Tuesday 13 December 2022

Penyanyi Rap dan Hip Hop Singapura YHB Sleepsalot Luah Rindu Kepada Kuala Lumpur Melalui Lagu ‘Tukar Currency’

KUALA LUMPUR, 13 Disember 2022 - Bintang rap dan hip hop Singapura berusia 21 tahun, YHB Sleepsalot telah mengeluarkan single baharu berjudul Tukar Currency yang kini sudah berada di semua platform digital menerusi Universal Music sejak 4hb November lepas. Tukar Currency adalah lagu pertamanya untuk tahun ini selepas menutup tahun 2021 dengan karya romantiknya Jatuh Boi.

YHB Sleepsalot ketika perhipunan media di DefJam Recordings.

Sejak sempadan negara dibuka selepas pandemic melanda, warga Singapura berpeluang untuk mengubat kerinduan menjejak tanah Malaysia dan sebaliknya. Ini turut dirasakan YHB Sleepsalot yang terus ke Kuala Lumpur (KL) pada Mac untuk bertemu semula dengan sahabat serta rakan artis dalam industri muzik hip hop dan rap.

Dalam persiapannya menuju ke sini, tercetus sebuah perasaan yang menurutnya kembali segar dalam diri, lantas ideanya terhasil daripada gambaran betapa terujanya dia dapat melangkau keluar dari Singapura. "Sewaktu pergi menukar wang, ia serta-merta mengembalikan semula kenangan itu, "katanya teringat masa itu. "Rasanya agak pelik dan pada masa sama mengingatkan saya betapa pentingnya melawat KL. Ada saja berlaku pertukaran budaya dan idea. la benar-benar buatkan saya terinspirasi."

Semua idea rasa itu diluahkan dalam lagu Tukar Currency yang diterjemah ke bahasa Melayu daripada istilah inggeris, Currency Exchange. Lagu ini juga dibuat dengan kerjasama daripada SonaOne dan angggota FORCEPARKBOIS iaitu Nakalness serta menggunakan rentak 'breezy trap' Yang dicipta RIDEM.

Sejak mula berkarya dalam muzik, YHB ambil berat terhadap populariti dirainya dari luar Singapura meskipun agak asing buatnya kerana ketika itu baru pertama kali menulis lirik. Dia memiliki peminat dari Malaysia yang serta-merta menyukai corak hip hop tersendirinya selepas mendengar lagunya di platform penstriman dan media sosial.

YHB ketika sesi temu ramah.

YHB Sleepsalot menambah, “Saya tidak mengehadkan diri saya pada sejenis genre sahaja. Saya juga akan menerokai lebih banyak genre seperti R&B. Malah saya juga sangat meminati Sheila Majid dan lagu-lagu beliau!”.

Dia yang mula menulis lagu seawal umur 13 tahun dan melancarkan muzik sendiri pada 16 tahun menggunakan rentak yang ditemuinya menerusi YouTube selain mempelajari sendiri produksi penghasilan lagu turut berkata, "la memberi saya peluang untuk mendewasa dan berkembang sebagai individu dan juga artis,"

Muzik video (MV) Tukar Currency turut member kelegaan buatnya kerana dapat menjalani penggambaran sendiri di kota ini. MV terdahulunya menerusi Jatuh Boi menampilkan pemandangan KL yang dirakam kru tempatan sebelum diberikan kepada mereka di Singapura. Sekembalinya ke Singapura, dia sangat bersemangat untuk menguasai industri rap semula dan pelancaran Tukar Currency melambangkan ikatan istimewa antara dua negara ini. "Negara kita sudah ibarat bersaudara, baik rakyatnya, makanan, dan budaya," katanya.

"Begitu indah melihat persamaan mahupun perbezaan yang kita ada! Sekarang saya cuma ingin terus hasilkan lebih banyak muzik dan bekerjasama dengan pengkarya dari luar negara.” YHB Sleepsalot terus ingin melakukan lebih eksperimen dalam menghasilkan karya muzik dan arah tuju video dengan mengambil beberapa insipirasi daripada penyanyi rap antarabangsa tambahnya lagi.

