Friday 2 December 2022

AEON Buat Jualan 12 Hari Kejutan Krismas Untuk 12 Jenama Mainan Kanak-Kanak

KUALA LUMPUR, 1 Disember – Suasana sambutan perayaan Krismas datang lebih awal di AEON Malaysia dengan pelbagai hiasan dan jualan yang berfokuskan kepada perayaan tersebut. Bagi tahun ini, sambutan perayaan akhir tahun ialah mencipta masa yang berkualiti dengan tradisi baru. Oleh itu AEON memberi pelanggan untuk menikmati jualan 12 Hari Kejutan Krismas yang disertai oleh 12 jenama besar permainan kanak-kanak.

Kempen Krismas AEON 2022.

Majlis pengumuman telah berlangsung di Kids Republic, AEON Bandar Utama dengan pelancaran kiraan detik 12 Days of Surprises atau 12 Hari Kejutan dengan tumpuan tahun ini iaitu untuk memeriahkan detik-detik penting antara ibu bapa dan anak-anak dan juga merangkumi setiap generasi .

Low Ngai Yuen, Ketua Pegawai Dagangan dan Pemasaran AEON Malaysia berkata, “ Kita tidak boleh mengambil mudah malah perlu memastikan sambutan perayaan ini menjadi sesuatu yang amat bermakna bagi anak-anak kita. Melalui 12 Days of Surprises, AEON juga bekerjasama dengan jenama popular mainan kanak-kanak untuk menawarkan sesuatu yang akan menjadi memori untuk anak-anak kita hinggalah mereka dewasa nanti.”

Jualan 12 Hari Kejutan Krismas ini menampilkan 12 jenama permainan kanak-kanak iaitu:

1. LeapFrog
2. Fisher-Price
3. Beyblade
4. My Little Pony
5. Arctec
6. Sylvanian Families
7. Marvel
8. LEGO
9. Barbie
10. Nerf
11. Disney Princess
12. Hot Wheels 

12 jenama permainan yang terlibat ketika majlis pelancaran.

Setiap jenama akan mewakili satu hari khusus dari 12 hari kejutan untuk menampilkan promosi istimewa jenama dan produk eksklusif pada harga yang menakjubkan bagi jenama masing-masing. Jualan 12 Hari Kejutan Krismas ini akan bermula pada 13 Disember hingga 24 Disember 2022. Jualan ini diharapkan dapat membantu para ibu bapa untuk memilih hadiah penuh makna buat anak-anak mereka ketika musim perayaan yang menjelang tiba.

Hari khusus jualan bagi setiap jenama.

Pada masa yang sama juga, AEON turut memperkenalkan jenama JSP962 iaitu jenama pakaian kanak-kanak popular dan berkualiti dari negera jiran kita iaitu Indonesia. Jenama ini telah mendapat sambutan yang baik dari dalam negara kita sendiri. Menariknya lagi, jenama ini telah masuk ke peringkat antarabangsa termasuk Thailand dan Germany. 

Peragaan pakaian kanak-kanak JSP962

Selain itu, AEON turut mempamerkan pakaian kanak-kanak JKIDS yang juga merupakan label di bawah AEON dengan rekaan koleksi baharu yang direka berdasarkan apa yang kanak-kanak inginkan. Koleksi terbaharu terdiri daripada koleksi perayaan, koleksi kasual dan koleksi pakaian tidur.

Peragaan pakaian JKIDS kasual (atas) dan pakaian
tidur (bawah).

Peragaan pakaian JKIDS untuk perayaan,

[PENGUMUMAN] Kids Republic AEON kini membuat pencarian duta kanak-kanak bagi Kids Republic. Duta baharu akan layak mendapatkan bekalan pakaian pelbagai jenis untuk tempoh setahun. Maklumat lanjut baca di sini Pencarian Duta Kanak-Kanak AEON Kids Republic 2023.

Bermula 13 disember sehingga 24
disember di AEON Malaysia.

Untuk keterangan lanjut mengenai promosi Krismas pada tahun ini, sila layari https://www.aeonretail.com.my/xmas22/.

