pilihan mereka samada secara makan di restoren, bungkus ataupun pandu lalu.
Beroperasi sepenuhnya~


2. Keluasan yang besar

Restoren ini mempunyai keluasan 3500 kaki persegi. Oleh itu sebanyak 146 pelanggan yang boleh duduk makan di dalam bangunan Texas Chicken Shell Sunway mentari pada satu-satu masa.

Tempat ni lapang, luas dan cerah.


3. Mudah di kunjungi

Mudah dikunjungi bagi sesiapa sahaja. Anda hanya perlu menaip ‘Texas Chicken @ Shell Station Sunway Mentari’ di aplikasi map dan walaaaa! Terus menuju ke lokasi. Carian ini juga boleh dicari di aplikasi e-pengangkutan yang lain.

Selain itu, restoren ini hanyalah beberapa meter saja daripada stesen BRT Sunway Mentari! Turun sahaja daripada BRT Sunway Mentari, anda boleh nampak Texas Chicken dan hanya perlu jalan kaki dalam 3-5 minit sahaja!

Ye kat lepas isi minyak tepi tu ke tepi sini pulak makan ayam~


4. Dekorasi barat

Pernah menonton cerita barat daripada Hollywood? Restoren mereka selalu mempunyai rekaan bentuk yang ringkas dan luas. Begitulah jugak dengan restoren Texas Chicken ini. Di tambah pula dengan rekaan banyak tingkap memang tampak seperti dalam movie.
Sisi hadapan Texas Chicken

Sisi tepi. Setengah tingkap setengah batu bata ni lah dekorasi barat yang ditampilkan. Lagipun jimat bil elektrik,
lampu tak perlu pasang banyak waktu siang. Hehe.


Oh kat sini tiada tempat duduk di luar kerana tempat duduk di dalam sudah cukup luas. Di samping itu dapat mengelakkan kesesakkan di luar bagi orang yang ingin mengisi minyak dan sebagainya.

5. Masa operasi 24 jam

24 jam beroperasi! Betul.

Anda kini boleh makan di restoren, bungkus dan pandu lalu bila-bila masa sahaja. Teringin je nak makan ayam goreng Texas Chicken yang sedap itu, anda boleh bersiap terus untuk menuju ke destinasi. Untung sangat yang tinggal berdekatan di kawasan ni!


Texas Chicken betul-betul merevolusikan perniagaan mereka dengan mengikuti gaya hidup penduduk kat Lembah Klang sambil membuka peluang pekerjaan kepada yang memerlukan. Bagi yang berkunjung ke Texas Chicken, anda boleh lah cuba dapatkan Ayam Sze Chuan Tenders. Pasti rasa dia mengacam habis.
Saja lah nak tunjuk. Hahaha

Sangat-sangat direkomendasikan oleh saya sendiri.

Jadi apa lagi jom ke Texas Chicken di Shell Sunway Mentari!

Maklumat lanjut:
Texas Chicken (Malaysia) Sdn. Bhd. (986113-P)
www.texaschickenmalaysia.com
Level 3, Lot 11, Jalan 225, Section 51A,
46100, Petaling Jaya,  Selangor