Tukar Currency kini bole dinikmati di semua platform penstriman. Muzik videonya juga sudah boleh ditonton di YouTube.



Hebatnya YHB Sleepsalot, lagu ciptaannya iaitu Karabujan meraih perhatian ikon hip hop serantau iaitu SonaOne dan ALYPH. Dikuti lagu Terminal dan Blow Up yang memasuki senarai lagu dimainkan di Spotify's New Era: Asian Hip Hop. Bakat muda ini juga pernah menjadi artis pembuka tirai persembahan penyanyi rap terkenal serantau termasuk MK K-Clique, Kidd Santhe, dan Tuju K-Clique.

Ketika persembahannya baru-baru ini.
Sumber IG: @yhbsleepsalot

YHB Sleepsalot yang mula mencipta pengalaman membuat beberapa persembahan di beberapa lokasi di Malaysia kini turut mempersembahkan dua lagu iaitu Tukar Currency dan Jatuh Boi di Uni-Verse Fest Finale di Kolej Melati UiTM Shah Alam pada 16 Disember mendatang.

Friday 2 December 2022

Pelancaran Pembukaan Kedai Andalan (Flagship) Lewré Bespoke Pertama di Malaysia

KUALA LUMPUR, 1 DISEMBER - YBhg. Dato' Suriani Binti Dato' Ahmad, Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Usahawan & Koperasi (KUSKOP) telah merasmikan pelancaran kedai andalan (flagship) pertama Lewré Bespoke - sebuah galeri seluas 3,600 kaki persegi yang disediakan untuk pengguna dengan kemudahan yang tinggi, mewah dan akan memberikan pengalaman membeli belah yang lain daripada yang lain.

Majlis pelancaran Lewré Bespoke Galleria.

Lewré yang telah lama ditubuhkan dan dikenali sebagai satu jenama yang berjaya, dengan produk yang dijual di kebanyakan pusat membeli-belah dan gedung serbaneka utama di seluruh Malaysia. Memandangkan Lewré menvasarkan pada pasaran besar-besaran, Lewré Bespoke pula merupakan nama di bawah Lewé yang member tumpuan khas kepada pasaran mewah, yang disasarkan untuk pengguna yang menghargai penyesuaian dan eksklusiviti; sejajar dengan slogan kedai utama mereka, 'It's very personal. Dilengkapi dengan pengimbas berteknologi tinggi dan teknologi Al, Lewré Bespoke Galleria mampu mendapatkan ukuran yang tepat untuk setiap pelanggan bagi menghasilkan sepasang kasut yang sempurna, buatan tangan untuk memenuhi setiap keinginan pelanggan.

Pelancaran kedai flagship in selari dengan ulang tahun ke-25 jenama itu. Jenama ini mempunyai matlamat yang menyasarkan untuk menubuhkan lebih 100 kedai di seluruh Asia menjelang tahun 2025, sebagai usaha untuk memulikan ekonomi negara dan bertindak sebagai pemangkin dalam mempromosikan sektor runcit Malaysia; yang merupakan komponen penting yang menyumbang kepada keluaran dalam negara kasar (KDNK) negara.

Lewré Bespoke di Jalan Maarof, Bangsar, Kuala Lumpur.

Menubuhkan 100 kedai di seluruh negara dan rantau ASEAN bukan sahaja akan mempamerkan kecemerlangan jenama Malaysia tetapi juga akan membantu dalam memacu industri fesyen Malaysia ke hadapan; dan mewujudkan permintaan untuk usahawan Malaysia di seluruh dunia.