Thursday 24 November 2022

Jenama Lampin Bayi Molfix Sambut Ulang Tahun Pertama di Malaysia!

Kuala Lumpur, 24 November 2022 – Jenama lampin bayi Molfix telah menyambut ulang tahun pertamanya di Malaysia bersama duta Scha Alyahya dan suaminya Awal Ashaari yang bertempat di gedung beli belah di ibu negara. Molfix yang juga di bawah jenama besar Hayat Kimya, berasal dari negara Turki merupakan pemain global dalam industri barangan pengguna (FMCG) yang bergerak pantas.

Perasmian sambutan ulang tahun pertama oleh Joanne Wong, Pengurus Pemasaran, Hayat Hygienic Products Malaysia Sdn Bhd bersama pasangan duta Molfix Awal Ashaari dan Scha Al-Yahya.

Selain itu, Hayat Kimya merupakan pengeluar lampin ke-5 terbesar dunia dan mereka komited untuk terus mengembangkan kehadirannya di Malaysia melalui jenama lampin berkualiti tinggi, Molfix. Oleh itu, jenama Molfix kini boleh didapati di lebih 4,500 kedai fizikal dan maya.

Jenama Molfix pertama kali diperkenalkan di Malaysia tahun lepas seiring dengan rancangan perniagaan strategik Hayat Kimya untuk mengembangkan jejaknya ke Asia Tenggara. Ini selaras dengan kemasukannya ke Vietnam dan juga Thailand pada masa yang sama. Penampilan Scha Alyahya selaku duta menguatkan lagi jenama mereka di pasaran Malaysia. Sejak itu, Molfix  telah menjadi pilihan utama berjuta-juta ibu bapa Malaysia, yang menawarkan ketenangan fikiran sambil memberikan keselesaan dan kegembiraan kepada bayi pada setiap masa.

Mengulas mengenai Ulang Tahun Pertama Molfix di Malaysia, Encik Alp Bilgili, Pengurus Besar Hayat Hygienic Products Malaysia Sdn. Bhd., berkata, “Sokongan dan kepercayaan yang luar biasa daripada ibu bapa Malaysia mencerminkan keutamaan mereka terhadap produk yang diperbuat daripada bahan semula jadi dalam usaha memastikan keselamatan dan melindungi kulit bayi mereka. Di Hayat, kami percaya akan kepentingan memahamikeperluan dan trend pengguna kami, justeru kami memberi penekanan yang besar kepada kajian dan pembangunan (R&D) untuk membangunkan produk inovatif yang organik dan berkualiti premium.

Dalam usaha kami untuk menjadi salah satu jenama terkemuka di Malaysia, kami akan terus melabur dalam kerjasama strategik, menjalankan strategi pemasaran yang inovatif, pemasaran digital, meluaskan kehadiran dalam talian kami, memperkenalkan produk inovatif dan mengembangkan omnichannel,” tambah En. Bilgili.

Di samping itu, pemilihan pasangan selebriti, Scha Al-Yahya dan Awal Ashaari sebagai duta telah membantu meletakkan Molfix dalam kalangan ibu yang sentiasa mencari yang terbaik untuk si manja sambil menikmati perjalanan keibuan.

Scha Al-Yahya dan Awal Ashaari ketika sesi ulasan lampin Molfix di gerai Molfix TCE Baby Expo sambil bermesra dengan ibu bapa yang hadir.

Scha Al-Yahya berkata, “Kami sangat teruja untuk menjadi sebahagian daripada perjalanan ini untuk membina jenama Molfix dalam kalangan ibu bapa Malaysia dan berkongsi pengalaman, keunikan dan kualiti produk hebat ini yang tidak pernah gagal membawa kegembiraan, keselesaan dan perlindungan kepada bayi. Kami berpeluang merasai pengalaman ini dan banyak lagi apabila anak perempuan kami Lila, yang berusia setahun mencuba produk Molfix. Kami mempercayai Molfix, dan gembira kerana kami memutuskan untuk bekerjasama dengan jenama yang diyakini dalam memberikan yang terbaik untuk ibu dan bayi.”

