Selangor International Travel Photography Festival oleh Tourism Selangor, Selangor Travel, Travelution dan Publication. |
Sebagai salah satu usaha bagi mempromosikan destinasi pelancongan domestik di negeri Selangor, Selangor International Travel Photography Festival pada tahun ini akan menampilkan pelbagai aktiviti seperti pertandingan dan pameran fotografi, perbincangan dan pembentangan, persembahan kebudayaan, seminar dan banyak lagi.
Wakil dari setiap penganjur bergambar di hadapan booth #PusingSelangorDulu |
Negeri Selangor telah berjaya menarik lebih 10.2 juta pelancong domestik ke negeri Selangor pada tahun 2021 dan menjadikan negeri Selangor sebagai negeri yang paling ramai dikunjungi di Malaysia. Melalui kerjasama dengan pemain industri pelancongan utama, seperti Jumpstreet Asia, Selangor Fruit Valley, Hotel Eastin, Muzium Coklat, Jungle School Gombak dan Gamuda Land, Selangor International Travel photography Festival mampu meningkatkan lagi usaha mempromosikan pelancongan domestik negeri Selangor dengan lebih baik lagi.
Kemuncak festival yang diadakan di Paradigm Mall pada 13hb November menyaksikan pertandingan Splendid Selangor Photo Hunt yang disertai lebih 30 pasukan, persembahan kebudayaan, upacara penyampaian sijil kepada pempamer dan penyampaian hadiah pemenang Photo Hunt.
Persembahan tarian burung merak.. |
Pihak media yang terlibat dengan photo hunt. |
Persembahan kebudayaan dari Jungle Group. |
Anyaman. |
Untuk melihat beberapa gambar photo hunt kumpulan saya boleh rujuk di pautan ini Facebook Photo Album
Orang ramai adalah dijemput hadir dan memeriahkan Selangor International Travel photography Festival.
Laman web rasmi: https://selangor.travel/
Facebook: https://www.facebook.com/TourismSelangor
Instagram: https://www.instagram.com/discoverselangor/
Twitter: https://twitter.com/TourismSelangor
TikTok: https://www.tiktok.com/@tourismselangor
Orang ramai adalah dijemput hadir dan memeriahkan Selangor International Travel photography Festival.
Untuk butiran lanjut dan pelbagai informasi terkini, sila lawati laman media sosial rasmi Tourism Selangor:
Laman web rasmi: https://selangor.travel/
Facebook: https://www.facebook.com/TourismSelangor
Instagram: https://www.instagram.com/discoverselangor/
Twitter: https://twitter.com/TourismSelangor
TikTok: https://www.tiktok.com/@tourismselangor
No comments:
Post a Comment