Selain itu, pelan ini selaras dengan visi Lewré untuk menjadi syarikat pengeluaran kasut bertaraf dunia yang mampu bersaing di antara jenama kelas tinggi pada skala antarabangsa dan menyumbang kepada agenda Kementerian Pembangunan Usahawan & Koperasi (KUSKOP) dalam meniadikan Malaysia sebuah negara yang maju dalam bidang keusahawanan.

Dato Lewré Lew, Pengasas Lewré Bespoke berkongsi, "Kami membina Lewé Bespoke untuk mempamerkan bahagian runcit yang mewah. Kami mahu pelanggan kami datang ke Lewé Bespoke dan dapat pengalaman yang tiada tandingan di mana-mana sahaja di dunia.

Pelancaran kedai flagship in menandakan peristiwa penting yang aka terus memacu kami untuk menerajui industri fesyen Malaysia pada skala antarabangsa. Kami berharap rancangan kami untuk menubuhkan lebih banyak kedai di negara ini dan di seluruh rantau akan memainkan peranan penting dalam memupuk masyarakat Malaysia dengan minda keusahawanan dan member inspirasi kepada mereka untuk mempamerkan bakat, kemahiran, dan dedikasi yang ditawarkan ole usahawan Malaysia kepada dunia." 

Dato Lewré Lew, Pengasas Lewré Bespoke.

YBhg. Dato' Suriani Binti Dato' Ahmad, Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Usahawan & Koperasi (KUSKOP) berkata, "Saya faham bahawasanya dengan pelancaran kedai flagship ini, Lewré berhasrat untuk memacu lagi industri dengan menubuhkan 100 kedai di seluruh Asia menjelang 2025, yang akan meneroka dari Malaysia ke Australia, China, India, dan sebagainya. Ini akan mewujudkan banyak peluang pekerjaan di dalam pelbagai disiplin untuk peminat fesyen menimba pengalaman dan pengetahuan dalam industri, di samping mendorong jenama tempatan lain untuk berusaha dan membawa Malaysia ke hadapan sebagai negara keusahawanan yang unggul." 

YBhg. Dato' Suriani Binti Dato' Ahmad, Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Usahawan & Koperasi (KUSKOP).

Pada majlis yang sama, 
Lewré turut memperkenalkan teknologi terbaharu mereka iaitu Lewré-I atau Lewré Intelligent dan Siri Koleksi Garden of Eden terbaharu. Lewré-I merupakan teknologi berpaten untuk mengenal pasti jenis tapak kaki pengguna. Melalui teknologi ini, Lewré akan membuat lapik tapak kaki (insoles) yang dibuat mengikut acuan pengguna sepenuhnya. Maka pengguna akan rasa lebih selesa menggunakan Lewré Bespoke.

Teknologi Lewré-I.

Untuk Siri Koleksi Garden of Eden, terdapat lima jenis kasut yang ditampilkan. Bertepatan dengan jenama Lewré Bespoke, semua kasut ini dibuat khas dengan lebih anggun dan mewah melambangkan kewanitaan yang berkelas. 

Pelancaran  Siri Koleksi Garden of Eden

Lewré Bespoke mengutamakan peningkatan kemahiran industri fesyen secara keseluruhan, di samping menggalakkan usahawan Malaysia yang sedia ada dan aka datang untuk mencabar dir mereka dan menghasilkan karya yang akhirnya akan menjana permintaan yang luar biasa untuk jenama milik Malaysia di seluruh dunia.

Untuk maklumat lanjut, sila lawati laman web rasmi Lewré Bespoke di https://lewrebespoke.com/about-us/

AEON Buat Pencarian Duta Kanak-Kanak KIDS REPUBLIC 2023 (AEON KIDS REPUBLIC CHILD AMBASSDOR SEARCH 2023)

Kuala Lumpur, 1 Disember – AEON Malaysia telah mengumumkan pencarian duta kanak-kanak bagi jenama fesyen di bawah AEON iaitu Kids Republic untuk tahun 2023. Kids Republic merupakan seksyen fesyen bagi kanak-kanak merangkumi pelbagai jenama dan jenis untuk setiap majlis dan aktiviti. 