Jenama yang menyebarkan kegembiraan kepada ibu dan bayi di lima benua di lebih 100 negara di seluruh dunia, dihasilkan dengan penuh berhati-hati dan direka untuk menjadisangat lembut pada kulit sensitif bayi. Kategori Molfix ‘Natural’ dengan bahan yang khusus seperti gentian buluh dan kapas organik mampu memberikan kelembutan dan sentuhan mesra kulit seperti yang di terbukti oleh pakar dermatologi dari Eropah. Kategori ini juga mampu untuk menampung sejumlah besar kencing bayi. Yang menariknya, data ujian makmal menunjukkan kekeringan sehinga 14 jam dapat dicapai*.

Bersama dengan Molfix ‘Extra Dry’, kedua-dua kategori lampin dapat memberikan daya serap yang unggul. Terima kasih kepada teknologi lapisan kering tambahan yang membolehkan penyerapan secara cepat dan mudah. Ini memberikan perlindungan penuh kepada bayi dan memastikan kulit mereka kering dan sihat. Ibu berasa tenang kerana mengetahui bahawa bayi mereka kekal selesa sepanjang hari.

Lampin bayi Molfix didatangi dengan dua jenis iaitu Natural dan Extra Dry dengan dua variasi setiap jenis iaitu lampin pita dan lampin seluar. Semua lampin boleh didapati daripada saiz NB (Newborn) sehingga XXXL!

Lampin bayi Molfix

Tidak lengkap penggunaan lampin bayi jika tiada tisu basah bagi ibu bapa di Malaysia. Moflix juga turut hadir dengan tisu basah bayi serba guna tanpa alcohol, paraben dan menggunakan bahan mesra kulit bayi. Tisu basah Molfx didatangi dengan tiga jenis iaitu Natural Fresh Clean, Natural Antibacterial dan Natural Newborn Gentle.

Tisu basah Molfix

Dalam usahanya untuk mewujudkan kesedaran dan mengembangkan jenama, Molfix terlibat dengan banyak organisasi, dan rakan kongsi perniagaan seperti hospital, kedai runcit dan sekutu dalam talian sambil mengambil bahagian dalam pelbagai aktiviti yang dihadiri pengguna seperti MITEC Baby Fair 2022, TCE Baby Expo yang telah berlangsung ketika ini dan banyak lagi.

Antara lain, inisiatif penjenamaan dan pemasaran yang kukuh telah dilaksanakan sebaiknya bagi pihak Molfix dalam memperkenalkan jenama mereka di Malaysia. Usaha mereka membuahkan hasil apabila dalam tahun pertama sahaja, Molfix telah memenangi Anugerah Pilihan Pembaca BabyTalk MamaPapa 2022 untuk kategori Pita Terbaik dan Lampin Seluar Terbaik.

Acara sambutan untuk memperingati ulang tahun pertama Molfix turut diadakan dengan kehadirian En. Alp Bilgili, Pengurus Besar Hayat Hygienic Products Malaysia Sdn. Bhd.; Scha Al-Yahya dan Awal Ashaari; Encik Sheikh Farouk Sheikh Mohamed, Pengarah Urusan AEON Big (M) Sdn. Bhd.; Joanne Wong, Pengurus Pemasaran, Hayat Hygienic Products Malaysia Sdn. Bhd.; dan para ibu bapa di gerai Molfix TCE Baby Expo di Midvalley.

Alp Bilgili, Pengurus Besar Hayat Hygienic Products Malaysia Sdn Bhd.; (tengah) bersama Scha Al-Yahya dan Awal Ashaari, Sheikh Farouk Sheikh Mohamed, Pengarah Urusan AEON Big (M) Sdn Bhd., (lima dari kiri) di gerai Molfix TCE Baby Expo.

Ibu bapa yang memenangi hadiah pertandingan media sosial turut dijemput hadir ketika sambutan ulang tahun pertama Molfix.

Sebagai sebahagian daripada sambutan itu, 10 pengguna Molfix menerima produk eksklusif Molfix, yang ditandatangani khas oleh Scha Al-Yahya dan Awal Ashaari. Kedua-dua duta jenama ini berkongsi pengalaman mereka dengan jenama Molfix.

Komitmen Hayat Kimya terhadap pertumbuhannya di Asia Tenggara diperkukuh lagi dengan pembinaan kilang pembuatan serantau baharu di Vietnam, yang bertindak sebagai hab ASEAN untuk produk Molfix. Kilang itu akan memenuhi permintaan rantau ini termasuk pasaran Malaysia. Ini akan membolehkan pengguna menikmati produk berkualiti premium dengan harga yang kompetitif, yang dihasilkan di rantau ini, dan seiring dengan keperluan dan trend semasa mereka.

Produk-produk Molfix kini boleh didapati di pasar raya dan pasar raya hiper terpilih seperti AEON Big, AEON Retail, Lotus’s, Giant, Billion Shopping Centres, Econsave, TF Value Mart, HeroMarket, Manjaku, dan lain-lain serta platform atas talian utama.

Untuk malumat lanjut boleh layari http://www.molfix.com.my/ .

Untuk pembelian di Shopee boleh layari di pautan di bawah:
- Molfix Tape Diaper -> Lampin pita (termurah di Shopee!)
- Molfix Pants Diaper -> Lampin seluar
- Molfix Wet Tissue -> Tisu basah

Review Molfix oleh Awal Ashaari dan Scha Alyahya:

@zandra.zane @molfix.malaysia #Molfix1stAnniversary #Happy1stBirthdayMofixMY #MolfixMY1stBirthday #Happy1stAnniversaryMolfixMY #moflixmalaysia #moflixmy #moflix #schaalyahya #awalashaari #pampers ♬ original sound - zandra.zane

*Berdasarkan kepada keputusan makmal dengan purata jumlah cecair bayi boleh buang air kecil dalam tempoh 14 jam. Keputusan ini berbeza bergantung kepada bayi.
**Bagi aspek kebersihan, sila tukar lampin secara kerap (setiap 3 – 4 jam atau bila ia kotor).

Monday 14 November 2022

Selangor International Travel Photography Festival Meriah Dianjurkan di Paradigm Mall

SELANGOR, 10 November 2022 – Destinasi tumpuan pelancongan di negeri Selangor merupakan salah satu tarikan utama bagi jurugambar dan pencipta kandungan kreatif. Negeri Selangor, melalui agensi promosi pelancongan Tourism Selangor akan menganjurkan Selangor International Travel Photography Festival dari 12 hingga 13 November 2022, bertempat di UG Atrium, Paradigm Mall, Petaling Jaya.

Selangor International Travel Photography Festival oleh Tourism Selangor, Selangor Travel,
Travelution dan Publication.

Sebagai salah satu usaha bagi mempromosikan destinasi pelancongan domestik di negeri Selangor, Selangor International Travel Photography Festival pada tahun ini akan menampilkan pelbagai aktiviti seperti pertandingan dan pameran fotografi, perbincangan dan pembentangan, persembahan kebudayaan, seminar dan banyak lagi. 

Wakil dari setiap penganjur bergambar di hadapan booth
#PusingSelangorDulu

Negeri Selangor telah berjaya menarik lebih 10.2 juta pelancong domestik ke negeri Selangor pada tahun 2021 dan menjadikan negeri Selangor sebagai negeri yang paling ramai dikunjungi di Malaysia. Melalui kerjasama dengan pemain industri pelancongan utama, seperti Jumpstreet Asia, Selangor Fruit Valley, Hotel Eastin, Muzium Coklat, Jungle School Gombak dan Gamuda Land, Selangor International Travel photography Festival mampu meningkatkan lagi usaha mempromosikan pelancongan domestik negeri Selangor dengan lebih baik lagi.

Kemuncak festival yang diadakan di Paradigm Mall pada 13hb November menyaksikan pertandingan Splendid Selangor Photo Hunt yang disertai lebih 30 pasukan, persembahan kebudayaan, upacara penyampaian sijil kepada pempamer dan penyampaian hadiah pemenang Photo Hunt.  