Pencarian Duta Kanak-Kanak Kids Republic 2023.

Low Ngai Yuen selaku Ketua Pegawai Pemasaran dan Dagangan AEON Malaysia dalam ucapan pelancarannya berkata, “Kids Republic sedang mencari kanak-kanak yang aktif dan berminat untuk mengambil bahagian dalam pencarian ini. Kami mahu mengetengahkan impian dan aspirasi mereka! Kami mahu memaparkan cerita mereka untuk memberi inspirasi kepada lebih ramai kanak-kanak. Lagipun, Kids Republic adalah untuk Kanak-kanak Yang Mencipta Masa Depan!”. 

Low Ngai Yuen dalam ucapan pelancaran.

Pencarian ini juga bertujuan untuk AEON mengikuti perkembangan kanak-kanak itu secara terus agar dapat menzahirkan fesyen yang lebih tepat dengan kegiatan harian mereka. Pencarian ini sudah mula dibuka dan akan berakhir ketika pengumuman pemenang pada Februari tahun depan ketika AEON Fashion Previu mendatang.

Hadiah untuk duta kanak-kanak Kids Republic adalah seperti berikut:

1. Pemenang Utama akan mendapat baucar AEON Gift bernilai RM2000 dan elaun pakaian setahun bernilai RM1200.
2. Pemenang Kategori akan mendapat baucar AEON Gift dan hadiah istimewa berjumlah RM1500.
3. Hadiah saguhati istimewa pula akan diberi kepada peserta yang disenarai pendek.

Kriteria untuk penyertaan sebagai duta ialah:

1. Kanak-kanak mesti warganegara Malaysia.
2. Borang penyertaan KR Child Ambassador Search mesti diisi dan dihantar sebelum 27hb Disember 2022.
3. Borang penyertaan mesti dikepilkan TIGA (3) gambar kanak-kanak terkini.
4. Kanak-kanak harus berpakaian sopan dan elok.
5. Kanak-kanak mesti menggayakan pakaian yang memperlihatkan karakter dan personality mereka.
6. Pencarian ini hanya terbuka kepada AEON members sahaja seperti ibu, bapa atau penjaga kanak-kanak.
7. Ibu bapa atau penjaga mesti setuju dengan terma dan syarat penyertaan.
8. Peserta Top 10 yang disenarai pendek daripada setiap kategori akan diumumkan pada 30hb Disember.
9. Peserta yang disenarai pendek harus hadir untuk panggilan pemilihan atau casting call dan interview pada januari 2023.
10. Peserta yang terpilih harus menghadiri AFP (AEON Fashion Previu) pada 9hb Febuari 2023 pada untuk pengumuman pemenang.

*Terma dan syarat penyertaan adalah dalam borang penyertaan.
* Pastikan gambar yang dimuat naik pada borang penyertaan ialah gambar anak anda seorang tanpa ditemani orang lain.


Pencarian duta kanak-kanak Kids Republic ini terbuka untuk kanak-kanak berusia 5 tahun sehingga 12 tahun bagi kanak-kanak lelaki dan perempuan. Kemudian, kategori ini akan dipecahkan lagi kepada dua kategori umum iaitu kumpulan 5 hingga 8 tahun dan kumpulan 9 hingga 12 tahun. Jumlah pemenang dan kategori penuh akan diumumkan kemudian.

Jadi anda boleh mula hantar pemohonan sekarang di Borang Penyertaan Duta Kids Republic atau anda boleh imbas QR Code di bawah: 

Imbas QR Code untuk borang penyertaan.

Ingat, hantar borang penyertaan sebelum 27hb disember dan ikuti perkembangan di AEON Retail Malaysia.