Persembahan tarian burung merak..

Pihak media yang terlibat dengan photo hunt.

Persembahan kebudayaan dari Jungle Group.

Anyaman.

Untuk melihat beberapa gambar photo hunt kumpulan saya boleh rujuk di pautan ini Facebook Photo Album

Orang ramai adalah dijemput hadir dan memeriahkan Selangor International Travel photography Festival.

Untuk butiran lanjut dan pelbagai informasi terkini, sila lawati laman media sosial rasmi Tourism Selangor:

Thursday 10 November 2022

Puteri Sarah dan Adira Suhaimi Sah Duta Baru Body Flasshh Ganti Bella Astillah.

Kuala Lumpur, 9hb November – Body Flasshh yang terkenal dengan produk perlangsingan badan secara rasmi memperkenalkan duta baru mereka iaitu Puteri Sarah Liyana dan Adira Suhaimi dalam majlis sambutan ulang tahun ke-2 yang berlangsung di JW Marriot, Kuala Lumpur.

Pelancaran perlantikan duta Body Flasshh.
Dari kiri Adira, Azlin dan Puteri Sarah Liyana.

Perlantikan Puteri Sarah selaku duta Body Flasshh Queen dan Adira selalu duta Body Flasshh Drink ini sejurusnya menggantikan Bell Astilah sebagai duta sejak dua tahun lepas. Sambutan ini meriah dengan kehadiran pengasas jenama ini iaitu Puan Azlin, Datin Alyah, Cakra Khan, Nadia Anuar, media dan tetamu jemputan.

Puan Azlin Hilda Abdul Latif, pengasas
Body Flasshh


Pemilihan kedua-dua duta ini tidak lain tidak bukan kerana Puteri Sarah dan Adira Suhaimi merupakan seorang ibu. Lazimnya wanita selepas melahirkan anak akan mengalami peningkatan berat badan dan mereka akan berhadapan dengan kesusahan dalam menurunkan berat badan. Oleh itu Puteri Sarah selaku ibu kepada dua orang anak dan Adira selaku ibu anak empat adalah duta baru yang sesuai.

Adira turut berucap, “Saya mula minum produk Body Flasshh selepas pantang pada hari itu. Kira-kira 22kg telah berjaya turun. Selain itu, produk ini bukan sahaja fokus kepada perlangsingan badan. Produk ini juga untuk menambah tenaga. Oleh itu saya mengambilnya untuk mengembalikan tenaga ketika dalam pantang”.

“Produk Body Flassh yang saya suka minum ialah Body Flasshh Coffee Latte”, sambungnya ringkas.

Puteri Sarah pula dengan ringkas berkata, “Saya bersyukur kepada Body Flasshh dan Puan Azlin kerana melantik saya sebagai duta. Ini ada lah rezeki buat saya. Body Flasshh ni saya dah minum dan saya sendiri Nampak hasilnya.” Puteri Sarah Liyana khususnya telah dilantik menjadi duta kepada produk Body Flasshh Queen.

Sumber Instagram Adira

Pada majlis yang sama juga, Datin Seri Alyah dan Cakra Khan turut membuat persembahan istimewa sempena sambutan ulang tahun ini. Tidak lupa juga persembahan istimewa daripada duta baru Adira Suhaimi yang turut berduet dengan Cakra Khan untuk sebuah lagu.

Produk Body Flasshh turut dipaparkan pada majlis tersebut dengan pengenalan produk baharu iaitu Body Flasshh Drink Coffee Latte yang juga merupakan kegemaran Adira. Produk yang dipaparkan adalah siri minuman Body Flasshh Drink, Body Flasshh Queen, Body Flasshh Krim Sonata dan Body Flasshh DX.

Produk Body Flasshh

Buat pengetahuan semua, Puan Azlin selaku pengasas produk Body Flasshh juga merupakan penganjur konsert Cakra Khan yang akan berlangsung pada tahun depan di Kuala Lumpur.