AEON Buat Jualan 12 Hari Kejutan Krismas Untuk 12 Jenama Mainan Kanak-Kanak

KUALA LUMPUR, 1 Disember – Suasana sambutan perayaan Krismas datang lebih awal di AEON Malaysia dengan pelbagai hiasan dan jualan yang berfokuskan kepada perayaan tersebut. Bagi tahun ini, sambutan perayaan akhir tahun ialah mencipta masa yang berkualiti dengan tradisi baru. Oleh itu AEON memberi pelanggan untuk menikmati jualan 12 Hari Kejutan Krismas yang disertai oleh 12 jenama besar permainan kanak-kanak.

Kempen Krismas AEON 2022.

Majlis pengumuman telah berlangsung di Kids Republic, AEON Bandar Utama dengan pelancaran kiraan detik 12 Days of Surprises atau 12 Hari Kejutan dengan tumpuan tahun ini iaitu untuk memeriahkan detik-detik penting antara ibu bapa dan anak-anak dan juga merangkumi setiap generasi .

Low Ngai Yuen, Ketua Pegawai Dagangan dan Pemasaran AEON Malaysia berkata, “ Kita tidak boleh mengambil mudah malah perlu memastikan sambutan perayaan ini menjadi sesuatu yang amat bermakna bagi anak-anak kita. Melalui 12 Days of Surprises, AEON juga bekerjasama dengan jenama popular mainan kanak-kanak untuk menawarkan sesuatu yang akan menjadi memori untuk anak-anak kita hinggalah mereka dewasa nanti.”

Jualan 12 Hari Kejutan Krismas ini menampilkan 12 jenama permainan kanak-kanak iaitu:

1. LeapFrog
2. Fisher-Price
3. Beyblade
4. My Little Pony
5. Arctec
6. Sylvanian Families
7. Marvel
8. LEGO
9. Barbie
10. Nerf
11. Disney Princess
12. Hot Wheels 

12 jenama permainan yang terlibat ketika majlis pelancaran.

Setiap jenama akan mewakili satu hari khusus dari 12 hari kejutan untuk menampilkan promosi istimewa jenama dan produk eksklusif pada harga yang menakjubkan bagi jenama masing-masing. Jualan 12 Hari Kejutan Krismas ini akan bermula pada 13 Disember hingga 24 Disember 2022. Jualan ini diharapkan dapat membantu para ibu bapa untuk memilih hadiah penuh makna buat anak-anak mereka ketika musim perayaan yang menjelang tiba.

Hari khusus jualan bagi setiap jenama.

Pada masa yang sama juga, AEON turut memperkenalkan jenama JSP962 iaitu jenama pakaian kanak-kanak popular dan berkualiti dari negera jiran kita iaitu Indonesia. Jenama ini telah mendapat sambutan yang baik dari dalam negara kita sendiri. Menariknya lagi, jenama ini telah masuk ke peringkat antarabangsa termasuk Thailand dan Germany. 

Peragaan pakaian kanak-kanak JSP962

Selain itu, AEON turut mempamerkan pakaian kanak-kanak JKIDS yang juga merupakan label di bawah AEON dengan rekaan koleksi baharu yang direka berdasarkan apa yang kanak-kanak inginkan. Koleksi terbaharu terdiri daripada koleksi perayaan, koleksi kasual dan koleksi pakaian tidur.

Peragaan pakaian JKIDS kasual (atas) dan pakaian
tidur (bawah).

Peragaan pakaian JKIDS untuk perayaan,

[PENGUMUMAN] Kids Republic AEON kini membuat pencarian duta kanak-kanak bagi Kids Republic. Duta baharu akan layak mendapatkan bekalan pakaian pelbagai jenis untuk tempoh setahun. Maklumat lanjut baca di sini Pencarian Duta Kanak-Kanak AEON Kids Republic 2023.

Bermula 13 disember sehingga 24
disember di AEON Malaysia.

Untuk keterangan lanjut mengenai promosi Krismas pada tahun ini, sila layari https://www.aeonretail.com.my/xmas22/.